Monday, February 10, 2014

KDN Tarik Permit Penerbitan Sebelum Isu Pertama Di Pasaran.




Lesen penerbitan FZ.com ditarik balik
Lesen penerbitan kepada FZ.com ditarik balik minggu lalu selepas portal itu diberi kebenaran memulakan prosiding terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Pemilik FZ.com Tong Kooi Ong (left) berkata, mereka memfailkan semakan kehakiman melalui syarikat induk The Edge Communications Sdn Bhd pada November tahun lalu. Tindakan itu, menurutnya, dibuat selepas KDN “menangguhkan” lesen menerbitkan sebuah harian dinamakan FZ Daily.

Tong kini mempersoalkan bagaimana KDN menarik permit sebelum sebelum isu pertama berada di pasaran. (MK)

Sah, Anwar Akan Ambil Alih Presiden PKR.

Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail. 
Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail.

 Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.

"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.

Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?",

Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.

"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.

Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.

Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden. – 10 Februari, 2014. (TMI)

Jessica Rhodes: Masuk Islam Setelah Ikut Kempen Hari Hijab Sedunia.

Jessica Rhodes 
NORWICH, England: Pengalaman satu hari memakai hijab dalam " World Hijab Day " tahun lalu telah menuntut seorang warga Inggeris 21 tahun membaca lebih banyak tentang Islam dan akhirnya memeluk agama Islam .  

"World Hijab Day" part 2 kembali dilancarkan pada awal Februari ini . Kisah Jessica Rhodes masuk Islam terjadi pada tahun 2013 , dan sudah banyak diberitakan di pelbagai media , tapi saya ingin berkongsi kembali kepada anda semasa menyambut " World Hijab Day " part 2 ini .Jessica Rhodes adalah seorang wanita berusia 21 tahun dari Norwich , Inggeris yang bekerja sebagai perunding telesales dan juga seorang mahasiswa .  

Dia lahir pada tahun 1991 , dibesarkan di sebuah bandar pantai kecil di pantai Tenggara dari Inggeris. Pada usia 19 tahun dia meneruskan pendidikannya ke universiti untuk mendapatkan ijazah di bidang Muzik dan ia berharap dapat meneruskan ke jenjang Siswazah dalam bidang kaunseling .Dia mempunyai cerita yang luar biasa tentang pilihannya untuk memeluk Islam dan bagaimana dia menjadi tertarik kepada Islam .  

Seorang wanita dari New York , Nazma Khan , memulakan kempen yang dikenali sebagai ' World Hijab Day ' . Gerakan ini telah diadakan di laman jejaring sosial . Hal ini telah menarik minat dari Muslim dan non - Muslim di lebih dari 50 negara di seluruh dunia .  

Bagi ramai orang , hijab adalah simbol penindasan dan perpecahan . Hijab sering menjadi sasaran perdebatan besar untuk menanamkan salah faham tentang Islam di Barat . Hari Hijab Dunia direka untuk melawan kontroversi ini . Hal ini mendorong wanita non - Muslim ( atau bahkan wanita Muslim yang tidak memakai hijab ) untuk mengenakan hijab dan mengalami bagaimana rasanya apabila memakai hijab untuk yang pertamakalinya , sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang hijab .Melalui jejaring sosial itulah Jessica Rhodes ikut terlibat . 

 Jessica Rhodes berteman dengan Widyan Al Ubudy yang tinggal di Australia , dan menyarankan rakan - rakan Facebook - nya untuk menyertai . Jessica yang seorang non - Muslim memutuskan untuk ikut mengambil bahagian dalam " World Hijab Day " tersebut . 

Dia berkata : "Saya ikut ambil bahagian dalam Hari Hijab Dunia pertama dan mencabar diri untuk mengenakan jilbab selama satu bulan . Saya kemudian cuba untuk mula membaca al - Quran dan kata - kata dalam al - Quran tampak logik dan jelas . Saya juga melakukan beberapa kajian tentang Islam secara keseluruhan dan saya merasa bahawa Islam adalah agama komprehensif boleh memberikan jawapan yang saya cari " . 

Walaupun orang tuanya sedikit bimbang bahawa kemungkinan dia akan diserang di jalan - jalan kerana dianggap tidak toleran . Beberapa Website seperti BBC , CBBC , Muslim , Times , Malaysia Digest telah menerbitkan artikel dirinya mengenai pengalaman seorang non - Muslim memakai hijab. Detik-detik terpenting dalam hidupnya adalah saat ia berjalan keluar dengan memakai hijab untuk pertama kalinya sebagai seorang non - Muslim dan ia tidak boleh mengingati bagaimana rasanya untuk pergi tanpa memakai hijab .

Mengenai reaksi dari orang tuanya , teman dan suami , ia berkata : " Itu seperti beg perpaduan , orang tua tidak senang tapi mereka menerima keputusan saya . Mertuaku sangat menyokong . Teman - teman saya ada beberapa yang senang dengan keputusan saya , yang lain ingin berdebat dengan saya tentang hal itu , dan yang lain melangkah keluar dari hidup saya sama sekali . 

"Saat ditanya tentang apa cabaran yang ia hadapi sebagai seorang muslimah , katanya dia sangat beruntung dan sejauh ini dia tidak menghadapi masalah apapun dan semua orang telah sangat menyokong dan berfikiran terbuka tentang hal itu .Jessica memakai tudung untuk pertama kalinya ke pejabatnya dan ia mendapat respon yang indah dari teman - teman sepejabat .Di laman Facebook Word Hijab Day , 31 January 2013 , mengutip tulisan Jessica : 

"Untuk semua rakan - rakan saya yang telah ada dalam hidup saya dan menyokong saya , saya mempunyai sesuatu untuk sampaikan kepada anda . Seperti yang anda tahu , saya sekarang telah memakai hijab selama 8 hari dan telah membaca Quran selama kira-kira 3 atau 4 hari . Hal, masya Allah!  Itu adalah sesuatu yang mengagumkan ... indah ... dan dia kelihatan sangat cantik juga ... Semoga Allah swt selalu memberikan bimbingan dan melindungimu saudariku , dan mendapatkan pahala di akhirat .. 

"Subhanallah , hijab telah mengantarkan seorang Jessica Rhodes kepada Islam . Semoga rahmat dan perlindungan Allah selalu menyertaimu , Saudariku ! Dan semoga World Hijab Day 2014 ini kembali mendapat respon positif yang luar biasa dan boleh menjadi jalan hidayah bagi mereka untuk mencari Islam , seperti Jessica Rhodes . 
 [ arrahmah ]

Lihat lagi..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Taib Pun Letak Jawatan, SPR Terkejut Tak?


KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku.

Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001.

Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini.

Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya.

"Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut?

"Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR.

Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, adalah tidak wajar bagi SPR mengeluarkan alasan berbaur politik atau menegur siapa nak letak jawatan atau tidak dan siapa nak bertanding.

"Tugas SPR hanya menguruskan dengan baik supaya praya berlaku dgn adil dan baik. Yang akan menghukum adalah rakyat. Biar rakyat yang tentukan," katanya lagi.

Beliau memberi contoh, pada tahun 1988 Tan Sri Shahrir Abdul Samad pernah meletak jawatan sebagai ahli parlimen BN Johor Bahru dan bertanding bebas.

Pada pilihan raya yang diadakan 25 Ogos 1988 itu, Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi iaitu lebih tinggi berbanding ketika mewakili BN.

Beliau mendapat 23,581 undi mengalahkan calon BN Masud Abdul Rahman yang memperoleh 10,968. (HD)

'Kopitiam 88' & 7 Tuntutan..


'Kopitiam 88' dihukum sebelum diadili 
Gerakan Media Marah (GERAMM) menyelar tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM)  menggantung penyiaran sitkom popular Cina “Kopitiam 88”, yang menampilkan pelakon dalam video parodi Tahun Baru Cina Teresa Kok.

Alasan penggantungan bagi menunggu siasatan membabitkan pelakon dalam klip video yang didakwa mencemarkan negara itu dibuat secara melulu dan terburu-buru. Bahkan, tindakan tersebut dilihat sebagai hukuman awal walaupun siasatan terhadap video kontroversi itu masih berjalan dan belum dimuktamadkan.

Dengan kata lain, “Kopitiam 88” telah dihukum sebelum diadili dan diputuskan bersalah.

The Heat

Pada Jumaat lepas, 7 Februari The Heat kembali menemui pembaca setelah digantung penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). GERAMM mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kembalinya akhbar akhbar mingguan itu menemui pembaca.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada The Heat dan berharap akhbar itu terus konsisten melaporkan dengan berani isu-isu masyarakat seperti sebelum digantung.
Kami yakin masyarakat akan bersama The Heat jika muncul lagi tekanan seumpama insiden Disember lalu.
Kami mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang bangun menyatakan bantahan masing-masing ketika kebebasan media cuba dicengkam di negara ini.

Bagaimanapun, harus diingat, GERAMM masih mempunyai tujuh lagi tuntutan yang belum ditunaikan, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Lihat petisyen GERAMM.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada The Heat kerana memberikan dedikasi dua halaman kepada GERAMM dan perjuangan menuntut kebebasan media di negara ini dalam keluaran terbarunya.
Bagaimanapun, kami tegaskan, perjuangan menuntut kebebasan media sudah lama dirintis dan digerakkan pelbagai pihak. GERAMM cuma sebahagian kecil daripada perjuangan itu.
Oleh itu, kemenangan itu sebenarnya milik seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan.

P'raya kecil Kajang

Sempena pilihan raya kecil Kajang yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kami menyeru semua media berlaku adil dalam laporan masing-masing serta memberikan akses kepada semua calon dan pihak tanpa memilih bulu.
Kami yakin, media yang adil dan berimbang akan mendapat keyakinan awam, dijadikan rujukan pelbagai pihak dan sekali gus meningkatkan kewibawaan wartawan secara keseluruhannya.
Jika ada gangguan pada wartawan untuk tujuan itu, kami menyeru semua pihak agar berani mempertahankan prinsip kebebasan media.
Laporkan gangguan kepada GERAMM, jika ada, sewaktu membuat liputan pilihan raya kecil Kajang.

Gangguan lain pada media

(1) Tamil Malar

Kes-kes pencabulan hak kebebasan media masih berlaku dalam tempoh sebulan dua ini, termasuk serangan kepada akhbar Tamil Malar.
Pejabat Tamil Malar, sebuah harian berbahasa Tamil, diserang tiga lelaki berparang pada 29 Januari lalu.
GERAMM menggesa pihak polis menjalankan siasatan rapi dan segera agar kejadian ganas di Tamil Malar tidak berulang.

(2) Kes Aziz Bari vs Sultan

GERAMM juga menggesa polis berlaku adil dan profesional dalam siasatan pada Malaysiakini dalam isu Dr Aziz Bari vs sultan Selangor.
Pada 24 Januari, polis menyiasat Malaysiakini bagi kali ketiga kes itu dalam tempoh dua tahun dan menanyakan soalan-soalan sama.
Siasatan pada Malaysiakini satu gangguan terhadap kebebasan media. Kami tuntut siasatan diselesaikan segera secara adil dan profesional.

(3) Sekatan pada BBC

GERAMM juga ingin mengingatkan terhadap dakwaan sekatan laporan BBC berhubung isu kangkung yang boleh merosakkan imej kebebasan negara ini.
Kami gesa kerajaan agar mempertahankan jaminan tiada sekatan di Internet demi masa depan kebebasan rakyat dan media.


GERAKAN MEDIA MARAH (GERAMM) perkumpulan longgar pengamal dan aktivis media bagi menuntut kebebasan akhbar di Malaysia. Ikuti perkembangan terkininya di Twitter @mediageramm dan Facebook GerakanMediaMarah.  (MK)

Ini, Lumba Lari Berbikini, Sebuah Kegiatan Amal?


Lomba lari ini merupakan kegiatan amal untuk membantu yayasan anak-anak penderita tumor (CTF) di Australia dan AS.    Peserta tengah berlari dari garis start saat perlombaan Cupid Undie Run dimulai. Peserta hanya mengenakan bikini saat turut memeriahkan kegiatan amal tersebut. 
 
Lomba lari ini merupakan kegiatan amal untuk membantu yayasan anak-anak penderita tumor (CTF) di Australia dan AS. Senyuman peserta lomba lari Cupid Undie Run di Sydney, Australia, Minggu (9/2). Lomba lari Cupid Undi Run merupakan kegiatan amal yang mengumpulkan dana sumbangan untuk membantu yayasan anak-anak penderita tumor (CTF) di Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Ingin buat kerja-kerja amal, bolehkah dengan cara berbogel (bepakaian bertelanjang) begini? Ulama-ulama UMNO cuba jawap, kerana sejak dulu lagi  mereka dah buat kerja-kerja macam ini. Contohnya Loteri Kebajikan Masyarakat dan segala macam lagi. (IH)

Terbunuh Di Kolam Renang MB S'ngor..




Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam renang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa sambutan Tahun Baharu Cina semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Amanda Dany Shah, 7, dipercayai bersendirian di kawasan itu tanpa pengawasan ibu bapanya.
Beliau berkata ibu bapa mangsa, yang juga katerer bagi majlis itu, sedang sibuk menguruskan penyediaan makanan dan tidak menyedari ketiadaan anak mereka.

"Polis terima panggilan daripada seorang wanita kira-kira 4.30 petang menyatakan seorang budak lemas dalam kolam renang itu.
"Difahamkan mangsa meninggalkan ibu bapanya dan berjalan bersendirian ke kolam renang di tingkat atas kediaman itu. Tiada maklumat sama ada dia bersama orang lain atau tidak ketika itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
 Bukan. Ini bukan kolam renang MB Selangor. Gambar hiasan sahaja.

Azisman berkata Amanda lemas kerana jatuh ke dalam kolam renang untuk orang dewasa.
Pasukan paramedik cuba menyelamatkannya namun dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada kira-kira 7 malam.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. - Bernama, 9 Februari, 2014. (TMI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails