Monday, March 31, 2014

Muslim Tatar Tuntut Daerah Autonomi Di Crimea

Muslim Tatar menginginkan daerah otonomi di Krimea
Mustafa Asaba. ©the Moscow Times

Pemimpin Tatar Crimea semalam mencadangkan muslim minoriti Tatar yang terdiri daripada 300,000 jiwa agar mengusahakan autonomi di wilayah Semenanjung Laut Hitam yang dijajah Rusia dari Ukraine itu .
" Dalam kehidupan setiap negeri akan ada waktu ketika kita harus membuat keputusan yang akan menentukan masa depan , " kata Refat Chubarov , pemimpin Mejelis Bangsa Tatar Crimea , kepada lebih dari 200 delegasi berkumpul untuk majlis tertinggi Tatar Crimea , seperti yang dilaporkan oleh akhbar Dawn , Ahad ( 30 / 3 ) .
" Saya meminta anda untuk meluluskan , awal dari prosedur politik dan undang-undang yang bertujuan untuk mewujudkan autonomi wilayah dan etnik dari bangsa Tatar Crimea berkaitan wilayah bersejarah di Crimea , " ujar dia .
Namun , Chubarov tidak menjelaskan sama ada dia ingin wilayah itu , jika memperoleh autonomi , akan menjadi sebahagian dari Rusia atau Ukraine . Bangsa Tatar Crimea melakukan pertemuan di ibukota bersejarah mereka di Bakhchisaray untuk memutuskan sama ada akan mengadakan referendum untuk menentukan masa depan mereka .
Pungutan suara tersebut akan menjadi sebuah cabaran untuk Presiden Rusia Vladimir Putin yang memasukkan wilayah itu ke Rusia , selepas warga Crimea memilih untuk memisahkan diri dari Ukraine mengikuti penggulingan presiden Ukraine pro - Rusia pada Februari lalu . Warga Tatar Crimea sebahagian besar memboikot referendum di Crimea , yang dianggap Barat tidak sah .
" Tidak ada yang meminta kami , bangsa Tatar Crimea , dalam keadaan apa kita ingin hidup , " ucap Chubarov .
Tatar , sebuah penduduk asal Turki , diusir dari Crimea ke Asia Tengah pada 1944 di bawah pemimpinan Kesatuan Soviet Josef Stalin yang ingin menghukum masyarakat itu atas kes kolaborasi mereka dengan Nazi Jerman . Mereka mula kembali dari pembuangan sekitar dua dekad lalu .
Kerana hidup penuh penderitaan di bawah Kesatuan Soviet , banyak dari antara mereka saat ini sangat menentang kembali jatuh di bawah kawalan Moscow . (IH/fas)
 

Krimea, Beralih Ke Waktu Moskow. Ukraine, Jangan Beri Ke Rusia..


Krimea beralih ke waktu Moskow
Crimea beralih ke waktu Moscow
Perempuan Ukraina kampanye tolak bercinta dengan lelaki Rusia
Jangan beri ke Rusia ...

Sevastopol dan Crimea beralih ke waktu Moscow . (nbcnews.com)

JAM di stesen kereta utama di Bandar Simferopol kemarin melompat dari pukul 22.00 menjadi tengah malam ketika Crimea beralih ke penggunaan waktu Moscow , sebuah tindakan akhir untuk menyelesaikan penggabungan dengan Russia . Beratus-ratus orang berkumpul di alun - alun kereta untuk upacara perubahan waktu itu sambil melambai - lambaikan bendera kebangsaan Rusia dan melaungkan ' Crimea ! Rusia ! ' .  

Selepas Moscow rasmi menganeksasi wilayah di Semenanjung Laut Hitam itu dari Ukraine pada 21 Mac , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Ahad ( 30 / 3 ) . 

"Saya menyambut anda dengan kembalinya kami ke rumah , " kata Perdana Menteri Crimea yang baru , Sergei Aksyonov , di depan orang ramai warga .
" Saya yakin semua hal yang telah kita lakukan adalah untuk manfaat bagi Crimea dan warga Crimea," lanjut dia , sambil mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Presiden Rusia Vladimir Putin yang disambut riuh tepuk tangan dari orang ramai massa . 

Dengan dibalut bendera Rusia dan beberapa di antara mereka menitiskan air mata bahagia , warga Crimea berkumpul di ibu kota provinsi Simferopol semalam sambil menyanyikan lagu kebangsaan Rusia ketika jam beralih ke waktu Moscow .

" Ini adalah saat kebahagiaan bagi saya . Kita semua bermimpi akan hal ini tetapi tidak berani berfikir hingga akhirnya datang sekarang , " ucap Tatiana , seorang pelayan berusia 35 tahun yang menari dengan iringan muzik yang dimainkan di alun - alun . 

Rakannya , Inga , mengatakan dia saat itu masih berusia sebelas tahun ketika Kesatuan Soviet runtuh pada 1991 , yang kemudian memberikan kemerdekaan bagi Ukraine dan membelah Crimea dari Moscow . 

" Pada masa itu hati saya menangis . Tapi sekarang telah bergembira , kita telah kembali ke rumah . Kita dilahirkan pada waktu Moscow dan kita kembali lagi , " ujar dia . 
" Saya mencintai warga Ukraine tetapi saya tidak mengakui Ukraine sebagai sebuah negara . " 

Crimea telah diperkenalkan dengan Ruble ( mata wang Rusia ) sebagai mata wang rasmi mereka dan mula membayar gaji pesara serta gaji pegawai kerajaan di pelbagai unit sejak wilayah itu memilih menyokong bergabung dengan Rusia pada 16 Mac . Kiev dan Barat telah mengecam tindakan pengilhakan dilakukan Rusia terhadap Crimea , kawasan miskin dengan penduduk dua juta jiwa yang majoriti rakyatnya beretnis Rusia , sebagai hal haram dan menjejaskan keamanan di Eropah . 

Amerika Syarikat dan Eropah menahan kerja sama dengan Moscow dan menjatuhkan hukuman terhadap Rusia serta terhadap beberapa sekutu dekat Putin akibat tindakan itu , tapi masih menahan diri dari pemberian sekatan ekonomi yang keras . Kiev telah memerintahkan pasukannya di Crimea untuk mundur ke daratan , mengakui kekalahan selepas tentera - tentera Rusia menyambar markas mereka di wilayah itu satu demi satu . 

Sejumlah pejabat peringkat menengah Rusia saat ini berada di Simferopol untuk membantu kerajaan tempatan agar membawa undang-undang dan peraturan di Crimea selaras dengan peraturan Rusia , sebuah proses yang akan diselesaikan pada akhir tahun ini .

Sedangkan  beberapa hari lepas, perempuan Ukraine kempen tolak bercinta dengan lelaki Rusia
Perempuan Ukraina kampanye tolak bercinta dengan lelaki Rusia
 
Jangan beri ke Rusia ... 

Majalah TIME melaporkan , Selasa ( 25 / 3 ) , perempuan Ukrine ini berkempen dengan menggunakan baju bergambar tangan membentuk seperti faraj bertuliskan di bahagian dada , "Jangan beri ke Rusia, " demikian kalimat itu berbunyi .  

Baju itu dijual pada laman jejaring sosial Facebook dan hanya untuk wilayah Ukraine dan hasil dari jualannya bakal diberikan kepada angkatan bersenjata negara itu.  (IH)

Sunday, March 30, 2014

MH370: 3 Kelemahan K'jaan. Baru Mereka Buka Mata.. -S/U PKR


 

KL: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370, lapor Keadilandaily.

Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.

“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin. (IH/HD)

Dr M Ada Diluar Negara Semasa Kejadian Memali – Aspan Alias


Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengetuai Kementerian Dalam Negeri, pada tahun tragedi itu berlaku.

Isu ini pernah disebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang diberikan oleh Musa sekali dua dalam tempoh itu.
Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang disebut oleh Musa semasa itu.
Kami pernah mendapat penerangan dari Musa apabila ada pihak dalam Umno sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu.

Musa telah kehadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius yang memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.

Musa berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu.
Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19 November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau kenegara China semasa itu.
Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan Musa untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah diuruskan terlebih awal.

Musa telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun Musa merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan.
Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan Musa tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu.

Inilah yang diberitahu oleh Musa jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang dimana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.
Kenyataan Musa di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.

Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh Musa dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam Umno semasa itu.
Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.
Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.

Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan Musa itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk diingati dengan sepenuhnya. Mungkin Musa sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku 30 tahun dahulu.
Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya keluar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.

Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalaupun beliau mahu memberikan jawapannya. – aspanaliasnet.blogspot.com, 30 Mac, 2014. (TMI)

Ini, Fesyen Baru Shila Hamzah, Pakai Tudung Dedah Peha..

Gambar  Shila Amzah pakai baju blous dan legging di China, hiburan, info, penyanyi Shila Amzah, pakaian kontroversi shila amzah
HALAMAN HIBURAN
 
Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging paha terbuka menarik perhatian ramai peminatnya. Kepala bertudung, paha terdedah. Fesyan baru. Hah ha..

Video-videonya tersebar..
 (IH/sedakasejahtera.blogspot.com)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  
Lihat artikel

Nama Pak Lah Teratas, Diawasi Ejen Keselamatan AS -Akhbar Jerman


Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.Nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada paling atas dalam senarai yang diawasi Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat. Gambar fail.






















Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.

Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.

Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad. Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.

Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA. Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.

Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.

Berdasarkan pendedahan Snowden, laporan meluas dibuat menyatakan Kedutaan Australia di Asia digunakan untuk merakam panggilan telefon dan data. Sebelum ini, Der Spiegel menyiarkan peta bertarikh Ogos 2010, yang menunjukkan kehadiran 90 kemudahan perisikan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Snowden mendakwa, Singapura membantu aktiviti perisikan ini, dengan menggambarkan negeri itu sebagai pihak ketiga yang utama memberikan laluan kepada sistem komunikasi Malaysia. Snowden adalah pusat kepada pendedahan 200,000 dokumen yang menunjukkan pencerobohan Amerika ke seluruh dunia, antaranya menunjukkan Washington menjalankan stesen pengawasan di kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merakam dan mengawasi telefon dan rangkaian komunikasi.

Ketika Pak Lah menjadi perdana menteri, keluarganya dikaitkan dengan skandal minyak untuk makanan di Iran di samping syarikat Scomi yang dipimpin oleh anaknya dikaitkan dengan pakar nuklear Pakistan. Kerajaan beliau juga tidak stabil ekoran serangan bertalu-talu daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – 30 Mac, 2014. (TMI)

Tok Guru Mohon Maaf, Utusan Guna Lagakan Dg Anwar.


“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
“Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu dipetik daripada facebook beliau.
 
Utusan Malaysia menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menangis memohon maaf di hadapan jemaah semasa kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, Kelantan semalam adalah langkah terpuji.

Melalui kolumnya, Awang Selamat mempersoalkan adakah tindakan serupa sanggup dilakukan  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz itu.

Awang mendakwa, 'mudarat' dilakukan Anwar lebih besar daripada mana-mana yang pernah dilakukan pemimpin kerana itu beliau  wajar mengambil iktibar melalui tindakan bekas menteri besar Kelantan itu yang sanggup meminta maaf .
"Terdetik pertanyaan dalam hati, apakah ketua pembangkang, Anwar yang dilaporkan hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz semalam, mahu mengambil iktibar. Awang berdoa agar beliau dibuka pintu hati untuk memohon maaf atas segala keterlanjuran, kesalahan dan dosa," katanya dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia edisi mingguan.

Awang berkata, Anwar perlu membuktikan keberanian keberanian untuk ‘membersihkan diri' dan mengambil sikap bertanggungjawab sementara belum terlewat. Selain itu, Awang juga tidak menafikan bahawa Nik Aziz mempunyai jasa dan sumbangan yang besar termasuk berjaya mempertahankan Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama lima penggal.

Katanya, tidak perlu untuk mengimbas segala kontroversi, kegagalan dan kelemahan beliau serta pendiriannya dalam banyak isu yang dianggap memudaratkan kepentingan Islam, lebih-lebih lagi berkaitan perpaduan ummah.

"Awang sendiri walaupun selalu menggeleng kepala dengan kenyataan Nik Aziz, sebenarnya sudah lama memaafkan beliau. Siapalah kita untuk terus menghukum beliau yang dimamah usia serta semakin uzur. Nik Aziz juga insan biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap.
"Nik Aziz banyak kekuatan. Kepimpinannya membolehkan PAS menguasai Kelantan selama lima penggal dan mengukuhkan parti itu atas cengkaman pengaruh beliau yang dicemburui kawan mahupun lawan. Rekod itu pastinya sukar ditandingi oleh pemimpin lain selepas ini," katanya.

Semalam, Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.
Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya daripada PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.

Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Nik Aziz juga dilaporkan tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat. – 30 Mac, 2014. (TMI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails