Sunday, August 10, 2014

Berakhir K'jaan PR, Melainkan MB Baru Dipersetujui Sultan -Dr Abdul Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan berkata kini kerajaan sudah dijatuhkan PKR, kerana apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jatuh, seluruh exco juga jatuh. – Gambar fail, 10 Ogos, 2014.
Dr Abdul Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan berkata kini kerajaan sudah dijatuhkan PKR, kerana apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jatuh, seluruh exco juga jatuh. – Gambar fail, 10 Ogos, 2014. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, melainkan menteri besar baru dipilih dan dipersetujui Sultan.
Menurut bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, langkah PKR memecat Khalid menyebabkan kuasa menteri besar dan exco juga hilang, sekaligus menyebabkan tiada kerajaan di Selangor.

"Selangor sekarang tidak ada kerajaan, kerajaan negeri dijatuhkan oleh PKR, kerana apabila Khalid jatuh, seluruh exco juga jatuh.
"Jadi maknanya, Sultan yang sepatutnya memiliki kerajaan yang stabil, tetapi keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana Khalid sudah dipecat," kata Aziz kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Aziz berkata Khalid kini bukan lagi menteri besar Selangor dan PR perlu memutuskan nama pengganti.

"Bila dipecat, beliau bukan lagi menteri besar," katanya.

Mengenai hujah mengatakan Khalid masih sah sebagai menteri besar, Aziz berkata situasi Khalid ketika ini adalah berstatus menteri besar bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan bukan lagi daripada PR.

"Apabila sudah pecat maknanya negeri Selangor dikendalikan oleh seorang menteri besar bebas, ini tidak boleh.
"Maknanya kena cari dan pilih seorang menteri besar baru serta beritahu kepada Sultan bahawa ini adalah calon kita," katanya.

Aziz menjelaskan peranan Sultan ketika ini sangat penting dan bertindak sebagai pengadil serta mempunyai hak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kerajaan negeri  tidak stabil lagi.

"Yang penting ketika ini Sultan, baginda adalah pengadil.
"Sekarang kamu tidak ada lagi menteri besar, maknanya Sultan boleh bubar untuk orang ramai pilih dalam pilihan raya semula," katanya.

Namun, Aziz berkata pecat sahaja tidak mencukupi dalam usaha menyingkirkan Khalid, tetapi PKR perlu dapatkan sokongan daripada rakan dalam Pakatan, DAP dan PAS.

"PKR perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk bawa usul tidak percaya kerana pecat sahaja tidak cukup, kerana kamu tidak tahu sama ada PAS atau DAP setuju dengan PKR.
"Ini bermakna, mereka perlu uji sama ada pemecatan itu memberi kesan kepada kedudukan Khalid kerana kita tidak tahu beliau mendapat sokongan majoriti atau tidak," katanya.

Menurut Aziz, bagi menggantikan Khalid, ia perlu mengikut proses Perlembagaan, iaitu dengan memberitahu Sultan kemudian membawa usul tidak percaya.

"Mereka perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk pergi terus ke Sultan dan beritahu keputusan bersama itu secara jelas, mengatakan tidak lagi menyokong Khalid.
"Dan kemudiaan pada Isnin, boleh bawa usul ke Dewan untuk undi tidak percaya," katanya.

Menurut Aziz bagi pihak Khalid, sekiranya mahu terus menjadi menteri besar, beliau perlu membuktikan masih memiliki sokongan daripada wakil dalam DUN.

"Tetapi jika beliau ada sokongan pun, kerajaan bukan lagi kerajaan Pakatan, ini kerajaan Khalid.
"Secara asasnya, apabila PKR pecat Khalid, PKR sudah menarik semula sokongan kepada Khalid, jadi Khalid sekarang bebas, bukan lagi PKR.
"Apabila menjadi bebas, beliau tidak boleh jadi lagi menteri besar dan perlukan sokongan, jadi Khalid perlu bekerja tidak kisah daripada Umno atau mana-mana parti pun, untuk tunjukkan kepada Sultan bahawa beliau masih mempunyai sokongan," kata Aziz.

Krisis politik dalaman PKR ini dijangka mengulangi insiden yang berlaku di negeri Perak pada tahun 2009, di mana Sultan Azlan Shah bertindak menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Dr Zambry Kadir. Isu tersebut mencetuskan kekecohan apabila Sultan Perak dikatakan tidak mendengar nasihat Nizar selaku menteri besar pada ketika itu supaya membubarkan DUN atas alasan demokrasi.

Krisis bermula apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN). Berbeza dengan situasi kali ini, Aziz berkata Sultan perlu masuk campur tangan dalam krisis di Selangor kerana kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil.

"Sebab itu saya katakan sebelum ini, di mana Sultan perlu campur tangan; sama ada memanggil Khalid untuk buktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti dalam dewan atau menyuruh Khalid letak jawatan,” katanya.

Dari sudut perundangan, PR masih sah pentadbir menguasai DUN, bagaimanapun kerajaan negeri Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan mereka.
Kini PAS dan DAP memiliki 15 kerusi DUN sementara PKR 13 dan Khalid sebagai wakil bebas. BN pula memiliki 12 wakil dalam DUN Selangor. – 10 Ogos, 2014.
  (TMI)

Sila  lihat..


E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

Rejim Haramjadah Zionis, Bom 3 Masjid. Lojik Apa Mereka Pakai?


PENDUDUK Palestin memeriksa Masjid Al-Qassam di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza yang musnah dalam serangan udara Israel semalam.

BANDAR GAZA - Jet pejuang Israel melancarkan 30 serangan udara di Genting Gaza semalam dalam operasi ketenteraan yang meragut nyawa lima penduduk Palestin manakala pejuang Hamas membedil enam roket ke wilayah Israel.

Perkhidmatan kecemasan Palestin memberitahu, dua lelaki terbunuh dalam serangan ke atas sebuah motosikal di kem pelarian Al-Maghazi, Gaza.

"Mayat tiga yang lain ditarik keluar dari timbunan serpihan masjid Al-Qassam di kem Nuseirat, tengah Gaza," kata satu kenyataan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin, jet-jet rejim Zionis memusnahkan tiga buah masjid setiap satu di Nuseirat, Zeitoun dan Jabaliya, tengah Gaza. Seorang jurugambar agensi berita AFP, Jood Irhaem berkata, hanya satu menara masjid Al-Qassam yang masih tegak berdiri akibat dibedil rejim Zionis.

"Kami terdengar satu letupan kuat diikuti dua letupan lain. Kami segera memberi amaran kepada penduduk setempat supaya meninggalkan kawasan itu," katanya.

Dalam pada itu, tentera rejim Zionis menyatakan, pejuang Palestin membedil enam roket ke wilayah Israel semalam. Perkembangan itu menjadikan bilangan bedilan roket Palestin sejak gencatan senjata selama 72 jam di Gaza berakhir kelmarin meningkat kepada 44.

Seorang orang awam dan askar Israel cedera dalam serangan kelmarin tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada hari berikutnya. Pertempuran antara Israel dan Hamas sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 penduduk Palestin dan 67 orang di pihak Israel dengan kebanyakan mereka anggota tentera.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,354 penduduk Palestin yang terkorban sejak 8 Julai lalu itu terdiri daripada orang awam termasuk 447 kanak-kanak.

Israel sebelum ini mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Logik gila babi mana yang Israel pakai 'melancarkan serangan udara ke atas Gaza bagi menghalang bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya'. Sedangkan rejim haram Israel sendiri asalnya tidak ada negara, dan hidup di atas tanah Palestin yang dirampasnya.

Pemimpin Iseael sering berucap mengatakan, mereka menyerang negara Arab sekelilingnya kerana memepertahankan diri. Lojikkah? Samakah dengan, kalau Singapura kata mereka perlu atau terpaksa menyerang dan merampas buni Malaysia lebih dulu untuk mempempertahankan diri? Kerana takut kalau Malaysia kuat, Malaysia akan melanyak mereka?

Lojik itulah kini yang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pertahankan..

Nik Aziz: PAS Tak Campur PKR Pecat Khalid


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
  
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
-Bernama

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

Saya Menunggu Arahan Parti Saya -Iskandar Abdul Samad


Iskandar Abdul Samad
Shah Alam: Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya menjangka Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi.

Ketika mengumumkan keputusan MPP itu di Petaling Jaya hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Dr Tan berkata selain itu, Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang juga ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. Lapor Bernama lagi. 9 Ogos, 2014. (IH)



E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

Krisis MB S'gor: RM50J Kos Adakan P'raya Negeri -SPR


Abdul Aziz Mohd Yusof.

PETALING JAYA: Kos untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang.

"Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian.
"Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdapat 56 kerusi DUN kerana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terbesar, kata Aziz.

Beliau berkata dana yang dibelanjakan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu sepatutnya dibelanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah untuk kepentingan rakyat.

"Kita perlu membayar pekerja SPR dan membelanjakan wang untuk menyewa. Ia melibatkan kerja yang banyak dan menggangu banyak pihak yang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk pentadbiran kerajaan negeri 'bermain dengan perasaan pengundi' yang menjangkakan wakil rakyat yang mereka pilih dapat berkhidmat selama lima tahun selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu.

"Pakatan Rakyat harus mentadbir negeri Selangor seperti yang dijanjikan selepas mereka memenangi pilihan raya umum. Inilah jangkaan pengundian," katanya.

Bagaimanapun, Aziz berkata SPR bersedia pada bila-bila masa, kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan apabila beliau didesak supaya melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sekiranya Khalid dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan, pilihan raya negeri tidak dapat dielakkan kerana MB boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.  Pada ketika ini Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi di Selangor, sementara Barisan Nasional memiliki 12 kerusi. (mStar)

Sila  lihat..


E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

Exco DAP S'gor Pertimbang Letak Jawatan.

 
Tiga orang Exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, DAP akan membincangkan langkah tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

“Selepas beliau disingkirkan, kami tidak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai MB. Kami tidak akan bekerjasama dengan MB yang bukan dari Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Seramai 10 anggota exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat yang merangkumi empat daripada PAS, manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang. Tiga anggota Exco tersebut adalah Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau dan Exco kanan Datuk Teng Chang Khim.

Pua berkata, CEC juga akan membincangkan kemungkinan bahawa Khalid akan menasihat Sultan agar membubarkan Dewan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Katanya, kemungkinan bahawa pilihan raya negeri diadakan secara mengejut kini lebih besar.


Sementara itu, Exco kanan Iskandar Abdul Samad berkata beliau telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti. Katanya, beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya.

“Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka.
"Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Seorang lagi orang kanan menteri besar, Faekah Husin turut berkongsi pandangan sama dengan Iskandar. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated itu turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Khalid itu diatur oleh "gerakan" tertentu.

"Bagi saya ini tak mengejutkan. Perkara ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan.
"Keputusan ini kita dah jangka dan keputusan ini kita dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita," katanya tanpa mengulas lanjut mengenainya.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo pula menyifatkan pemecatan itu sebagai "satu langkah menuju arah yang tepat".


"Khalid diberikan setiap peluang untuk mempertahankan dirinya. Terdapat proses pengadilan yang terbuka.
"PKR mempunyai segala hak untuk mendisiplinkan anggotanya. Saya rasa kes ini, berdasarkan keadaannya, layak dihukum dengan pemecatan," kata MP Puchong itu. (MK)




E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

Siapa Adun PAS Dalam 35 Adun PR & Anwar Menghadap Sultan Esok?

 

 

 

 

MELIHAT berita ini dari 'Bloglist Malaysia' berbunyi... 

 

[TERKINI - 35 Adun PR Selangor Kini Bersama Anwar Dan Akan Menghadap Sultan Esok


Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.
Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.

Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.]


Bagaimana boleh 'Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.'? Benarkah ADUN PAS Selangor terlibat? (IH)

Sila  lihat..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails