Monday, May 05, 2014
N/Islam M'sia (?) Jadi Tumpuan Pelacur Negara Bekas Soviet Pula..
KL: Negara Islam (?) atau yang sebenarnya 'negara umat Islam' Malaysia jadi tumpuan pelacur negara bekas Soviet Union pula.. Anggapan begini muncul apabila myMetro melaporkan..
"Jika dulu sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan."
"Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine.
"Metro Ahad difahamkan, pembabitan warga negara berkenaan dalam aktiviti pelacuran mula meningkat selepas pelanggan dikesan menukar ‘selera’ mereka.
"Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang ‘berpoket tebal’.
"Difahamkan, caj antara RM500 hingga RM1,000 dikenakan sindiket terbabit kepada pelanggan untuk sekali perkhidmatan. " Demikian lapor myMetro lagi.
"Apakah rakyat Malaysia tidak merasa jijik dan malu dengan perbuatan tidak bertamadun ini? Siapakah yang bertanggung jawab, kalau bukan pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri terutamanya yang beragama Islam, terhadap perlakuan najis zina ini?" Tanya weblog Ibnu Hasyim. (IH)
Ini, Gambar Ngeri Nad Zainal Kemalangan.. Bohongkah?
HALAMAN HIBURAN
Gambar-gambar ini antara yang dikatakan dimuatnaik oleh seseorang yang bernama Nad Zainal didalam instgram yang menunjukkan dia dalam keadaan parah kemalangan.
Gambar-gambar ini antara yang dikatakan dimuatnaik oleh seseorang yang bernama Nad Zainal didalam instgram yang menunjukkan dia dalam keadaan parah kemalangan.
Tetapi ianya bukanlah kemalangan betul hanyalah salah satu
babak dalam lakonan. Walau bagaimana pun gambar tersebut telah
membuatkan ramai orang panic kerana ianya kelihatan seperti benar
berlaku.
Apakah hal begini termasuk dalam amalan menyalahi agama kerana berbohong, walaupun tidak secara langsung?
(IH)
Ada Yang Ganggu Syariat Islam Di Banda Aceh -Wali Kota
Wali Kota atau Datuk Bandar, Illiza Sa'aduddin Djamal menduga ada pihak - pihak luar ingin menghancurkan usaha penguatkuasaan syariat Islam di Aceh sebagaimana yang diberikan kuasa dalam peraturan kekhususan Aceh .
" Ada pihak - pihak di luar sana yang ingin menghancurkan Aceh dan ingin menggagalkan penerapan Syariat Islam , " kata Illiza saat menghadiri acara peresmian Dayah Budhiatul Fata , Lampaseh Aceh , Kecamatan Meuraxa , Minggu ( 4 / 5 ) .
Illiza menilai , penerapan syariat Islam di Aceh itu memerlukan perhatian khusus dan harus saling bekerjasama dengan pelbagai pihak , terutama dengan kerajaan untuk membentengi usaha - usaha yang dilakukan pihak tersebut .
Bila tidak , Illiza membimbangkan disaat kuasa yang diberikan kerajaan pusat kepada Aceh untuk melaksanakan syariat Islam gagal , maka pihak itu akan ketawa dan meremehkan Aceh . " Ini tentunya tidak boleh terjadi , " ujar Illiza .
Persoalan ini , menurut Illiza , kembali pada masyarakat itu sendiri yang harus yakin bahawa dengan tegaknya syariat Islam di Aceh , maka akan meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan itu merupakan janji Allah .
" Ketika ada panggilan Allah kita masih sibuk dengan pekerjaan kita dan sering meninggalkan solat . Mulai sekerang mari kita sejahterakan rumah Allah maka Allah akan sejahterakan kita , itu janji Allah , " kata Illiza .
Dalam kesempatan tersebut , Illiza memastikan bahawa Pemko Banda Aceh sangat menyokong kehadiran Dayah Budhiatul Fata di Lampaseh Aceh . Kerana , menurut Illiza , kewujudan institusi pendidikan seperti Dayah dan pesantren mempunyai peranan besar dalam memberikan pendidikan agama kepada warga.
Dalam kesempatan tersebut , ikut hadir seorang pimpinan pesantren Seulimum , Kabupaten Aceh Besar , Abu Seulimum yang memberikan tausyiah pada acara peresmian Dayah Budhiatul Fata ini . Selain itu ikut hadir Pimpinan Dayah Budhiatul Fata Lampaseh Aceh Tgk Muhammad Sufi Harun , Camat Meuraxa Faisal , Aminullah Usman SE AK serta ratusan warga Lampaseh Aceh .[ IH/did]
Pacuan kuda hampir sebulan sekali diadakan di daerah dingin ini. Khamis, 1 Mei 2014, 18:49
Zaky Al-Yamani, Zulfikar Husein (Lhokseumawe)
Pakatan Rakyat Mungkin Berpecah Kerana Hudud - Kit Siang
PETALING JAYA: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah jika hudud menjadi satu isu besar.
"Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya di sini, Ahad.
"Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya di sini, Ahad.
Barisan Alternatif adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2004. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.
Beliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksepafahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja.
"Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Cadangan itu mendapat bantahan DAP, sama seperti komponen BN lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan. (mStar)
Sunday, May 04, 2014
11 Militan Al-Qaeda M'sia Disiasat FBI, Ada Kaitan MH370..
Malaysia menangkap 11 anggota berkaitan rangkaian Al - Qaeda . Mereka dituduh penyebab hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370 .
Akhbar the Daily Mail melaporkan , Ahad ( 4 / 5 ) , para suspek ditangkap di Ibu Kota Kuala Lumpur , Negeri Kedah . Selain itu para ahli Al - Qaeda ini juga ditangkap atas dugaan merancang pelbagai pengeboman di negara - negara majoriti muslim .
Anggota Al - Qaeda ini berusia sekitar 22-55 tahun dengan latar belakang profesi termasuk mahasiswa , profesional , ahli perniagaan , bahkan ada seorang perempuan . Saat ini mereka tengah disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat ( FBI ) dan agen perisikan M16 .
Seorang pegawai dari bahagian anti keganasan di Malaysia mengatakan penangkapan itu kembali membuka kemungkinan pesawat dengan 239 orang penumpang hendak terbang ke arah Ibu Kota Beijing , China , memang ulah kumpulan bersenjata .
" Memang kemungkinan ini masih besar . Itu sebabnya kami terus mencari hal menyambung M370 dengan keganasan , " ujar petugas itu tidak disebutkan namanya .
Para suspek mengaku memang ada beberapa aksi keganasan yang akan mereka buat namun seluruhnya menolak dikaitkan dengan MH370 . (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Memang kemungkinan ini masih besar . Itu sebabnya kami terus mencari hal menyambung M370 dengan keganasan, " ujar petugas itu tidak disebutkan namanya . Apakah ini perangkap FBI untuk kepentingan AS di Asia?
Lihat sebelum ini..
- Siapa 9 Individu Disyaki Militan Ditahan?
- Ini Gambar 9 Yang Ditahan Disyaki Militan..
- Tahan 9 Individu, Tunjuk Kepada Obama Kononnya...
- Lagi, Janda Ditahan, Rancang Serangan Bom Di Nega
- Rupanya 10 Militan M'sia Ditahan Kerana Mahu Berju...
- Seorang Lagi Suspek Militan Ditahan Jadi 11 Orang....
- Utusan M'sia: Kehilangan MH370 Berkait Dengan CIA?...
- MH370 Di Kubu Taliban. Gajah Lawan Gajah, M'sia Ja...
- Militan Islam M'sia Rampas Pesawat MH370. Siapa Pe...
- MH370: Setelah Militan Islam M'sia, 4 Lagi Teori K...
GST: Dr Mohd Khairuddin Tawar Berbincang Dg Mufti Pahang.
DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, menjawab pandangan Mufti Pahang yang sangat mengelirukan dan tersasar dari kaedah pengeluaran hukum.
Katanya, "Saya secara peribadi dengan rendah dirinya bersedia jika berpeluang untuk berbincang secara akademik dan ukhuwwah bersama Sahibus Samahah Dato' Mufti yang saya hormati keilmuannya dan jasanya kepada umat Islam di Pahang bagi merungkaikan dua isu ini bagi kebaikan umat Islam."
Merujuk kepada Berita Harian Sabtu semalam di halaman 10 berhubung isu GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan hukum demonstrasi menurut Islam, katanya kepada Harakah,
- “Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi"
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengulas dengan mengemukakan hujjah...
Ulasan I: Kaedah Kutipan Cukai GST Selaras Dengan Islam?
1. Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Sahibus Samahah Mufti ini sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum. Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi.
2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
- Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARI MANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."
4. Isunya ialah adakah kaedah kutipan cukai GST bertepatan dengan Islam?
5. Saya berhujah bahawa kaedah kutipan cukai GST adalah bercanggah dengan Islam dari dua sudut iaitu;
Pertama
A. Kaedah cukai yang dibenarkan dalam Islam ialah dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai lebihan pendapatan untuk akhirnya digunakan untuk maslahah golongan tidak berkemampuan.
خذ من أغنيائهم وتعطى فقراءهم
B. Cukai GST tidak dikenakan berasaskan pendapatan rakyat tetapi dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat. Ini bercanggah dengan konsep percukaian Islam. Cukai yang dibenarkan oleh Islam mestilah diambil berasaskan pendapatan dan bukan perbelanjaan.
C. Ini kerana cukai yang diambil berasaskan perbelanjaaan tidak akan membezakan tahap kemampuan kewangan pembayar cukai. Ini menjadikan golongan yang tidak berkemampuan juga dikenakan cukai atas perbelanjaan mereka.
D. Sementelah lagi Islam meletakkan antara syarat-syarat bagi membolehkan cukai dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan ialah tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan wang negara yang membawa kerajaan kepada krisis kewangan.
Ulasan II: Himpunan Bantah GST Haram?
Sahibus Samahah Dato' Mufti Pahang juga dilaporkan berkata: "kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi"
1. Kenyatan Sahibus Samahah ini sangat mengelirukan. Saya teruja untuk melihat 100 hadis yang dikatakan menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi sekiranya ada.
2. Saya bimbang Sahibus Samahah terkeliru memahami hadis-hadis yang tidak membenarkan rakyat menentang pemerintah menggunakan senjata atau disebut dalam kitab Fiqh sebagai "bughah" tetapi sebaliknya menegaskan kewajipan rakyat mengengkari dengan hati dan lidah.
3. Antaranya Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Muslim:
ستكونُ أمراءُ . فتعرفونَِ وتُنْكرونَ . فمن عَرِف بَرِئ . ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا : أفلا نقاتلهُم ؟ قال : لا . ما صلوا
- Maksudnya: "Nanti akan ada pemerintah-pemerintah. Kamu suruh mereka melakukan makruf dan kamu bantah kemungkaran mereka. Maka sesiapa yang membenci (dengan hati) dia terlepas (dari dosa). Sesiapa yang membantah (dengan lidah) dia selamat (dari dosa). Tetapi sesiapa yang redha dan menurut (dia tidak terlepas dan selamat)."
4. Hadis di atas sangat jelas menunjukkan 2 hukum:
- Pemerintah yang melakukan kemungkaran perlu ditegur dan dibantah. Mereka yang membantah dengan hatinya terlepas dari dosa. Mereka yang membantah dengan lidahnya terselamat dari dosa.
- Memerangi pemerintah yang melakukan kemungkaran dengan senjata tidak dibolehkan selagi mana mereka solat dan menegakkan ibadah solat dalam masyarakat Islam sebagaimana sabit dalam satu riwayat hadis yang lain
Himpunan Bantah GST adalah himpunan bantahan dengan lidah bukannya dengan senjata. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan disunatkan. Namun, membantah dengan hati tetap menjadi kewajipan.
6. Salah seorang Tabi'i besar iaitu Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah pernah membantah secara berdepan di khalayak ramai tindakan Khalifah Mu'awiyah radiayallahu anhu (r.a) sahabat Nabi yang menjadi pemerintah negara Islam, membekukan agihan wang negara yang sepatutnya kepada rakyat.
Tindakannya tidak dianggap sebagai penderhakaan terhadap Mu'awiyah r.a. selaku pemerintah negara umat Islam malah Mu'awiyah r.a. memperakui teguran terbuka Abu Muslim lalu menarik kembali polisi pembekuan agihan itu.
7. Sementelah pula Himpunan GST adalah himpunan yang berlangsung secara aman yang dibenarkan menurut lunas undang-undang negara sebagai satu mekanisma rakyat menyampaikan pandangan dan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan.
8. "Saya secara peribadi dengan rendah dirinya bersedia jika berpeluang untuk berbincang secara akademik dan ukhuwwah bersama Sahibus Samahah Dato' Mufti yang saya hormati keilmuannya dan jasanya kepada umat Islam di Pahang bagi merungkaikan dua isu ini bagi kebaikan umat Islam." kata Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Kita tunggu jawab Mufti Pahang.
Sekian.(IH)
Yatt Hamzah: Setelah Hijrah, Makin Sibuk Bantu Rakan. Alhamdulillah!
Yatt Hamzah
HALAMAN HIBURAN
Yatt Hamzah, walaupun hampir dua tahun berhijrah dari gelap kepada terang, pelakon dan pengacara ini bagaimanapun
masih menjadi pemerhati dalam industri. Dan ramai lagi rakan-rakan artisnya yang masih
berada dalam kepompong yang sama, seperti dulu. Akui Yatt, 34, kadang kala, dia sendiri merasa sedih apabila berita-berita mengenai selebriti Melayu Islam terpampang di dada akhbar mengenai perkara-perkara yang mengaibkan.
"Walaupun saya tidak seteruk itu di satu masa dahulu, namun saya pernah jahil dan jahat. Saya pernah mendedahkan aurat saya untuk tatapan orang lain.' Jelasnya.
Bertanya mengenai perkembangan kerjayanya pula, Yatt mengakui jadualnya amat padat dengan beberapa aktiviti sekarang. Menurut Yatt, hampir setiap hari, dia akan terlibat dalam program motivasi dan dakwah di beberapa lokasi termasuk institut pengajian tinggi (IPT), kementerian dan masjid.
"Alhamdulillah, hari-hari yang saya lalui berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan hari-hari terisi dengan pelbagai aktiviti.
"Selain program motivasi dan dakwah, saya juga turut mengusahakan butik pakaian Muslimah, Suci By Yatt Hamzah. Malah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
"Selain itu, saya juga terlibat dengan beberapa NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan program, Amal Palestin, kutipan dana untuk Rohingya dan Mesir," katanya.
Walaupun sibuk dengan aktiviti dakwahnya, namun Yatt masih menerima tawaran dalam bidang lakonan. Jelas Yatt yang juga pengacara untuk program, Al-Hidayah, di saluran TV3, dia kini perlu lebih selektif dalam pemilihan naskhah dan watak.
"Alhamdulillah, walaupun saya sudah berhijrah, namun rezeki dalam lakonan masih ada. Namun, saya berhadapan dengan kekangan masa.
"Setiap tawaran yang diterima, saya kena rujuk pada jadual saya terlebih dahulu dan sebelum ini beberapa tawaran terpaksa ditolak kerana jadual yang padat.
"Kalau dulu, saya meletakkan lakonan sebagai pekerjaan utama, kini aktiviti dakwah dan kebajikan lebih menjadi keutamaan," katanya lagi.
Allah Beri Kemudahan.
Walaupun penghijrahan itu membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, namun akui Yatt, ada dalam kalangan selebriti turut berdepan dengan masalah dalam industri. Menurut Yatt, tidak kurang juga pihak yang tidak bertanggungjawab turut melabelkan artis yang berhijrah terlibat dalam parti pembangkang.
Malah mungkin kerana itu, peluang untuk artis bertudung beraksi dilayar juga semakin tipis apabila produksi kurang memberi ruang kepada golongan ini. Tapi baginya..
"Saya bersyukur kerana peluang saya dalam industri masih ada. Namun, saya menerima banyak keluhan daripada artis yang berhijrah mengenai peluang mereka untuk bekerja.
"Malah, ada yang beranggapan, artis bertudung labuh ini lebih memihak kepada pembangkang walaupun kami tidak pernah mencampuri urusan parti. Saya juga turut menerima tuduhan atas perkara yang sama.
"Selain itu, sekiranya kami terlibat dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang, ada yang terus menuduh kami terlibat dalam agenda politik," katanya yang terus mengambil langkah berdiam diri dari melayan tuduhan yang dilemparkan sejak dahulu lagi.
Atas dasar prihatin terhadap golongan selebriti berhijrah yang terpinggir, Yatt yang juga ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), merancang untuk membantu rakan-rakannya. Jelas ibu kepada Suci Hanania, 4, ini, dia bakal bekerjasama dengan Yadim untuk menubuhkan NGO untuk memberi ruang kerja untuk rakan selebriti.
"Perkara ini masih dalam perancangan dan Insya-ALLAH, jika tiada tiada halangan, ianya bakal dimulakan pada sambutan Bulan Dakwah Negara, pada Mei ini.
"Dalam program ini, kita akan bekerjasama dalam menerbitkan beberapa projek termasuk teater dan projek yang berlandaskan Islamik.
"Saya sangat-sangat berharap agar program ini dapat dilaksanakan kerana saya perlu berbuat sesuatu untuk membantu dan menjaga kebajikan artis-artis yang berhijrah," katanya.
Alhamdulillah, Jazakillahu Khairan Kathira!
(IH/Pelbagai Sumber)
Subscribe to:
Posts (Atom)