Thursday, July 03, 2014

Bersedekah Pun Boleh Kena Saman? Gile Ape Ke..


PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.
Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.

Yang berikut kenyataan penuh Teras.

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .

Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan  di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.

Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.

Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.

Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.

Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .

Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.

Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .

Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.

Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.

Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.

Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.

Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.

Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.

Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. – HARAKAHDAILY 3/7/2014

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bersedekah pun boleh kena saman? Gile ape ke.. Sila kaji balik dari sudut Islam.. Hukum bersedekah dan lain-lain.

Ustaz Kazim Tegur Artis Bertudung, Tak Berani Tegur Isteri Menteri Tak Bertudung











 
 
 
KL: Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online seperti yang dilaporkan hari ini.
 
"Ustaz Kazim hanya berani menegur artis bertudung, tetapi tidak berani menegur isteri menteri yang tidak bertudung atau tidak bertudung lengkap. 
"Ertinya dia bukan pendakwah bebas. Pendakwah 'ketam tumpul', kena buku keras dia angkat!" Menurut Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim,  
(IH)

Menantu Presiden PAS Sokong Kumpulan Militan Isil?

Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis secara terbuka



Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.  
Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.

Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kumpulan militant, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) walaupun parti Islam itu tidak berbuat demikian.

Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menulis di laman sosial Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.
"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.

Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.

The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria. Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.

"Saya bukan dari kalangan Isil ataupun Isis dan saya tidak pernah bersua dengan mereka," kata Zaharudin.

Beliau juga memaklumkan bernazar mewaqafkan anak lelakinya bagi mempertahankan mereka yang lemah.

"Hati serta jiwa raga saya bersama mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, dan Kashmir, dan lain-lainnya," katanya.
"Sekalipun jasad terhalang kerana memahami hukum fardhu ain dan fardhu kifayah serta fiqh aulawiyat," kata Zaharuddin.

Hari ini media Turki melaporkan militan Isil merancang menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah. Seorang ahli Isis, Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.

"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu. – 2 Julai, 2014. (TMI)

S'ngor Umum Bonus Raya Sebulan Gaji.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim




SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian bonus itu melibatkan seramai 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM32.7 juta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lepas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Jabatan Audit negeri itu akan menjalankan audit terhadap pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri dan pejabat Anggota Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Katanya, tujuan audit ini adalah untuk memudahkan kerajaan negeri menilai keberkesanan program-program kebajikan yang dijalankan sejak 2008, selain memantau peruntukan yang dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan.

"Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan memperbaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini," katanya. (mStar)
 
Lihat ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Setpol MB S'ngor Digantung, Bekas Setpol Disiasat


Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR kali ini.

Tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali, bahangnya turut dirasai pihak-pihak lain yang dekat dengannya.

Dalam perkembangan terbaru, setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib (kiri) digantung keanggotaan dalam PKR selama setahun secara serta-merta.

Ini ekoran dakwaan mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor, bagi menentang Khalid.

Dalam perkembangan sama, pendahulu Mustapha sebelum itu, Faekah Husin, pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan media Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong hari ini.

Selain Faekah, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan calon penggantinya Amiruddin Shari – dua pemimpin muda yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Ketiga-tiga mereka terlibat dalam jawab menjawab di media berhubung isu desakan supaya Khalid berundur dari jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang.

Sementara itu, lembaga disiplin PKR turut meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan dalam mesyuarat biro politik yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam.

Dalam perkembangan terbaru, empat lagi anggota parti itu daripada cabang Kota Raya dipecat kerana merampas, menendang dan memecahkan peti undi dalam pemilihan parti.

Khalid: Mereka berhak merayu

Semantara itu Khalid (bawah) dalam reaksinya berkata akur dengan keputusan lembaga disiplin itu.

"Kalau itu keputusan biro displin, itu keputusan merekalah, tetapi mereka ini (Faekah dan Mustapha) berhak membuat permohonan rayuan dan dalam parti kita ada proses rayuan," kata beliau.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut kenyataan balas Faekah kepada ahli partinya yang lain.

MP Bandar Tun Razak itu berkata segala perbincangan tersebut tidak sepatutnya dibincangkan dalam media sebaiknya dibawa ke mesyuarat biro politik PKR.

"Saya tiada pandangan sebab saya masih teruskan tugas. Soalan spekulasi tak menguntungkan sesiapa.

"Saya yakin tujuan Pakatan Rakyat apabila diberi mandat oleh rakyat bila rakyat beri amanah kena jalankan tugas ini keutamaan kita," tegas beliau. (MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Peminta Dan Pemberi Sedekah Cemarkan Imej Ibu Negara?

.
 

KUALA LUMPUR: Islam menganjurkan penganutnya bersedekah sehingga diganjarkan dengan pahala yang berganda.

“Amalan mulia ini, selain dapat meringankan bebanan kesusahan si penerima, ia juga sebagai proses menyucikan harta, tingkatkan perasaan pemurah dan kembangkan harta si pemberi,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang menyatakan akan mengenakan hukuman ke atas peminta dan pemberi sedekah semata-mata atas alasan perbuatan tersebut mencemarkan imej ibu negara dan bagi mengurangkan budaya mengemis.

Katanya, kenyataan itu adalah tidak bertepatan dengan anjuran Islam dan memperlihatkan kegagalan menteri mengenal pasti punca sebenar gejala itu apatah lagi untuk mengkehadapankan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut beliau, fenomena mengemis di ibu kota itu sebenarnya adalah manifestasi dari dua kegagalan Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu mengatasi kemiskinan bandar dan menangani sindiket peminta sedekah di Bandaraya Kuala Lumpur.

Tambahnya, tindakan mengenakan hukuman ke atas pemberi dan peminta sedekah tidak akan secara tuntas dapat membersihkan imej Kuala Lumpur dari budaya mengemis.

Sepatutnya, kata beliau pihak Kementerian memberi fokus penuh kepada dua isu ini bagi memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang makmur dan sejahtera dengan warganya yang memiliki taraf sosio-ekonomi yang seimbang sesuai dengan pembangunan fizikal dan perkhidmatan perbandaran yang disediakan di bandaraya itu.

Katanya lagi, pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan pengemis daripada berkeliaran dan sekaligus menjaga kebajikan pengemis-pengemis ini termasuk dengan memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada mereka bagi membebaskan diri daripada belenggu kesusahan hidup.

DBKL dan MAIWP pula, ujarnya tanpa menunggu para gelandangan ini membuat permohonan, perlu bekerjasama bagi menjejak para gelandangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mereka.

“Dengan demikian, barulah imej Kuala Lumpur dapat bebas dari budaya mengemis sekaligus meningkatkan taraf hidup warganya,” katanya. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Ini, Gambar 5 Saspek Militan Yang DiBuru..

Lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

PETALING JAYA: Seramai lima rakyat Malaysia termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya dan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang dihendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Bahagian Anti-Keganasan, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengenal pasti kesemua mereka kini bersembunyi dipercayai di selatan Filipina.

Beliau berkata, ia merupakan hasil siasatan ke atas 19 anggota militan yang ditahan sejak 28 April lalu.

“Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria, manakala dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lima individu yang dikehendaki polis itu adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai photostat dan alat tulis di universiti yang sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.

Dua individu lagi disyaki yang menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah. 

Khalid berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03-22667010 atau 011-6850, atau mana-mana balai polis berdekatan. (MStar)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails