Monday, March 03, 2014

The Journey Filem Cina Nusantara, Cabar Filem Melayu.

Filem The Journey
HALAMAN HIBURAN

KUTIPAN filem berbahasa Cina tempatan, The Journey yang mencecah RM13.11 juta sehingga 24 Februari lalu menjadi buah mulut ramai. Orang yang tidak pernah ambil tahu mengenai filem juga tiba-tiba beratur untuk membeli tiket The Journey yang khabarnya masih berjaya memenuhkan panggung walaupun sudah lebih sebulan ditayangkan.

Kejayaan filem arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini menghasilkan Woohoo! pada 2010 dan Great Day (2011) itu memadam rekod filem paling laris Malaysia sebelum ini. Rekod filem KL Gangster dengan RM11.74 juta dan Ombak Rindu (RM10.9 juta) sudah terhapus dalam sejarah. Itu sesuatu yang luar biasa bahkan dilihat sebagai satu fenomena baharu.

Ketika filem-filem Melayu mengeluh, The Journey yang ditayangkan sejak 30 Januari lalu tiba-tiba sudah jauh berada di hadapan. Siapa sangka, filem kekeluargaan, konflik perkahwinan campur dan cinta itu masih boleh menjadi kegilaan. Pendek katanya, 'boleh jual'. Sedangkan kalau dalam filem-filem Melayu, konflik sebegitulah yang dianggap konservatif, klise, membosankan dan ketinggalan zaman

Tahun ini, filem-filem Melayu seperti Balistik bergegar dengan tembakan bedil di sana sini sekadar cukup makan dengan kutipan sebanyak RM1.83 juta. Filem Muka Surat Cinta hanya memperoleh jualan tiket sebanyak RM80,000, Laga (RM160,000), Jangan Pandang Belakang Boleh? (RM1.09 juta) dan Kami Histeria (RM670,000) pula menerima nasib malang sebagaimana filem-filem Melayu sebelum ini yang sekadar datang dan pergi begitu sahaja.

Angka-angka itu menunjukkan betapa tidak bersemangatnya gegaran filem tempatan untuk dua bulan pertama 2014 ini. Barangkali, Sejoli lakonan Bront Palarae, Maya Karin dan Remy Ishak yang memulakan tayangan 20 Februari lalu masih membawa secarik harapan. Itu pun hanya secarik!
Dengan sentuhan magis pengarahnya, Chiu Keng Guan, filem berbahasa Cina ini telah merampas takhta milik filem KL Gangster..

Kisahnya

Pengembaraan The JourneyIa mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom.

 Filem The Journey mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, ...

Begitupun, kerana kasih seorang bapa, Chuan bersetuju tetapi dengan syarat. Mereka harus berkompromi dengan keinginannya untuk mengadakan majlis mengikut tradisi.

Malah cara mengundang tetamu juga konvensional dan konservatif iaitu mereka sendiri harus menyerahkan kad jemputan tidak kira di mana lokasinya.

Lalu bermulalah perjalanan Chuan dan bakal menantunya merantau ke pelosok tempat. Tanpa mereka sedar, penjelajahan itu bukan sekadar misi jemputan ke kenduri kahwin, sebaliknya perjalanan mereka mengenal diri dan satu sama lain.

Komen Filem Ini:
  1. Tanggapan bahawa orang Cina tempatan tidak menonton karya bahasa Cina tempatan juga sudah tidak rasional. Dahulu mungkin benar, sekarang tidak lagi.
  2. Rasanya orang Cina sendiri mahu tengok budaya Nusantara dalam karya Kantonis atau Mandarin, bukan semata-mata aksi kung fu atau kongsi gelap macam dalam filem Hong Kong dan China lagi.
  3. Dikatakan juga kejujuran perilaku, perbuatan, dialog dan cerita filem meresap tanpa dipaksa-paksa. The Journey, contoh sebuah filem orang Cina yang mengkritik budaya sendiri tanpa menimbulkan kemarahan dan menyentuh sensitiviti budaya mana-mana bangsa. Ia santai, ringan dan comel, tetapi isu yang dibawanya sangat besar.
  4. Filem ini dikatakan sangat merendah diri, tiada hal-hal yang gempak yang boleh disebut sebagai gimik. Tiada bintang paling popular, tiada tema popular malah tiada aksi ganas atau muka hantu yang hodoh.
  5. Bukan seperti apa yang difikir oleh pembikin filem Melayu hanya khayalan dan meramal apa yang penonton suka. Oleh itu, pencapaian The Journey ialah satu tamparan hebat kepada semua pembikin filem berbahasa Melayu. Tamparan yang berupa cabaran!
The Journey juga menunggu waktu untuk ditayangkan di Singapura dan Taiwan sekitar bulan ini dan April nanti. Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan sendiri melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka filem ketiga arahannya itu mendapat kejayaan luar biasa.

"Tiada resipi khusus tetapi filem ini memaparkan kehidupan sebenar masyarakat di Malaysia," kata Ken Guan yang berhasrat untuk cuba menghasilkan filem bahasa Melayu pula suatu hari nanti. (IH)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan
0175278832 (Alor Star),
P.Pinang

CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan
0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)
 
Johor 

Syed 0176778774 (JB)
 

Lihat artikel

Sunday, March 02, 2014

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Pula.. -Guan Eng


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Beliau melahirkan rasa hairan dengan kritikan mengenai pembinaan terowong dasar laut, ekoran pembukaan rasmi jambatan kedua Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Kerajaan negeri sebelum ini memberi alasan bahawa terowong itu perlu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.

Beberapa ulasan di media pro-kerajaan bagaimanapun mendesak kerajaan negeri mengkaji semula pembinaan terowong yang bakal menjadi penghubung ketiga antara Pulau Pinang dan semenanjung.
"Amat jelas laluan ketiga iaitu terowong dasar laut antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam selain dapat mengurangkan kesesakan dalam pulau, ia dilihat sebagai mekanisme yang mengubah pembangunan dan menjana ekonomi di Seberang Perai Utara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil mempersoalkan penyokong Umno yang membantah pembinaan terowong dasar laut, Lim berkata kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dan memberi layanan sama di kawasan yang dimenangi Umno pada pilihan raya lepas.

"Sekiranya Seberang Perai Tengah membangun kerana jambatan dan sekarang ini Seberang Perai Selatan pula, kenapa tidak Seberang Perai Utara?
"Dengan pembinaan terowong itu membuktikan prinsip kerajaan negeri yang tidak menyisihkan setiap rakyat Pulau Pinang biarpun mempunyai fahaman politik berbeza," katanya.

Katanya, pembinaan terowong dasar Laut yang dijangka siap pada 2015 itu merupakan elemen penting dalam Penilaian Kesan Trafik Fasa 2 Tanjung Pinang, dalam projek penebusan semula tanah oleh kumpulan E&O.

Lim mendedahkan bahawa projek penebusan semula tanah melibatkan seluas 940 hektar diluluskan dan ditandatangani oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau tidak pula mendengar bantahan oleh media BN berhubung projek tersebut.

Beliau juga merujuk kajian pengangkutan yang menyatakan lebih banyak laluan akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

"Hong Kong boleh mempunyai tiga terowong dasar laut selain daripada jambatan sedia ada, jadi kenapa tidak Pulau Pinang?" tanya Lim, dan menambah bahawa terowong yang akan dibina lebih bersifat mesra alam dan tidak melibatkan negeri lain.

Beliau berkata projek tersebut adalah visi jangka masa panjang kerajaan negeri.
"Pembinaan akan memakan masa selama 12 tahun. Biarpun mempunyai dua jambatan namun dalam masa tersebut, ia tidak mungkin dapat memenuhi pertambahan kenderaan dengan pembangunan yang semakin pesat," katanya.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang membantah pembinaan terowong tersebut, atas alasan ia bukan satu keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah lalu lintas.
Beliau dilaporkan berkata, meskipun projek terowong dasar laut itu sudah dirancang ketika BN memerintah, namun kerajaan BN terpaksa mengubah pelan berkenaan selepas melakukan penilaian dari pelbagai sudut.

"Kerajaan negeri perlu melihat kesan jangka panjang pembinaan terowong itu, terutama kepada nelayan pesisir, kerana pembangunan tidak terancang sedemikian boleh menjejas mata pencarian mereka," kata Abdullah. – 2 Mac, 2014. (TMI)

Tol Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang. Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan.  Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional.

Air Percuma Di KL Pula..

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor yang memberikan komitmen untuk memperluas pemberian air percuma kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Bandar, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata langkah itu tentunya menguntungkan warga kota yang kini dihimpit dengan kos kehidupan di bandar yang sangat tinggi.

Katanya, peluang itu lebih cerah apabila kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.

 "Jika (pemberian air percuma) ini berlaku, Tan Sri Khalid  (gambar) menempa suatu lagi kejayaan dengan memastikan penduduk KL juga mampu menikmati kemudahan sama seperti rakyat di negeri Selangor.
"Sememangnya warga KL memerlukan kemudahan-kemudahan seperti ini bagi meringankan bebanan hidup mereka terlebih lagi dengan kenaikan kos hidup," kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau turut memuji langkah kerajaan Selangor yang akhirnya dapat mencari penyelesaian isu air yang tidak berkesudahan, dengan pengambil alihan syarikat konsesi air tersebutmelalui MoU dengan kerajaan pusat.

"Bagi saya, sudah tiba masanya kerajaan (pusat) meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi kepentingan parti dan perbezaan politik.
"Dengan demikian, semua rakyat mendapat manfaat sekiranya pemimpin negara mampu bermuafakat dan duduk semeja menyelesaikan masalah rakyat," katanya. (HD)

28 Terkorban, Serangan Di Kunming China.

Serangan teroris di Kunming, China, tewaskan 28 orang
Kekerasan di China. Xinhua.net

Kekerasan terjadi di sebuah stesen kereta api di Bandar Kunming , Wilayah Yunnan , sebelah barat China , pada Sabtu ( 1 / 3 ) kemarin . Serangan anggota militan , yang dikenali sebagai pengganas Xinjiang menyerang orang - orang di stesen hingga menewaskan kurang lebih 28 orang , dan menyebabkan 113 orang lagi cedera .

Seperti diberitakan www.xinhuanet.net , menurut pegawai-pegawai berkuasa di sana , bahawa serangan pengganas itu dilakukan secara terancang dan terancang . Pihak berkuasa juga berkata , lima suspek ditembak mati namun identiti mereka belum disahkan belum .


Presiden Xi Jinping telah mendesak penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ini dan menghukum para pengganas sesuai dengan undang-undang berlaku .Menurut polis tempatan , sekumpulan orang membawa pisau menyerang Stesen Kereta Api Kunming di Ibu Kota Provinsi Yunnan barat daya China sekitar pukul 09.00 , waktu setempat , hingga menyebabkan kematian dan luka - luka .


Seorang wartawan Xinhua di tempat , mengatakan beberapa suspek telah dikendalikan , sementara polis masih menyoal orang - orang di stesen . Begitu juga dengan anggota bomba dan pegawai perubatan , mereka sudah berada di lokasi kekerasan .


Para korban tewas dan luka juga telah dilarikan ke hospital untuk rawatan kecemasan . Jalan arteri stesen telah dikepung . Seorang doktor Hospital Kunming , mengatakan kepada Xinhua melalui telefon bahawa para pekerja perubatan dari rumah sakit sibuk merawat para korban .


Menurut wartawan Xinhua di rumah sakit , sedozen mayat kelihatan di hospital . Dari senarai pesakit masuk hingga pukul 12.00 , waktu tempatan , lebih dari 60 korban dalam serangan itu telah dihantar ke hospital .


Chen Guizhen , seorang wanita 50 tahun , mengatakan kepada Xinhua di hospital bahawa suaminya Xiong Wenguang ( 59 ) ikut tewas dalam serangan itu . " Mengapa para pengganas begitu kejam ? , " Ujar Chen sambil memegang kad pengenalan suaminya dengan gementar . (IH)

Murtadkan Melayu: Jelas Yu Ren Chung Gambarnya Di Majlis Itu..


Satu perbandingan gambar di laman blog Yu Ren Chung yang menunjukkan beberapa orang Islam hadir satu program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan bukan sesi memurtadkan mereka di sebuah gereja. - Gambar dari www.renchung,com





Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.

Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.

Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.

Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.

“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."

Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja. – 1 Mac, 2014. (TMI)

Inilah Gambar Sebenar 'Gereja' Yang Didakwa Memurtadkan Orang Melayu
Besarkan sikit gambar. Tak tahu sama ada blogger crop bumbung dewan. Klik gambar kalau nak besar lagi:
PERHATIKAN DESIGN PADA KERUSI DAN PILLARS DEWAN

Carian Yong di Internet terjumpa blog Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. Blog boleh di access di sini. Ada beberapa gambar aktiviti persatuan semasa melawat ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC) pada 12/12/2012. Berikut salah satu daripada gambar yang diterbitkan:
BANDINGKAN DESIGN KERUSI DAN PILLARS DEWAN

Bukan susah sangat bagi blogger macai ini untuk mengesahkan di mana gambar itu diambil. Tetapi disebabkan terlalu taksub untuk membuat fitnah, dia terus terbitkan dan sebarkan gambar fitnah tersebut. Gambar fitnah itu juga dimuatnaik oleh beberapa blogger macai lain seperti Suara Rakyat Malaya pada 1 Januari 2013. Google saja dan komer akan jumpa di sini.
Sangat menyedihkan dan memalukan perkara ini berlaku. Semuanya gara-gara penguatkuasa yang lemah memantau blog-blog kaki fitnah.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada pihak penguatkuasa supaya peka kepada apa contents yang dimuatnaik blogger macai BN. Contents in segaja dibuat untuk menimbulkan kemarahan orang Islam kepada bukan Islam dan DAP.
SKMM dan polis - bersikap adillah. Jangan hanya mencari salah blogger pro Pakatan Rakyat.
Allah -Subhana Wa Ta’ala- berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ [البروج/10
“Sesungguhnya orang-orang yang mem-fitnah (membakar) orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Q.S. Al-Buruj: 10).
Gambar tambahan dari blog Persatuan Mahasiswa..
GAMBAR DEWAN DARI BELAKANG
(Diangkat dari Addin)

Ini, Kedai Kopi, Minum Sambil Bergesek.. RM500 Setiap Pengunjung

Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,

Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
Foto
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.(myMetro)

Cara Baru, Bagaimana Mencari Pelacur Di Banda Aceh?


Seks bebas di kalangan remaja marak di Serambi Mekkah
Banda Aceh 
20 Wanita di Banda Aceh dijual untuk dijadikan PSK Pemerintah Kota (Pemkot) Banda Aceh berhasil menjaring 20 wanita yang diduga akan dijadikan Pekerja Seks Komersial (PSK) di salah satu hotel di Banda Aceh. Penangkapan ini dilakukan saat operasi rutin malam sekitar pukul 02.00 Wib dini hari


PELBAGAI macam cara dilakukan oleh wanita Pekerja Seks Komersial (PSK) atau pelacur di Aceh . Jika biasanya mereka bekerja di salon - salon , kini modusnya sudah berubah seiring salon kerap digerebek oleh polis syariah di Aceh .

Kerana sering terbongkar amalan haram mereka di salon - salon , mereka lebih memilih mencari mangsa sambil duduk santai di depan kedai tersebut . Lokasi melepak wanita PSK itu berada seputaran pasar tradisional Peunayong , Bandar Seri Begawan .


Pantau merdeka.com di malam hari antara pukul 22.00 sampai awal hari , mereka secara terang - terangan santai di pinggir jalan . Perniagaan esek - esek ini bahkan dijajakan di pinggir jalan menunggu jemputan . Mod ini merupakan cara baru amalan pelacuran di Aceh .


Adanya amalan pelacuran ini dengan mod baru dibenarkan oleh Kasatpol PP - WH Kota Bharu , Ritasari Purnama Astuti . Menurutnya , rata - rata PSK yang ditangkap itu sudah berulang kali dijaring oleh petugas .  


" Mereka mula beroperasi di pinggir jalan menunggu jemputan , " tegasnya . 

Hal ini dibuktikan dengan penangkapan 5 PSK Selasa ( 25 / 2 ) di Peunayong , tepatnya di depan kedai Euforia yang telah beberapa kali digerebek oleh pihak petugas . Kata Ritasari , di antara lima PSK itu sudah berulang kali ditangkap petugas dan rata - rata warga Sumatera Utara , Medan . 

Kelima PSK yang berjaya ditangkap oleh polis syariat bandar Kota Bharu itu masing - masing , RS (45) wanita kelahiran Jakarta ini sudah pernah ditangkap sebanyak tiga kali iaitu di salon yang terletak di jalan Keuchik Pante Kulu Ujong , Bandar Seri Begawan . Kemudian Nur ( 45 ) juga sudah ditangkap sebanyak tiga kali di salon Tamara di Jalan Pembangunan Peunanyong , Bandar Seri Begawan .

Sementara SW (30) wanita asal Medan pernah tertangkap saat melayani hidung belang di Salon Aslina . Sedangkan RM ( 32 ) yang juga berasal dari Medan juga pernah ditangkap di Salon Ulfa yang terletak di Jalan Pembangunan Peunayong .


Pihak Kerajaan Bandar Kota Bharu sebenarnya sudah melakukan penyegelan agar tidak lagi beroperasi lagi . Akan tetapi para PSK tersebut masih saja melakukan transaksi . Bahkan pelbagai salon yang pernah dimeterai itu dan telah ditutup kembali mereka membuka secara terang - terangan di malam hari .

Di Salon Berrby Ini Katanya Ada Transaksi Seks. SERAMBI/SANIAH LS. Dua orang pekerja di Salon Berrby Jalan Kartini, Peunayong, Banda Aceh terjaring..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam Kelantan di Malaysia sewaktu mula-mula parti Islam (PAS) ambil alih. Begitu susahnya hendak menghapuskan kegiatan pelacuran yang diizinkan dalam Perlembagaan Persekutuan  (Malaysia).  Tahniah dan Syabas Aceh!

Lihat ..

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  
Lihat artikel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails