Sunday, March 23, 2014

Fakta Baru! Misteri Manggis & Bateri Mudah Terbakar Di MH370

Misteri manggis dan beterai yang mudah terbakar di MH370
Pelbagai spekulasi terus muncul berkaitan hilangnya pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Sejak hilang dua minggu lalu , pelbagai dugaan terus bermunculan mulai dari rampasan sampai pesawat meletup .

Fakta terbaru adalah bahawa pesawat jenis Boeing 777-200 tersebut membawa bateri ion litium . Bateri itu diketahui mudah terbakar di dalam kargo pesawat . Kenyataan ini kembali mencetuskan spekulasi bahawa kebakaran mungkin menjadi penyebab hilangnya pesawat .


Hal itu diungkapkan oleh Pengarah Eksekutif Malaysia Airlines , Ahmad Jauhari . Padahal ia sempat menafikan pesawatnya membawa barang - barang berbahaya .


Saat ini pihak berkuasa Malaysia telah menyiasat kargo pesawat . Tapi tidak menganggap bateri itu sebagai barang berbahaya , walaupun menurut peraturan menyatakan barangan seperti itu digolongkan berbahaya , sebab bateri tersebut telah dikemas sesuai peraturan keselamatan .


Pengakuan itu kembali menimbulkan sorotan berkaitan teori menyebut Boeing 777 itu mengalami gangguan akibat kebakaran yang membuat para awak dan penumpangnya tidak sedar setelah menghirup asap beracun .


Bateri ion litium seperti yang digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba telah menjadi penyebab pelbagai kebakaran di beberapa pesawat . Bahkan telah membuat pesawat jatuh dalam beberapa tahun terakhir .


Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ( FAA ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat , bateri ion litium yang dibawa ke dalam kargo atau bagasi telah bertanggung jawab atas lebih dari 140 insiden kemalangan antara Mac 1991 hingga 17 Februari tahun ini . Ini seperti dilaporkan laman web Malaysiakini .


Billie Vincent , bekas ketua keselamatan untuk Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ( FAA ) , berkata pendedahan itu kembali menegaskan keyakinannya bahawa kebakaran bermula di bahagian kargo , menghancurkan sistem komunikasi pesawat kemudian mengisi kabin dengan asap beracun . Dia berkata insiden seperti itu telah membuat panik para penumpang dan mungkin telah memberikan pilot kesempatan mengalihkan pesawat untuk pendaratan kecemasan .


" Kami membawa beberapa bateri ion litium kecil , mereka bukan bateri besar dan barang itu pada dasarnya diluluskan di bawah peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ( ICAO ) berkaitan barang - barang berbahaya , " kata Ahmad Jauhari , saat menjawab pertanyaan di sebuah jumpa pers di Kuala Lumpur .


' Mereka ( bateri ion litium ) bukan barang berbahaya , tetapi dalam istilah mereka , ini dinyatakan sebagai barang - barang berbahaya di bawah ICAO , " lanjut dia .Dia menegaskan pihaknya telah menyemak beberapa kali untuk memastikan mereka telah mematuhi garis panduan - garis panduan . 

" Syarikat melakukan itu sepanjang masa , bukan hanya pada Malaysia Airlines . Barang seperti itu diterbangkan oleh banyak syarikat dalam kargo mereka , di mana berdasarkan pada peraturan ICAO , " jelas dia .

Ketika ditanya awal minggu ini sama ada barang berbahaya di dalam kargo MH370 , Jauhari berkata tidak ada . Dia menjelaskan MH370 memang membawa tiga hingga empat tan buah manggis .Enam bulan sebelumnya , bateri litium terbakar di dalam pembersihan udara salah satu penumpang pesawat . Insiden itu membaut ICAO memperkenalkan peraturan baru pada tahun lalu yang menyatakan setiap kargo dengan lebih dari dua bateri ion litium harus dikemas di bawah peraturan barang - barang berbahaya . (IH/
has)

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga Khamis. Bot Kecil Bahaya.

KUALA LUMPUR 23 Mac - Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Bintulu, Mukah dan Rejang di Sarawak diramal berterusan sehingga Khamis ini (27 Mac).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, angin kencang dan laut bergelora turut diramalkan di kawasan perairan Tioman, Reef South dan Samui.

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang berlaku di kawasan Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak (Miri) Layang-layang, Sulu dan Palawan dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang antara 50 hingga 60 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Kenyataan itu turut menyebut amaran ribut petir di kawasan Perak dan Selat Melaka Utara dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Jabatan itu menyatakan keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil. - BERNAMA

Undi Di Tangan 38,055 Rakyat Kajang. Selamat Mengundi..


 














KAJANG: Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

PRK yang diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lalu memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat dalam apa yang disifatkan sebagai “langkah Kajang”.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya dinamakan sebagai calon PKR bagi PRK Kajang bagaimanapun tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam perbicaraan segera yang diadakan enam hari sebelum penamaaan calon.

Tempat beliau kemudian diisi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah menghadapi calon ‘underdog’ iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mewakili BN.

Tempoh berkempen 12 hari yang ditetapkan SPR bagaimanapun ‘digerhanakan’ dengan isu kehilangan  pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas. Sejumlah 3,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang PRK Kajang berlangsung.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. Lima belas pusat mengundi dibuka pada Ahad dari 8 pagi hingga pukul 5 petang membabitkan 84 saluran mengundi. (HD)

Saya Dapat (Goreng Pisang) Resipi Baru.. Dr Mariah Di Kajang.



Zuraida mengedarkan bungkusan berisi goreng pisang resipi baru secara percuma sebagai tindakan pada hari terakhir sebelum hari pengundian pada Ahad

KAJANG: Hari ini adalah hari terakhir berkempen bagi parti politik yang bertanding di N25 Kajang,  pelbagai usaha dan program yang diaturkan bagi memenangani pengundi di saat-saat akhir.

Bagi pemuda Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda Keadilan Ampang dan Pandan dengan kerjasama Pemuda PAS Sungai Sekamat mempunyai program tersendiri untuk meraih undi anak muda.

Petang tadi mereka mengadakan aktiviti santai yang diberi nama Longgok-longgok Anak Muda Sungai Sekamat. Aktiviti yang singkat itu turut menyediakan khidmat menukar minyak hitam percuma bagi 100 biji motorsikal pertama.


Minyak hitam percuma.

"Kita hanya bagi khidmat ini kepada pengundi di Sungai Sekamat sahaja, paling tidak mereka boleh tukar minyak hitam yang berharga RM20 sebotol. Ini percuma," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Hulu Langat Abdul Hanim Abdullah.

Bukan itu sahaja mereka turut mengagihkan pisang goreng dengan resepi istimewa yang baru diperkenalkan iaitu pisang goreng bercoklat 'cheese'. Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama- sama Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud turut tidak melepaskan peluang merasai resepi baru pisang goreng itu seterusnya mengagih-agih kepada pengundi.

"Saya dapat resepi baru yang tidak pernah saya cuba," Seloroh Dr Siti Mariah yang turut mengingatkan para pengundi agar keluar mengundi lebih awal.

Menurut Ketua AMK Cabang Ampang Daeng Mohd Ridhuan PKR yakin UPU Sungai Sekamat akan memberi undi kepada Wan Azizah berdasarkan culaan yang dibuat mereka. Tambahan pula katanya, hasil kerjasama baik dengan PAS Sungai Sekamat memberi peluang besar untuk menang pada kali ini.

"Kita dapat kerjasama erat dengan PAS, culaan bersama kita target menang di UPU ini. Sebelum ini kita hanya harapkan PAS. Kali ini sokongan penuh PAS amat saya hargai," katanya ketika ditemui.

UPU Sungai Sekamat antara empat kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti 239 undi. Tiga kawasan lagi termasuk Sungai Kantan, Batu 10 Cheras dan Saujana Impian yang mana majoriti pengundinya adalah Melayu. (HD)

Nik Aziz: Nasihat Saya Kepada Pengundi Di Dun Kajang.

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT






NASIHAT saya kepada pengundi di Dun Kajang atau di mana sahaja hendaklah memilih calon yang boleh mendaulatkan Islam dan bukannya memudaratkan Islam.

Dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja untuk bertanggungjawab menjaga rakyat. PAS diwujudkan pada 1951 telah meletak calon muslimat yang pertama di Dungun iaitu Khatijah Sidek.

Syukur kita di Kelantan telah ramai calon muslimat ditampilkan. Antaranya Mumtaz Md Nawi menang majoriti paling tinggi di Dun Demit pada pilihan raya umum lepas.

Oleh itu pengundi di Dun Kajang hendaklah meneruskan kecemerlangan itu dengan menyokong calon Pakatan Rak yat, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Setiap kali pilihan raya kita berdepan dengan pelbagai kekangan apa yang disebut demokrasi ala-Malaysia. Media tidak diberi ruang setimpal kepada kita. Demokrasi dibiarkan terus pincang kerana hanya memihak kepada mereka yang berkepentingan.

Tetapi walaupun kempen tidak tidak seimbang, harapan saya semoga rak yat tetap berjuang selagi ada ikhtiar untuk memenangkan perjuangan Islam. Pilihan raya perlu kita gunakan kesempatan untuk memenangkan parti yang boleh mendaulatkan Islam.

Kajang bukan kepunyaan kita, tetapi kepunyaan Allah. Kita sebagai pengundi, bukan milik ibu bapa, sebaliknya milik Allah. Kerana itu sebelum kita mencari harta, ilmu atau pangkat, ibu bapa perlu memberi kefahaman kepada anak-anak mereka, guru memberi kefahaman kepada pelajar.

Manakala pemimpin perlu memberi kefahaman kepada rakyat berhubung tuntutan tersebut. Ini kerana kita duduk atas bumi Allah Taala ada peraturan iaitu agama. Begitu juga untuk mengundi mesti memilih antara dua iaitu calon yang hendak menangkan Islam atau memusnahkan Islam.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Kajian: BN Mampu Kurangi Majoriti PKR 2,000 Undi.

 
PKR bakal menang tetapi dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 2,000 undi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang esok, dengan peratus keluar mengundi mencecah 85 peratus, kata kajiselidik daripada USCI.

Pengasas Pusat Penyelidikan Undi UCSI Ngerng Miang Hong berkata daripada 400 pengundi yang dihubungi melalui telefon dan temubual langsung, hanya 54.25 peratus berkata mereka akan mengundi calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala 34.5 peratus pengundi pula akan memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dan 11.25 peratus belum membuat keputusan berdasarkan tinjauan pada 18-20 Mac semasa tempoh berkempen.

"Jika anda memecahkan undi mereka yang belum membuat keputusan (dengan nisbah yang sama dari pengundi yang menyokong PKR dan BN) kita dapat melihat bahawa BN telah menambah sokongan mereka berbanding 2013," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata sebahagian besar pengundi yang berkata mereka akan mengundi Chew terdiri dari kalangan orang Melayu, yang mencecah 54 peratus.

Bagaimanapun, kajian itu tidak menyatakan mengapa mereka menyokong BN. (MK)

Jangan 'over confident', Keluar Mengundi Esok -Dr Siti Mariah


KAJANG: Pengundi N25 Kajang jangan terlalu yakin dengan ramalan awal berkaitan kemenangan Pakatan Rakyat membuatkan mereka tidak keluar mengundi esok.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud teruja dengan sambutan pengundi Kajang terhadap calon, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang amat memberangsangkan.

"Jadi kita rasa calon kita menang tapi kita kena ingat jangan 'over confident' sehingga kita tidak keluar mengundi.
"Masing-masing kalau dah kata kita menang jadi tak payahlah keluar mengundi. Jangan tak keluar mengundi. Saya minta semua mesti keluar mengundi," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR petang tadi.

Bagaimanapun beliau menyeru agar para pengundi N25 Kajang keluar mengundi awal pagi esok kerana dijangkan hujan di sebelah petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
 
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di Dun itu pada pilihan raya lepas.

Esok adalah hari penentu bagi kedua-dua calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun untuk dipilih menjadi menjadi wakil rakyat Kajang yang baru. (HD)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails