Tuesday, June 24, 2014

Nadia. Kawan, Belum Sedia Kahwin. Dengan Bukan Islam Pula.. Astagfirullah.



Sammy dan Nadia. Nadia mengakui sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk bertemu dengan kekasihnya, menurut mStar hari ini.
 

HALAMAN HIBURAN: 
 PETALING JAYA: INI lagi cara fikir salah artis. mStar hari ini melaporkan..

"Personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar menjelaskan dia dan kekasihnya, penyanyi terkenal Indonesia, Sammy Simorangkir belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan masalah perbezaan agama.


"Nadia, 31, berkata, dia tidak mahu memaksa Sammy memeluk agama Islam hanya kerana ingin menghawininya selain mahu memberikan lelaki itu ruang dan waktu secukupnya dalam membuat keputusan apabila sudah bersedia. "


Kata Nadia, "Setakat ini kami masih belum berbincang secara mendalam untuk membawa hubungan ke tahap seterusnya (perkahwinan) kerana soal perbezaan agama di antara kami yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan."

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  'Kawan', kawan biasa atau kawan rapat. Itu yang disalah ertikan, sehingga tidak kenal halal-haram pergaulan dari sudut agma. Astaghfirullah! 

Lihat mengenai kawan biasa atau kawan rapat dalam Islam, di sini..

Monday, June 23, 2014

Isis Terus Mara Ke Barat, Tawan Beberapa Bandar, Walau Iraq Dibantu AS

Amerika Pun Geram ISIS

Militan kumpulan negara Islam Iraq dan Syam (ISIL)

BAGHDAD - Militan kumpulan negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) mara ke barat Iraq selepas menawan sebuah lintasan sempadan dengan Syria. Beberapa penduduk tempatan berkata, ISIL turut menguasai bandar Rawa dan Ana selepas menawan lintasan sempadan tersebut, Al-Qaim kelmarin.

Kerajaan Iraq menyatakan, tenteranya membuat pengunduran taktikal dari kedua-dua bandar itu namun perkembangan tersebut membolehkan ISIL membuka laluan ke negara jiran Iraq, Syria.
ISIL yang merupakan serpihan kumpulan Al-Qaeda turut menawan sebahagian besar kawasan di sepanjang lembah Sungai Euphrates di Syria.

Kumpulan itu yang mahu menubuhkan khalifah Islam di Iraq dan Syria turut menjadi antara kuasa utama menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad dalam perang saudara di Syria. Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) mahu negara-negara Arab meningkatkan tekanan terhadap pemimpin Iraq supaya menyegerakan pembentukan kerajaan inklusif yang tergendala sejak pilihan raya pada April lalu.

"Kami memberi Iraq peluang untuk membina demokrasi sekali gus merentasi perbezaan mazhab demi masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka," kata Presiden Barack Obama dalam satu wawancara bersama stesen televisyen AS, CNN Jumaat lalu.
"Namun, apa yang kami lihat amanah itu telah dikhianati," tambahnya.

Kejatuhan lintasan sempadan Al-Qaim menyebabkan tentera Iraq cuma menguasai satu daripada tiga lintasan sempadan rasmi dengan Syria. Lintasan sempadan ketiga dikuasai oleh tentera Kurdish. Di beberapa tempat lain di Iraq pula, tentera kerajaan bertempur dengan militan ISIL termasuk melancarkan serangan udara ke bandar Tikrit yang dikuasai ISIL. Beberapa penduduk bandar tersebut memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam serangan udara itu.

Sebelum ini, Obama menawarkan untuk menghantar 300 penasihat tentera AS ke Iraq bagi mengukuhkan tentera negara itu. Namun, Presiden berkenaan menolak melancarkan serangan udara ke atas ISIL seperti yang diminta oleh Baghdad. - AFP

Ustaz Abu Bakar Chik Meninggal Dunia. Takziah Kpd Keluarga Beliau.



KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.
Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.




" Banyak kenangan pahit dan manis bersama beliau, semasa beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia dulu. Takziah kepada keluarga beliau.."  Kata editor Weblog Ibnu Hasyim.




Tukar MB: Apa Kata Pesuruhjaya PAS S'gor.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikritik kerana dikatakan lemah dalam mentadbir negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikritik kerana dikatakan lemah dalam mentadbir negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.















Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad membidas kritikan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mendesak agar kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar kerana lemah mentadbir negeri.

Iskandar berkata, pandangan rakyat Selangor perlu diambil kira kerana mereka juga berhak memilih seseorang menteri besar dan bukan hak mutlak orang politik semata-mata.

"Jangan hanya mengambil kira pandangan pemimpin politik sahaja.
"Pemimpin politik perlu juga turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar berkata, rakyat memberi mandat kepada PR mentadbir Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Maka, sebarang perubahan besar termasuk membabitkan pertukaran Khalid juga perlu mendapat “restu” rakyat. Beliau juga memberi amaran jika rakyat tidak merestui pertukaran itu maka kesannya akan diterima oleh PR pada PRU akan datang.

"Pada PRU, parti-parti politik turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.
"Oleh itu, adalah wajar di saat-saat seperti ini pandangan rakyat juga perlu diperoleh," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu menegaskan, PR mesti mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak rakyat.
"Biarlah pandangan semua kelompok dan peringkat rakyat diambil kira. Bukan hanya kumpulan-kumpulan tertentu sahaja," katanya.

Selepas PKR, beberapa pemimpin daripada DAP dan PAS kini mula bersuara mengeluh mengenai kelemahan pentadbiran Khalid dan menggesa kedudukannya dikaji semula. Kelemahan itu dilihat daripada sekecil-kecil isu agihan peruntukan kawasan DUN sehingga isu besar membabitkan rampasan Alkitab, serbuan gereja dan krisis air serta projek Lebuhraya Kidex.

Malah, Khalid juga didakwa mentadbir negeri ala syarikat korporat dan sering membuat keputusan yang membelakangkan pandangan PR termasuk partinya sendiri. Namun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas keluhan pemimpin PR itu berkata, ia hanya pandangan peribadi sahaja dan tidak melambangkan pendirian rasmi PR.

Anwar berkata, masa depan Khalid hanya akan ditentukan melalui keputusan mesyuarat tertinggi PR sebelum membawa perkara itu untuk diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – 22 Jun, 2014. (TMI)

Sunday, June 22, 2014

E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.


E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.


Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5 
Bab 6 
 Bab 7
Bab 8
Bab 9  
Bab 10
Bersambing ke E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

                  Lihat selanjutnya!

                  Sambungan dari..
                  E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
                  E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

                  Begini, Orang Ramai Dididik Berbogel..

                  Para wanita ini hanya mengenakan pakaian dalam yang merupakan aturan agar dapat baju gratis dari Toko Desigual.
                  Sejumlah wanita hanya mengenakan pakaian dalam, saat menunggu acara promosi di depan Toko Desigual, Berlin, Jerman (20/6). Perusahaan fashion Desigual mempromosikan pakaian percuma bagi 100 pelanggan pertama yang datang hanya mengenakan pakaian dalam.

                  Begini orang ramai dididik supaya berbogel. 
                  Baju diberi percuma, dengan syarat mereka sanggup pakai pakaian dalam sahaja datang mengambilnya. Itu pun bagi pelanggan pertama mengikut jumlah tertentu. Berjayakah kalau dibuat begini kalau di Malaysia?

                  Para wanita ini hanya mengenakan pakaian dalam yang merupakan aturan agar dapat baju gratis dari Toko Desigual.
                  Para wanita semasa melihat-lihat berbagai pakaian terbaru.

                  Para wanita ini hanya mengenakan pakaian dalam yang merupakan aturan agar dapat baju gratis dari Toko Desigual.
                  Berburu pakaian dengan bikini merupakan acara rutin Desigual untuk menarik pelanggan yang diumumkan awal musim panas.

                  Para wanita ini hanya mengenakan pakaian dalam yang merupakan aturan agar dapat baju gratis dari Toko Desigual.
                  Semasa mencuba pakaian.

                  Para wanita ini hanya mengenakan pakaian dalam yang merupakan aturan agar dapat baju gratis dari Toko Desigual.
                  Berbut memburu pakaian.
                  (IH)

                  Biar Mesyuarat Pakatan Putuskan Nasib Khalid, Kata Anwar


                  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014. 
                  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014. 

                  Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

                  Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.‎

                  "Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.
                  "Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini.

                  Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

                  Anwar berkata, kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP Selangor itu hanya satu pandangan peribadi sahaja dan tidak melibatkan pendirian rasmi PR.

                  "Mereka lahirkan pandangan mereka berdasarkan beberapa perkembangan baru.
                  "Kita tengok, kita bincang, dan kita akan putuskan," katanya.

                  Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti dalam Pakatan.
                  Ahli Parlimen PAS Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.

                  "Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.

                  Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Khalid termasuk isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik.

                  Katannya, persepsi sering memandang beliau lemah dalam pentadbiran negeri kerana kerap menangani isu sensitif, antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

                  "Ketidakgembiraan adalah perkara biasa‎ kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
                  "Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tatatertibnya dan undang-undang," katanya. – 21 Jun, 2014. (TMI)

                  LinkWithin

                  Related Posts with Thumbnails