Sunday, January 12, 2014

200 Pekerja Nepal Cuba Merusuh Di Pokok Sena


Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat Alor Setar cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas.

Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja.

Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu.

Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar DSP Mat Akhir Jaafar yang ditemui di tempat kejadian berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana majikan bertindak cepat menghubungi pihak polis setelah melihat keadaan makin tidak terkawal.

Katanya ekoran kejadian itu, pihak polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal yang dipercayai mengetuai himpunan itu dan cuba mencetuskan huru hara.

"Hasil maklumat awal kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama terbabit namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Siasatan lanjut akan dijalankan dengan menyoal siasat ketiga-tiga mereka yang ditahan selain mengenal pasti punca kejadian.

"Punca kematian kita hanya bergantung kepada laporan doktor. Sebab apa yang kita siasat setakat ni, dia orang ni suka minum. Kadang-kadang minum minuman tak berjenama. Kita tak pasti minuman arak apa yang diminum menyebabkan mereka sakit," katanya.

Mayat pekerja yang mati dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.

- Bernama

Digugur PKNS, Azmin Bigger Leader -Prof Dr Jayum Jawan


Azmin Ali
Azmin Ali

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan menggugat kewibawaan beliau dalam parti berkenaan.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Azmin pemimpin tinggi di peringkat nasional dan hierarki politiknya lebih besar di dalam PKR, oleh itu, setakat digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah agensi negeri tidak akan jejaskan pengaruhnya.

“Azmin ialah ‘bigger leader’ dalam PKR sedangkan Khalid (Ibrahim) hanya pemimpin peringkat negeri. Sebaiknya Azmin undur diri sebelum digugurkan kerana ia menyulitkan hubungan antara mereka berdua.

“Lagipun jawatan Azmin dalam PKNS hanya sebagai lembaga pengarah bukannya pengerusi PKNS. Dan sewajarnya tidak lantik semula lebih elok untuk kedua-dua pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. (SH)

Kematian Sharon Disambut Gembira Rakyat Palestin..

Setelah mengalami koma selama lapan tahun , bekas Perdana Menteri Israel Ariel ' Buldoser ' Sharon akhirnya menemui ajal pada sabtu ( 11 / 1 ) .Selama lapan tahun terakhir , Sharon dirawat di Sheba Medical Center di luar Tel Aviv . Keadaan Sharon dikhabarkan memburuk selama seminggu terakhir . 


Bahkan Pengarah Sheba Medical Center dalam satu kenyataan mengatakan bahawa hanya keajaiban yang dapat menolong Sharon ." Keadaannya saat ini semakin merosot dan terus merosot dari hari ke hari , kecuali jika ada keajaiban , " kata Dr . Zeev Rotstein , Isnin ( 6 / 1 ) . Anak lelakinya , Gilad Sharon , mengatakan , " Dia telah pergi . Dia pergi ketika memutuskan untuk pergi . 


"Sementara itu , khabar kematian Sharonpun disambut gembira rakyat Palestin khususnya Hamas . Bagi rakyat Palestin Sharon dikenal sebagai sosok pembantai pelarian Palestin ." Rakyat kami secara melampau sangat gembira atas kematiannya ( Sharon ) kerana darah kami berada di tangan dia dan juga darah pemimpin kami , " tegas jurucakap Hamas , Sami Abu Zurhi , seperti yang dilaporkan oleh Reuters , Sabtu ( 11/1/2014 ) . ( bbc / sbb / dakwatuna ) Mantan perdana menteri Zionis Yahudi Israel Ariel Sharon meninggal hari Sabtu ( 11/1/2014 ) di Sheba Medical Center di Tel Hashomer . 

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Ketika Umno Sibuk Program Mewah, PAS Potong 20% Gaji Adunnya

Ketika pimpinan Umno di peringkat pusat terus dengan acara mewah mereka, kerajaan Kelantan akan terus mengekalkan dasar pemotongan elaun 20% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS untuk dikumpulkan sebagai dana khas bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang. Beliau berkata, dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan mengikut keperluan dalam program khidmat masyarakat dan tidak akan digunakan untuk menjalankan program parti.

"Kita tidak akan mengambil walaupun satu sen wang yang dipotong daripada elaun wakil rakyat untuk kegiatan parti kerana sudah diamanah dibelanjakan bagi kepentingan rakyat. Bagi urusan kepartian wakil rakyat sendiri perlu mencari sumber kewangan yang lain.
"Dasar pemotongan elaun yang dilaksanakan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus kita kekalkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Pusat Kaunseling Baitul Rahmat di Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Baitul Rahmat menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya kaunseling individu, kelompok dan rumah tangga dan memberi perkhidmatan rawatan tradisional secara Islam. Ahmad berkata, pengurusan kerajaan negeri memusatkan perhatian yang serius terhadap langkah berkesan membendung pembaziran wang dan fenomena kenaikan harga barangan keperluan.

"Kenaikan harga barangan dan kes jenayah adalah cabaran utama kepemimpinan kerajaan negeri yang perlu ditangani secara bersama demi kesejahteraan sejagat.
"Saya akui kesukaran dan kepayahan terpaksa ditempuh dengan tabah kerana kerajaan negeri tidak memiliki sumber kewangan yang banyak.
"Langkah saya menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tempoh hari adalah bertujuan membela hak rakyat daripada aspek kebajikan," katanya.

Katanya, jika ada masalah yang berkaitan dan perlu penyelesaian, kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan mencapai kata putus untuk diselesaikan secara bersama melalui pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Negara. – 12 Januari, 2014. (TMI)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Sokong Penuh Kepada Datuk Ahmad Yakob -Nik Aziz


Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta semua ahli PAS memberikan sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakob yang kini menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat," katanya mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan Malaysia.

Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa. Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya.

Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau yang jawab.

"Daripada segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau," kata Nik Aziz dalam wawancara itu.
Nik Aziz yang kini berumur 83 tahun pada 10 Januari lalu terpaksa hidup dengan beg plastik putih yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya.

Difahamkan beg yang disediakan oleh hospital itu untuk menyalurkan air kencing, lapor Utusan.
Ketika ditanya, bagaimana kesihatan beliau, Nik Aziz berkata:"Alhamdulillah."

"Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah.
"Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana," katanya.

Beg itu, katanya, perlu ditukar seminggu sekali di hospital atau doktor yang bertugas datang ke rumahnya.
"Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tidak perlu tukar cuma kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari. Alhamdulillah, tidak menganggu saya beribadat," kata ulama yang sangat dihormati itu. – 12 Januari, 2014. (TMI)


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Selangor Beku Kenaikan Gaji MB, Exco, Speaker




KL: Selangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.

Malaysiakini yang memetik sumber China Press melaporkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ean Yong Hian Wah (gambar) memaklumkan kenaikan gaji Ahli Dewan Negeri (Adun) bagaimanapun kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.

Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus. Menurut China Press, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga penilaian semula kenaikan gaji itu selesai dibuat.

Bagaimanapun beberapa pemimpin kerajaan negeri yang dihubungi enggan mengulas butiran terperinci keputusan itu. Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Pejabat Menteri Besar berhubung perkara tesebut.

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

ISA Tidak Mungkin Diwujudkan Semula - Ahmad Zahid


Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Rela ke-42 di Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Sabtu.- fotoBERNAMA

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini, Sabtu.

Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.
Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails