Sunday, April 06, 2014

Kerana Gambar Rosmah Ngeri Ini, Dia Ditahan Polis..

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.
“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".
Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

Sementara itu dalam satu kenyataan lain.. 

"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara,

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas. - Bernama


Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Kenangan, Baling 3 Disember 1974.. -Mohd Kalam








BALING: Salah seorang peserta muda demonstrasi Baling  1974, Mohd Kalam Mohd Hassim, sempat mengimbau kembali detik-detik bersejarah bantahan ribuan rakyat di daerah terpencil itu tatkala harga getah merudum jatuh.
 
Ketika ditemui di Padang Awam, Keda, Kupang, dekat sini semalam, Mohd Kalam, 55 yang ketika itu berumur belasan tahun berkongsi pengalaman dengan Harakahdaily.

Mohd Kalam turut berucap di pentas bersama kepimpinan Pakatan Rakyat sempena Himpunan Baling 2.0 yang berlangsung petang semalam. Berasal dari Kampung Guarban, Kupang, beliau mengimbau kenangan  berkaki ayam berjalan bersama keluarga dan masyarakat kampung untuk berhimpun di Pekan Kupang.

Walaupun jarak perjalanan kira-kira 10 kilometer untuk menuju ke Pekan Baling, beliau mengakui tidak berasa letih kerana berjalan secara berkumpulan. Bermula seawal jam 8.00 pagi di Kupang, Mohd Kalam dan penduduk kampung sampai di pekan Baling dua jam kemudian.

"Saya masih ingat  lagi hari itu hari Selasa 3 haribulan Disember 1974. Tidak sangka orang kampung berpusu-pusu ke jalan utama menuju ke Baling menunjukan ketidakpuasan hati penoreh apabila harga getah jatuh teruk, " ceritanya ringkas. (HD)

Tubuh RCI Memali -DAP Ulangi Gesaan.

Keluarga 18 mangsa Memali berhak mendapat tahu kisah benar setelah ia terjadi 30 tahun lalu, kata DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014. 
Keluarga 18 mangsa Memali berhak mendapat tahu kisah benar setelah ia terjadi 30 tahun lalu, kata DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014. 

Selepas seminggu bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam membuat pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa tragedi Memali, DAP hari ini mengulangi gesaan mereka agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat tragedi berdarah pada November 1985 itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata pendedahan Musa pada minggu lalu mencukupi bagi satu RCI ditubuhkan.

28 Mac lalu, dalam sebuah forum di Kota Baru, Kelantan, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia semasa dan beberapa hari selepas tragedi Memali 1985.

Setelah berdekad, difahamkan Musa bertanggungjawab dalam operasi di Baling itu setelah dilaporkan Dr Mahathir berada di China pada tempoh berkenaan.

"Keluarga 18 mangsa Memali berhak mendapat tahu kisah benar setelah ia terjadi 30 tahun lalu.
"Ibrahim Libya, 13 penduduk kampung dan empat anggota polis mati dalam insiden berkenaan. Ahli keluarga dihantui apabila tidak mengetahui cerita sebenar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata rakyat Malaysia juga berhak mengetahui tentang peristiwa terbesar yang melanda negara.
"Siapa yang menarik semula arahan yang dikeluarkan Musa kepada polis bagi mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah sewaktu menyerbu Ibrahim?
"Hanya seorang yang lebih atas darpadai Musa ketika itu sebagai seorang timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri.
"Adakah Dr Mahathir menarik semula arahan yang diberikan Musa kepada polis? Jika tidak, adakah beliau bersetuju RCI ini ditubuhkan?"

Lim berkata insiden Memali merupakan siri pertama peristiwa yang amat dikesali semasa 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

"(Beliau juga bertanggungjawab) dalam kelemahan institusi kerajaan dari segi profesionalisme, kebebasan dan integriti setelah hilang keadilan dalam politik.
"Ia meliputi polis, kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan perkhidmatan awam," katanya.

Lim berkata RCI akan mendedahkan insiden berkenaan selain mencadangkan pampasan kepada keluarga 18 mangsa yang terkorban. – 6 April, 2014. (TMI)

Utusan M'sia: Kehilangan MH370 Berkait Dengan CIA?

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Penolong Pengarangnya, Ku Seman Ku Hussein berkata jika serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh CIA, maka tidak mustahil kehilangan pesawat MH370 itu juga dapat dikaitkan dengan agensi risikan itu.

“Marilah kita berfikir di luar kotak mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China?
“Konspirasi peringkat tertinggi melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baru. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan dibentangkan. Banyak pihak menerima hakikat 11 September adalah rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Misi pencarian MH370 hari ini memasuki hari ke-29 dan semalam kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
Agensi berita China, Xinhua, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Ku Seman berkata Malaysia perlu menaruh rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya, bertujuan mengeruhkan hubungan dua hala dengan negara China.
Katanya, konspirasi 11 September yang dianggap karut kini menjadi satu fakta dan pihak berkuasa perlu melihatnya daripada perspektif berbeza.

“CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugat hubungan Malaysia - China.
“Tidak semua pandangan yang dianggap karut hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.” katanya.

Mengambil contoh insiden 11 September, Ku Seman mempersoalkan bagaimana CNN berjaya merakam WTC runtuh dalam tempoh beberapa saat.
Katanya, dalam satu undian menjelang Pilihan Raya AS 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh George W Bush dan peringkat tertinggi CIA.

“CNN antara alat perang psikologi bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot daripada pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat?
Serangan itu berlaku dalam masa "hanya beberapa saat", tetapi CNN sempat merakamkannya daripada pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.
Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu serangan itu akan berlaku?” katanya.  – 6 April, 2014. (TMI)

Artis Noryn Aziz, Dah 8 Tahun Baru Impian Dimakbul Allah..

 



HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU:  Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan rayuan, permohonan, pengharapan dari setiap hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa kerana Allah itu maha mendengar.

Apa yang penting, bulatkan pengharapan hanya pada Allah, lakukan sesungguhnya melalui amalan murni yang digalakkan oleh syariat.

Artis Noryn Aziz atau nama sebenar Norazmahwati Abdul Aziz, 38, tidak putus-putus berdoa dan bermunajat pada Allah untuk mendapatkan zuriat selepas berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrain Shah lebih empat tahun lalu. Selain mendapat rawatan akupuntur, Noryn tidak meninggalkan kaedah Islam, iaitu menunaikan solat sunat hajat, tahajjud dan solat sunat Dhuha.

“Alhamdulillah, Noryn menunaikan solat sunat Dhuha, sebab untuk mendapatkan rezeki dari Allah kita kena rajin berusaha dan meminta.
“Rezeki ni bukan hanya harta benda, wang ringgit sahaja, sebaliknya zuriat juga. Walau apa keadaan sekalipun kita jangan lupa Allah kerana Allah yang akan memberi apa yang kita mahu, bukannya orang lain,”ujarnya.
 
Berkongsi lagi tips untuk mendapatkan zuriat, beliau mengakui pernah berkongsi ilmu dengan isteri Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak ketika ke Kelantan tahun lalu.

Menurutnya, beberapa bacaan dari ayat-ayat al-Quran diajar Tuan Sabariah dan beliau amalkan sehingga akhirnya khabar gembira diperolehi Januari lalu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah impian saya dan suami untuk mendapatkan anak tercapai dan Alhamdulillah doktor mengesahkan bayi yang saya kandung ni sehat,” ujarnya.

Berikutan kehamilannya itu, beliau kini mengurangkan aktiviti pertunjukan kecuali menghadiri program kebajikan atau yang perlu sahaja.

Aktiviti harian beliau kini banyak dihabiskan dengan membaca Al-Quran serta buku-buku ilmiah.
Katanya, ruang yang paling sesuai baginya membaca Al-Quran adalah antara solat Maghrib dan Isyak.

“Sementara menunggu solat Isyak, saya membaca Al-Quran dahulu, saya rasa inilah ruang yang begitu sesuai, kita juga boleh membacanya dengan baik serta tidak terkejar-kejar,”ujarnya.
Pada masa yang sama Noryn masih memenuhi kelas agamanya iaitu mempelajari tafsir Al-Quran dan hadis dengan menghadiri kelas Al-Quran.

Baginya, amat tidak wajar hanya membaca tanpa mengetahui maksud ayat yang dibaca.

“Satu lagi tips yang saya dapat, beristighfar banyak-banyak setiap hari di samping berdoa, Insya Allah dengan jiwa yang bersih dan pengharapan yang tinggi Allah akan perkenankan,” ujarnya.
Pada masa yang sama Noryn turut menjual pakaian muslimah dengan jenama sendiri.
Bagi Noryn untuk menjadi seorang artis tidak salah asalkan seseorang itu tahu mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi.
“Dalam kita bersama masyarakat, berhibur, namun pada masa yang sama kita jangan lupakan akhirat,” ujarnya.

Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, Noryn lebih menumpukan persembahan tertutup yang hanya dihadiri oleh penonton wanita sahaja. (IH)

Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 Capai Sasaran Luar Jangka.


BALING: Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
 
Pihak penganjur menganggar 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 50,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda, dekat sini, bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.

Ini membuktikan solidariti terhadap luahan rasa dan rintihan rakyat khususnya para penoreh getah yang turun berhimpun sebagai mengenang nostalgia 40 tahun dahulu Demonstrasi Baling 1974.
Ucapan malam tadi dimulai dengan gimik dari badan bukan kerajaan (NGO) R (Royalti) diikuti pengkisahan oleh Mohd Kalam Md Hashim, 54 tahun iaitu penduduk Baling yang pernah menyaksikan peristiwa bersejarah 1974 itu.

Berucap pada malamnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Terdahulu pada petangnya diadakan sesi pidato oleh NGO-NGO antaranya R, Belatani, Turun dan ramai lagi. Bagaimanapun hujan lebat turun sekitar jam 5:30 petang menyebabkan hadirin berselerakan mencari tempat berteduh. (HD)

Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat dalam Himpunan Rakyat Derita Baling 2.0 di Baling, Kedah. Perhimpunan ini adalah untuk mengingati Bantahan Baling 1974 dan sebagai protes kepada punca Bantahan Baling 1974 yang kembali berulang hari ini iaitu penurunan harga getah sekerap dan peningkatan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014.
Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat dalam Himpunan Rakyat Derita Baling 2.0 di Baling, Kedah. Perhimpunan ini adalah untuk mengingati Bantahan Baling 1974 dan sebagai protes kepada punca Bantahan Baling 1974 yang kembali berulang hari ini iaitu penurunan harga getah sekerap dan peningkatan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 April, 2014.

YouTube Akan Disekat Di Turki, Mengapa Barat Protes?

Turki akan tetap blokir YouTube
  Anti Youtube. © Muslimvillage.com


YouTube akan tetap disekat di Turki , walaupun larangan kontroversi sama terhadap Twitter telah dicabut , selepas mahkamah menarik kembali putusan sebelumnya yang bakal memberikan akses ke laman berkongsi video itu .

Mahkamah di Ibu Kota Ankara semalam mencabut keputusan kerajaan pada 27 Mac lalu yang menyekat akses ke YouTube dan berkata larangan itu telah melanggar hak asasi manusia sebaliknya menghadkan 15 video , seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya , Sabtu ( 5 / 4 ) .Tapi mahkamah kemudian menarik keputusannya dan berkata sekatan akan tetap dilakukan sampai rakaman audio yang didakwa memaparkan perbincangan berkaitan masalah keselamatan di Syria dikeluarkan , seperti dikutip surat khabar asal Turki , Hurriyet Daily .

 Perubahan itu datang selepas kerajaan Turki mematuhi putusan dari Mahkamah Perlembagaan dua hari lalu dan mencabut larangan sama terhadap Twitter , media sosial berasaskan di San Francisco .Media sosial itu disekat oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada 20 Mac , selepas digunakan untuk menyebarkan serentetan bocoran rahsia berkaitan penglibatan lingkaran dalam Erdogan dalam kes rasuah .

Sementara YouTube dilarang di Turki selepas tapak itu digunakan untuk menyebarkan rakaman audio, di mana memaparkan suara dari pejabat pemerintahan senior , tentera dan pegawai mata - mata yang terdengar bahawa Turki kemungkinan bakal melakukan aksi tentera dalam konflik Syria .


Sekatan terhadap keduanya , yang menjadi langkah terbaru dalam tindakan keras Ankara terhadap Internet , mencetuskan protes dari Barat , yang menjadi sekutu Turki , serta dari kumpulan hak asasi manusia , yang kesal tindakan itu sebagai menyekat hak untuk kebebasan ekspresi .


Washington kelmarin memuji keputusan mahkamah untuk mencabut larangan terhadap Twitter dan mendesak kerajaan Turki untuk membuka semua ruang media sosial di negara itu .


Namun , Erdogan mengecam putusan itu dan mengatakan dia tidak menghormati keputusan mahkamah dan bahawa putusan itu menghina perdana menteri dan kementerian Turki secara keseluruhan .


Kes skandal rasuah yang dicetuskan oleh kebocoran di Internet , di mana Erdogan menuding hal itu dilakukan para penyokong ulama berpengaruh Turki kini berpusat di Amerika , Fetullah Gulen , telah memberikan cabaran terbesar dalam pemerintahan Erdogan yang sudah sebelas tahun berkuasa .Walaupun adanya protes jalanan , penindakan keras dan skandal rasuah , namun parti pimpinan Erdogan , Parti Keadilan dan Pembangunan ( AKP ) , telah mencetak kemenangan dalam pemilihan kebangsaan pada Ahad minggu lalu .[ IH/fas ]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails