Saturday, January 11, 2014

MB S'gor Singkir Azmin Dari L/Pengarah PKNS


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) berikutan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa surat yang  memaklumkan kepada Azmin mengenai penggugurannya itu dihantar pada jam 11 pagi semalam.

PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah utama dan pelabur dalam perniagaan utama di Selangor.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat
undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.

Alasan yang diberikan oleh menteri besar ialah Azmin telah memulangkan kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya umum lepas, kata sumber itu yang mengetahui mengenai kertas exco mengenai perkara itu.

Sambil menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai "tidak masuk akal", sumber itu berkata, Azmin memulangkan keistimewaan itu selaras dengan garispanduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menurut sumber itu, Abdul Khalid yang juga pengerusi PKNS, telah mempengerusikan dua mesyuarat lembaga pengarah perbadanan itu selepas pilihan raya umum tetapi enggan menjelaskan kedudukan Azmin dan dua orang lagi penyandang yang dilantik oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian tiba-tiba meminta surat exco mengenai kedudukan mereka dalam lembaga pengarah PKNS - ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad, bekas ADUN Kinrara Teresa Kok dan Azmin - kata sumber itu.

'Seorang penyandang dikekalkan '

Kertas exco diminta adalah kerana wujud kekaburan berhubung peraturan mengenai tempoh tepat ahli lembaga PKNS yang dilantik dalam agensi kerajaan negeri itu dan juga pelantikan semula mereka.

Kertas exco itu disampaikan kepada Abdul Khalid pada 13 November
tahun lalu dan beliau membuat keputusan untuk menggugurkan Azmin pada 4 Disember, kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, Iskandar, yang juga ADUN PAS di Selangor, dikekalkan dalam lembaga pengarah PKNS.

Pengguguran Kok, bekas exco kanan kerajaan negeri yang menyerah kerusi DUN beliau di Selangor untuk memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, memang telah dijangka.

Azmin merupakan pengkritik kuat Abdul Khalid, yang menggesa menteri besar itu supaya berbelanja untuk pembangunan dan bukannya terkumpul rizab negeri ini yang berjumlah hampir RM3 bilion tahun lepas.

Azmin pernah meletak jawatan dalam lembaga pengarah PKNS pada tahun 2010, tetapi menafikan ia disebabkan oleh perselisihan dengan Abdul Khalid.

Sebaliknya, beliau menegaskan ia untuk memberi laluan kepada calon-calon yang lebih muda yang "lebih disukai" oleh menteri besar.

Pengguguran terbaru Azmin itu berlaku hanya dua bulan sebelum pemilihan parti PKR, yang bakal menyaksikan perebutan jawatan tertinggi di kalangan pemimpin utamanya. (MK)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah

 0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Lihat artikel

Ini, Lahir Bayi Palestin, Hasil Seludup Sperm Dari Penjara Israel.

Bayi Palestin yang baru dilahirkan melalui sperm seludup.. (gazaalan)

Gaza: Seorang tahanan Palestin, Tamir Za’anin, baru saja mendapat kurnia anak pertamanya hari ini, Jumaat (10/1/2014), padahal dirinya sedang menjalani vonis kurungan penjara 12 tahun di penjara Israel. Dia berhasil menyeludupkan spremnya ke luar penjara.

Abdu Qandil, jurucakap yayasan “Wa’id” yang menangani keluarga para tahanan menyatakan,
“Isteri Tamir telah melahirkan anak pertamanya di kota Gaza. Dia hamil setelah suaminya berhasil menyeludupkan spermnya dari penjara.”

Menurut Qandil, ini adalah pengalaman pertama seorang bayi dilahirkan dari sperm yang diseludupkan. Usaha seperti ini sudah dilakukan para tahanan Palestin bertahun-tahun yang lalu, tapi baru kali ini berhasil. Puluhan tahanan Palestin berusaha menyelundupkan sperma mereka, kebanyakan gagal, dan yang berhasil biasanya dirahasiakan.

Kerana kejayaan Tamir ini, diperkirakan ramai tahanan mencuba cara ini, agar tetap mempunyai keturunan walaupun dirinya berada di penjara. Perlu diketahui, Tamir Za’anin adalah warga Palestin kelahiran tahun 1985. Dia ditangkap militer Israel pada November 2006 saat Israel menyerang Bait Hanun. Kemudian pengadilan Israel menjatuhkan vonis penjara selama 12 tahun. (IH/msa/dakwatuna/gazaalan)

Dr Mujahid Jawab, Rampasan Injil Di Premis Persatuan Injil..

by  Dr Mujahid Yusof Rawa
 
Dr Mujahid Yusof Rawa

Rahmat Yang Hilang... 

KERAHMATAN adalah perkataan yang indah namun sukar dinikmati dan kerana hakikat ini, mengecapi kerahmatan adalah sesuatu yang merupakan kemuncak perasaan belas dan ihsan kepada ciptaan Allah.
Tidak mungkin kerahmatan ini dihargai jikalau tidak terasas dalam diri kita sebagai seorang muslim sifat insaniah yang dianjurkan oleh Islam. Mukadimah di atas membuka ruang untuk saya menyinggung perkembangan terkini rampasan beberapa ratus naskhah Injil dari premis PersatuanInjil Malaysia oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

MEMBETULKAN SALAH TANGGAP

Adalah jelas di sini pertikaian betul atau tidak tindakan Jais boleh dibahaskan dari sudut perundangan dan kebijaksanaan bertindak dan inilah yang berlaku kepada setiap penguatkuasaan yang dilaksanakan. Saya tidak berminat untuk membahas aspek itu kerana Jais pasti akan mempertahankan tindakannya dan terserahlah kepada pihak pengamal undang-undang untuk membuat penilaiannya.

Saya lebih cenderung untuk melihat dalam artikel ini dari sisi prinsip yang memantulkan sifat rahmatan Islam yang mencakupi keseluruhan alam ini termasuk kepada penganut agama lain. Apa yang saya nyatakan sebelum ini dalam kenyataan saya selepas peristiwa rampasan kitab Injil itu berpandukan kepada prinsip Islam dalam konteks hubungannya dengan penganut agama lain supaya kejelasan kita kepada isu ini tidak diheret dengan sentimen dan emosi buta yang boleh mencemarkan nama baik Islam.

Saya bimbang dengan sesetengah pihak dari kita yang memandang serong kepada saya sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang saya katakan dari kerangka prinsip dan kemarahan mereka yang tidak berasas.

Kita dididik untuk berpegang kepada prinsip, walaupun dalam keadaan marah sekalipun, kita memerlukan prinsip untuk memandukan kita dan Islam sarat dengan prinsip khususnya dalam memahami hubungan Islam dengan agama lain. Semoga prinsip yang saya akan jelaskan di bawah difahami oleh mereka yang kenyataan dan tindak-tanduk mereka telah mencemarkan nama baik Islam.

PRINSIP PERTAMA: RAHMATAN LIL ALAMIN

Prinsip Rahmatan diambil dari kenyataan Al Quran yang mengasaskan
  • “Tidak kami utuskan dikau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke alam ini” (Al Anbiya' 107).
Sebarang tindakan ataupun undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan sifat Rahmatan yang diasaskan oleh Islam . Demikianlah kita menentang ISA dan lain-lain akta yang tidak bersandarkan prinsip utama Syariat.

Bagi sesebuah pihak yang berkuasa yang bertindak atas nama Islam, prinsip ini lebih-lebih lagi hendaklah diutamakan kerana walaupun bertindak atas nama Islam tetapi apabila tidak memantulkan makna Rahmatan maka ia bukanlah daripada Islam.

Makna Rahmatan bagi hubungan sesama manusia membawa maksud berlembut dan bersantun dalam memelihara hak Allah kepada manusia walaupun manusia tidak dapat menerimanya. Hak Allah ke atas hamba-hambanya tanpa mengira keturunan dan agama ialah menghormati kebebasan mengamalkan agama masing-masing termasuklah upacaranya dan kitab sucinya.

Islam hanya menentang dan tidak dapat menerima aspek teologinya (aqidah) dan caranya ialah dengan menjelaskan kepada mereka melalui dakwah dan berdebat dengan cara yang terbaik. Allah berfirman dalam An Nahl: 33, yang bermaksud:
  • “Dan apakah yang lebih baik dari seseorang yang menyeru kepada jalan Allah dan mengatakan bahawa aku adalah dari kalangan muslimin.”
Para musfasir berpendapat bahawa kerana ayat ini turun di Mekah maka ia adalah ayat tentang tugas Nabi yang besar dalam menerangkan kebenaran Tauhid melalui hujah dan keterangan dari Allah. Kecuali Aisyah (r.a.h) menyatakan ayat ini ialah pujian kepada para muazin yang menyeru untuk mendirikan solat (sedangkan azan hanya disyariatkan selepas hijrah).

Kerahmatan Islam juga terserlah dalam menegakkan keadilan tanpa mengira bulu atau agama dan salah satu keadilan yang dibela oleh Islam ialah hak untuk beragama malah segala keperluan ibadat mereka adalah hak yang tidak boleh dirampas dan hendaklah diperuntukkan kepadamereka.

PRINSIP KEDUA: LARANGAN MENGUTUK AGAMA LAIN

Nabi menunjukkan contoh kepada kita bahawa seorang muslim hanya bertanggungjawab menyampaikan kebenaran tetapi tidak boleh mengecam tuhan-tuhan golongan yang tidak beriman kerana balas membalas kecaman hanya akan mengheret pihak lain akan memaki hamun Allah pula sebagai tindak balas. Allah berfirman dalam Al An'am:108 yang bermaksud;
  • "Jangan kamu memaki hamun tuhan mereka yang menyeru selain daripada Allah, kelak mereka akan balas memaki Allah dengan permusuhan dan mereka tidak ada pengetahuan tentangNya (Allah), Demikianlah dihiaskan pada setiap umat (yang menganuti sesuatu agama,mereka amat menyukainya dan akan mempertahankan apa yang mereka ada) perbuatan mereka, dan kemudian kepada Tuhan mereka akan dikembalikan dan diberitakan kepada mereka (apa yang kesesatan yang mereka lakukan, dan kebenaran yang dibawa oleh Muhamaad s.a.w)”
Ayat sebelum 108, iaitu 107, dengan tegas menyebut bahawa Muhammad s.a.w bukan penjamin dan boleh memaksa mereka untuk beriman kerana hakikatnya Allah menyatakan bahawa Dia berkuasa untuk menjadikan mereka beriman tetapi Allah tidak berbuat demikian. Nabi dan orang Islam hanya dituntut dengan penuh hikmah menyeru mereka.
  • “Jikalau dikehendaki Allah pasti mereka tidak akan mensyirikkan diri dengan Allah, Kami tidak jadikan engkau wahai Muhammad sebagai penjaga mereka(untuk beriman) dan engkau bukanlah penjamin mereka (supaya beriman).”
PRINSIP KETIGA: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA

Islam tersebar ke seluruh dunia bukan dengan kekerasan dan pemaksaan. Telah terbukti bahawa penerimaan Islam berlaku secara pilihan dan pemerintahan Islam tidak pernah memaksa mana-mana bangsa yang dikuasainya untuk memeluk Islam.
Malah rumah ibadat dan kitab suci mereka dibiarkan untuk penganut masing-masing tanpa ada urusan campurtangan dalam urusan agama orang lain. Sebenarnya umat Islam dipandu dengan prinsip “tiada paksaan dalam memeluk Islam”.

Ia diasaskan oleh firman Allah dalam Al Baqarah:256 yang bermaksud;
  • “Tiada paksaan dalam agama, telah jelas petunjuk dari kesesatan, barang siapa yang kufur dengan Thagut (selain dari Allah) dan beriman dengan Allah maka dia telah berpegang dengan ikatan yang kuat, tiada tercerai daripadanya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ayat ini turun di Madinah di kalangan ibu-ibu yang Islam bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah dizinkan mereka memaksa anak-anak mereka yang beragama Yahudi untuk peluk Islam?
Menjadi amalan kepada ibu-ibu yang susah mendapat anak untuk bernazar dengan berkata, “Jikalau aku dapat anak akan ku jadikan anak ini nanti memeluk agama Yahudi.”
Apabila mereka mendapat anak mereka memenuhi nazar ini lalu setelah mereka menerima Islam, mereka mahukan anak -anak mereka dipaksa supaya memeluk Islam.
Dalam riwayat yang lain apabila Bani Nadhir dihalau dari Madinah anak-anak mereka berada dalam itu lalu untuk menyelamatkan anak mereka, mereka mahu memaksa anak-anak mereka memeluk Islam, dan turunlah ayat menerangkan prinsip besar ini iaitu “tiada paksaan dalamagama”.

Prinsip ini konsisten hatta semasa Nabi di Mekah apabila Allah menegaskan bahawa jika dikehendaki semua orang akan beriman. Sifat Nabi yang ambil berat kepada kaumnya menyebabkan dia bimbang keengganan mereka untuk tidak beriman lalu Allah menegur Nabinya dalam Yunus:99, yang bermaksud;
  • "Jika Tuhan mu kehendaki maka akan berimanlah semua yang dibumi, apakah engkau mahu memaksa mereka sehingga mereka beriman?"
Kaedah tiada paksaan menerangkan kepada kita juga tentang perlunya umat Islam menghormati agama lain termasuk rumah ibadatnya dan segala apa yang mereka anggap suci termasuklah kitab mereka.
Hormat bukan bererti mengiktiraf mereka tetapi akur kepada realiti kepelbagaian dan bersikap terbuka lewat interaksi dakwah dan mendorong mereka ke arah menghayati keindahan Islam. Abu Bakar As-Siddiq menulis surat kepada Kristian Najran dengan berkata:
  • “Dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyang, ini adalah surat dari hamba Allah Abu Bakar, pengganti Muhammad sebagai pemimpin kamu untuk penduduk Kristian Najran bahawa aku melindungi mereka dengan perlindungan Allah dan jaminan Muhammad, Rasulallah ke atas diri mereka dan tanah mereka, agama mereka, harta mereka, binatang ternakan mereka, ibadat mereka dan semua yang ada serta uskop mereka, rahib mereka dan jual beli mereka dan apa yang ada dalam milikan merekasedikit pun tidak dikurangkan atau diambil dari mereka, tiada uskop yang ditukar dan rahib yang ditukar” (dalam Kitab Kharaj).
Abu Bakar selaku khalifah Islam pertama meletakkan asas hubungan atas prinsip “tiada paksaan” menjadi ikutan sepanjang sejarah Islam dalam hak orang bukan Islam khususnya Ahlul Kitab yang perlu dilindungi oleh pemimpin Islam.
Tidak pernah dalam sejarah Islam mana-mana kitab suci dirampas atas apa juga alasan kerana ia mencemari prinsip tiada paksaan.

“Tiada paksaan” juga bermakna bahawa setiap penganut mempunyai caranya tersendiri memahami keperluan agamanya tanpa ada hak untuk kita mencampuri urusan agama dan kitab suci mereka apatah lagi menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk mereka kerana merekamempunyai undang-undang dan cara mereka tersendiri.

Dalam al-Maidah ayat 48 menegaskan (yang bermaksud);
  •  “...pada setiap umat Kami jadikan mereka undang undang dan cara masing-masing, jikalau dikehendaki Allah dijadikan kamu atas satu agama tetapi adalah untuk menguji kamu apa yang diberikan maka berlumbalah berbuat baik..”
Kitab suci Taurat dan Injil ada undang-undangnya dan caranya walaupun Islam merangkumi kitab sebelumnya tetapi hakikatnya Injil dan Taurat masih ada hari ini dan tiada hak untuk kita menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dipakai dalam keperluan kitab mereka kerana itu jugaadalah satu bentuk paksaan.

PRINSIP KEEMPAT: BERDIALOG

Keindahan Islam dan Rahmatnya kepada agama lain terserlah dengan jambatan dakwah dan dialog sebagai interaksi Islam dengan bukan Islam.
Walaupun kebenaran Islam tidak diragui lagi, Allah tetap menyatakan prinsip berdialog dan berbincang dengan cara yang baik seperti firmanNya dalam An Nahl ayat 125 yang bermaksud:
  • “Serulah kamu ke jalan Tuhan mu dengan penuh bijaksana dan hikmah dan jika berdebat maka berdebatlah dengan cara yang terbaik(lembut) Maka Tuhamu mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk”
Prinsip dialog menuntut supaya dalam apa jua hal maka rundingan dan dialog adalah lebih baik dalam menentukan hubungan dengan agama lain, apatah lagi jika berlaku kekeliruan ataupun sesuatu yang sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara agama di negara ini.

RUMUSAN PRINSIP

Prinsip-prinsip di atas membentuk Rahmatan Islam kepada keseluruhan Alam dan khususnya dalam hubungan muslim dan bukan muslim. Kita diajar bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak boleh bercanggah dengan prinsip di atas selagi tidak ada apa-apa keadaan dan situasi yang membolehkan orang Islam bertindak sebaliknya seperti mempertahankan diri ataupun apabila terbukti sesuatu ancaman itu berlaku.

Adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip juga apabila Islam cuba mencampuri urusan agama orang lain dengan menentukan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh lalu bertindak ke atas mereka. Premis hubungan muslim dengan bukan muslim diasaskan oleh kedamaian dan situasi sebaliknya seperti permusuhan adalah sesuatu yang mendatang atas sebab-sebab yang jelas dan bukti yang nyata.

Dakwaan kristianisasi jika benar hendaklah ditangani dengan bukti kerana itu bertentangan dengan semangat negara ini yang terbina atas Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Apa yang berlaku hari ini ialah hubungan dengan bukan Islam seolah-olah berada di atas premis permusuhan manakala kedamaian adalah pengecualian.

Asas fahaman ini amat bahaya dalam konteks membina negara bangsa dan perpaduan nasional kerana ia rapuh dan boleh dirampas perpaduan yang dibina selama ini oleh pihak-pihak yang sempit gagasan negaranya pada bila-bila masa.

Saya menyeru kepada mereka yang tidak setuju dengan pandangan saya bahawa berhujahlah atas prinsip yang saya kemukakan dan jangan berhujah atas emosi dan amarah apatah lagi tuduhan pro Kristian dan malah ada yang mempersoalkan keIslaman saya.

Apakah sebahagian kita ini sudah hilang kewarasannya dengan menyebarkan kejahilan dan kebodohan dan menyerang prinsip dan menidakkannya atas nama Islam?

Penulis ialah Ahli Parlimen Malaysia merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pengerusi Forum Dialog Antara Agama Untuk Kedamaian peringkat Asia Tenggara. (mStar)

Lihat Sebelum Ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Mengapa Irma Hasmie Ibrahim Kurang Muncul Di Tv?


HALAMAN HIBURAN
MENGAPA Irma Hasmie Ibrahim dikatakan sudah kurang muncul di kaca televisyen, apatah lagi di layar perak. Irma tidak kisah 'berkorban minat dengan keluarga tercinta'. Itu jawapan hebatnya, Syabas beliau!

Ketika bertemu pada majlis pelancaran dan perlantikan duta produk kecantikan dan kesihatan jenama Radiglow yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Irma yang ditemui berkata..

"Apa yang penting bagi saya ialah mengasuh dan melihat sendiri Irfhan membesar di depan mata. Itu merupakan perkara yang diberi fokus buat masa ini. Walaupun setiap hari menjaga dan mengasuhnya, saya masih rasa tidak puas kerana setiap hari pasti benda baharu yang muncul yang akan dilakukannya.
"Kami memang tidak ada pengasuh atau biar sesiapa jaga. Oleh itu, saya dan suami akan bergilir-gilir untuk menjaga anak," jelas Irma yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang menjawab soalan pihak media.

Mengenai Irfhan anaknya..

"Irfhan dilahirkan secara pembedahan. Oleh itu, doktor menasihati supaya tetapkan tempoh tiga tahun lagi untuk memiliki anak yang kedua.
"Namun, jika Allah ingin beri rezeki kepada kami sebelum tempoh tersebut, saya dan suami tidak kisah serta bersyukur dengan pemberianNya," kata Irma ringkas.

Irma kini masih mengemudi program Assalammualaikum di saluran TV AlHijrah. Oleh kerana mempunyai batas masa, Irma banyak menolak tawaran drama episod yang diberi kepadanya. Jelas Irma, banyak tawaran yang datang kepadanya memerlukan dia bertugas di luar Kuala Lumpur serta perlu komitmen masa yang lama.

"Mengenai watak pula, saya tidak kisah untuk berlakon sebarang watak asalkan ia bersesuai dengan imej berhijab, insya-Allah.
"Malah, saya tidak kisah jika tawaran itu mempunyai watak hitam asalkan jalan ceritanya dapat memberi pengajaran kepada masyarakat," bicaranya lanjut mengenai watak yang diinginkannya dalam lakonan.

Syabas artis berani berhijrah dari gelap kepada cahaya. (IH)

Friday, January 10, 2014

Sokong P/Suara P'gaan Baru Adalah Lawan Islam -Al-Qaradawi

 Yusuf al-Qaradawi

ULAMA yang dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin, Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan dekrit agama melarang warga Mesir melakukan pemungutan suara dalam sebuah referendum diadakan minggu depan oleh pemerintahan sementara Mesir bentukan militer.

Para pendukung presiden terguling Muhammad Mursi telah menyeru memboikot pungutan suara untuk konstitusi baru pada 14-15 Januari mendatang disusun oleh pemerintahan sementara sejak Mursi digulingkan Julai tahun lalu. Demikian lapor situs asiaone.com, Rabu (8/1).

Tetapi Qaradawi, lelaki  kelahiran Mesir yang menggunakan pengaruh besarnya saat tampil melalui stasiun tv Aljazeera dari tempat tinggalnya di pengasingan di Qatar, mengatakan bahawa partisipasi dalam pemungutan suara bererti melawan Islam kerana itu sama saja berkolusi dengan 'dosa'.

"Partisipasi dalam referendum konstitusional dan berkontribusi dengan cara apapun untuk memperkuat otoritas kudeta ini, atau memberikan legitimasi, atau memperpanjang keberadaan dan memperkuat kehadirannya, bererti bekerjasama dalam sebuah dosa dan tindakan dilarang agama," kata Qaradawi dalam fatwanya yang dikeluarkan pada kemarin malam.

Qaradawi, yang menetap di Qatar sejak kewarganegaraannya dilucuti satu dekade lalu, telah mengeluarkan fatwa menyerukan Mesir untuk mengembalikan jabatan sah Mursi. Dia pernah pulang ke tanah airnya pada Februari 2011 lalu, beberapa hari setelah penggulingan mantan Presiden Husni Mubarak, dan menyampaikan khotbah di Dataran Tahrir di Ibu Kota Kairo, yang menjadi pusat pemberontakan.

Fatwa Qaradawi ini datang di saat Mursi memulai pengadilannya di Kairo pada hari ini untuk sidang terbaru dalam persidangan atas tuduhan menghasut pembunuhan pegiat oposisi dalam bentrokan di luar istana presiden pada Desember 2012. Qaradawi sendiri dicari-cari pemerintah sementara Mesir.(IH)

Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2) 

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah

 0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


IGP: Mana Ada Demo Aman? Ada! Yang BN Anjur..

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dengan keadaan aman di negara ini.

"Banyak pihak mengatakan kita (polis) sepatutnya membenarkan demonstrasi... Mana ada (demonstrasi) yang aman. Setidak-tidaknya ada yang baling botol, ada yang kena tumbuk.
"Tidak pernah ada demonstrasi di negara kita yang benar-benar aman. Dan polis mengambil langkah-langkah yang patut untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku," katanya dalam wawancaranya bersama media di Bukit Aman.

Menurutnya lagi, mengikut Akta Perhimpunan Aman, polis berperanan memberi ruang kepada orang ramai untuk menyuarakan hasrat mereka dengan cara teratur.  Malah, katanya, polis berperanan untuk memudah cara perhimpunan supaya ia berjalan dengan teratur seperti yang ditetapkan dalam akta itu.

"Malangnya, mereka tidak mahu ikut. Lepas tu salahkan kita (polis) kerana tidak membenarkan demonstrasi aman. 
"Dulu semasa Seksyen 27 Akta Polis, mereka tidak dibenarkan langsung berhimpun dan kita mengambil tindakan tidak membenarkannya.
"Tapi parlimen membuat undang-undang baru, Akta Perhimpunan Aman, kita akur dengan undang-undang baru dan kita mudah cara mereka berhimpun dan mereka perlu patuhi peruntukan undang-undang tersebut,"  katanya.

Khalid berkata demikian bagi mengulas perkembangan siasatan berhubung penemuan senjata tajam, bom petrol, kemeja-T dan bom sebelum perhimpunan BERSIH 2012 dan TURUN pada 31 Disember lalu.

Mengulas lanjut berhubung penemuan senjata tajam di bangunan Dayabumi sebelum perhimpunan membantah kenaikan kos barang sebelum sambutan ambang tahun baru, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai petunjuk untuk mengaitkan senjata tersebut dengan individu atau kumpulan tertentu.

"Tapi senjata-senjata itu telah ditemui sebelum demonstrasi itu berjalan," katanya sambil menyatakan jangkaan lebih banyak protes pada tahun ini susulan kenaikan harga barang dan menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

Katanya, sebanyak 26 demonstrasi jalanan berlangsung sepanjang 2013 yang dianjurkan oleh NGO dan parti politik berkepentingan antaranya melibat isu Lynas, PTPTN, hak asasi kumpulan LGBT, kalimah Allah, kenaikan harga barang dan utiliti, dan kenaikan cukai taksiran DBKL.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dengan keadaan aman di negara ini?

Jawabnya, 'Ada!'  Iaitu semua demo anjuran BN. Kerana di situ lahirnya tukang-tukang angguk, penjilat-penjilat pemerintah, yang mengaku jentera kerajaan tetapi bekerja untuk pemimpin yang menindas rakyat tetapi bertopeng kerajaan.

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Zul Ariffin-Gayatri Su-Lin: Kahwin/Peluk Islam, Mana Dulu?

Zul Ariffin (kiri) dan Gayatri

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin memberitahu kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, 38, sudah bersedia untuk memeluk agama Islam sebelum kedua-dua mereka disatukan sebagai suami-isteri. Zul, 28, berkata, Gayatri bagaimanapun sedang menanti lampu hijau daripadanya bilakah tarikh sesuai perkahwinan mereka akan dilangsungkan.

“Gayatri meminta saya memaklumkan kepadanya lebih awal sekiranya saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk menjadi seorang mualaf,” katanya kepada mStar Online Zul ditemui pada majlis pelancaran drama Qadr dan Panik siaran Astro First di GSC The Gardens di sini pada petang Khamis.

Zul berkata, walaupun dia teruja membincangkan soal kahwin tetapi ada kalanya perasaan itu hilang. Zul, perasaan itu timbul bukan kerana dia tidak mencintai Gayatri tetapi dia masih risau berikutan keadaan kewangan yang belum kukuh untuk bergelar seorang suami.

"Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu.
"Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon, ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini," ujarnya yang masih belum mempunyai tarikh untuk pernikahan itu.

Zul mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal. Sementara itu, Zul bakal muncul menerusi drama Panik bersama-sama pelakon Nadia Nissa, Naomi Ivana, Dony Alamsyah dan Mike Muliardo menerusi drama Panik yang bakal disiarkan pada 20 Mac ini. (mStar)

Kommn Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar berbincang dan buka fikiran  mana perlu didulukan.. Kahwin, masuk Islam atau tunggu kewangan? Apa kata anda?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam 
 
IKLAN    

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah

 0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails