Monday, April 07, 2014

Memali: Segerakan RCI Sementara Tun M Masih Hidup -Husam Musa.






MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali 1985 seperti yang dicadangkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, sementara saksi-saksi penting masih hidup termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu, maka penubuhannya haruslah disegerakan.

"Datuk Seri Najib perlu segera tubuh suruhanjaya diraja sementara Tun Mahathir masih hidup.
"Hanya suruhanjaya diraja ini boleh merungkai perkara sebenar disebalik tragedi berdarah ini," kata beliau dalam ceramah sempena Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini semalam.

Isu Memali kembali memanaskan politik negara ekoran pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam bawaha Tun Mahathir berada dalam negara ketika kejadian itu dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak 30 tahun lalu.

Ianya sekaligus mengejutkan banyak pihak yang selama ini diyakinkan bahawa Tun M tidak terlibat dalam tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu. Kit Siang dalam cadangannya sebelum ini berkata ramai yang masih hidup dan tentunya masih segar ingatan mereka berhubung tragedi itu.

Selain Musa dan Mahathir, turut masih hidup adalah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Mohd Amin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Ketua Setiausaha Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling ketika Tragedi Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan seorang pengikut Ibrahim Libya yang sekarang adalah senator, Muhamad Yusof Husin, dari Baling, Kedah. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

Pertikai Al-Quran Masuk Aktiviti Kokurikulum? Berat Tu, Siasat Segera!

Foto
SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.

Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya. Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini. Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagimana pula kalau sesebuah parti politik atau kerajaan yang mempertikaikan kebenaran al-Quran, melempar dan memijak hukum Allah (seperti yang disuruh laksanakan dalam Al-Quran), apa lagi membakarnya seperti 'menghilang lumat'kan hukum hudud? Apa patut lagi umat Islam menyokong atau mengundi mereka?

Umno K'tan Bawa Isu Hudud Ke Mesyuarat MT. Tahniah! Tapi..

Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan. – Bernama, 6 April, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Alhamdulillah, kerana perkara hudud akan dibawa oleh UMNO Kelantan dan akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi Umno. Tahniah, tapi belum tentu akan lulus usul itu. Cuma kita nak temgok apa alasan MT UMNO nak tolak.

Kalau beralasan hudud itu 'Hudud itu 'Hudud PAS', sila kemukakan hudud UMNO/BN pula, tentu sama sebab berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Belum Ada Tuntutan Dari Penculik

Abu Sayyaf was founded in 1991 with suspected funds and training from Asian and Middle Eastern groups [AFP]
Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telahpun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

"Keluarga mangsa itu sendiri telah diberi peluang bercakap dengan mangsa culik berkenaan melalui telefon. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak ESSCOM akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

"Kita akan menambah sebanyak kira-kira 30 peratus kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna namun kita tidak mengabaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor berkata polis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes penculikan itu.
- Bernama

Dibelakang Calon Presiden Afghanistan, Isterinya Seorang Kristian.



Istri nasrani capres Afghanistan
Di balik sosok seorang pemimpin besar , ada perempuan setia mendampinginya . Mereka menjadi sorotan . Termasuk isteri calon presiden Afghanistan Ashraf Gani , Rouyla ternyata berdarah Lubnan - Amerika Syarikat serta pemeluk agama Nasrani . 

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan , Ahad (6 / 4 ) , sebenarnya tidak jadi soal sebuah keyakinan namun hal ini menjadi lain di Afghanistan . Bukan hanya majoriti muslim , namun di sana juga masih ada jejang kumpulan pelampau Taliban yang punya sentimen tersendiri pada kepercayaan lain .Ghani disebut calon paling kuat menggantikan kedudukan Hamid Karzai lantaran dinilai mempunyai latar pendidikan barat yang moden dan terbuka .  

" Saya sudah membaca sosoknya empat tahun lalu dan saya memilih dia sebab pengetahuannya boleh membawa kebaikan di Afghanistan , " ujar seorang pemilih bernama Take Khatera Tajamyar.

Ghani pernah menjabat menteri kewangan dan menjadi salah satu intelektual Afghanistan paling tersohor . Hampir 25 tahun dia di luar negeri semasa negara itu bergejolak mulai dari perang saudara hingga berkuasanya Taliban . Selama tempoh itu dia bekerja sebagai ahli akademik di Amerika , Denmark , dan ambil bahagian di Pertubuhan Bangsa - Bangsa ( PBB ) .

Sebagai calon presiden , Ghani dianggap berani tidak memilih etnik Pashtun , etnik terbesar di Afghanistan , untuk menjadi wakilnya . Sebagai ganti , dia memilih Panglima Prang Abdul Rasyud Dostum dan etnik Uzbek menjadi calon wakil presidennya .Dengan latar belakang sederhana , Ghani diyakini mampu mengumpulkan suara menggantikan Karzai terutama dari kaum perempuan yang lelah menanti perubahan di Afghanistan . (IH)

Distribusi logistik pemilu dengan keledai dilakukan karena lokasi TPS di daerah terpencil tidak bisa dilalui kendaraan.
Distribusi logistik pemilu dengan keledai dilakukan karena lokasi TPS di daerah terpencil tidak bisa dilalui kendaraan.Di
Afghanistan kirim logistik pilihan raya dengan keldai, dilakukan kerana lokasi tempat mengundi di kawasan terpencil tidak boleh dilalui kenderaan.


Dua wartawan asing ditembak di Afghanistan
Dua wartawan asing dilaporkan ditembak di bagian timur Afganistan. Polis mengatakan seorang wartawan perempuan meninggal dan satu lagi berada dalam kondisi kritis, seperti dilansir situs BBC, Jumaat (4/4). 
Insiden itu terjadi di Khost, sebuah kota terpencil di dekat perbatasan antara Afganistan dengan Pakistan. Insiden ini datang di saat Afghanistan tengah mengintensifkan keamanan sebelum pemilihan presiden besok, dalam menanggapi ancaman kekerasan dari Taliban.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah caranya musuh-musuh menghancurkan Islam dari dalam, menggunakan ulu kapak dari kayu, unruk menebang pohon kayu. Begitu kira-kira, pepatah orang tua.

Sunday, April 06, 2014

Sayang Nabi, Sayang Nabi. Masa Rasuah, Rasuah... -Presiden PAS


 


BALING: PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.
"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.
"PAS tak macam itu. Ini cakap kita, inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi.
Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.

"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.
"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat
"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Walaupun hujan lebat namun hadirin tidak berganjak dari tempat program yang bermula sejak petang lagi. Rakyat yang majoritinya petani datang mendengar ucapan pimpinan parti politik dan NGO yang memperjuangkan isu kejatuhan harga getah.

Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkaitan petani yang membelenggu mereka. (HD)

Penculikan Di Semporna: Pengalaman Ngeri Berunding Dg Abu Sayyaf .


 














BERITA dari Kota Kinabalu menyebutkan, kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang menahan dua wanita warga asing, yang diculik dari Semporna dipercayai kembali ke pangkalan mereka di pulau Jolo.

Tentera dan polis Filipina yang menjejaki kumpulan bersenjata diketuai oleh Murphy Ambang Ladjia atau lebih dikenali sebagai Haji Gulam, mengesyaki bahawa lelaki bersenjata itu keluar dari pangkalan mereka di Simunul, di pulau Tawi-Tawi dan menuju ke kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, yang digelar 'pusat penculikan di Filipina".

Ketua Polis wilayah Sulu, Supt Abrahim Orbita berkata, pasukan keselamatan menerima laporan mengenai kumpulan lelaki bersenjata itu di pulau Jolo bersama dengan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dari Shanghai, dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang diculik Singamata Reef Resort lewat malam Rabu.

"Kami cuba untuk mengesahkan laporan ini," kata beliau ketika dihubungi melalui telefon di Jolo pada Sabtu. 

Pulau Jolo di selatan Filipina, tidak pernah sunyi daripada teropong media antarabangsa, selain menjadi markas kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menentang Kerajaan Filipina, dengan pulau cuma lima jam perjalanan bot laju dari Semporna, Sabah itu dijadikan pusat penculikan sebagai satu industri bagi meraih pendapatan.

Kejadian penculikan membabitkan rakyat Malaysia bermula sejak 23 April 2000 lagi, apabila sekumpulan 21 pelancong asing dan pekerja pulau peranginan Sipadan, menjadi mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf. Beberapa siri penculikan berlaku dan termasuk kisah seorang ahli perniagaan Malaysia, Nazarudin Saidin dari Kuala Lumpur yang berurusan perniagaan ditahan di Jolo. 

Begini, pengalaman ngerinya semasa ke kubu Abu Sayyaf di Jolo, Selatan Filipinaitu. Pengalaman membuat liputan selama 18 hari di selatan Filipina untuk bertemu tebusan Malaysia belasan tahun lalu masih menjadi ingatan sehingga kini, kerana hampir menjadi mangsa culik yang boleh dikongsi bersama.

Penulis dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai turut berdepan pengalaman ngeri ketika membuat liputan bersama pasukan perubatan Malaysia di kawasan persembunyian kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai Komander Robot (Ghalib Andang) yang terbunuh ketika ditahan di penjara di Manila tidak lama dulu) di Bandang, Jolo.

Tujuan asal membuat liputan kemudian berkembang menjadi juru perunding bagi membolehkan empat anggota pasukan perubatan Malaysia diketuai Dr Yahya Ahmad memberi rawatan kepada tebusan di Barangay Tiis Kudtong selepas mereka diugut supaya membayar 10,000 peso (RM698) sebelum dibenarkan masuk.

Begini kisahnya..

["Sebelum proses ugutan bermula, konvoi kenderaan kami dan satu kereta pengawal pengiring terpaksa berhenti di Bandang kerana menunggu kebenaran masuk. Ketika menunggu lebih tiga jam dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi, kami tidak dibenarkan turun dari jip Tamaraw kerana bimbang akan keselamatan diri.
Kira-kira jam 11 pagi, saya dikejutkan dengan satu bisikan ke telinga daripada seorang anggota kumpulan terbabit meminta duit sebanyak 10,000 peso (RM698) untuk membeli peluru.

Saya kaku sekejap dan terus teringat pengalaman 12 wartawan Jerman sebelum itu ditahan lebih tiga jam, sebelum dibebaskan mereka terpaksa mengorek duit sebanyak 1 juta peso (RM69,780) sebagai wang pelepasan diri.

Saya mengatakan tidak membawa duit, tetapi mereka enggan mengalah. Dalam pada itu, rakan mereka secara sengaja menjatuhkan raifal M16 ke lantai kenderaan, manakala yang lain mengeluarkan peluru pistol sambil bermain-main... mungkin sebagai isyarat.

Tiada pilihan. Saya berbisik kepada Dr Yahya... dia terdiam. Sebelum kami masuk ke tempat tahanan tebusan, Gabenor Sulu, Abdusakur Tan memaklumkan perjalanan pasukan perubatan Malaysia tidak akan diganggu termasuk tuntutan wang. Itu jaminan Abdusakur tetapi pengawal yang mengiringi kami menghilangkan diri.

Keadaan menjadi tegang, rundingan pembebasan kami bermula. Kami hanya berunding di celah pokok pisang dan kopi, kira-kira 15 meter dari kenderaan. Rundingan bermula dan kata putus diambil untuk membebaskan kami.

Saya kembali ke kenderaan dengan lapang dada, rundingan sudah selesai. Andaian meleset di dalam kereta, saya sekali lagi dibisik tentera yang berjabat tangan dengan saya, “Kami mahu beli ubat dan senjata, kami mahu duit, ‘tapuk-tapuk’ (secara sembunyi - bahasa Sabah).”

Sekali lagi saya bisik permintaan mereka kepada Dr Yahya, dia tidak berkata apa-apa, tetapi sebelum meninggalkan rumah Gabenor Abdusakur kira-kira jam 8 pagi sebelum itu, saya memberi andaian bahawa ‘hadiah sagu hati’ perlu diberikan sekiranya masuk ke tempat tebusan.

Rundingan kedua bermula, apabila saya dipanggil ke tempat perundingan di bawah pokok kopi dan pisang. Kali ini saya memanggil pengawal peribadi kami, Ibrahim yang juga penduduk Talipao dalam rundingan. Selepas Ibrahim yang bersenjatakan pistol berunding dan bertengkar di dalam bahasa Tausug campur Melayu dan saya mengatakan kumpulan kami tidak membawa duit kerana kami hanya menjalankan tugas.

Selepas berunding hampir 10 minit akhirnya keputusan dibuat kami terpaksa bayar untuk masuk, kalau tidak kami tidak dibenarkan membuat liputan dan memberi rawatan kepada tebusan walaupun sedikit. Saya berlari ke Tamaraw (kenderaan) berbisik dengan Dr Yahya, dia bersetuju memberi ‘hadiah’ tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Nasib baik Dr Yahya membawa wang. Saya berlari semula ke kawasan rundingan, dan terus berjabat tangan dengan wang yang tidak tahu jumlahnya bertukar tangan.

Serentak itu, suara dari kenderaan berteriak “Cepat! Cepat! Masuk, Tamaraw hendak bertolak ke kem,” saya hampir terjatuh kerana terpijak batang pisang.

Kami bertemu semua tebusan warga Malaysia Fong Yin Ken, Zulkarnain Hashim, Kua Yu Loong, Vincent Kong, Lee Hok Liong, Francis Masangkim, Basilius Jim, Baln Krishnan Nair, Abdul Selamat serta warga Filipina, Roland Ullah dan mendapatkan bahan berita daripada mereka yang hanya boleh dihantar ke Kuala Lumpur selepas kembali ke Zamboanga City menaiki kapal penumpang.   (BH/Muhd Yusuf Abu Bakar/muhdyusuf@bharian.com.my)]

Begitu, kongsi pengalaman bersama, terima kasih kepada penulisnya..  (IH)

Lihat lagi..
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails