Sunday, March 30, 2014

Pusat Urut Tetap Lebih Berkuasa Dari Jentera Kerajaan Kerana Rasuah?

Kuala Lumpur: Biarpun diserbu tiga kali sejak awal tahun lalu, sebuah pusat urut tetap berdegil dan meneruskan operasinya yang turut menawarkan pelacur warga asing.

Berikutan itu, premis yang berselindung di sebalik pusat urut berlesen di Kepong Baru, di sini, sekali lagi diserbu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Bukit Aman diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais jam 11 malam, kelmarin.

Menurut Mohammad, dalam serbuan itu, enam wanita warga Vietnam berusia 20-an ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan, selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Selain wanita terbabit, seorang lelaki yang juga penjaga premis berusia lewat 20-an turut ditahan,” katanya.

Ditanya mengenai khidmat seks ditawarkan, Mohammad berkata, siasatan awal mendapati premis terbabit menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran sekitar RM130. Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. (myMetro)

Komen Weblog IbnuHasyim:
  • Selagi kegiatan maksiat itu masih dianggap 'khidmat' seks bukan 'najis zina', selagi itu ia tidak dapat dihapuskan.
  • Mengapa biarpun diserbu tiga kali sejak awal tahun lalu, pusat urut itu tetap berdegil dan meneruskan operasinya sedangkan kuasa besar ada dalam tangan pemerintah. Kuasa yang ada pada kerajaan boleh dilemahkan dengan rasuah atau lain-lainnya?
  • Sistem perundangan di negara ini perlu ditukar? Pilihlah Islam sebagai penyelesaian.. (IH)

Memali: Siapa Berbohong Antara 2 Tun Ini?


KL: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Bagi penulis Shahbudin Husin, memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

“Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Bagaimanapun, katanya haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu.

Tambahnya, sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

“Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

“Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?” soal beliau.

Menurut Shahbudin lagi, ada pula yang berkata, Musa tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri.

Justeru, tanya Shahbudin lagi, betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu.

“Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?

“Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?” tanya beliau.

Beliau menambah, sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini. - (http://shahbudindotcom.blogspot.com/)

Obama Hasut Rakyat Saudi Langgar Perundangan Negara itu.


OBAMA (kiri) menyampaikan Anugerah Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa kepada Maha di Riyadh semalam.

Obama temui aktivis wanita Arab Saudi di Riyadh
RIYADH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam menemui seorang aktivis wanita Arab Saudi, Maha Al-Muneef di sini. Pertemuan itu dilakukan ketika Maha berikrar untuk tidak mematuhi larangan memandu yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi ke atas wanita.

Maha merupakan seorang daripada 10 orang wanita yang diberikan penghargaan oleh Jabatan Negara AS pada tahun ini kerana keberanian mereka untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Obama mengambil kesempatan dengan menyampaikan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa pada satu majlis di sini kepada Maha

Pada awal bulan ini, Maha tidak dapat menerima anugerah tersebut di Jabatan Negara AS di Washington. Maha merupakan pengasas Program Keselamatan Keluarga Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 bagi menentang kempen keganasan rumah tangga di Arab Saudi.

"Untuk menyaksikan perkembangan yang telah dilakukannya, kemampuannya untuk bekerja di negara beraja ini bagi memujuk kebanyakan penduduk bahawa ia (hak wanita) merupakan isu yang penting untuk masyarakat bagi tempoh yang panjang, saya berpendapat, anugerah ini amat wajar (diberikan kepada Maha)," kata Obama.

Selepas pertemuan itu, Obama berlepas pulang ke Washington.

Ketika bertemu dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah selama dua jam kelmarin, Obama memberitahu, kedua-dua negara masih buntu berhubung kepentingan strategik tentang dasar mengenai peperangan saudara di Iran dan isu nuklear Iran.

Menurut Obama, negaranya tidak akan menggunakan pendekatan ketenteraan ke atas Syria yang kini terlibat dalam peperangan saudara sejak Mac 2011. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita di atas menjelaskan..
  • Pertemuan Barack Obama dengan seorang aktivis wanita Arab Saudi itu dilakukan ketika wnita itu 'berikrar untuk tidak mematuhi larangan memandu yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi ke atas wanita'.
  • "Untuk menyaksikan perkembangan yang telah dilakukannya, kemampuannya untuk bekerja di negara beraja ini bagi memujuk kebanyakan penduduk bahawa ia (hak wanita) merupakan isu yang penting untuk masyarakat bagi tempoh yang panjang, saya berpendapat, anugerah ini amat wajar (diberikan kepada Maha)," kata Obama.
Lihat betapa jahatnya Presiden AS Obama, yang menghasut rakyat Saudi supaya tidak mematuhi perundangan negara mereka sendiri dan tidak mengiktiraf kedaulatan negara mereka Saudi Arabia.

Negara Arab Saudi membela dan menyimpan musuh dalam selimut.

Lihat juga..

Desak Kerajaan Mesir Hentikan Kezaliman. -PUM


KL: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa supaya Malaysia mendesak Kerajaan Mesir memberhentikan kezaliman terhadap Ikhwanul Muslimin.

Setiausaha Agung PUM Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kerajaan Malaysia harus menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini.

"Sepertimana kehadiran Perdana Menteri ke Gaza pada bulan Januari 2013 yang lalu bagi memberi sokongan kepada penduduk Gaza, sekurang-kurangnya tindakan yang sama atau bantahan kepada Mesir harus dilakukan untuk memberi sokongan moral kepada Ikhwanul Muslimin," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini. Malah beliau mempersoal, di mana suara bantahan hak asasi negara barat yang dilihat membisu dalam isu ini.

"Amat malang sekali apabila kuasa barat dan sekutunya di timur tengah tidak langsung menyatakan bantahan terhadap keputusan terhadap 529 orang tersebut.
"Mereka golongan yang tidak bersalah. Mereka adalah penyokong Dr Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah tetapi digulingkan oleh pihak tentera pimpinan Jeneral Al-Sisi.
"Apakah kesalahan mereka hanya menyokong Presiden yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi pilihanraya," soal beliau. (HD)

Shila Amzah & Artis M'sia Di China Ditohmah..


SHILA memuat naik gambarnya berserta status yang meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden

HALAMAN HIBURAN 

Tragedi MH370 bukan salah saya - Shila Amzah
TATKALA seluruh dunia masih terkejut dengan tragedi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370, muncul pula pihak yang seperti mahu mengeruhkan hubungan dua buah negara, Malaysia-China.

Tidak semena-mena, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, timbul kemarahan dalam kalangan segelintir penduduk China yang tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.

Lebih parah, apabila ada rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu menjadi bahan tohmahan mereka. Mungkin angkara perasaan sedih, marah selain belum dapat menerima kenyataan, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar seperti yang terjadi dalam industri hiburan di Beijing.

Lebih menyedihkan apabila aktres filem Memoir of Geisha, Zhang Ziyi, turut memuat naik status berunsur negatif apabila menuding jari kepada kerajaan Malaysia. Pelakon berusia 35 tahun itu memberitahu, dia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan. Perkara itu diluahkannya menerusi laman sosial yang popular di China, Sina Weibo.

"Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran," tulisnya yang dikemas kini sehari selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Bukan itu sahaja, ketika Malaysia dan banyak negara lain termasuk China bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengacara televisyen, Yang Lan seolah-olah memperlekehkan usaha tersebut.

ZHANG ZIYI tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia menangani isu kehilangan MH370

"Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" tulisnya di laman sosial tersebut.

Artis tempatan yang menempa nama di Beijing, Shila Amzah tidak terkecuali daripada menerima tohmahan dan cercaan baru-baru ini.
Komen yang diberikan peminat di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang datang dari negara ini.

Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer.

Sebelum ini, Shila cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing, namun keadaan berubah sebaliknya. Kecewa dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Patah Seribu itu kemudian memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu disertakan dengan keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah saya..."

Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum balas termasuk komen daripada pengikutnya.
Biarpun dilontar dengan kata-kata nista, masih ada peminat Shila di Beijing yang memberikan kata-kata semangat.

"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.

Selain Shila, artis Malaysia lain yang terkena tempias ialah Fish Leong dan Gray Chaw, serta Lee Sinje dan Ah Niu. (Kosmo)


Lihat sebelum ini..

Kes Satinah: Akan Dipancung April Ini.

Foto terkini Satinah yang diabadikan pada awal Februari 2014 di penjara kota Buraydah, Arab Saudi. 
Foto terkini Satinah yang diabadikan pada awal Februari 2014 di penjara kota Buraydah, Arab Saudi. (ANTARA FOTO/R. Rekotomo)

Jakarta: Satinah akan dipancung awal April tahun ini . Tenaga kerja asal Indonesia itu dinyatakan bersalah telah membunuh dan merompak majikannya di Arab Saudi .

Nyawa Satinah boleh diselamatkan asalkan mampu membayar diyat yang diminta pihak keluarga korban sebesar Rp21 bilion (
Rp1,000,000,000 bersamaan 290,196.40 hari ini) . Angka yang hebat . Permintaan diyat yang sangat besar ini kemudian menuai pro kontra di tanah air .

Satu sisi , undang-undang yang berlaku di Arab Saudi , seseorang yang terbukti membunuh maka ganjarannya adalah hukuman mati , dan boleh bebas jika dimaafkan oleh keluarga asal membayar diyat . Di sisi lain , banyak pihak mahukan Satinah dibebaskan dari hukuman mati kerana hak asasi manusia .


Sebelum memimpin rapat terhad soal pembebasan Satinah , Rabu 26 Mac 2014 , Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengatakan yang menjadi sukar adalah masyarakat tidak boleh membezakan TKI yang mengalami masalah di luar negeri kerana kejahatannya , dengan yang tidak mendapat hak - haknya .


" Saya mengerti jika masyarakat marah , tapi kadang-kadang mereka tidak mengerti . Jika dijatuhkan hukuman , seolah - olah mereka tidak bersalah , " kata SBY .


Kata SBY , undang-undang yang berlaku di Arab Saudi memang seperti itu . Vonis mati berlaku bagi terpidana yang terbukti yang melakukan pembunuhan . Apakah itu TKI , ataupun warga Arab Saudi sendiri .


SBY mengatakan , Indonesia juga akan melakukan perkara yang sama apabila ada warga negara lain yang melakukan kejahatan di Indonesia .


" Itulah yang perlu dijelaskan kepada masyarakat kita , duduk permasalahannya , " ujar dia .

" Diperas " lewat diyat.

Jika diertikan secara terminologi , diyat bermakna wang tebusan yang perlu dibayar pelaku pembunuhan kerana adanya maaf dari keluarga mangsa , guna membebaskan terpidana dari hukuman mati . Satinah boleh bebas jika mampu membayar diyat . Jika tidak tidak boleh membayar wang diyat yang diminta keluarga mangsa , Satinah sudah pasti dipancung .


Angka Rp21 bilion diminta yang keluarga mangsa sebenarnya telah mengalami tiga kali penurunan . Awalnya keluarga mangsa meminta 15 juta Riyal atau Rp45 bilion , kemudian turun menjadi 10 juta Riyal atau Rp30 bilion . Mengapa wang diyat yang diminta begitu besar ?


Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi , Muhaimin Iskandar , menilai tindakan mengumpul dana dari masyarakat yang prihatin dengan nasib Satinah justru memunculkan persepsi bahawa negara Indonesia mempunyai wang banyak dan bersedia untuk menebus Satinah dengan diyat berapa .


" Kami sangat menghargai respon awam dan perpaduan soal dana bagi Satinah . Tetapi dengan aksi penggalangan ini , kami khawatirkan angka diyatnya justru makin naik , " ujar Muhaimin Selasa 25 Mac 2014 .


TKI Satinah
: Aksi perpaduan untuk Satinah 

Menurut Muhaimin , berdasarkan pengalaman sebelum ini , respon awam soal perpaduan melalui dana memang mencetuskan kenaikan diyat . Dari awalnya hanya berkisar sebesar Rp1 bilion , kemudian membengkak menjadi puluhan bilion .

Oleh kerana itu , Muhaimin berharap , aksi perpaduan tersebut tidak perlu dibesar - besarkan , agar tidak menimbulkan persepsi lain dari ahli waris . [ Baca lebih lanjut " Penggalangan Dana untuk TKI Satinah Justru Picu Kenaikan Wang Diyat " ] 

Menteri Koordinator Undang-undang , Politik , dan Keselamatan , Djoko Suyanto , melihat diyat saat ini sudah menjadi komoditi .

" Angkanya tidak masuk awal . Peraturan konvensional 100 ekor unta . Tetapi dari tahun ke tahun sudah menjadi komoditi yang tidak sehat . Ada rasa ketidakadilan , " kata Djoko di pejabatnya , Jakarta , Selasa 25 Mac 2014 .


Djoko mengatakan , Raja Arab Saudi pun sebenarnya sudah memberikan maaf kepada Satinah . Tetapi memang , dalam undang-undang negara itu , hukuman mati boleh dicabut jika terpidana mendapat maaf dari keluarga mangsa dan membayar diyat . Sementara , keluarga majikan mengajukan diyat yang sangat besar .


" Kalau mengeluarkan wang sebegitu bagaimana dengan pelaku kejahatan di dalam negeri , " kata Djoko .Meski demikian , Kerajaan , kata Djoko , tetap berupaya tertinggi dalam beberapa hari ke depan untuk membebaskan Satinah . Misalnya , dengan kembali melobi keluarga mangsa ." Dalam peraturan , tidak ada kewajiban pemerintah mengeluarkan wang . Tapi kan tidak mungkin keluarga mengeluarkan wang sebanyak itu , " kata dia .



Hal senada dikatakan Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat , Agung Laksono . Agung mengatakan adanya wang diyat sebagai pengganti hukuman mati telah berubah menjadi komoditi bagi masyarakat di Arab Saudi .


" Ini kerana di cover oleh kerajaan dengan pelbagai cara , saya kira ( wang diyat yang diminta ) ini di luar kewajaran , " ujar dia .

" Kita tidak mempersoalkan apakah Satinah itu kerana hukumnya benar atau tidak , tetapi fakta hukumnya dia bersalah . Kita sudah melakukan seintens mungkin . Bagaimana jangan sampai WNI kita dihukum mati di negeri orang , " tuturnya .

Tetapi , kata Agung jangan sampai kerajaan Indonesia menjadi objek permainan orang - orang Arab Saudi yang meminta diyat .


" Kami juga tidak sudi jadi komoditi , apalagi dari pelbagai pihak yang mendorong - dorong keluarga ( korban ) , boleh saja itu berlaku . Kita tidak pernah tahu , " kata dia .


Sejauh ini , kerajaan sudah menawarkan diyat sebesar Rp12.1 bilion kepada keluarga majikan Satinah. Namun , keluarga belum menjawab tawaran itu . Lembaga pemerhati Tenaga Kerja Indonesia ( TKI ) di luar negeri , Migrant Care , bahkan menduga ada mafia diyat di Arab Saudi . Mereka mencatat , ada sejumlah TKI tersandung kes pembunuhan di sana bertanggungjawab wang diyat yang sangat besar .


" Katakan Siti Zaenab yang terancam hukuman mati sejak 1999 itu juga diminta Rp90 bilion , " kata Pengarah Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah di , Jakarta , Jumat 28 Mac 2014 .


Sebelumnya juga ada TKI bernama Darsem , yang dihukum mati kerana membunuh ahli keluarga majikannya . Namun , selepas kerajaan membayar diyat sebesar Rp4.7 miliar , Darsem bebas dari hukum pancung dan boleh kembali ke tanah air .


Anis menegaskan , ada mafia diyat yang selama ini memang bekerja untuk kes - kes TKI atau majikan yang terbunuh . Pada umumnya , kes mereka tidak diselesaikan melalui jalur hukum yang adil , tapi melalui mekanisme diyat .


" Sehingga ini menjadi perniagaan para calo yang selama ini sudah berlangsung lama dan dibiarkan oleh kerajaan . Harusnya ini dibanteras , " ujarnya .

 " Artinya ada mafia yang selama ini terancang di antara dua negara di Arab Saudi dan Indonesia . Bisa jadi itu melibatkan dua negara dan mungkin itu juga berkaitan dengan mafia perdagangan orang juga , " kata Anis .

Kembali lobi keluargaKepala BNP2TKI Gatot Abdullah Mansyur optimistik Satinah bebas dari hukuman mati . Kata Gatot , dari hasil rundingan antara kerajaan dengan pihak keluarga mangsa bersetuju bahawa bila mampu menyediakan wang 1 juta real , maka hukuman mati tersebut boleh ditunda hingga dua tahun lagi .


Menurut Ismail , hingga saat ini wang pengganti atau diyat yang dituntut pihak keluarga sebanyak 7.5 juta real atau sekitar Rp21 bilion sudah terkumpul juta 4 real . Sebanyak 3 juta real berasal dari Kementerian Luar Negeri dan 1 juta real dari para donatur .


" Hingga hari ini sudah terkumpul wang diyat sebanyak 4 juta real dan ada tempat 1 juta real lagi dari para donatur lain , " tuturnya .


Wang diyat itu , kata Ismail , dibawa oleh bekas Menteri Agama Maftuh Basyuni yang mewakili Presiden SBY ke Arab Saudi . Maftuh berangkat pada Jumaat 28 Mac 2014 untuk menyerahkan wang tersebut kepada pihak keluarga .


" Semoga pihak keluarga mangsa tidak berubah lagi sehingga nyawa Satinah dapat diselamatkan , " ujar dia .


Gatot berharap dalam rundingan yang kembali digelar itu , kerajaan cukup membayar 5 juta real dari tuntutan keluarga korban 7.5 juta real .


" Semoga yang 2.5 juta real tidak lagi dituntut oleh pihak keluarga mangsa . Kami akan berusaha agar itu tidak berlaku , " tuturnya .

 " Saya optimis sekali , Insya Allah Satinah kali ini akan selamat . Raja dan gabenor yang ada di sana akan turut membantu , " katanya .

Kronologi kes Satinah 


Satinah bekerja di Arab Saudi tahun 2006 . Mengadu ke tanah Arab melalui penyalur TKI , PT Djasmin Harapan Abadi . Di Arab , Satinah bekerja pada keluarga Nra Al Garib . Kes Satinah terjadi pada 16 Jun 2007 . 

Saat itu , perempuan asal Dusun Mruten , Semarang , Jawa Tengah , tersebut bertengkar dengan majikannya , Nura Al Garib . Nura terhantuk kepala Satinah ke tembok kerana telah bercakap dengan anak lelakinya . Peristiwa itu berlaku di dapur .

Perlakuan seperti itu bukan kali pertama dialami Satinah . Sudah berulang . Satinah kerap mendapat perlakuan kasar dari sang majikan . Tapi untuk kali itu , Satinah melawan . Satinah membalas dengan memukulkan kayu penggilingan roti ke bahagian tengkuk sang majikan yang sudah berusia lanjut . Sang majikan langsung pengsan . Setelah dirawat di rumah sakit setelah mengalami koma, majikannya akhirnya meninggal .


Satinah lantas kabur membawa beg majikannya yang mengandungi wang bernilai 37,970 Riyal atau Rp122 juta . Satinah kemudian menyerahkan diri ke pejabat polis tempatan dan mengakui perbuatannya . Sejak saat itu Satinah berada di Penjara Gassem . Kemudian , dalam persidangan syariah tingkat pertama pada 2009 sampai kasasi 2010 , Satinah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan pembunuhan berencana pada majikan perempuannya .


Awalnya Satinah dirancang dihukum mati Ogos 2011 , kemudian diundur Disember 2011 , Disember 2012 , dan Jun 2013 . Akhirnya , keluarga mangsa bersetuju dengan pembayaran diyat selepas kerajaan Indonesia melakukan pendekatan . ( IH/
VIVA.co.id )

Anwar/Wan Azizah Presiden, Saifuddin Antara 6 Calon TP.


KEMASKINI
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bersaing dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut kerusi Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, ianya bakal menyaksikan perebutan enam penjuru.

Mereka adalah penyandang jawatan itu Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Berikut, senarai pencalonan yang disiarkan web rasmi PKR, Keadilandaily.com.

Presiden
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2)Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamal Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Shaari
13) Lee Chin Cheh

Ketua AMK
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Ketua Wanita Pusat
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails