Saturday, January 11, 2014

ISA & 3 Kaedah - TG Nik Aziz



KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?” tanya beliau menerusi tulisan di facebook.

Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun.  Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan;
  • menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, 
  • menggunakan peringatan yang baik 
  • dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan. (HD)

Bimbang Anak Tergadai Akidah, Along Berkuasa Dari Kerajaan?

Foto 
NUR KHATIJAH menunjukkan kesan simbahan cat merah di pintu rumahnya yang dilakukan along.

Kajang:  “Macam-macam berlegar dalam fikiran saya sekarang. Saya takut anak-anak dijual kepada along sebab bekas suami banyak hutang dan setiap kali berhutang, dia gunakan alamat rumah ini.

“Malah, baru-baru ini rumah saya disimbah cat merah. Malah, sekumpulan lelaki juga pernah memasuki rumah dan mengambil barangan berharga termasuk telefon bimbit dan beberapa barangan lain milik saya. Saya juga takut anak dibawa lari ke negara asal bekas suami di Myanmar,” itu luah wanita mualaf, Nur Khatijah Jojos, 31.

Bagaimanapun, apa yang paling dibimbangkan Nur Khatijah, empat cahaya matanya berusia antara dua hingga lapan tahun itu tergadai akidah kerana bekas suaminya yang memegang kerakyatan Myanmar, Seinwin, 30-an, bukan beragama Islam.

Empat anaknya iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang dilarikan bekas suaminya ialah Nur Husna Abdullah, 8, Najwa Abdullah, 6, Sumayyah Abdullah, 5, dan Haron Abdullah berusia dua tahun.

Beliau berkata, dia juga sudah membeli barangan keperluan sekolah untuk anaknya ketika kejadian bekas suami melarikan semua anaknya itu pada 1 Januari lalu. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mana pihak berwajib? Jabatan Agama atau Kerajaan BN? Kerajaan orang Islam sudah tidak mampu menjaga rakyat Islam? Apakah along lebih berkuasa dari kerajaan? Kerajaan lebih takut along dari perintah Allah SWT.? Kalau tak mampu juga berhentilah jadi kerajaan. Ramai lagi orang lain mampu perintah!

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


Pertempuran Baru Di Mesir, 1 Terbunuh Menurut AFD

KAHERAH 11 Jan. - Seorang terbunuh dalam pertempuran terbaharu di antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam, selain berpuluh-puluh penyokong Mursi turut ditahan di seluruh negara.
Pegawai polis berkata, seorang penjaja ditembak mati dalam pertempuran yang berlaku di bandar Mediterranean, Alexandria.
Penyokong pemimpin pergerakan Ihkwanul Muslimin itu turut mengadakan perhimpunan di beberapa buah bandar lain di seluruh negara menuntut supaya Mursi dibebaskan, selepas beliau digulingkan oleh pihak tentera dalam satu tunjuk perasaan besar-besaran pada Julai tahun lalu. - AFP

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah

 0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Lihat artikel


Putrajaya Rancak Kempen Hidupkan Semula ISA

Aktiviti bantahan untuk guling kerajaan menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan ISA diwujudkan semula. Gambar fail.


Putrajaya dipercayai sedang berkempen untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila ketua polis negara, timbalan menteri dalam negeri dan akhbar Umno Utusan Malaysia melahirkan hasrat agar ia dihidupkan semula secara serentak.

Ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar ISA dihidupkan semula, akhbar Umno pula menyokong agar ia dikembalikan manakala timbalan menteri KDN berkata, Sosma yang rangka untuk menggantikan ISA tidak bertaring.

Utusan Malaysia hari ini menyokong supaya ISA dikembalikan semula kerana pemansuhannya menyebabkan keharmonian kaum dan agama di negara tergugat. Penulis ruangan kolum Awang Selamat, berkata cadangan tersebut akan menimbulkan kemarahan di kalangan pejuang hak asasi manusia.

"Awang yakin kenyataan ini pasti akan menimbulkan kemarahan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.
"Takut-takut kedua kenyataan ini akan mendorong kerajaan mengkaji semula pemansuhan ISA," kata Awang Selamat hari ini.

Awang Selamat berkata, pemansuhan undang-undang tahanan tanpa bicara tersebut sebagai punca keharmonian kaum dan agama di dalam negara tergugat oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

"Namun kita harus akui bahawa tanpa ISA, pelbagai insiden berlaku sehingga menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini," katanya.

Katanya, ketiadaan undang-undang ISA menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu sensitif yang tidak pernah dibangkitkan ketika undang-undang tersebut masih berkuatkuasa.

"Pemansuhan ISA diambil kesempatan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan isu yang satu ketika dahulu takut mereka sentuh.
"Ini termasuklah perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti kedudukan orang Melayu dan agama Islam," katanya.

Awang Selamat turut memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak lagi memainkan isu sensitif yang menyentuh orang Melayu dan agama Islam sekirannya tidak mahu ISA dikembalikan semula.

"Kalau tidak mahu ISA diwujudkan semula, maka belajarlah menghormati apa yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan negara.
"Janganlah melakukan tindakan yang boleh mengundang petaka," katanya.

Akta tahanan tanpa bicara, ISA dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 2011 bagi digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia.
Ia digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma yang diwartakan pada 2012.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam mengulas isu sama mengakui Sosma tiada taring kerana tiada memiliki kuasa setanding dengan ISA.

"Tetapi malangnya, segelintir rakyat Malaysia yang diterajui oleh pihak tertentu tetap mahu melakukan perkara tidak matang termasuk membuat bantahan di jalanan sekali gus membelakangi aspirasi yang dibawa Sosma.
"Disebabkan tiada kuasa seperti ISA, Sosma tidak mempunyai taring," katanya yang dipetik dalam Utusan Malaysia mengulas tentang cadangan agar ISA dikembalikan semula.

Cadangan agar ISA dikembalikan semula disuarakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mahu pihak ekstrem untuk menjatuhkan kerajaan supaya diberikan kesedaran.

"Saya faham apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir tetapi perkara ini masih terpulang kepada kerajaan kepimpinan perdana menteri, Najib," kata Wan Junaidi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga senada dengan menyokong cadangan untuk mengembalikan semula ISA.

"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?"
"Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya.

Pada 5 Januari baru-baru ini, enam tahanan ISA terakhir di kem tersebut dibebaskan berikutan pemansuhan akta itu dan digantikan dengan penguatkuasaan Sosma. Ia sekaligus menyaksikan berakhirnya undang-undang tanpa bicara yang diperkenalkan pada 1969. Akta ISA menerima kritikan kerana digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan selain tidak berlandaskan kepada asasi manusia.

Pelbagai usaha dan cara digerakkan oleh rakyat dan kumpulan sivil untuk memansuhkan ISA dan menutup kem tahanan ini, antaranya penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di samping mengadakan demonstrasi jalanan dan kempen lain bagi membantah akta tersebut. - 11 Januari 2014. (TMI)

IKLAN:
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Pesepakbola Muslim Ini 3 Kali Berturut Raih Pemain Terbaik Afrika.

Yaya Toure, ketika menerima penghargaan sebagai pemain terbaik Afrika 2011. (Foto: sunnewsonline.com)

SUKAN
Nigeria: Pemain bolasepak Muslim Manchester City, Yaya Toure, terpilih untuk kali ketiga secara berturut-turut sebagai Pemain Terbaik Afrika. Pemain Team Nasional Pantai Gading itu di daulatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2013 dalam acara yang diumumkan di Lagos, Nigeria, Khamis (9/1/2014).

Toure menyisihkan pemain Chelsea, John Obi Mikel dan penyerang Galatasaray, Didier Drogba yang juga untuk kali ketiga menjadi runner-up. Toure berhasil meraih gelar serupa pada tahun 2011 dan 2012. Pemain berusia 30 tahun itu menjadi pemain kedua yang berjaya mempertahankan gelar tersebut tiga kali berturut-turut di era modern.

Sebelumnya, prestasi itu pernah ditoreh penyerang Chelsea, Samuel Eto’o yang mendapat penghargaan rentang 2003-2005. Lalu, ada juga nama Legenda Ghana, Abedi Pele, yang pernah meraih gelar itu pada medio 1991-1993, saat penghargaan ini masih diberikan oleh majalah Prancis, France Football.

Penampilan Toure dalam beberapa musim terakhir terbilang stabil. Dalam asuhan Manuel Pellegrini, Toure saat ini menjadi ruh permainan The Citizens.

“Saya sangat bangga dan juga senang menerima penghargaan ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat kepada saudara saya, John Obi Mikel, dan Didier Drogba,” kata Toure seperti dikutip Sky Sports. (IH/inilah/sbb/dakwatuna)

1.7J P/Kristian Tak Mampu Tukar Agama Rasmi. -Dr Mujahid.

Bilangan minoriti penganut Kristian tidak akan mampu menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail.


Bilangan penganut Kristian yang berjumlah kira-kira 1.7 juta di negara ini tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian berbanding umat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini iaitu sebanyak 55%, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar itu berkata, belum pernah ada negara di dunia ini yang didirikan di atas konsep negara Kristian sebaliknya apa yang diterangkan dalam Bible adalah “Kingdom of Heaven” seperti yang diajarkan Nabi Isa.

“Bilangan penganut Kristian Katolik di Malaysia hanya 1.7 juta orang. Bagaimana jumlah itu boleh menjadikan negara ini sebagai negara Kristian ketika 55% lagi terdiri daripada orang Islam. Saya mesti belajar daripada penganut Kristian jika mereka melakukan ini.

“Cerita itu karut. Tiada bukti dan tiada fakta tetapi apa yang terpampang hanya di muka hadapan Utusan Malaysia. Ramai yang berbicara tentang hal tersebut. Selepas itu dikaitkan pula dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya dalam wacana “Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible” anjuran Pemuda PAS malam tadi.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam menolak kenyataan Pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), Tan Sri Razali Ismail yang menyifatkan penentangan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian hanya kumpulan kecil, sebaliknya ratusan badan bukan kerajaan (NGO) Islam membuat laporan kepada polis.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengingatkan bahawa penganut Kristian adalah kumpulan paling minoriti negara ini, tetapi mereka kelihatan besar dan hebat kerana mendapat sokongan daripada parti politik tertentu.

“Adakah ratusan laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak terutamanya NGO Melayu dan Islam dianggap minoriti? Siapa yang minoriti sebenarnya? Jangan main suka sahaja buat kenyataan tanpa periksa dahulu di balai polis,” katanya.

Mujahid berkata, kerajaan harus segera menghentikan perlakuan mempolitikkan kalimah Allah agar rakyat tidak terus melihat ia sebagai usaha membodohkan diri sendiri.
Katanya, Islam sendiri melarang umatnya menghina agama lain dan setiap perkara yang dilakukan pasti akan mendapat pembalasan.
“Jika benar ia isu politik, jangan sampai orang melihat kamu bodoh sebegitu rupa. Kalau hendak berpolitik pun cerdiklah sikit. Malangnya mereka masih menjadi pilihan. Islam melarang umatnya memaki hamun Tuhan agama lain. Setiap satu perkara pasti ada tindak balas. Kita kutuk orang, orang akan kutuk kita balik.
“Apa yang kita hendak cari ialah budaya keterbukaan bagi memahami erti kepelbagaian. Saya dengan mudah memahami tanpa perlu mengambil pengajian doktor falsafah berdasarkan apa yang Al-Quran ajarkan. Ia bukannya kerana saya seorang ahli politik tetapi agama mengajar saya. Saya tidak perlu takut kerana yang menganjurkan ini bukan daripada parti tetapi Al-Quran,” katanya.
 
Beliau memberikan contoh khalifah Islam pada suatu ketika dahulu menunjukkan contoh yang baik bagaimana agama lain perlu dihormati meskipun ketika peperangan.

“Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, beliau memasuki Baitulmuqaddis dan mengarahkan tiada mana-mana penganut Kristian boleh disakiti malah beliau mengisytiharkan deklarasi keamanan pertama di antara umat Islam, Yahudi dan Kristian.
“Begitu juga apa yang berlaku pada zaman Salahuddin Al-Ayubi ketika peperangan menentang Richard The Lionheart bersama tujuh negara Eropah menakluk Baitulmuqaddis, beliau memerintahkan gereja dibuat pemulihan setelah terkena serangan bagi menghormati agama Kristian dan Yahudi bersama Islam,” katanya.

Mujahid berkata, umat Islam tidak mempunyai hak mengarahkan bagaimana agama lain perlu menjalankan peribadatan mereka bagi mengelakkan penganut agama lain juga melakukan tindakan sama terhadap Islam.
Katanya, usaha melakukan perdamaian bersama gereja tidak menjadikan dirinya terkeluar daripada agama Islam malah menjadi umat yang lebih baik bagi memahami Islam.

“Apa hak kita mengarahkan penganut Kristian, apa yang boleh dan apa yang tidak? Bagaimana pula keadaan sedemikian berlaku kepada orang Islam? Kalau begitu caranya, huru-hara dunia ini. Saya pergi ke gereja dan saya masih Islam malah agama saya lebih baik. Pergi ke gereja tidak menjadikan kita Kristian.
“Kita tidak boleh menjadikan agama seperti mana yang kita mahu tetapi mematuhi agama sebagaimana yang dikehendaki Tuhan. Ini bukan kenyataan politik. Sebagai seorang Islam, saya berasakan rampasan Bible tidak mewakili hasrat Islam sebaliknya pihak tertentu,” katanya.

September tahun lalu, media melaporkan beberapa NGO Islam membantah tindakan Mujahid menganjurkan dialog bersama masyarakat Kristian di Butterworth yang menurut mereka ia harus dikendalikan oleh orang yang arif tentang Islam bukannya ahli politik.

Setiausaha Gabungan, Azmi Jaafar, berkata mereka bimbang jika akan ada pihak menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. Katanya, dialog itu tidak dihalang sebaliknya peranan berdialog perlu diberikan kepada orang yang lebih fasih tentang Islam seperti mufti.

Dalam wacana itu juga, Mujahid mengingatkan hadirin bahawa jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian sebagai satu usaha Kristianisasi. Katanya, pihak yang mendakwa umat Islam akan murtad apabila penganut Kristian menggunakan kalimah Allah adalah satu penghinaan kepada agama Islam itu sendiri.

“Isu kalimah Allah tiada kena-mengena dengan Kristianisasi sebaliknya ia tentang hak yang perlu diberikan. Jangan sesekali percaya kalimah Allah yang digunakan dalam Al-Kitab, orang Islam akan menjadi murtad. Itu menghina agama Islam.
“Tidak mungkin kalimah Allah yang disebut orang Kristian, orang Islam menjadi murtad. Di mana kekuatan agama kamu? Pengetahuan kita ditutup dengan orang yang bodoh membuat keputusan ini. Setiap perkara ada had tetapi kebodohan mereka tiada had,” katanya. – 11 Januari, 2014. (TMI)

Lihat Sebelum Ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Prinsip Mujahid Tergadai.. 3 Pandangan Untuk Beliau.

Blogger
 
INI komen seseorang atas tulisan dalam Weblog ini baru beberapa minit lalu.. 
"Dr Mujahid Jawab, Rampasan Injil Di Premis Persatuan Injil.."
 maae said...
Ingin saya lontar pandangan dari sudut keadaan biasa :-

1. Jika Mujahid bercerita pasal prinsip dari perpektif Islam, memang tiada cela nya kerana itu lah peraturan Allah SWT yang di beri Nur kepada Rasululah pembawa rahmat untuk sekian alam. Ia terpakai untuk pengembangan syariah Allah SWT untuk semua manusia, alam dan kejadian. Memang universal.

2. Dalam kontek kristian di sini, kenapa pula prinsip Mujahid tergadai ? Sepatut nya kristian itu tunduk kepada keagungan Islam kerana dakwah yang berkesan tetapi kes ini terbalik. Mujahid menjadi perisai melindungi musuh Islam yang nyata ( perlu di ingat, bukan musuh manusia. Musuh Allah SWT) yang siang dan malam akan cuba memurtadkan umat Islam. Kita tidak ragu dengan yang mukmin kerana keimanan mereka melayakkan di panggil orang-orang yang beriman. Sasaran yang di risaukan ialah kepada bangsa kita yang hanya pada nama Islam tetapi amalan harian tidak dengar dan tidak patuh kepada syariat Allah SWT. Mulut berkata tetapi hati tidak tunduk. Mereka ini bakal terjerumus kerana kristian memang bijak menjalankan dakwah dan propaganda mereka. Mereka rela berkorban demi matlamat tercapai. Lihat saja di Sabah dan Serawak bagaimana mereka begitu aktif dan berjaya mengkristiankan pribumi. Mujahid melayu di mana ? Kenapa semua di pupuk kepada Umno ? Kristian bergerak tanpa suar politik tetapi dengan kebijakan strategi. Cuba fokus kegiatan kristian di sana . Malu kita kepada Rasul dan Allah kerana betapa jumud nya cara kita berdakwah.

3. Kita beriktikad berkonsepkan Tauhid. Kristian berkonsepkan triniti. Mana yang di katakan agama Islam itu sama seperti laungan Marina? Islam yang sihat menolak konsep ini. Islam yang sakit akan segera tunduk kepada konon nya keinsanan. Kafirun tiada sifat keinsanan sehingga kita mengikut mereka. Itu kenapa Palestin sehingga kehari ini di simpai sehingga semua menjadi milik yahudi. Ada keinsanan ? Cara Dap menghambat melayu, ada keinsanan ? Perkara kecil-kecil di biarkan akan menjadi besar. Peniaga cina bebas berniaga, peniaga melayu di kawasan stratejik di hambat seada nya, depan mata melayu sendiri ! Saya timbulkan ini kerana LGE memang penggerak dan katalis untuk kristian tidak hormat kepada Pemerintah Melayu, undang-undang dan peradaban Islam. Siapa mereka sehingga memijak kepala ? Ini bukan lagi soal kemanusiaan. Ini soal "penguasaan" dan provokasi melampau melibatkan maruah Melayu dan Islam. Jadi Mujahid Islam di mana ? Mujahid Rawa dan Marina di mana ? Tidak kah ini membahayakan akidah umat Islam ?

Tidak berasa sakit hati ? Jika tiada, sesungguh nya kita sendiri sebagai Melayu Islam sudah mati sifat keinsanan kerana menganiaya bangsa sendiri ! Islam sejagat yang bebas di beri contoh oleh Rasul Allah. Kafir dan Munafik akan membakar hancur Sunnah dan Anutan Agama Rasul kita. Mereka tidak pernah mengiktiraf Muhammad ! Kenapa pula kita mesti menyokong mereka ?

January 11, 2014 at 9:56 AM

Kami persembahkan untuk hidangan dan komen tuan-tuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails