Friday, March 28, 2014

Ribuan Sertai Bantah Hukum Mati 529 Rakyat Mesir Jumaat Tadi


KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dan NGO bersama ribuan orang ramai menyertai himpunan aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini.

Mereka mula berarak ke pejabat kedutaan selepas solat Jumaat sebagai membantah hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir di Minya kepada 529 rakyat negara itu, Isnin lalu

Beberapa pemimpin menyampaikan ucapan pada himpunan tersebut.













Semasa Korban MH370, Dia Terbahak-bahak Main Golf -Dailymail

Keluarga MH370 berduka, Ratu Malaysia terbahak-bahak saat golf
Ratu Malaysia.

BERITA DARI INDONESIA

Keluarga MH370 berduka, Ratu Malaysia terbahak-bahak saat golf
Seperti dilansir media Inggris, Dailymail, Kamis (27/3), ada sekitar empat gambar Ratu Malaysia sedang mengikuti lomba golf tersebut. Dari wajah di foto tersebut, tak tampak rasa empati terhadap keluarga korban MH370 yang membawa 38 warga Malaysia tersebut.

Berbaju polo shirt warna abu-abu dengan lengan tambahan warna putih dipadukan dengan jilbab dan topi warga merah marun, Ratu Malaysia tertawa lepas ketika mendapat penilaian dari panitia acara tersebut.

Sementara itu, belum ada kepastian bahwa penumpang MH370 ditemukan. Selama ini masih berupa asumsi pesawat yang membawa ratusan penumpang tersebut.

Menteri Transportasi Malaysia Hishammuddin Hussein dalam jumpa pers hari ini di Ibu Kota Kuala Lumpur mengatakan citra satelit baru dari Prancis memperlihatkan ada 122 puing diduga berasal dari pesawat Malaysia Airlines MH370 tersebar mengapung di sebelah selatan samudera Hindia.

Musa Hitam Bongkar Penipuan Dr M Dlm Pembunuhan Memali 1985


Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.  Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan,

"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang."  Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China. Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014. (TMI)

Peristiwa Memali - YouTube

www.youtube.com/watch?v=lCqOkl210mE
9 Ogo 2010 - Dimuat naik oleh Sayumi Michishige
Tahukah saudara-saudari tentang kisah Memali. Mahathir adalah syaitan yang merancang ..

 .

Konsert Artis Calvin Harris Tetap Diadakan Ahad ini -Lulus JPM & KBS

Calvin Harris akan beraksi di Helipad, Sepang sempena perlumbaan Grand Prix Formula One 2014. Gambar daripada laman Facebook Harris.



HALAMAN HIBURAN
Konsert artis terkemuka Calvin Harris tetap akan diadakan pada Ahad ini selepas perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Razlan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu untuk konsert itu diteruskan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan konsert sampingan yang diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Grand Prix Formula One 2014 di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibatalkan.  Pembatalan itu dibuat bagi menghormati insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami sensitif dengan insiden MH370 tetapi kami terpaksa meneruskan konsert berkenaan kerana ia termasuk dalam pakej pembelian tiket perlumbaan F1, kebanyakan pembeli tiket merupakan pelancong asing.
"Kebanyakan mereka datang untuk menyaksikan perlumbaan F1 dan Calvin Harris... jadi kami tidak boleh membatalkan konsert tersebut kerana ia menjejaskan kedatangan pelancong asing (peminat F1) ke negara ini," katanya hari ini.

Razlan menjelaskan konsert di perkarangan KLCC merupakan konsert percuma dan terbuka kepada orang ramai iaitu berbeza dengan konsert selepas perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang.

Sementara itu Razlan berkata sebelum perlumbaan pada Ahad ini, semua pelumba F1 akan bertafakur seminit bagi menghormati insiden MH370. Katanya para pelumba juga akan menampalkan pelekat #rememberingMH370 ataupun #prayforMH370 pada topi keledar masing-masing.

"Dengan berbuat demikian, pelumba F1 memahami perasaan rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden MH370, mereka dengan rendah diri melakukannya, mereka menjadikan sukan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia," kata Razlan.

Sementara itu Razlan berkata beliau menyasarkan penjualan tiket bagi perlumbaan F1 tahun ini sebanyak 65,000 sahaja iaitu lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

"Pada penganjuran sebelum ini, kita letak sasaran 90,000, tiket terjual lebih 80,000. Tetapi kali ini, jumlah tiket yang terjual belum lagi mencapai 60,000. Kebiasaannya hampir 600 tiket terjual di saat akhir setiap hari tetapi kali ini hanya 100 sehingga 200 tiket sahaja sehari.
"Insiden MH370 bukan faktor utama penjualan tiket perlahan tetapi sebab peraturan baru F1 iaitu penggunaan enjin dengan deruman bunyi yang perlahan tidak seperti tahun sebelum ini memberi kesan kepada peminat untuk menyaksikan perlumbaan F1," katanya. – Bernama, 27 Mac, 2014.

MH370 Dirampas, PAS Yakin..

 YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.
“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam. Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.
“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.
“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya. (SH)

Wanita ʻStand-Up Comedianʼ, Apa Hukum Dalam Islam?

Foto
PETAH bercakap membuatkan dua sahabat ini dikenali ramai.

HALAMAN HIBURAN
Karakter bersahaja mereka ketika mengacarakan Anugerah Skrin TV3 tahun lalu untuk segmen iklan bagi menghiburkan penonton di Stadium Malawati, Shah Alam nyata tidak sia-sia apabila sekali lagi bakat pengacaraan mereka terserlah melalui Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang disiarkan di TV3 hujung Februari lalu.

Bagaikan tidak percaya mempunyai bakat sebagai pengacara, Zulin Aziz, 25, dan Sherry Alhadad, 30, nyata begitu serasi ketika diganding­kan bersama-sama. Tidak sedar bakat pengacaraan itu ada dalam diri mereka, Zulin dan Sherry gembira apabila diberi penghormatan mengacarakan DFKL.

Bertemu pada sesi fotografi bersama Harian Metro baru-baru, masing-masing mengakui gementar dan gembira ketika itu, malah berharap diberi peluang ­mengacara lagi pada masa akan datang.
Keakraban mereka turut terjalin disebabkan masing-masing belajar di tempat yang sama, malah Zulin pernah menjadi anak didik Sherry di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Hadir mewarnai industri seni sebagai pelakon, Zulin dan Sherry adalah pelajar daripada ASWARA namun Sherry sehingga kini masih aktif sebagai Tutor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah corak remaja Malaysia yang dibentuk kerajaan BN kini. Remaja pemimpin negara akan datang. Di mana salahnya pentarbiahan begini dalam Islam? Tanya ulama UMNO  atau kerajaan BN..  Ulama yang dibawah pentarbiahan kuasa politik BN..

Lagi Pusat Hiburan Maksiat Berlesen 13 GRO Seksi Ditahan.

Keasyikan lelaki terbantut

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.
Premis berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung. Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.
“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya. (myMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails