Tuesday, June 17, 2014

Kesatuan & Persatuan Pekerja TNB Gesa Tolak YTL



KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap tindakan kerajaan BN memberi pelbagai kemudahan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tarif elektrik kini turut dirasakan Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sehubungan itu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pecantuman TNB dan  Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu sepakat membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL  untuk projek penjanaan tenaga ‘Track 4’ Pasir Gudang, Johor.

Bagi menyatakan bantahan mereka, satu sidang media oleh Pegawai-Pegawai Kesatuan dan Persatuan TNB diadakan pagi ini di Pejabat Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU) di No 166B, Jalan Faraday, Off Jalan Bangsar, dekat sini.

Kumpulan lebih 200 pegawai kesatuan dan persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dekat sini bagi menyerahkan memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.

Memorandum bantahan Kesatuan Sekerja TNB terhadap YTL dibuat berdasarkan pengalaman pahit hasil Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara TNB dengan YTL sebagai IPP bermula dari tahun 1993.

Ekoran perjanjian berat sebelah itu, TNB terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi untuk membayar khidmat IPP termasuk YTL.

Oleh kerana perjanjian pertama PPA di antara TNB dan YTL akan tamat pada September 2015, syarikat berkenaan kini mewujudkan konsortium baru bagi menyambung kontrak dan mensasarkan perlaksanaan projek baru di atas tanah TNB di Stesen Janaelektrik Pasir Gudang.

Malah Suruhanjaya Tenaga pada 27 Mei lalu telah menawarkan projek penjanaan tenaga berskala besar 'Track 4' bagi menjana antara 1400MW hingga 2000MW kepada konsortium membabitkan YTL, SIPP dan TNB.

Ahli-ahli kesatuan dan persatuan pekerja TNB berarak ke ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar Kuala Lumpur bagi menyampaikan memorandum bantahan.

Tawaran projek 'Track 4A' ini dikhuatiri akan menjadi rujukan (set precedence) untuk menyambung kontrak syarikat IPP di masa-masa akan datang.

Malah tanah TNB akan dirampas melalui konsortium yang ditubuhkan sedangkan TNB bukanlah pemegang ekuiti saham majoriti dalam konsortium itu.

TNB juga dikhuatiri akan menghadapi masalah kewangan yang serius di masa hadapan seperti yang pernah dilalui dengan YTL apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada syarikat IPP tersebut bagi setiap unit penjanaan elektrik.

Beban kos ini terpaksa pula ditanggung oleh rakyat apabila tarif lektrik dinaikkan.

"Pelbagai implikasi lain yang melibatkan jaminan pekerjaan kepada kami (job security) akibat daripada rentetan dari projek ini yang diserahkan kepada YTL secara runding terus," memorandum itu dipetik.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat TNB Kuala Lumpur, Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB (TNBJOU), Mohd Roszeli Majid menuntut agar YTL tidak diberikan apa-apa projek janakuasa tenaga atau elektrik di negara ini.

“Kami ada pengalaman buruk dengan mereka. Sekali tersengat, selalu beringat," katanya tegas.
- HARAKAHDAILY, 16/6/2014

Monday, June 16, 2014

Ini, Bogel, Jual & Tukar Pakaian Dalam, Di Pasar Umum..


Pramuniaga ini peragakan lingerie di tengah pasar tradisional
Peniaga China peragakan lingerie di tengah pasar.


JOM KREATIF
PERAGAAN pakaian dalam oleh model Victoria 's Secret di catwalk mungkin sudah biasa. Tetapi bagaimana jika pakaian dalam diperagakan oleh juruniaga di tengah pasar biasa atau pasar tradisional seperti di Chow Kit Road, contohnya kalau di Maalaysia? Tetapi percubaan peragaan ini dilakukan   oleh pembantu peniaga pakaian dalam, di negara China.  

Seperti di gambar-gambar ini, heboh diperkatakan perempuan seksi yang tidak diketahui namanya beraksi di pasar tradisional di Daerah Fengrun, Tangshan, Provinsi Hebei. 'Pertunjukan fesyen' tunggal yang ia lakukan, wanita tersebut berlenggak-lenggok di antara gerai-gerai peniaga sambil mengenakan pakaian dalam yang ia jual.  

Rupanya ini adalah cara yang digunapakai oleh majikan wanita itu bagi melariskan dagangannya. Akibat aksi peniaga ini, para pengunjung pasaran langsung mengerumuni gerai dagangan tempatnya bekerja. Mereka sibuk menyaksikan penampilan peniaga yang dengan penuh percaya diri mempamerkan pakaian dalam dagangannya.
rewrw

ewew
r4ew
Photo by Rocketnews24

Reaksinya, pengunjung, mulai dari lelaki hingga ke kaum ibu mengeluarkan telefon bimbit lantas mengambil gambar peniaga.  Wanita itu pula sengaja berpose seksi, 'berpakaian telanjang' di hadapan kamera.  Lelaki pun ikut mengulas 'nakal' menyaksikan penampilan wanita seksi tersebut. Pengunjung pasaran semakin heboh apabila juru niaga menukar  pakaian dalam depan umum sehelai demi sehelai, tepi gerai tanpa merasa malu. 

Yang jelas para peniaga cantik dan seksi tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai, akhirnya tertarik untuk membeli. Entah apakah cara itu berjaya mengangkat jualan pakaian dalam, yang dijual majikannya tidak dapat dipastikan. Begitulah kreatifnya peniaga-peniaga di negara itu dalam cubaan meningkatnya jualan.

Dalam Islam berniaga atau mencari pelaris sehingga menggadai maruah dan akhlak agama amat dilarang. Tapi, bagi puak berniaga tak kira halal-haram, tak peduli dunia akhirat, bagi mereka bagus, kreatif! Mungkin akan datang berlaku di Malaysia? (IH)

Bernas Diswasta, Syed Mokhtar Tamak haloba – Anwar

Oleh:
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengenalan
Akhir-akhir ini, syarikat yang dahulunya menjadi tarikan pelabur tapi kemudian dibuang-senarai (de-listed) dari pasaran saham lalu diswastakan bagai satu trend. Satu contoh: Blackberry, di mana ia dibuang-senaraikan lalu diswastakan selepas kerugian hampir USD 70 bilion dari nilai asal USD 80 bilion lima tahun lalu.
syed_mokhtar
Senario perniagaan yang semakin mencabar menyukarkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk memberi pulangan yang besar kepada para pelabur; penswastaan memberi peluang kepada pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk fokus mengembangkan perniagaan jangka masa panjang.

Di Malaysia, penswastaan sesebuah syarikat sebegini seringkali mempunyai niat yang berbeza: tamak haloba.
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM 135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM 2.1 bilion (2006) ke RM 3.6 bilion (2012).
Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini.

Niat asal
Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut.

Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada YB Tn Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (KADA, MADA, NAFAS), nelayan (NEKMAT) dan pekerja Bernas.

Pusingan 1
Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar atas) melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM 526 juta. Purata keuntungan bersih Bernas dianggarkan pada RM164 juta setahun dan hasil meningkat dari RM 3.3 bilion (2009) ke RM 3.6 bilion (2012).

Pusingan 2
Apabila kerajaan memanjangkan mandat Bernas untuk merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Jan 2011 ke 10 Jan 2021, Tan Sri Syed Mokhtar bertambah tamak.

Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Feb 2013 melalui syarikat-syarikat lain milik beliau, iaitu other companies namely, Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd. Pengambilalihan ini, yang juga dinasihatkan Maybank Investment Bank Berhad dikatakan bernilai RM 477 juta.
Pada 6 Nov 2013, lembaga pengarah Bernas dinasihat menyahsenaraikan Bernas dari Bursa Malaysia kerana jumlah saham yang dimiliki awam telah jatuh ke 16.31% (iaitu dibawah nilai yang diperlukan untuk penyenaraian iaitu 25%) akibat pengambilalihan sistematik Tan Sri Syed Mokhtar.
Pada Feb 2013, Maybank Research membuat ramalan hasil dan keuntungan Bernas bagi 2013 hingga 2015:


Ini bermakna hasil dianggarkan meningkat hingga RM 3.9 bilion pada 2015 dari RM 3.6 bilion pada 2012. Keuntungan meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa pendek untuk mengurangkan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki Bernas di masa hadapan.

Soalan yang diutarakan
Bagaimana seorang individu dibenarkan memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan Bernas?

Kenapa kerajaan telah tersasar dari niat asal penubuhan Bernas, iaitu untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas? Adakah milikan ekuiti mereka ini tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu-individu maha kaya dan mempunyai “kabel” politik sebegini?

Bagaimanakah pengambilalihan saham Bernas bernilai RM 477 juta, dan jumlan pengambilalihan melalui Tradewinds Plantation dan Bernas bernilai RM1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar (Perspective lane, Kelana Ventures, Seaport Terminal dan Acara Kreatif) dipermudah Maybank IB? Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama?

Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Tan Sri Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56688

Orang Jahil Sahaja Kata Hudud Tidak Adil -Presiden PAS


 
SERDANG: Pihak yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah atau hudud, sebagai tidak adil, malah memperlekehkan perkara ini, hanya menampakkan sikap jahil mereka sendiri.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan.

Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".

"Adalah salah akal jika memahami bahawa rakyat akan berlumba-lumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki.
"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam (Tegas) di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan yang juga pengarah program. Katanya, undang undang jenayah syariah adalah bersifat mendidik, bukan menghukum.
Malah ujarnya, ianya mempunyai syarat yang ketat untuk dikenakan hukuman dan hakim pula perlu mencari jalan dengan seboleh-bolehnya untuk membebaskan pesalah.

Dalam pada itu beliau berkata, perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran. Pada masa ini, apa yang wajib katanya adalah membetulkan kefahaman dan menjelaskan salah faham terhadap kekeliruan yang ditimbulkan. Apatah lagi kata beliau, di saat negara kini sedang berdepan masalah jenayah berat tanpa mengira kaum yang sehingga kini tiada satu pun undang-undang ciptaan manusia dapat mengatasinya.

Dalam seminar sehari ini juga, beberapa kertas kerja turut dibentangkan. Antaranya kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Hikmah Pelaksanaannya yang dibentangkan oleh Musyrif Pondok Sungai Durian Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Menegakkan Syariat Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik pula bergandingan dengan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali membentangkan tajuk Kanun Jenayah Syariah: Kejamkah Pelaksanaanya?

Satu lagi kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Mendepani Undang-Undang Negara, dibentangkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. - HARAKAHDAILY 15/6/2014

Jadikan Melayu Pengembara Sebarkan Islam Se Dunia -Tan Sri Muhammad Muhd Taib


TANAH MERAH: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berazam hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia.

“Kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Menurutnya, rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian. Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata. Katanya lagi, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli. Menurutnya juga Kelantan lebih dikenali berbanding negeri-negeri lain kerana ada identiti tersendiri mempunyai pemimpin yang bersih, jujur dan amanah.

“Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan,” kata beliau.

Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri. Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru, seorang pemimpin yang mempunyai integriti tinggi.

Mohd Amar pula menjelaskan hubungan lebih erat kerajaan negeri dengan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Kelantan pada 1993 dapat dilaksanakan.

“Kita bincang antara kerajaan dengan kerajaan untuk pastikan perundangan hudud dapat dilaksanakan. Kalau Umno jujur mahu menyokong enakmen tersebut dilulus di parlimen nanti, sampailah hasrat kita.
“Sebaliknya kalau mereka khianat, parti itu akan dilabel rakyat sebagai tidak amanah,” ujarnya. (IH/HD)

Syed Mokhtar Untung Kerana Pengecualian Duti Import Beras.


Tan Sri Syed Mokhtar (gambar)

PKR hari inimendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.

"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.

Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.

Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

"Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata, jawapan yang diterimanya di Parlimen oleh menteri mendedahkan Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.

Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Selain itu, Gooi berkata, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.

"Saya mengatakan surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai," katanya.

Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.

Beliau berkata, surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.

"Bilakah ia akan disenaraikan semula, dalam lima atau 10 tahun?" soalnya.
"Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita," katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali. – 15 Jun, 2014. (TMI)

Begini, Payudara Nora Tampak Lebih Besar.

Foto
FOTO Nora yang menjadi ‘viral’ di beberapa laman sosial.

HALAMAN HIBURAN 
Kuala Lumpur: “Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?” sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama
penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar.

Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.
“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora ketika dihubungi Metro Ahad. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini antara hidangan bacaan dan tatapan remaja Malaysia hari ini. Astaghfirullah. Remaja terus menjunam dari Islam. Apa tindakan pemerintah UMNO tulang belakang BN dalam mengatassinya? Lebih 1/2 abad memerintah makin parah generasi muda.

Ini antara artikel cara fikir salah artis yang tidak patut diikuti. Lihat sebelum ini.. Klik..
 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails