Monday, January 13, 2014

Bas Pelancong Jadi Hotel 7 Bintang. M'sia Boleh Begitu?


Agensi: PENGINAPAN satu malam di dalam bas berkenaan berharga AS$8,000.
Agensi BAS pelancongan berkenaan diubah suai menjadi suite penginapan mewah bertaraf hotel tujuh bintang. 

JOM KREATIF

Bas pelancong diubah suai jadi hotel tujuh bintang
LONDON - Sebuah bas pelancongan lama yang pernah digunakan oleh pemandu Formula Satu (F1), Jenson Button kini ditawarkan sebagai penginapan bertaraf hotel tujuh bintang. Mereka yang berminat boleh menginap di dalam bas berkenaan pada kadar bayaran AS$8,000 (RM26,148) untuk penginapan satu malam.

Tetamu 'hotel' tersebut akan diberi layanan istimewa oleh satu pasukan pelayan peribadi yang sedia berkhidmat pada setiap masa. Bas mewah itu dilengkapi televisyen plasma bersaiz 106 sentimeter, dapur mewah gaya Amerika, almari pakaian dan bilik mandi bersalut emas.

Dinamakan Icon, bas berkeluasan 46.4 meter persegi itu boleh menempatkan sehingga empat tetamu pada sesuatu masa. Ia merupakan kediaman bermotor terbesar di Britain.

"Kediaman bergerak ini dibina untuk kehidupan di litar perlumbaan di Eropah dan pernah menjadi tempat tinggal beberapa pemandu F1 termasuk Jacques Villeneuve dan Jenson Button," kata pemiliknya, Andrew Morris. - Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia boleh buat begitu. 

Sebelum ini.
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
 E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

3 Ditahan Dakwaan Rasuah Termasuk 'Datuk', Siapa Ini?

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 
-fotoBERNAMA

Reman Pegawai Khas Menteri Disambung
SEPANG: Tempoh reman seorang pegawai khas menteri dan ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' yang ditahan berhubung dakwaan rasuah berkaitan tender pembersihan di sebuah kementerian disambung dua hari lagi mulai Isnin.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozaidi Yaacob, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas kedua individu berkenaan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua mereka mula ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu bersama seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berjawatan setiausaha.
Dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang direman menutup muka selepas keluar dari Mahkamah Majistret Sepang selepas tempoh reman bagi kedua-duanya dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender di Sepang, Ahad. 

Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula Isnin untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk. -fotoBERNAMA

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Minyak Naik 20 Sen, IHP Tertinggi Dalam 20 Bulan -Dr Dzulkefly

SHAH ALAM 12 JAN: Kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat tertinggi dalam tempoh 20 bulan.
Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), berkata kenaikan yang tertinggi dalam tempoh itu menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin meningkat dan membebankan.

IHP bagi tempoh Januari hingga November 2013 meningkat sebanyak 2.0 peratus kepada 107.0 dibandingkan dengan 104.9 pada tempoh yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan sama tahun 2012, IHP November 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 peratus daripada 105.5 kepada 108.6 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

“Pada September, Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen maka berlaku kenaikan dalam IHP melonjak dalam tinggi dalam tempoh 20 bulan terdahulu.
“Berapa barang yang akan naik sekaligus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Inflasi yang berlaku ini disebabkan oleh Najib Razak dan suku sakatnya, hanya kerana itu (minyak) sahaja kenaikan 20 sen itu kesannya amat mendadak,” kata beliau.

Katanya, kenaikan tarif elektrik oleh Kerajaan Pusat juga mencetuskan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang parah seterusnya memberikan kesan kepada perbelanjaan rakyat.

“Kesan kenaikan tarif elektrik itu memberi pengaruh kepada proses pembuatan makanan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan harga di pasaran,” kata beliau di Dialog Kenaikan Kos Sara Hidup anjuran PAS Johor yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP bagi kawasan bandar dan luar bandar bagi November 2013 masing-masing naik sebanyak 2.9 dan 3.0 peratus berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012.
Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi kawasan bandar dan luar bandar masing-masing naik sebanyak 0.3 peratus.

IHP bagi kumpulan pendapatan kurang daripada RM3,000 mencatatkan kenaikan sebanyak 3.2 peratus daripada 105.7 kepada 109.1 berbanding bulan yang sama 2012 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP naik sebanyak 0.3 peratus.

Bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol bulan November 2013 pula, sebanyak 4.0 peratus kenaikan dicatatkan berbanding bulan yang sama tahun 2012. (Selangorkini)

Saya Bangga Orang Lain Guna Nama Tuhan Saya -Husam Musa



Kemelut berhubung penggunaan kalimah Allah di negara ini bukan isu agama sebaliknya lebih kepada masalah politik, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Katanya, walaupun ada kebimbangan berhubung persoalan akidah, kerajaan sebenarnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.

“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam. 
“Habis cerita. Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di Putrajaya hari ini.

Sudah lupa royalti Kelantan, PM?
Sementara itu, menyentuh isu tuntutan royalti minyak Kelantan, bekas exco Kelantan itu mempersoalkan kenapa pembayaran pusat kepada negeri itu masih belum dapat dimuktamadkan.
Beliau merujuk kepada jawatankuasa khas yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 yang mana perdana menteri berjanji memuktamadkan royalti minyak yang terhutang kepada Kelantan.

“Dia (Najib) janji 6 bulan bayar... Sudah lupa. Jadi pihak akhbar boleh tanya dia,” katanya.
“Takkan kerajaan Najib naik harga (barang dalam tempoh) setengah jam, tapi royalti tak boleh.” (MK)

Sunday, January 12, 2014

Cadangan Zainuddin Maidin Isyarat Pemberontakan Dalam Umno?





Gesaan Dr Mahathir kembali isyarat pemberontakan dalam Umno, kata Kit Siang

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (gambar) menyifatkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya merupakan isyarat pemberontakan dalam Umno.
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dalam tulisan blognya menyuarakan cadangan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya.

"Cadangan tersebut bukan saya undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Tetapi juga adalah isyarat plot dan konspirasi daripada kuasa tindak balas anti-demokratik dalam Umno dan Barisan Nasional untuk memberontak," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada tulisan Zainuddin dalam blognya.

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata gesaan tersebut sememangnya sudah dijangka memandangkan pentadbiran Najib dilihat lemah khususnya dalam menangani isu kalimah Allah selain cadangan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula selepas dimansuhkan oleh Najib pada tahun 2012 lalu.

"Zainuddin Maidin hanya menguji untuk melihat sama ada rakyat Malaysia bersedia untuk melihat Mahathir kembali ke Putrajaya," kata Lim lagi.

Namun, Lim menegaskan negara tidak perlukan Dr Mahathir kerana langkah tersebut hanya akan menyebabkan Malaysia lebih lagi ketinggalan dalam mencapai status negara maju.

"Malaysia tidak perlukan Mahathir kembali ke Putrajaya atau polisi Mahathir dikembalikan dimana telah menyebabkan berjuta bakat negara yang baik hilang begitu sahaja," tegas Lim lagi.

Penasihat DAP tersebut juga berkata Mahathir harus bertanggungjawab kerana kegagalan menggunanakan sumber manusia dan asli yang dimiliki untuk membangunkan Malaysia hingga mengakibatkan rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kronisme dan juga sistem kehakiman negara tercalar.

"Kembalikan Mahathir adalah jalan penyelesaian paling buruk untuk negara," ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Dr Mahathir yang mengetuai negara dari 1981 hingga 2003 mencadangkan kepada Putrajaya untuk mengembalikan ISA bagi mengawal kumpulan “minority ekstremis”, yang didakwanya menjejaskan kestabilan negara.

"Untuk ekstremis seperti kumpulan itu, kita perlu ISA," kata Dr Mahathir kepada wartawan pada Khamis selepas menjadi tetamu dalam rancangan Hello On Two di RTM2.

Cadangannya itu mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berharap ISA diperkenalkan semula selepas dimansuhkan, dua tahun lalu.

"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi, tetapi apa salahnya dengan ISA?
"Kedua-dua undang-undang itu sesuai untuk sebab berlainan. Sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, saya mengalu-alukan undang-undang yang boleh membantu saya mengekalkan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam," katanya.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu, terdapat penyokong Dr Mahathir, termasuk veteran Umno dan blogger yang mendesak supaya bekas perdana menteri itu kembali kerana masih ramai ingat kepimpinan Dr Mahathir yang tegas dalam membuat keputusan sehingga memimpin kepada kerajaan lebih kuat.

Menjelang 2014, ketegangan berlaku lagi berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sementara kumpulan Islam bertegas perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk Islam. – 12 Januari, 2014. (TMI)


IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Mana Baik Bina Tahfiz Atau Hard Rock Di Putrajaya?


 

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor seharusnya akur dengan nasihat Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak agar orang Umno memenuhi surau dan masjid.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, pendirian Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan membenarkan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya dengan bersyarat, bertentangan dengan nasihat Najib sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Umno November tahun lalu.

"Berkenaan dengan Hard Rock Cafe,  saya ambil nasihat Presiden Umno, ahli Umno kena pergi surau.
"Jadi kalau kena pergi surau kenapa nak buka kelab hiburan di tempat yang tak ada kelab? Kalau nak berhibur pergi Kuala Lumpurlah. Bayar tol sikit.
"Hard Rock dah ada di Jalan Sultan Ismail, dan masih kosong lagi tempat-tempat itu, pergilah ke sana," kata beliau dalam sidang media selepas program minum petang dan sembang santai bersama warga Putrajaya di medan selera Presint 9, dekat sini petang tadi.

Terdahulu, berdialog di hadapan kira-kira 50 orang yang hadir, calon PAS di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 itu berkata, PAS mencadangkan pembinaan sekolah tahfiz di Putrajaya untuk anak-anak Putrajaya dan ramai yang menyetujuinya.

"Dulu kita cadang nak bina tahfiz di Putarajaya untuk ibu bapa hantar anak-anak mereka.
"Tak ada pun orang telefon atau sms minta dibuka Hard Rock Cafe. Sekarang kerajaan nak buka kelab pula. Kenapa ini terjadi? Kerana PAS tak berjaya kuasai Putrajaya," katanya.

Tambah beliau juga, cadangan Tengku Adnan agar Hard Rock Cafe Putrajaya tidak menghidangkan minuman keras dan menyediakan persembahan nasyid sangat tidak logik.

"Dua ciri utama Hard Rock Cafe ialah mesti ada persembahan artis dan hidangan minuman keras. Macam mana pula nak jadikan versi Islamik," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat. (HD)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana baik bina tahfiz atau buka  Hard Rock Cafe di Putrajaya? Kalau pilih PAS dapat tahfiz, kini terimalah hadiah dari UMNO dapatlah Hard Rock Cafe untuk remaja Melayu Islam Malaysia. Itulah UMNO, takkan tak kenal lagi?

Bila PAS Lihat Payahnya Laksanakan Hudud -Dr Abdul Aziz Bari


Oleh Dr Abdul Aziz Bari
Saya terkejut apabila PAS melalui organ rasminya Harakah menyiarkan artikel-artikel yang cuba menunjukkan sukar dan payahnya melaksanakan hudud.

Sebelum itu kita semua tahu yang Harakah akan menghamburkan apa sahaja yang dikira boleh menunjukkan bahawa hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

Ini berlaku selepas berlaku perubahan pimpinan dalam kerajaan negeri Kelantan. Dan ia semakin jelas sekitar muktamar parti hujung 2013 yang lalu.

Saya tidak mengesyaki apa-apa tatkala Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan pelantikan sebuah jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud yang mengenepikan saya.
Saya masih tidak kisah sehinggalah pada satu peringkat Harakah mendakwa yang pandangan saya tentang pelaksanaan hudud tidak popular.
Selain itu Harakah juga seakan-akan mencabar saya supaya tampil memberi penjelasan. Itu menyebabkan saya cuba menghubungi Harakah untuk memberi penjelasan.

Bagaimanapun Harakah tidak memberi ruang.

Cari kambing hitam

Sikap misteri Harakah itu menyebabkan saya menghubungi kawan-kawan yang saya kira tahu apa yang berlaku dalam PAS.

Mereka memaklumkan kepada saya bahawa kerajaan negeri Kelantan dalam keadaan tertekan kerana ada kalangan dalam parti yang mendesak supaya mereka melaksanakan hudud sekarang juga.

Mereka menyebut nama saya sebagai hujah mengapa pelaksanaan itu tidak harus ditangguhkan lagi. Apa yang disebut oleh rakan-rakan itu secara automatik memberi saya kefahaman tentang senario politik dalam Pas.
Apa yang saya boleh katakan di sini ialah kedua-dua pihak – yakni kalangan parti yang mendesak pelaksanaan hudud disegerakan dan kerajaan negeri sendiri – sama-sama kabur tentang isu perlembagaan yang relevan dalam soal ini.

Saya akur bahawa kerangka pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia sukar. Tetapi pelaksanaan itu tidak mustahil jika kita faham kerangka politik, konseptual dan masalah teknikal yang perlu ditangani.

Apa yang Harakah buat untuk mengkambing hitamkan saya hanyalah aspek yang ketiga, yakni aspek teknikal. Mereka yang dijadikan soldadu oleh Harakah untuk mengkritik saya menumpukan aspek ini sahaja.

Aspek ini memang penting tetapi ia bukan aspek utama. Aspek teknikal ini boleh ditangani dengan mudah sekiranya dua aspek yang lain itu diselesaikan.
Tadi saya mengatakan kekaburan di kalangan yang mahukan hudud dilaksanakan terus dan kerajaan negeri. Sebenarnya kekeliruan itu lebih merata, termasuk di kalangan pimpinan PAS sendiri.

Pinda undang-undang, bukan perlembagaan

Sebab itulah presiden parti – meskipun menyokong pelaksanaan hudud oleh negeri Kelantan – tidak menjelaskan mengapa perwakilan muktamar meluluskan usul mendesak Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk membolehkan pelaksanaan hudud.

Pada faham saya Kelantan masih lagi bersama dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melihat hudud boleh dilaksanakan oleh negeri.

Dalam pertemuan 2011 itu saya sebutkan kepada beliau ada hujah dan ruang tertentu yang boleh digunakan tanpa meminda perlembagaan.

Saya tidak pernah menyebut yang pindaan undang-undang tidak perlu seperti yang didakwa oleh Harakah. Saya kata tak perlu pinda perlembagaan.

Saya tidak kata tak perlu pinda undang-undang tertentu yang menghalang hudud. Ini dua perkara yang berbeza.

Kelihatannya mereka yang dilantik oleh Harakah untuk menghentam saya tidak membaca atau mungkin tidak faham isu ini yang telah bertahun-tahun saya bincangkan.
Apa pun dalam keadaan PAS sekarang – dalam PRU 1999 parti itu menang 29 kerusi parlimen tetapi sekarang tinggal 21 sahaja – jalan yang mudah itu pun belum tentu boleh diambil.

Tiada 'blue print'

Saya berasa aneh mengapa wacana mengenai cara dan pendekatan pelaksanaan hudud ini tidak pernah dilakukan secara serius supaya resolusi tertentu dapat disimpulkan.

Dan ini kemudian boleh dijadikan blue print yang seterusnya diturunkan kepada negeri dan kawasan. Negeri Kelantan memang mengadakan sambutan Hari Hudud saban tahun.

Tetapi program ini untuk orang awam; yang saya maksudkan ialah bahan yang perlu ada untuk pimpinan pusat dan kawasan.
Tidak adanya blue print itu menyebabkan saya berjenaka dengan Dr Wong Chin Huat baru-baru ini:

“Non-muslim tak perlu gusar dengan hudud ini. PAS sehingga ini masih belum ada road map untuk pelaksanaan itu. Mereka semacam kabur macam mana nak buat. Selain itu anda pun tahu bilangan kerusi parlimennya pun kecil berbanding dengan parti-parti lain.”
Terbaru kita dimaklumkan oleh negeri Kelantan bahawa akan ada sebuah jawatankuasa pusat dan negeri mengenai hudud.

Dolak-dalik Umno

Ini disebut selepas pertemuan antara menteri besar dan perdana menteri. Kita tunggu apa yang akan berlaku. Tetapi setakat ini sikap Umno ini berdolak-dalik.

Lihat saja apa yang akhirnya disebut oleh Tan Sri Annuar Musa meskipun pada mulanya beliau kelihatan begitu bersemangat untuk melihat hudud dilaksanakan.
Kelihatannya Umno tahu bahawa umpan Islam ini mudah untuk mengelirukan PAS. Dan sudah beberapa kali mengena. Kali pertama melalui kerajaan campuran pada 1972.

Apa pun PAS kemudiannya ditendang keluar dari BN pada 1977. Ia turut menyebabkan kehilangan Kelantan pada awal 1978.

PAS sekali lagi memberi nyawa kepada Umno selepas 2008 dengan idea kerajaan perpaduan yang menggagalkan gagasan 16 September 2008.

Dua contoh ini jelas memaparkan bahawa rekod pertembungan Umno dan PAS tidak menggambarkan kelicikan PAS: Umno yang dapat nafas dan boleh bertahan.
Itu cukup membimbangkan dalam keadaan Nik Aziz sudah tiada. Memang Mohamed Sabu masih ada.

Tetapi lihat saja bagaimana beliau digasak dalam pertandingan timbalan presiden yang lalu walaupun akhirnya menang.

Dan beliau tewas dalam pilihan raya umum: di kawasan yang tradisinya kubu PAS yang pernah diwakili oleh Datuk Fadzil Noor.

Dalam soal hudud ini Umno telah berulang kali menyatakan ia tidak akan melaksanakannya. Cuma kali ini kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita sama-sama tunggu. (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails