Sunday, February 23, 2014

S'ngor Peruntuk RM100J Rumah Rakyat


HULU KELANG: Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.
“Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah ‘Rumah Selangorku’ pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.
Abdul Khalid berkata konsep ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.
Katanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.

Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.
Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.
Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).
“Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang belum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.

Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.
“Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.
“Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus,” kata Abdul Khalid.
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.
“Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun,” katanya. - Selangorkini

ID Fashion Week 2014, Desainer Muslim Tunjuk Kreatif

Salah satu rancangan Desainer Muslim yang ditampilkan dalam ajang Indonesia Fashion Week 2014, Jumat (21/2) - Foto: liputan6.com
 Salah satu rancangan Desainer Muslim yang ditampilkan dalam Indonesia Fashion Week 2014, Jumaat (21/2) – Foto: liputan6.com

Jakarta: Masih dalam nuansa keagamaan , 4 pereka beken Indonesia yakni Itang Yunas , Dian Pelangi, Monica Jufry dan Iva Lativa berkibar dengan karyanya pada hari kedua , Jumaat , 21 Februari 2014 di ajang Indonesia Fashion Week 2014 . Tema boleh ` Revealing Innocence ` , tapi karya 4 pereka kebanggaan Indonesia ini tidak Sepolos yang anda kira . Demikian lapor Dakwatuna.Com.

Menurut situs itu lagi, pada fashion show pamungkas di hari ke dua Indonesia Fashion Week ini , karya - karya dari pereka - pereka tersebut berjaya memukau para tetamu jemputan . Seperti apa fesyen yang dipaparkan para pereka tersebut ?  


Berikut ulasannya . 

1 . Iva Lativah 

Lahir di kota Bandung pada tahun 1958 , Iva lativah adalah ketua Ikatan Perancang Busana Muslim di Jawa Barat . Akulturasi budaya tradisional Indonesia dengan budaya tradisional negara lain , yakni Korea , hadir dalam koleksi Iva . Reka bentuk - reka bentuk dari busana - busana rancangan Iva diilhamkan dari pakaian tradisional wanita Korea yang disebut dengan Hanbok .

Warna - warna menyala seperti warna kuning menyala , hijau menyala dan biru menyala dipakai oleh Iva dalam karya - karyanya . Budaya tradisional Indonesia sendiri tampil pada penggunaan kain - kain batik pada busana - busana itu . Colorful Indo - Korea adalah istilah yang boleh diberikan pada koleksi Iva Lativa .

 2 . Itang Yunas.

Seseorang yang tidak menggeluti dunia fashion sekalipun akan tahu siapa Itang Yunas . Lelaki yang memulakan kerjaya fashionnya sejak tahun 1981 ini telah meraih pelbagai anugerah baik nasional maupun antarabangsa . Motif heksagon dengan gambar - gambar seperti kaca - kaca di bangunan - bangunan klasik memenuhi karya - karya Itang Yunas pada koleksi ini . Dari segi warna dan corak , koleksi Itang kali ini begitu sengit . Rasa oriental terlihat juga dalam koleksi Itang Yunas . 

3 . Monica Jufry 

Kerjaya fashion Monica Jufry bermula setelah hampir 16 tahun sejak kelulusannya dari Universiti Trisakti dan sekolah fashion LPTB Susan Budi Harjo . Pada tahun 2008 , Monica Jufry dipilih untuk merancang busana ` Safari Ramadhan ` yang adalah program dari Isteri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono , Ani Bambang Yudhoyono .Soft , etnik , elegan dan agama adalah empat kata yang tepat untuk menggambarkan koleksi Monica Jufry pada shownya di Indonesia Fashion Week 2014 . 

Bahan yang ringan , potongan yang simple , penggunaan warna - warna teduh seperti cream adalah hal - hal yang membuat karya - karyanya berkesan soft dan elegant . Nuansa etnik dalam karya - karyanya didapati dari aplikasi bordir warna coklat keemasan dan corak lurik halus serta model jilbab gaya timur tengah . 

4 . Dian Pelangi

 Nama Dian Pelangi yang lulus dari pendidikan fashion di ESMOD telah menjadi perbincangan hangat di dunia fashion Indonesia sepanjang tahun 2013 . Meraih anugerah Inspiring Women 2013 dari media Wanita Indonesia dan menjadi juri pada World Muslimah Beauty 2012 adalah sedikit dari sekian banyak prestasi yang dimiliki oleh pereka bernama asli Dian Wahyu Utami ini . 

Tampil terakhir pada fashion show bertema Revealing Innocence di Indonesia Fashion Week 2014 , Dian menghadirkan koleksi extravagant bertajuk Kingdom of Indonesia . Ratu Etnik Indonesia adalah gelaran yang boleh dikenakan pada rancangan - rancangan Dian Pelangi . Busana - busana tradisional berkesan mewah dengan warna - warna memukau menghasilkan decak kagum para tetamu jemputan . 

Demikian lapor Dakwatuna.Com. (IH)

Menari, Tiada Permit Hiburan. Separa Lucah?

Foto
Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi. 15 penari % penyanyi ditahan.

Menari seksi ganti emak Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian..
Foto
REMAJA 15 tahun yang menari separuh bogel yang ditahan polis dalam Ops Noda.

SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian ..
SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.

Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu. Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam. Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol.

Ramsay berkata, ketika serbuan terdapat 15 wanita sedang berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

"Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu.
"Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga 50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.
"Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan turut ditahan," katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari. (myMetro).

SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dibawa turun dari pentas di sebuah medan selera di Serdang, Selangor malam kelmarin.
Foto
PENARI separuh bogel ditahan di Medan Selera Serdang

Harta Karun RM6.58 Bilion Diburu


Estavao de Gama

KULAIJAYA – Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.

Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.

Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.

Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).

Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. (Kosmo!)

Presiden Ukraine Cabut Lari..


BEBERAPA orang wartawan berhimpun di luar Pejabat Presiden Viktor Yanukovych di Kiev semalam. 

KIEV - Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych dan pasukan keselamatan meninggalkan ibu kota negara ini semalam semasa kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa buah institusi pentadbiran sebagai usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan sementara.

Setakat ini, lokasi persembunyian Yanukovych selepas beliau meninggalkan Kiev masih belum diketahui namun seorang penasihatnya, Anna German memberitahu agensi berita Interfax bahawa Yanukovych akan pulang ke bandar raya ini.

Menurut laporan media, beberapa anggota Kabinet juga dilaporkan telah meninggalkan Kiev ekoran krisis politik yang berlaku sejak November tahun lalu. Selepas meninggalkan Kiev, Yanukovych menyatakan, keretanya telah ditembak.

"Kereta saya telah ditembak. Saya tidak takut. Saya berasa sedih untuk negara saya," katanya ketika diwawancara oleh wartawan stesen televisyen UBR.

Namun, berdasarkan wawancara itu, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Wawancara itu dipercayai dibuat di bandar Kharkiv, timur laut Ukraine yang mempunyai ramai penyokongnya. Yanukovych juga menyatakan, beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun Kiev telah ditawan kumpulan penentang kerajaan.

Satu kelompongan kuasa berlaku di Kiev sehari selepas Yanukovych menandatangani satu perjanjian damai yang ditaja Barat bagi menamatkan krisis di negara tersebut. Kelmarin, Yanukovych turut mengumumkan pilihan raya presiden akan diadakan sebelum 25 Mei depan.

Viktor Yanukovych
Krisis tersebut bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovych enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November tahun lalu.

Perjanjian itu akan membolehkan barangan Ukraine menembusi pasaran di Eropah. Namun, Yanukovych lebih berminat untuk mengukuhkan hubungan dengan Rusia.

Kedegilan Yanukovch itu menyebabkan berlakunya satu siri pertempuran antara para penunjuk perasaan antikerajaan dengan polis sehingga mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.

Selepas para penunjuk perasaan antikerajaan menawan Kiev, bekas Perdana Menteri wanita yang popular, Yulia Tymoshenko dibebaskan dari sebuah penjara di bandar Kharkiv.

Pembebasannya dibuat apabila 310 daripada 450 anggota Parlimen meluluskan untuk tidak melaksanakan undang-undang penyalahgunaan kuasa sekali gus membolehkan Tymoshenko dibebaskan.

Tymoshenko yang mengambil pendekatan pro-Barat dihukum penjara selama tujuh tahun sejak tahun 2011 selepas didapati bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa. Namun, para penyokongnya mendakwa hukuman ke atasnya itu bermotifkan politik. - Agensi

Isu P'raya Indo: Suku Anak Dalam, Tak Peduli Sampai Begini?


Tak ada Caleg yang peduli, warga Suku Anak Dalam ancam Golput
Suku anak dalam 2. tambang-estate.blogspot.com.
Suku Anak Dalam Batanghari, BeritaPrima.com.
Sedikitnya 700 orang warga Suku Anak Dalam (SAD) 113 Kabupaten Batanghari, Jambi menduduki halaman kantor ... 
Massa ketika berunjuk rasa di komplek perkantoran Gubernur Jambi.

BERITA DARI INDONESIA
Warga Suku Anak Dalam ( SAD ) dari Kumpulan 113 Kabupaten Batanghari , Jambi , mengancam bakal tidak memberikan hak suaranya ( Golput ) pada Pilihan Raya 2014 yang akan datang . Adapun sebabnya lantaran tidak ada calon anggota legislatif ( caleg ) yang membantu memperjuangkan nasib mereka yang sedang berkonflik dengan PT Asiatic Persada .

"Kumpulan SAD 113 dan gabungan beberapa desa di kecamatan Bajubang dengan total sekitar 3,000 - an akan memilih atau menjadi golongan putih ( Golput ) pada pilihan raya perundangan , " ujar Pendamping Kumpulan 113 dari Syarikat Tani Indonesia , Agus Pratama seperti dikutip dari Antara , Sabtu ( 22 / 2 ) .


Agus menegaskan , ancaman golput pada Pemilu 9 April mendatang sudah menjadi kesepakatan warga Suku Anak Dalam . Warga melihat tidak ada caleg yang peduli dan benar - benar memperjuangkan nasib mereka .


Menurut Agus , masyarakat SAD beranggapan tidak ada gunanya memilih . " Alasan lain masyarakat tidak memilih kerana kerajaan belum mencabut Hak Guna Usaha PT Asiatic Persada , sebagaimana yang sudah menjadi tuntutan mereka selama ini , " jelasnya .


Kumpulan SAD 113 merupakan salah satu kumpulan yang tidak mau menerima pemberian tanah PT Asiatic , mereka tetap menuntut hak tanah Kumpulan SAD 113 seluas 3,500 hektar . Bahkan untuk memperjuangkan haknya itu , Kumpulan SAD 113 hingga kini terus melakukan aksi unjuk rasa ke pejabat bupati Batanghari , pejabat gabenor Jambi , bahkan ke Jakarta .
  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Antara 2 Cinta.. Satunya Terpaksa Ku Tinggalkan.

JENDELA GLOBAL
NAMAKU dulu adalah Kavita, dan nama panggilanku Poonam. Setelah memeluk Islam, aku bernama Nur Fatima. Usiaku 30an tahun sekarang. Tetapi aku merasa baru berumur lima tahun, kerana pengetahuanku tentang Islam tidak melebihi pengetahuan kanak-kanak Islam yang berusia 5 tahun.

Aku dulu bersekolah di Mumbai, di sebuah sekolah yang cukup besar khusus untuk anak-anak dari keluarga bangsawan. Kemudian aku melanjutkan pendidikan ke Universiti Cambridge. Setelah menyelesaikan program master, aku mengambil banyak kursus komputer. Aku menyesal, banyak gelar duniawi yang sudah diraih, tetapi aku belum melakukan apapun untuk kehidupan akhirat. Sekarang aku ingin melakukan sesuatu untuk akhiratku.
Mumbai City

Lingkungan tempat aku dibesarkan, adalah lingkungan Hindu ekstrimis yang sangat bencikan Islam. Keluargaku adalah sebahagian dari dari organisasi Hindu kuatkeras, iaitu Shiv Sena. Aku berkahwin di Mumbai, dan memiliki dua orang putera. Bersama suami dan anak-anak, kami kemudian pindah ke Bahrain.
A man standing in the doorway of his house in a Bahrain village. Electricity and running water are common in most rural Bahrainian villages.
A man standing in the doorway of his house in a Bahrain village.

Begini kisahku sebelumnya...

Sebenarnya aku sudah tidak suka sembah dewa-dewa pujaanku sejak aku mulai dewasa lagi. Aku teringat, pada suatu hari aku buang patung sembahanku ke bilik mandi. Ibuku menegur. Kukatakan padanya, "Benda-benda itu tidak dapat melindungi diri mereka sendiri. Jadi, buat apa kita minta berkat darinya? Sembah mereka.. apa yang mereka dapat beri pada kita??"

Ada sebuah ritual di keluarga kami, jika seorang gadis sudah berkahwin, ia kena basuh kaki suaminya dan minum air basuhan kaki itu. Tetapi aku tak mahu buat sejak awal kahwin lagi. Kerana itu aku sentiasa terus dimarahi habis-habisan. Teringat aku, ketika masih sendirian dulu, aku pernah ikuti sekolah pendidikan guru.. dan aku suka pandu kereta sendiri.

Kadang-kadang aku melawat sebuah Islamic Center dekat-dekat situ. Di sana aku terdengar orang bercakap, dan baru aku tahu, orang Islam tidak menyembah dewa. Mereka tidak kutip hadiah dari seseorang lain. Mereka tiada Baghawan. Aku suka cara pandang mereka. Maka akhirnya aku tahu mereka sembah Allah. Yang mengurus segala sesuatu. Oh! Aku terkesan sungguh melihat sholat mereka.

Mulanya aku tidak tahu, itu cara orang Islam berdoa. Yang aku tahu, itu macam aktiviti sukan. Baru kutahu setelah mengunjungi Islamic Center itu. Hingga termimpi-mimpi aku, pada setiap kali tidur. Mimpi melihat suatu ruang dari atas, nampak kotak hitam empat segi ditengahnya, yang selalu mengganggu tidurku. Bila terbangun, keadaan berpeluh.. Muncul lagi kotak itu dalam mimpi bila tidur balik. Setelah berkahwin aku pindah ke Bahrain.

Rupanya di situ tempat yang membantu aku memahami Islam dengan lebih baik. Bahrain padaku sebuah negara Muslim. Aku dikelilingi oleh tetangga Muslim. Aku berteman dengan seorang Muslimah. Ia jarang mengunjungiku, tetapi aku sering mengunjunginya. Suatu hari dia melarang aku mengunjungi rumahnya, kerana waktu itu bulan Ramadhan, bulan untuk beribadah. "Ibadahku terganggu kerana kamu berkunjung ke rumah!" begitu katanya.

Tetapi aku sangat ingin tahu tentang ibadah ritual yang dilakukan orang Islam. Aku minta dia izinkan juga aku ke rumahnya, "Buat apa saja yang kamu nak buat, aku cuma nak tengok. Aku tak kata apa-apa pun, aku cuma dengar apa yang kamu baca." Kataku. Dia pun membenarkan.

Ketika aku melihatnya sedang beribadat, aku teringin nak ikut. Aku tanya tentang 'gerak badan' itu, "Itulah 'sholat'." katanya. Buku yang selalu dia baca ialah 'Kitab Suci Al-Qur'an'. Aku harap, aku akan boleh buat macam dia. Aku pulang, kunci diri dalam bilik, tiru apa yang dia buat tadi secara diam-diam walaupun aku tak berapa tahu. Begitulah amalan rutinku.

Tiba-tiba pada suatu hari aku lupa kunci bilik ketika sholat. Suamiku masuk, "Apa yang kamu buat dalam bilik ni?"

"Aku sholat." Jawabku.

"Eh, kamu ni waras ke? Kamu tahu apa yang kamu buat?" Sambutnya.

Aku jadi ragu mulanya. Mataku terpejam takut. Tetapi tiba-tiba, aku rasa ada sebuah kekuatan besar dalam diriku, buat aku jadi berani menghadapinya. Aku jawab dengan tegas, "Aku sudah masuk Islam, fasal tu aku sholat."

"Apa?" Suamiku terkejut berang. "Kamu kata sekali lagi!"

"Ya. Aku memang pilih Islam." Ku ulangi lagi. Dia terus pukul aku. Kakakku dengar bising-bising datang nak tolong aku. Tetapi bila tahu cerita sebenar, dia turut tambah pukul aku lagi.

"Kamu semua tak perlu campur. Aku tahu apa yang baik dan buruk." Aku berusaha menenangkan. "Maaf, aku pilih jalanku sendiri." Tapi suamiku semakin macam tak sedar diri, terus menyiksa, sehingga aku pula yang tidak sedar diri.

Ketika hal itu terjadi, kedua anak-anakku berada di rumah. Umurnya 9 tahun dan adiknya 8 tahun. Lepas itu aku tak boleh bertemu sesiapa lagi. Aku dikurung dalam sebuah ruangan. Walaupun padaku, aku masih belum masuk Islam, tapi aku kata, aku sudah Islam. Hingga pada suatu malam, ketika aku masih dikurung anak sulungku datang, menangis dalam pelukanku.

"Mana mereka?" aku tanya.

"Semuanya tiada. Mereka pergi ke suatu majlis agama." Jawab anakku itu. Anakku minta aku lari dari rumah, kerana katanya mereka akan membunuhku.

"Tak mungkin. Kau jagalah dirimu dan adikmu baik-baik," kataku. Aku cuba memahaminya kerana padaku hal itu tak mungkin terjadi. "Jika mama pergi sekarang kau dan adik kau mungkin tidak akan bertemu mama lagi."

"Tidak! Mama boleh jumpa kami akhirnya, jika mama masih hidup. Pergilah mama, mereka akan membunuh mama sebentar lagi, jika mama masih ada di sini." katanya.

Akhirnya aku memutuskan untuk pergi. Aku tidak dapat lupakan peristiwa itu, ketika anak sulungku membangunkan adiknya sambil berkata, "Bangunlah. Mama akan pergi meninggalkan rumah. Jumpa mama sekarang, kerana kita tidak tahu samada boleh jumpa lagi atau tidak."

Itu pertama kali si bungsu melihatku, setelah kami tidak jumpa sekian lama kerana terkurung. Ia mengusap-usap matanya ketika melihatku. Ketika aku mendekatinya, ia pun memelukku dan menangis tersedu-sedu. Anak-anak mungkin sudah mengetahui semuanya. Ia hanya berkata, "Mama akan pergi?"

Aku hanya mengangguk, dan meyakinkannya semoga kami akan bertemu lagi. Aku akan meremukkan cinta seorang ibu dengan langkah kakiku. Di sebelah tanganku, aku menggenggam cinta kepada anak-anakku. Dan di sebelah tangan lagi, aku menggenggam cintaku pada Islam yang akan jadi gantinya. Aku berada di antara dua cinta, yang salah satunya terpaksa ku lepaskan. Aku merintih dan memeluk erat anak-anakku. Apakah aku telah menghancurkan cintaku pada mereka?

Luka-luka itu masih segar dalam ingatan. Aku tidak dapat berjalan, sayu dan tersayat hatiku. Namunku paksakan kakiku terus melangkah juga. Dua anakku melihat aku pergi di malam gelap, sejuk menggigil itu. Mereka melambai-lambaikan tangan sambil menangis di pintu gerbang. Sungguh-sungguh, aku tidak dapat lupakan. Aku ingat, aku orang yang tingglkan rumah dan keluarga kerana Islam.

Keluar dari rumah, aku terus ke pejabat polis. Masalahnya mereka tak faham bahasaku. Nasib baik ada seorang yang tahu bahasa Inggeris. Tetapi aku pula susah bernafas dan tak boleh nak bercakap kerana gementar. Aku minta rehat hingga pulih. Baru aku beritahu polis itu aku tinggalkan rumah kerana ingin peluk Islam. Walaupun aku agak ragu nak ceritakan semuanya, namun polis itu cuba tenangkan aku, dan berkata dia juga seorang Muslim. Akhirnya aku diselamatkan dan diberi tempat menginap di rumahnya. Dia yang menolongku, menghormatiku sebagai 'saudara perempuan'.

Besok pagi, suamiku datang membuat pengaduan isterinya diculik. Setelah diberitahu yang sebenarnya, di mana aku sendiri datang minta bantuan untuk memeluk Islam, suamiku mula memaksa, dan mengancam. Aku menolak untuk pergi bersamanya, tetapi menawarkan bahawa ia boleh mengambil semua perhiasanku, tabungan, dan rumah milikku sebagai gantinya. Awalnya dia tidak mahu, namun demi melihat kegigihanku menolaknya, dia pun bersetuju dan minta pernyataan bertulis.

"Sekarang keluarga kau tidak akan sakitkan kau lagi, dan kau boleh memeluk Islam". Kata polis yang menolongku.

Aku berterima kasih padanya, lalu pergi ke hospital, kerana seluruh badanku penuh dengan luka. Aku tinggal beberapa hari di hospital itu. Suatu hari seorang doktor bertanya, "Dari mana asalmu? Mengapa tiada keluarga yang menjengukmu? Aku diam. Aku tinggalkan rumahku kerana mencari sesuatu. Kini ku tidak memiliki rumah atau keluarga lagi. Yang aku miliki hanya Islam. Apa yang perlu aku buat sekarang.. Di mana tempat berlindung?

Ya. Aku pergi ke Islamic Center. Masa itu tiada seorang pun di sana, hanya ada seorang bapa tua. Ku temuinya, dan kukatakan maksud kedatanganku. Agak ragu juga dia, katanya, "Nak, sari ini bukan pakaian seorang Muslimah." Sambil menunjukkan pakaian budaya India yang kupakai. "Pergi dan pakailah tudung, tutupilah dirimu sebagaimana orang Muslimah."

Aku ada sikit baki duit yang kubawa, kubeli pakaian, lalu kembali ke Islamic Center. Pak tua itu mengajarku cara berwudhu. Setelah aku berwudhu, ia membawaku ke sebuah ruangan. Ketika memasuki ruangan itu, aku terkejut melihat sebuah gambar tergantung di dinding. Gambar ruangan dan kotak hitam seperti yang kulihat dalam mimpiku dulu.

"Ini, yang sering aku lihat dalam mimpi. Yang selalu mengganggu tidurku!" Terhambur kataku tanpa sedar.

"Itulah Rumah Allah!" jelas Pak Tua itu sambil tersenyum. "Muslim dari seluruh penjuru dunia datang ke rumah itu untuk melakukan haji dan umrah. Namanya Baitullah."

"Apakah Allah tinggal di sebuah rumah?" Sekali lagi aku terkejut. Beliau menjawab tenang pertanyaan-pertanyaanku, senyum dan penuh perhatian. Rupanya beliau tahu banyak tentang Islam. Apalagi bila beliau berbahasa dengan bahasa ibuku. Aku diserang bahagia yang sangat aneh waktu itu. Beliau membimbingku ucap syahadah. Jelaskan padaku tentang Muslim dan Islam. Aku sudah tiada takut lagi, tiada beban dalam fikiran. Diriku terasa sangat ringan dan cerah. Dari sedang berenang di tempat kotor jijik, tiba-tiba bertukar ke air jernih bersih dan hening bening.

Pengelola Islamic Center itu mengangkatku sebagai anak, dan membawaku pulang ke rumahnya. Beberapa waktu kemudian dia kahwinkan aku dengan seorang Muslim. Keinginan pertamaku waktu itu adalah melihat rumah Allah. Al-hamdulillah, sudah ku lakukan. Aku tidak pernah lagi kembali ke India, dan aku pun tidak ingin pergi ke sana. Keluargaku mempunyai hubungan kuat dengan organisasi politik dan Hindu di sana. Bahkan mereka telah menawarkan sejumlah wang untuk kepalaku.

Dulu aku diberitahu 'mujahidin' adalah orang-orang dahsyat, suka menindas dan mengganas. Kami diajar bencikan mujahidin. Kini puak-puak Hindu itu mahu kepalaku pula. Sekarang baru ku tahu, mujahidinlah yang benar.. Aku cinta mereka! Selalu ku berdoa untuk mereka dalam setiap sholatku. Aku juga berdoa pada Allah, kalau dapat anak lelaki, aku akan bahagia bila melihat mereka bersama saf mujahidin. Aku akan persembahkan mereka untuk kejayaan Islam.. Atau syahid sebagai syuhadak, di mana rohnya berada di tembolok burung-burung hijau yang berkicauan di taman syurga.

Terngiang-ngiang di telingaku kicauannya. Insya Allah!

dari Nur Fatima.
(Sumber: hidayah.com, dll/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails