Monday, February 10, 2014

Filem Serang Balas Iran Terhadap Boneka Anjing Penjaga Rejim Zionis.

Stesen televisyen kerajaan Iran Jumaat lalu menyiarkan filem dokumentari mengandungi simulasi serangan balasan Iran terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS) . Negeri Mullah ini memang mengancam bakal menyerang balik jika dua negara itu menyerbu mereka .

Filem ini dibuka dengan ucapan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei saat upacara wisuda kadet akademi tentera tiga tahun lalu .  


"Siapa saja berfikir untuk menyerang Iran harus bersiap menerima serangan balasan dahsyat , " katanya , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Times of Israel , Ahad (9/2) ." Amerika , boneka sekaligus anjing penjaga rejim Zionis , mesti tahu serangan balasan Iran atas segala pencerobohan , serangan , atau ancaman akan dibalas dengan cara mampu menghancurkan mereka dari dalam , " ujar Khamenei .

Dalam filem berjudul Mimpi Buruk Burung Nasar pesawat pengebom nirawak dan peluru - peluru berpandu Iran menghentam Dataran Kikar Hamedina di Ibu Kota Tel Aviv , Israel . Serbuan negara Parsi itu juga menyasar Menara Azrieli , markas angkatan bersenjata di Kirya , Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion , Bandar Haifa , dan reaktor nuklear Dimona di Gurun Negev .


Ketika serangan terhadap markas komando tentera itu berlangsung , bekas Perdana Menteri Ehud Olmert dan bekas Menteri Pertahanan Amir Peretz sedang rapat di dalam sana .


Serbuan berlanjut dengan meruntuhkan sejumlah jet pejuang Amerika di Timur Tengah . gempuran udara ini juga menenggelamkan kapal induk Amerika USS Abraham Lincoln tengah berlayar dari Selat Hormuz menuju Teluk Parsi .


Filem itu kemudian memperbesar Peta Timur Tengah dengan tanda lokasi pengkalan tentera Amerika di kawasan itu . Peluru - peluru berpandu Iran lantas menghentam semua sasaran itu .Pada November tahun lalu , televisyen kerajaan Iran juga menayangkan video klip mengandungi serangan udara Iran ke bandar - bandar di Israel.

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apa yang penting Iran sudah jadi suatu negara yang berani terang-terang berkenpen menentang Israel/AS, mengikut maklumat dari filem itu. Sedangkan banyak negara-negara umat Islam lain hanya pura-pura menentang dari balik tabir, yang hakikat perlaksanaan, hanya menjadi alat perkakas AS sahaja.  (IH)

Satu Lagi 'Gila' Tidak Bermoral. Bukan Nakal..

Foto 
LANCAR rutin senaman dikenali Fitness Sakinah di laman Instagram, baru-baru ini.

HALAMAN HIBURAN
Gelagatnya sering menjadi perhatian ramai. Bukan kerana bakat dimiliki atau dia adik kepada dua selebriti popular, sebaliknya kerana aksi ‘nakal’ dan provokasi dalam laman sosial video Keek dan Instagram miliknya. Lapor myMetro.

"Walaupun khalayak seni sedia maklum perangai gila-gila Sharifah Sakinah Al-Khaired, masih ada yang tidak dapat menerima tingkah laku keanak-anakan yang mencalar imej gadis Melayu beragama Islam.
"Dalam laman video Keek, adik Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah ini memuat naik rakaman video menuturkan kata-kata serta aksi ‘pelik’ dan ‘geli’. Dalam laman Instagram pula sering memuat naik fotonya (seperti gambar di atas) melakukan senaman tetapi mengenakan pakaian dan gaya seksi untuk tontonan umum." Begitulah mengikut ceritanya.

Apakah tujuan sebenar berbuat demikian? 

Sesekali ada saja ‘caption’ berbaur provokasi, seolah-olah membalas komen pengikutnya yang gemar memberi komen negatif terhadapnya. Apakah tujuan sebenar berbuat demikian? Apakah ingin menarik perhatian ramai kerana ramai kurang menyedari kehadirannya dalam industri walaupun lama menceburi dunia seni.

myMetro bertemu Sakinah di lokasi penggambaran drama terbaru lakonannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, dia sedar ramai memerhatikan gelagatnya tetapi ia sekadar usikan nakal untuk memeriahkan keadaan, sama ada antara rakan artis atau peminat yang mengikuti perkembangannya

Kata Sakinah, dia tidak ambil peduli segala komen dan kutukan orang terhadap dirinya, malah menganggapnya sebagai satu bentuk hiburan.

“Kadangkala saya sengaja memuat naik foto tertentu untuk melihat ‘lagak’ segelintir manusia yang bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri.
“Saya juga tidak pernah memadam atau menghalang mana-mana akaun peminat yang mengutuk kerana menganggap itu hak peribadi mereka.
“Untuk apa saya ‘delete’ atau ‘block’ mereka? Itu hak mereka buat apa saja pada akaun sosial masing-masing. Saya melihat ia dari sudut positif.

“Dulu pernah saya takut untuk keluar apabila isu ‘bra merah’ mula mendapat perhatian. Namun selepas saya kuatkan diri untuk keluar, tidak ada pun yang datang maki atau kutuk depan-depan. Sebaliknya, ramai kata saya tidak hipokrit.
“Saya tidak boleh marah sesiapa pun dalam soal ini. Kalau tidak suka, tak perlu tengok dan ikut laman sosial Sharifah Sakinah. Orang yang kutuk dan keji kita dalam laman sosial sebenarnya bosan dengan hidup mereka,” Begitu kata Sakinah.

Mengenai fotonya bersenam dengan pakaian dan gaya seksi dalam Instagram, Sakinah akui dia kini berjinak-jinak dalam aktiviti senaman dan melancarkan rutin senaman sendiri, Fitness Sakinah sejak seminggu lalu. Katanya, apa dilakukan ini sebagai satu bentuk motivasi buat mereka yang mahu kurus dan bertenaga dengan cara sihat dan sambutannya juga menggalakkan.

“Ramai berminat menyertainya dan baru-baru ini aktiviti sihat pertama saya lakukan bersama kawan artis di Johor mendapat sambutan semua peringkat umur.
‘Saya akan bersama peminat lagi melakukan aktiviti serupa di lokasi terpilih di Kuala Lumpur. Seterusnya kami akan ke Kuantan, Pahang,” katanya.

Bila terkait dengan agama dan maruah, ia tidak boleh dikira sebagai 'nakal'. Ia adalah sebuah gila tidak bermoral yang bertentangan dengan syariat agama. Kena ada sesuatu pihak yang menegur dan menjelaskannya. (IH)

Sunday, February 09, 2014

Faktor Sekolah Penyebab Dia Bunuh Diri?

 Sebuah sekolah di Kajang, cuma gambar hiasan sahaja.

Kajang: Akibat dikatakan tidak tahan dibuli, seorang pelajar lelaki tingkatan satu membunuh diri dengan meminum racun serangga di kediamannya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, kelmarin.

Mangsa, T Kavinraj, 13, ybersekolah di sekolah menengah kebangsaan di Bandar Rinching, sebelum ini sering mengadu pada ibunya yang dia sering diejek beberapa rakan sekolahnya dengan panggilan budak bodoh selain mempersenda nama bapanya.

Menurut ibu mangsa, B Thanamalar, 43, anaknya kerap mengadu yang dia sudah tidak tahan kerana sering diejek bodoh dan dibuli rakan sekolahnya.

“Saya menyuruh dia mengadu kepada guru atau berjumpa dengan ibu bapa rakan-rakan yang sering membulinya tetapi dia tidak mahu,” katanya. (myMetro)

Jenazah Pak Yazid Selamat Dikebumikan


KUALA LUMPUR: Jenazah veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar (gambar) yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dengan dimami Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ribuan umat Islam turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Sebelum daripada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengimami solat jenazah di kediaman Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke masjid.

Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai  perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.

Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad  1960 hingga ke akhir hayat.

Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.

Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.

Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang yang Saleh. Al-Fatihah. (HD)

Samseng Arab Jadikan 'Zon Merah' Di Bukit Bintang.

Foto
KL: Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapu. Itulah onar segelintir pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan ‘zon merah’ di rantau Asia Barat. Lapor myMetro pagi ini.

"Malah, siasatan Metro Ahad mendapati samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.

"Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan."  Lapor seterusnya.
Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia, kira-kira sebulan lalu.

Ulat jual tiruan pun ada di situ..
 
Seorang wanita Arab yang berpakaian agak seksi berjalan di sebatang jalan tumpuan pelancong Arab di Bukit Bintang baru-baru ini.

Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.

Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.
 Ini, tukang urut di Bukit Bintang?

Selagi kerajaan Malaysia masih menganjurkan pusat maksiat,  bertopengkan pusat hiburan seperti yang diluluskan, selagi itulah 'maksiat-maksiat' tersebut akan berterusan dan menambah kepelbagaian masalah kepada negara.  Sebenarnya lebel 'negara Islam' Malaysia hanya sebagai topeng untuk melindungi 'perompak dan penyamun' maksiat!  (IH)

Konsensus Nasional: PAS Sambut Baik, Kemuka Terma..


KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik cadangan Konsensus Nasional yang dilontar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.

PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara.

Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.

Lanjutan dari itu, maka PAS berharap agar  pihak kerajaan  dapat menyatakan terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak ke hadapan.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Undi Dia, Wanita Akan Mogok Seks..

Tumbangkan Presiden, Perempuan Togo Umum Aksi Mogok Seks -gambar hiasan.

Tokyo: Sekumpulan wanita semalam mengumumkan akan melakukan mogok seks kepada sesiapa yang mengundi calon popular untuk jawatan Gabenor Tokyo.

Yoichi Masuzoe 

Amaran itu dibuat selepas Yoichi Masuzoe dilaporkan menghina wanita ketika membuat kenyataan pada minggu lalu. Bekas menteri kesihatan itu adalah calon dari parti kerajaan dan sedang mendahului senarai undian pilihan raya gabenor di Tokyo.

Kempen menentang tokoh terbabit dijalankan dengan slogan “Tolak Masuzoe” dan dilancarkan selepas sebuah blog ahli politik pembangkang memuat naik kenyataan kontroversinya. Masuzoe didakwa menyatakan wanita tidak sesuai menyertai politik kerana sikap mereka yang tidak menentu sewaktu datang haid.

Gerakan itu membuat petisyen dan mengedarkan poster kempen membantah tindakan calon gabenor berkenaan. Mereka menganggap Masuzoe tidak layak untuk jawatan berkenaan kerana bersikap tidak adil kepada wanita. Hubungan Masuzoe dengan wanita pernah menjadi isu hangat akhbar Jepun sebelum ini.

Antaranya kerana dia terbabit dalam isu tuntutan nafkah anaknya di mahkamah.
Seorang dari bekas isteri Masuzoe pernah menjadi calon yang menentangnya dalam perebutan jawatan partinya. (IH)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails