Saturday, June 21, 2014

KDN Guna Anjing Jaga Festival Muzik Maksiat.







fmfa concert malaysia 2014
SHAH ALAM: Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab, dadah dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) mengalu-alukan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan anjing bagi mengesan dadah di acara-acara muzik.
Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer mengalu-alukan dan memuji kesediaan kementerian untuk bekerja dan bekerjasama erat dengan penganjur festival muzik.

"Keutamaan kami apabila menganjurkan acara berskala besar adalah aspek keselamatan dan keselamatan pengunjung.
"Walau bagaimanapun, tidak banyak yang penganjur boleh lakukan, dan kita sentiasa berkata bahawa perlu ada kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa untuk menghasilkan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan untuk pengnjung acara," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star, Khamis.

Iqbal berkata demikian sebagai tindak balas terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata di Parlimen bahawa anjing pengesan mungkin digunakan untuk mengesan dadah di festival muzik, jika perlu, pada masa akan datang.

Dr Wan Junaidi berkata aspek keselamatan di acara-acara seperti itu akan menjadi lebih ketat berikutan kes di mana enam orang, yang berusia antara 21 dan 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan di FMFA, Mac lalu. Selepas kejadian itu, penganjur FMFA memutuskan untuk membatalkan hari terakhir acara tersebut.

Iqbal berkata, industri bagi acara yang diadakan secara langsung adalah penting terhadap negara kerana ia terbukti berkesan dalam menarik jumlah besar kedatangan pelancong.

"FMFA sahaja, dalam tempoh tiga tahun, telah menarik lebih 40,000 pelancong yang telah datang ke negara ini khusus untuk festival yang diadakan, menyumbang lebih RM150 juta dalam pendapatan pelancongan," katanya.

Beliau berkata FMFA juga dikenali sebagai festival muzik terbesar di Asia Tenggara dan telah berjaya meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai destinasi muzik secara langsung yang berdaya maju.
Pesta Malam Indonesia 1 dan 2 berjaya menarik lebih 25,000 penonton menyaksikan acara konsert terbesar itu, di Malaysia.

 Komen Weblog Ibnu Hasyim:  KDN kena fikir balik..
  • Kenapa benarkan pesta maksiat yang bergelumang dadah itu? 
  • Baikkah pesta begini untuk pembangunan negara? 
  • Sesuaikan dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?
  • Beginikan generasi muda yang akan dibentuk untuk menjadi pemimpin Malaysia akan datang?

Hanya A.Hadi Jadi Halangan Tukar Khalid, Kata Sumber Pakatan


Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.  
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.  

Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.
"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.
"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya,  Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.
"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu. The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi. Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya. Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.

Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014. (TMI)

Shalat Subuh Perdana Di Aya Sofia..

CATATAN PERJALANAN: 
Jejaki Al-Fatih Di Bandar Lama Istambul (2)

ACARA Muktamar IIFSO kali ini yang menjadi tuan rumah adalah satu organisasi pemuda Islam di Turki, International Youth Forum, pimpinan Muhammad Musa Budak. Secara langsung atau tidak, organisasi ini cukup dekat dengan Saadet Partisi. Parti ini, walaupun tidak masuk di Parlimen Turki, namun gerakannya di bidang sosial dan dakwah cukup penting di Turki.

Sebelum meninggal, Erbakan sempat memimpin kembali parti ini (2007-2011) dan kini dipimpin oleh Mustafa Kamal. Parti ini mempunyai sayap sosial seperti Insan Hak ve Huriyetleri (IHH) yang dikenal dengan keseriusannya menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Namanya melambung saat kes tragedi kapal Mavi Marmara tahun 2010.


Parti ini selalu cuba menghidupkan kebanggaan masyarakat Turki melalui sejarahnya yang gemilang sejak masa penaklukan Istanbul oleh Muhammad Al-Fatih 29 Mei 1453. Di sela-sela kegiatan Muktamar IIFSO, panitia membawa peserta mengikuti "Fetih Festival" (Ferstival Al Fatih) yang dipusatkan di lapangan sepakbola bandar Izmit, bandar industri sekitar 2 jam perjalanan dari Istanbul.

"Fetih Festival"
“Fetih Festival”

Acara ini adalah rangkaian acara tahunan yang digagas oleh Erbakan sekitar sepuluh tahun yang lalu. Acara biasanya diisi oleh orasi-orasi tokoh Turki mengingatkan kembali tentang semangat dan kepahlawanan Al-Fatih, kemudian diakhiri dengan persembahan teater besar memperlihatkan bagaimana menakluk Konstantinopel. Al-Fatih menukar nama ini menjadi Islambol (Islam full) setelah menaklukkannya dan kemudian diubah lagi oleh At-Taturk menjadi Istanbul.

"Fetih Festival" tahun ini didahului dengan acara yang tidak biasa, iaitu menyelenggararakan Solat Subuh berjamaah di depan bangunan bekas Masjid Aya Sofia pada tarikh 29 Mei. Solat Subuh ini kemudian dimuat naik ke Youtube dan merebak ke seluruh dunia, termasuk ke Indonesia. Sayang sekali ke Indonesia, beritanya banyak ditambah sehingga mengaburkan substansi kegiatan ini.


"Dahulu Sulthan Muhammad al-Fatih membeli Gereja Aya Sofia dengan wang peribadinya sendiri, lalu merubahnya menjadi masjid ... Di masa Kemal Pasha masjid ini ditutup dan dijadikan muzium. Dan kini selepas 79 tahun digunakan sebagai muzium, Subuh semalam Erdogan mengembalikan fungsinya sebagai masjid. Gemuruh takbir kembali bergema seperti berabad yang lalu. 


Subuh perdana diimami langsung oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Tahfizh Antarabangsa, Syeikh Abdullah Bashfar ... sila saksikan tayangannya .... "demikian salah satu mesej SMS yang masuk ke HP saya mengulas mengenai solat Subuh.

Sebetulnya tidak ada sama sekali pengubahan fungsi Aya Sofiya, apalagi oleh Erdogan. Ini adalah acara yang diperkenalkan rangkaian Saadat Partisi dan memang mengundang Syeikh Bashfar untuk menjadi imam dalam acara yang semacam "demonstrasi" kepada Erdogan agar mengubahnya menjadi masjid kembali. Jadi, bukan acara permulaan "Subuh pertama". Dilakukannya pun bukan di dalam bilik Aya Sofiya, tetapi di pelatarannya.


Kami memang tidak sempat mengahadiri solat subuh berjamaah di pelataran Aya Sofiya ini, namun dalam acara pembukaan dan Sesi Perbincangan Muktamar IIFSO peristiwa ini disampaikan kembali oleh para penceramah Turki, terutama oleh Ketua Parti Saadat Mustafa Kamal. Ia bersama partinya menghendaki supaya Erdogan mengambil dasar pengembalian fungsi Aya Sofiya sebagai masjid. Dengan penuh semangat ia menginginkan agar Turki kembali menjadi faktor penyatu di antara negeri-negeri Islam di seluruh dunia sebagaimana hal itu sudah dilakukan dahulu oleh Al-Fatih.Usmani dan kegemilangan Islam di Turki.


Untuk semakin memperkuat keyakinan sejarah tentang Al-Fatih, panitia membawa seluruh peserta meneroka jejak-jejak peninggalan Al-Fatih. Berangkat dari arah Laut Marmara, kapal yang kami tumpangi terus melaju kea rah selat Bosporus hingga mencapai titik pertempuran laut Al-Fatih di Golden Horn. Sepanjang perjalanan kami melalui peninggalan-peninggalan bersejarah Al-Fatih seperti runtuhan Benteng Konstantin yang begitu kukuh, Aya Sofiya, Istana Top Kapi, Blue Mosqeu, dan jambatan yang menghubungkan benua Asia dan Eropah.  


Perjalanan kemudian dilanjutkan untuk melihat secara langsung betapa megahnya Masjid Biru Sultan Ahmet dan Aya Sofia. Di sebelahnya masih berdiri megah Istana Top Kapi yang ditubuhkan Al-Fatih. Istana ini adalah simbol kesederhanaan dan kedekatan rakyat dengan Al-Fatih. Monumen sejarah paling baru yang dibuat Erdogan adalah Muzium Panorama 1453. Muzium ini terletak betul-betul di titik penyerangan utama Al-Fatih ke Konstantinopel.  

Daerahnya disebut pula wilayah Top Kapi. Dalah bahasa Turki, Top Kapi artinya adalah "pintu utama". Sebelum masa Al-Fatih inilah Top Kapi-nya Konstantinopel. Setelah ditawan Top Kapi (gerbang utama) dipindahkan persis di pinggir selat Bosporus menghadap ke Turki sisi Asia-nya. Ini sebagai penanda bahawa Al-Fatih sudah berjaya menggabungkan Anatolia dan Konstantinopel menjadi satu Turki. Muzium ditubuhkan ini tepat pada titik Al-Fatih membina pusat serangan utama ke arah Konstantinopel.

Perjuangan Erdogan untuk membangun wilayah ini menjadi Muzium sangat penting. Ia perlu membebaskan tanah yang sudah menjadi pusat perniagaan cukup ramai di Istanbul. Tetapi, kerana kepeduliannya pada sejarah, ia memilih untuk mengeluarkan dana besar membeli kawasan itu untuk dijadikan monumen memperingati kehebatan Al-Fatih menakluk Konstantinopel.  


Muzium itu sendiri mengandungi gambar-gambar tentang sejarah penaklukan Al-Fatih. Di tingkat paling atas dibuat gambar tiga dimensi yang menceritakan proses penaklukkan Al-Fatih. Selepas mengelilingi bandar Istanbul, seluruh peserta Muktamar dibawa ke Izmit untuk menyaksikan puncak acara "Fetih Festival".

Acara bermula sekitar jam 18.00 waktu Turki dan berakhir pada pukul 23.00 waktu Turki. Walaupun acara ini disokong penuh oleh Saadat Partisi, namun tidak ada satu pun simbol parti ini yang berkibar. Stadium disesaki oleh pengunjung yang datang dari pelbagai bandar dan negara ini penuh dengan perhiasan yang mengingatkan kita pada tempoh kegemilangan Usmani, kegemilangan Islam di Turki.Siapa pun yang hadir akan merasakan gegap gempita para orator dan aksi-aksi teatrikal yang sangat menarik.  


Tidak setiap pelancong Indonesia dapat menyaksikan kemeriahan mengenang Al-Fatih seperti di Izmit ini. Beruntung penulis dan para peserta Muktamar IIFSO lain dibantu untuk melihat kemeriahan yang memberi inspirasi ini. Sepanjang perjalanan meneroka Istanbul ini ingatan kita benar-benar dibawa untuk memikirkan kembali betapa Islam begitu hebat.  

Kehebatan itu bahkan masih terasa hingga berabad-abad selepas. Kemal Pasya memang hendak menghilangkan memori bangsa Turki dari kegemilangan Usmani. Tetapi, usaha itu rupanya berjalan sia-sia. Tidak ada kebanggaan bangsa Turki Muslim selain mereka pernah mempunyai Al-Fatih dan mereka pernah mempunyai sejarah Usmani.

Oleh sebab itu, usaha-usaha yang dilakukan oleh Erbakan dan Erdogan untuk menghidupkan kembali inspirasi sejarah Usmani dalam jiwa rakyat Turki dan kaum Muslim di seluruh dunia di masa yang akan datang dapat menjadi cambuk yang akan sangat kuat untuk menghidupkan lagi ghirah umat Islam memperjuangkan kembali kejayaan peradaban Islam. Wallahu a'lam bi Al-shawwab. 

Penulis bersama peserta IIFSO
Penulis bersama peserta IIFSO
Penulis: Tiar Anwar Bachtiar, Ketua Umum PP Pemuda Persis. Id. (IH/Hc)

Lihat sebelum ini.. 

3 Perkara Mengenai Nabila (Keluar Agama?) & Amy Search


DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - AMY SEARCH DAH MALAS BIMBING NABILA?

"Saya tidak tahu dan dah malas. Saya tak mahu komen apa-apa," begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Ternyata, tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy. Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya.

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

Klik gambar untuk size besar


"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia.

"Berita mengenai Nabila diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui oleh saya pada hari ini (semalam)," tambah Amy lagi seolah sudah serik memberi nasihat.

Bukan apa, sebelum inipun Amy sudah pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu... tetapi tidak berhasil.



Mendengar butir bicara Amy itu, ia seolah membayangkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Bahkan ini bukan kali pertama Nabila dilanda kontroversi, malah ada sahaja kontroversi baru yang diciptanya.

Ia termasuklah salah seorang pengikut laman Instagramnya, bernama Darian Christ telah mengajak Nabila untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia ajakan serius atau sekadar untuk menyedarkan Nabila daripada terus bermimpi. Allahu a'lam!
(Sumber: myartis.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul seperti dilaporkan, inilah berita paling menggerunkaan..
  • Apakah ini berita orang Islam (diajak) akan jadi murtad?
  • Bolehkah mempengaruhi orang yang sudah beragama tukar agama, mengikut perundangan di negara ini?
  • Perlukah bahagian Agama Islam campurtangan, siasat dan ambil tindakan untuk membantu?

Friday, June 20, 2014

Bekas Tim. Menteri Ditempatkan Di Pusat Jagaan Pesakit Alzheimer..



Gambar Rahmah yang diambil salah seorang pelawat pusat jagaan khas pesakit Alzheimer dan tersebar di laman-laman sosial. 

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.


Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik.
"Memang doktor sarankan tempat itu kerana itu tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.


Rahmah (kanan) bersama seorang lagi penghuni pusat jagaan pesakit Alzheimer (kiri) ketika menerima kunjungan pelawat.
Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, Klang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam.

Menurut Raha, beliau kesal dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga di laman sosial kononnya anak-anak bekas Naib Ketua Wanita Umno itu mengabaikan ibu mereka dengan menempatkannya di pusat jagaan khas.

Jelasnya, ibunya telah ditempatkan di situ hampir dua tahun dan gembira sepanjang berada di sana.

"Macam-macam fitnah mereka buat, mereka tak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar. Saya anggap itu tuduhan tak berasas.
"Hubungan kami dengan emak sangat rapat, kami sentiasa bersama dengannya, melawat setiap minggu, bawa dia keluar jalan-jalan dan bawa dia pergi ke majlis tertentu," jelasnya yang turut membawa ibunya bertemu doktor pakar mengikut jadual.

Mengenai kritikan terhadap tindakan menempatkan Rahmah di sebuah pusat penjagaan milik bukan Muslim, beliau berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka sekeluarga lebih mengetahui apa tindakan terbaik untuk membuatkan Rahmah lebih selesa dan terjaga.

Tambahnya, beliau telah membuat kajian mengenai pusat penjagaan itu sebelum membuat keputusan menempatkan ibunya di sana. Katanya, selain penjagaan 24 jam dan persekitaran yang tenang dan bersih, kebanyakan jururawat di situ beragama Islam, begitu juga tukang masaknya, malah di sana juga terdapat beberapa lagi penghuni Muslim.

Beliau berkata sebagai pesakit Alzheimer berat, ibunya juga tidak diwajibkan menunaikan solat, justeru perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Dua tahun pertama memang kami adik-beradik jaga emak tetapi keadaan mak semakin teruk.
"Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi.
"Memang betul, keadaan emak sebagai pesakit Alzheimer semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif," katanya sambil mengakui menjaga pesakit Alzheimer adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dugaan.

Walaupun kesal dengan tuduhan-tuduhan di laman sosial, Raha berkata keluarganya amat menghargai pengunjung-pengunjung yang prihatin dan melawat ibunya selama ini. Namun, selepas apa yang berlaku beliau membuat keputusan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat ibunya.

Beliau juga bimbang jika kunjungan pelawat boleh menjejaskan aktiviti harian pesakit yang telah disusun pihak pengurusan.

"Mak saya tak faham semua ni...apa yang berlaku. Kalau tidak, hidup dia akan lebih terganggu.
"Saya memang hargai kalau nak melawat mak, tapi jangan buat tuduhan bukan-bukan," katanya dengan nada kecewa.

Kisah mengenai Rahmah tersebar di laman sosial sejak tiga hari lalu dan mendapat kritikan hebat. Turut disebarkan beberapa keping gambar Rahmah ketika menjalankan aktiviti di pusat jagaan tersebut yang dimiliki seseorang yang bergelar 'Datuk' bukan beragama Islam.

Selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Rahmah juga pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya 1982. Pada 1989 beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
(mStar)

Iraq Terdesak, Tentera Lari, Pecat Komander Sendiri, Hadapi ISIS.


Anggota tentera Iraq berpakaian preman ditahan kumpulan Isis.

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki memecat beberapa komander kanan pasukan keselamatan dan menjalin kerjasama dengan beberapa musuh politik utamanya, bagi menghadapi kemaraan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Antara yang dipecat termasuk komander wilayah Nineveh, wilayah pertama yang ditawan Isis. Nuri juga mengarahkan seorang pegawai keselamatan dihadapkan ke mahkamah tentera atas tuduhan khianat. Pemecatan itu dilakukan selepas 30,000 anggota keselamatan melarikan diri ketika berdepan 800 pejuang tentera Isis yang menawan wilayah Nineveh dan bandar kedua terbesar di negara itu, Mosul.

Ada di antara mereka yang meninggalkan kenderaan tentera dan menanggalkan pakaian seragam bagi mengelakkan ditangkap pejuang Isis dan kumpulan yang masih setia kepada bekas Presiden Saddam Hussein.

Dalam perkembangan terbaharu, kumpulan Isis bersenjata Sunni mengepung dan melancarkan serangan bom ke kilang penapisan minyak terbesar Iraq yang secara tidak langsung mengancam bekalan domestik negara itu. Kejadian yang berlaku pada Selasa dalam serangan kumpulan berkenaan di utara Baghdad selepas menawan sebahagian wilayah di utara Iraq.

Isis memulakan serangan menawan kilang penapisan minyak di Beiji yang terletak 250 kilometer di utara Baghdad, lewat malam Selasa. Hasil minyak yang ditapis di kilang itu untuk kegunaan domestik seperti minyak tanah, minyak masak dan petrol untuk stesen jana kuasa.

Sebarang gangguan akan menyebabkan bekalan gas dan elektrik terputus, sekali gus akan memburukkan lagi keadaan di Iraq. Sementara itu, jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Qassim al-Moussawi mendakwa tentera negara itu dibantu penduduk tempatan berjaya mengusir pejuang Isis di bandar Tal Afar yang ditawan kumpulan itu, Isnin lalu.

Selain itu, seorang pegawai kanan polis memberitahu, Isis meluaskan penguasaan ke kawasan penempatan Syiah di Turkmen, Basyir yang terletak di wilayah Kirkuk. (IH)


REUTERS ANGGOTA tentera Iraq meronda di bandar Baquba baru-baru ini.

Seminar IIFSO, Ust Hadi Dijemput: Sekulerisme Wariskan Problem.


CATATAN PERJALANAN: 
Jejaki Al-Fatih Di Bandar Lama Istambul (1)

FILEM 'Fetih 1453' (gambat kanan). Filem terbitan Turki pada tahun 2012 ini berdurasi 2 jam 36 minit 4 detik. Mengadopsi kisah pejuang Islam yang mampu menaklukkan tembok Konstantinopel.

PADA 31 Mei hingga 1 Jun 2014 lalu saya diundang menghadiri Mukmatar International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO) atas nama Pemuda Persatuan Islam yang belum lama bergabung di organisasi yang ditubuhkan oleh para aktivis Islam di Aachen Jerman tahun 1969.

Muktamar diadakan empat tahun sekali. Sebelumnya, tahun 2010 muktamar pernah diadakan di Jakarta. Kali ini diadakan di Istanbul Turki.



Tahun 2010 terpilih Dr. Ahmad Abudl 'Athi dari Mesir sebagai Setiausaha Agung. Hanya saja, kerana ia dianggap dekat dengan bekas presiden yang dikudeta, Dr Mohammad Mursy, Abudl 'Athi akhirnya ditangkap dan dipenjarakan oleh rejim As-Sisi. Oleh sebab itu, pada Muktamar berjalan tanpa kehadirannya.



Selain menghadiri Muktamar, penulis juga berkesempatan meneroka sudut-sudut kota Istanbul dengan warisan sejarahnya yang sangat memberi inspirasi. Berikut beberapa perkara yang Insya Allah boleh bermanfaat untuk para pembaca.



Cabaran Peradaban Islam


Muktamar diadakan selama dua hari. Selain agenda laporan pertanggungjawaban pengurus selama empat tahun yang lalu, juga diagendakan pemilihan Setiausaha Agung baru dan ahli Majlis Syura.Dalam pilihan raya yang berlangsung cukup tertib, terpilih Dr. Khallad Suwaid dari Syria sebagai setiausaha agung baru IIFSO untuk empat tahun ke depan. Sebelumnya ia pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

Para pengundi adalah wakil dari organisasi-organisasi yang bergabung di IIFSO. Hadir dalam pemilihan ini kira-kira 36 negara dari seluruh dunia. Bahkan, hadir pula perwakilan dari Itali, Inggeris, dan Jerman.


Setiausaha Agung terpilih sendiri walaupun berbangsa Syria, tinggal di Jerman. Sementara Majlis Syura yang wajib bermesyuarat setahun sekali dipilih sebanyak 11 orang mewakili serantau tertentu. Indonesia dalam Muktamar IIFSO kali ini terpilih mewakili Asia Tenggara sebagai anggota Majlis Syura.


Selain agenda musyawarah juga diadakan perbincangan tentang pelbagai cabaran yang tengah dihadapi umat Islam di seluruh belahan dunia. Para penceramah pun sengaja diundang dari pelbagai negara untuk pelbagai tentang cabaran di negara masing-masing. Hadir di antaranya Ketua Parti Saadat Turki Dr. Mustafa Kamal, Ketua Parti PAS Malaysia Haji Abdul Hadi Awang.


Selain para penceramah di atas, beberapa organisasi jemputan dari pelbagai negara juga didaulat untuk menyampaikan keadaan umat Islam di tempat masing-masing, dari mula keadaan sosial, politik, pendidikan, media masa, dan pergerakan pemuda.


Acara ini pun benar-benar menjadi ajang silaturahmi dan shilatul-Fikri di antara pemuda Islam di seluruh belahan dunia yang pada masa yang akan datang cukup mudah untuk tetap mengusahakan terjadinya persatuan di antara negara-negara Islam. Mereka yang hadir dalam kegiatan ini adalah calon-calon pemimpin di tempat masing-masing.


Semua perbincangan mengarah pada satu pemikiran yang sama bahawa cabaran paling serius yang hari ini dihadapi oleh negara-negara Islam adalah cabaran peradaban (civilization) setelah sebelumnya secara politik negara-negara Islam dapat melepaskan diri dari kolonialisme.


Harus diakui bahawa pada umumnya peradaban dunia Barat hari didominasi negara-negara seperti Amerika, Inggeris, Perancis, Jepun, dan seumpamanya yang yang umumnya bukan Muslim. Padahal, tiga abad ke belakang negara-negara ini bukan apa-apa. Bahkan sebelumnya, negeri-negeri Islam adalah para pemimpin peradaban dunia sejak Umawiyah di Damsyik, Abbasiyah di Baghdad, dan terkahir Usmaniyah di Turki.


Di antara cadangan-cadangan yang disampaikan para penceramah untuk mengatasi persoalan ketinggalan peradaban ini, umat Islam perlu secara serius memperhatikan bidang pendidikan. Bidang inilah yang hari ini paling strategik dan bervisi jangka panjang untuk membina kembali peradaban Islam yang hilang.


Diakui bersama bahawa kemajuan peradaban Barat hari ini disebabkan mereka bermula dengan gerakan ilmiah. Penyelidikan mereka galakkan dengan serius. Kemudian dibina universiti-universiti dan institusi pendidikan di bawahnya untuk menularkannya secara merata kepada anak-anak muda mereka. Dengan cara itu, dalam jangka waktu yang tidak terlalu lama Barat mula menuai hasilnya seperti yang kita saksikan hari ini. 


Sekulerisme Wariskan Problem Besar Muslim Turki
Peserta Mukmatar International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO)

Geliat Islam-Politik di Turki

 Di sisi lain, ada perkembangan menarik tentang Turki. Sejak kepimpinan Prof. Nechmetin Erbakan tahun 1996 yang dihantar oleh parti besutannya Refah, Turki seolah-olah mengalami titik balik (turning point). Sekularisme yang dicanangkan oleh Mustafa Kemal Pasya tahun 1920-an dan berjaya mengubah wajah Turki Islam menjadi Turki sekular selama puluhan tahun, dengan naiknya Erbakan seolah-olah Turki mula memasuki babak baru kembali.

Pasalnya, Erbakan adalah perwakilan tokoh Islam baru. Ia mendirikan parti Islam Refah yang akhirnya memenangi pilihan raya Turki tahun 1996 dan mengantarkannya menjadi Perdana Menteri Turki.


Sayang sekali, kebangkitan Islam di Turki menuai tentangan dari kumpulan tentera pendukung sekularisme Turki. Ia akhirnya harus meninggalkan jabatannya tahun 1997 kerana desakan tentera. Partinya pun dibubarkan kerana dianggap mencabar perlembagaan yang menjadikan sekularisme sebagai dasar negara Turki.


Walaupun demikian, bukan berarti gerakan Islam di Turki mati seketika. Para penerus Erbakan terus mengawal Islamisasi Turki di bidang politik, walaupun dengan strategi yang agak berbeza dengan Erbakan. Erbakan yang sebelumnya menjadi ahli Parlimen mewakili Konya, bandar kecil berhampiran Ankara yang dikenali sebagai pendukung Islam, cuba membina kembali parti Islam baru. Ia kemudian mendirikan Saadet Partisi tahun 2001.


Hanya saja sebahagian mentornya di Refah memilih untuk mendirikan parti lain, iaitu Adelet ve Kankinma Partisi (AKP) pada tahun yang sama. Tokoh parti ini adalah Abdullah Gul dan Tayyip Erdogan. Abdullah Gul tahun 2002 setelah kemenangan pertama AKP menjadi PM, tetapi kemudian digantikan oleh Erdogan tahun 2003. Abdullah Gul sendiri ikut dalam pemilihan Presiden tahun 2007 dan memenanginya hingga saat ini Turki dipimpin oleh dua tokoh yang dididik dan dibersakan Erbakan, iaitu Abdullah Gul dan Recep Tayyip Erdogan.


Dalam menjalankan strateginya, Saadat Partisi memilih jalan yang boleh dikatakan keras dalam memperjuangkan Islam sehingga oleh para pemerhati parti ini dianggap sebagai parti fundamentalis dan garis keras. Sementara AK Partisi memilih jalan yang lebih halus dan memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi dan pendidikan di Turki. Bila Saadat sangat menentang Amerika dan Kesatuan Eropah, bahkan mengecam dasar Erdogan yang ingin memasukkan Turki ke dalam Kesatuan Eropah, maka AK Parti masih mau bekerja sama dengan Amerika dan Kesatuan Eropah.


Saadat juga sangat keras menentang pencerobohan terhadap Palestin oleh Israel. Parti ini ingin agar Turki menyatakan perang terhadap Israel, atau sekadar memutuskan hubungan diplomatik Turki dengan Isreal. Sementara itu AK Partisi pimpinan Erdogan bersikap lebih agak lembut. Walaupun Erdogan pun sama mengecam sikap Israel terhadap Palestin, namun tidak sampai memutuskan hubungan diplomatik.  

Pilihan sikap politik inilah di antara yang menyebabkan AK Partisi lebih diterima dan memenangi pilihan raya tahun 2002 (47%) dan 2007 (48.9%) mengalahkan dominasi parti sekular Cumhiriyet Halk Partisi (CHP) yang sebelum tahun 2006 selalu memenangi pilihan raya. Sementara Saadet Partisi (SP) hanya memenangi suara kurang dari 4% dalam dua kali pilihan raya dan tidak masuk parlimen kerana Parliamantary Tresshold (PT) yang sangat tinggi, iaitu 10%.
 
Walaupun secara gerakan terjadi perpecahan di kalangan parti politik Islam di Turki, namun sejak zaman Erbakan hingga Erdogan parti Islam selalu menjadi pilihan.


Ada beberapa alasan yang menyebabkan kemenangan sayap parti Islam di Turki.


 Pertama, Sejak sekularisme dicangkan di Turki dan parti-parti sekular atas bantuan tentera selalu memenangi pamilihan umum, tidak berlaku perubahan kesejahteraan yang ketara dari rakyat Turki. Turki tetap tidak berkembang menjadi negara tertinggal di belahan benua Eropah paling timur ini. Kesejahteraan rakyat Turki pun tidak banyak peningkatan hingga berimplikasi pada kedudukan Turki yang terus tersepit di Eropah.  

Satu-satunya perubahan yang diwariskan CHP adalah sekularisme Turki yang cukup berpengaruh bagi masyarakat. Sekularisme ini pula yang hingga saat mewariskan problem besar di tengah masyarakat yang 98% Muslim, yaitu minuman keras, perjudian, dan pelacuran. Ketiga perkara yang diharamkan dalam Islam ini, sejak lama dilegalkan oleh penguasa Kemalis ini.

Oleh sebab itu, tidak mudah bagi kerajaan baru Islam untuk melakukan sekatan minuman keras, judi, dan pelacuran yang sudah menjadi terbiasa di tengah masyarakat Turki. Bahkan, baru tahun 2013 kerajaan Erdogan berjaya mencabut larangan berjilbab yang juga merupakan dasar warisan pemerintahan sekular sejak zaman Kemal At-Taturk.


Kedua, saat Erbakan muncul sebagai ahli politik Islam sebelum akhirnya menjadi perdana menteri tahun 1996, ia memaparkan suatu wajah Islam yang baru. Ia adalah professor ahli "panser" lulusan Aachen University Jerman, tempat BJ Habibie menimba ilmu pesawat terbang di sana. Ia bahkan belajar satu tempoh bersama-sama Habibie.  


Tidak heran bila hubungan Indonesia-Turki saat Habibie menjabat Presiden sangat erat. Dengan pembawaan Erbakan yang meyakinkan boleh membawa suasana baru dan perubahan di Turki, maka tidak heran bila partinya memenangi pilihan raya tahun 2006, walaupun akhirnya harus menghadapi rampasan kuasa tentera yang halus. Ia selau menjanjikan perubahan itu melalui Refah yang dipimpinnya.

Ketiga, apa yang dicita-citakan dan dijanjikan Erbakan, akhirnya baru dapat terwujud ketika mentornya Erdogan menjadi perdana menteri. Prestasi Erdogan sebetulnya sudah dikenali oleh rakyat Turki ketika ia menjadi Datuk Bandar Istanbul dari Parti Refah. Ia berjaya menjawab pelbagai masalah yang dihadapi Istanbul saat itu, di antara masalah air bersih, kebersihan bandar, penempatan, dan lain-lain. Di bawah kepemimpinanya, Istanbul berubah dari bandar yang cenderung kumuh menjadi bandar tempat tinggal dan destinasi pelancongan yang menyeronokkan. 


 Lebih menarik lagi dan membanggakan warga Istanbul, Erdogan berjaya mengambil alih tempat-tempat bersejarah peninggalan Usmani yang cukup banyak telah berubah menjadi milik swasta dan dijadikan tempat-tempat perniagaan. Ia mengembalikan fungsinya sebagai cagar budaya. Dasar ini semakin memantapkan Istanbul sebagai bandar destinasi pelancongan sejarah paling manarik di seluruh dunia. Imbasnya, indeks ekonomi semakin baik dan rakyat semakin sejahtera. Saat ia dilantik menjadi perdana menteri, budi bicara saat menjabat Walikota Istanbul diperluas sampai ke seluruh penjuru Turki.

Kini Turki di bawah kepimpinan beliau menjadi salah satu negara yang cukup penting, baik secara ekonomi maupun politik, dalam percaturan dunia. Perubahan itu sangat terasa berbanding sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Oleh sebab itu, rakyat percaya bahawa Ak Partisi pimpinan Erdogan mampu menjalankan kepemimpinan dengan baik. Inilah juga yang menyebabkan pengaruh Islam pun lambat laun semakin muncul ke permukaan di Turki. Semakin banyak tokoh intelektual Muslim yang muncul menjadi tokoh-tokoh penting di Turki.


Penulis bersama peserta IIFSO
Penulis bersama peserta IIFSO
Penulis: Tiar Anwar Bachtiar, Ketua Umum PP Pemuda Persis. Id. (IH/Hc)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails