Friday, August 29, 2014

Israel Terima Syarat Damai Palestin, Tanpa Pindaan -Hamas


Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza

KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.


Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza.

Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata..

"kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin".

 















Al-Zahar (gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil.

Al-Zahar berkata.. 

"pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran terancang dan meningkat, yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka."

Beliau menambah, "peperangan ini akan menjadi peristiwa penting,  bukan sahaja dalam sejarah di rantau ini, yang telah menyaksikan perubahan rejim yang banyak, khususnya di Mesir, tetapi juga dalam sejarah dunia. "

Al-Zahar juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "[Perdana Menteri Israel] Netanyahu mahu menamatkan perang selepas tiga hari kerana pihak keselamatan beliau memberitahunya bahawa musuh hanya memiliki 300 roket yang boleh dilancarkan, namun mereka terkejut apabila roket terus dilancarkan dan menghujani Israel pada hari-hari terakhir di mana pada pencerobohan dipesatkan, bukan dikurangkan."

Al-Zahar mendedahkan bahawa Israel telah menerima semua syarat Palestin, tanpa apa-apa pindaan, tidak seperti yang didakwa oleh media Israel.

Beliau berkata.. 

"Kami tidak menerima cadangan Israel mengenai penyelesaian dua peringkat, iaitu pertama gencatan senjata dan kemudian membuka lintasan sempadan. Kami menolak cadangan tersebut dan tetap dengan tuntutan asal kami iaitu gencatan senjata dan membuka lintasan sempadan dalam satu langkah, dan Israel bersetuju untuk ini."

Beliau menambah, "Kami telah membuktikan bahawa pilihan melawan kembali ketika konflik berlangsung adalah satu-satunya pilihan yang menunjukkan kejayaan dan kita telah menunjukkan ini ketika menghalau keluar pendudukan Israel dari Gaza pada tahun 2005."

Beliau berkata "Tempoh di mana musuh menyerang kita sudah berlalu, dan kita sekarang dalam peringkat kita menyerang mereka."

Beliau mengesahkan bahawa tempoh ini adalah "pertumpahan darah dan senjata" dan satu-satunya pilihan rakyat Palestin adalah melawan kembali.

Di samping itu, beliau menyeru semua individu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dan membentuk sebuah gabungan yang menyokong penentangan bersenjata, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang keluar meraikan kemenangan Gaza mewakili satu referendum mengenai pilihan jihad dan penentangan.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini menyokong penentangan dan berdiri teguh dalam menghadapi pencerobohan Israel.
 
Beliau berkata, "darah pemimpin kekal membakar perjuangan rakyat dan penentangan."

Al-Zahar juga menafikan laporan bahawa dia melarikan diri dari Gaza semasa pencerobohan Israel, mengatakan "syahid di tangan Allah dan mengalahkan penjajahan adalah matlamat kami, rakyat Palestin, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya.

"Kami telah menyerahkan anak-anak kami demi Islam dan untuk mempertahankan tanah dan tapak suci kami. Oleh itu, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya, seorang pemimpin Hamas, akan lari dari peperangan ke Mesir? "

Beliau menambah, "Saya di Gaza dan saya bertemu dengan delegasi Mesir dan berkongsi kegembiraan rakyat Palestin malam tadi dalam kemenangan kita. Saya akan kekal di sini di atas tanah Palestin, di barisan hadapan rakyat Palestin sehingga menang atau syahid!"

(IH)

PAS S'gor Nafi Kemuka Nama Calon MB

 
PAS Selangor menafikan satu laporan Utusan Malaysia yang mendakwa mereka mengemukakan empat nama kepada pemimpin PAS pusat bagi menggesa agar wakil parti itu dicalonkan untuk jawatan menteri besar.

“PAS Selangor tidak pernah mengemukakan apa-apa nama dari PAS untuk dipertimbangkan untuk jawatan menteri besar,” kata Iskandar ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menegaskan bahawa pemimpin PAS pusat akan membuat keputusan akhir berhubung nama yang akan dihantar kepada istana. PAS negeri juga akan “menyokong apa juga keputusan” oleh PAS pusat, katanya lagi. (MK)

MB: Pilih Sahaja Calon PAS, Kalau PKR Tolak Dicalonkan.




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cadang Adun PKR tolak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cadang Adun PKR tolak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor perlu menolak sebarang pencalonan sebagai menteri besar Selangor oleh pihak tertentu sebagai tanda menghormati keputusan parti, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, keputusan itu juga selaras dengan apa yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

"Saya menyeru Adun PKR Selangor membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan PR.
"Kenyataan terbuka setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menolak pencalonan PAS menjadikannya calon menteri besar selain menyokong pendirian parti menamakan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang.
Timbalan speaker DUN Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya memimpin negeri terkaya itu.

Rafizi dalam kenyataan sama turut mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

"PKR dan Majlis Pimpinan PR membuat keputusan sebulat suara Dr Wan Azizah adalah calon tunggal PR sebagai menteri besar Selangor.
"Keputusan ini perlu dihormati sepertimana yang ditunjukkan Nik Nazmi," katanya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pada Selasa berkata baginda mahu lebih daripada 2 nama calon menteri besar daripada setiap parti komponen PR walaupun Dr Wan Azizah memperoleh sokongan majoriti DUN.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras Dr Wan Azizah adalah satu-satunya calon pilihan mereka manakala PAS sedang menimbangkan lebih daripada 1 nama. Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Khalid sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri itu. – 29 Ogos, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak ada calon PKR yang mahu terima lagi, pilih sahaja calon PAS. Ramai lagi yang berkebolehan dan berkelulusan lebih dari mereka.
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Kemuka 1 Nama, PKR/DAP Beri 'Kata Dua'/Biadap Pada Sultan?


DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

PETALING JAYA: Adalah 'biadab' apabila DAP dan PKR bertegas hanya akan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan supaya lebih banyak nama dihantar.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak  berkata, dengan berbuat demikian, kedua-dua parti telah memberi kata dua terhadap Sultan.

"Walaupun mereka keberatan terhadap titah Sultan, mereka boleh memilih untuk meluahkan dengan cara yang lebih halus yang membolehkan mereka mendapat ruang untuk berunding dengan Sultan.
"Sebaliknya mereka mencabar dan memberikan kata dua kepada Sultan, yang mana ia adalah biadap dan satu langkah politik yang kurang bijak yang hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Mustafa.

Beliau berkata terdapat banyak contoh di mana parti-parti politik perlu mendapatkan kerjasama Sultan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pelantikan menteri besar.

Beliau berkata menteri besar yang pelantikannya berdepan isu dari segi mendapatkan perkenan Sultan termasuklah Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1974), Negeri Sembilan - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (1999), Pahang- Datuk Abdul Rahim Abu Bakar (1991), Perlis-Tan Sri Shahidan Kassim (2008) dan Terengganu-Idris Jusoh (2008).

"Semua kes ini menunjukkan bahawa anda perlu bertindak dengan kebijaksanaan politik kerana kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa dan peranannya tidak boleh diabaikan," kata Mustafa.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin berkata, Sultan Selangor mempunyai hak untuk meminta lebih daripada satu nama.

"Ia adalah dalam kuasa dan budi bicara Sultan untuk meminta lebih nama (dan melantik sesiapa di antara mereka) selagi Adun mendapat sokongan majoriti dalam badan perundangan," katanya.

Peguam Syahredzan Johan bagaimanapun percaya bahawa kuasa dan budi bicara Sultan untuk melantik menteri besar adalah terhad.

"Dalam keadaan di mana Sultan tidak pasti sama ada calon mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, kuasa Diraja yang boleh menggunakan budi bicara boleh digunakan untuk menetapkan siapa yang diyakini.
"Bagaimanapun, 30 akuan berkanun oleh wakil rakyat yang menyokong Dr Wan Azizah adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau adalah orang yang mendapat sokongan majoriti," katanya.

Syahredzan berkata secara teori, kebuntuan antara DAP, PKR dan istana boleh membawa kepada krisis perlembagaan jika tidak dapat diselesaikan.

"Walau bagaimanapun, lambat laun saya berfikir bahawa Sultan akan melakukan apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jadi saya tidak melihat ini bertukar menjadi krisis perlembagaan."

Profesor Undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan pencalonan lebih daripada dua calon untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan boleh menggunakan budi bicara dan meminta lebih banyak nama diberikan. (mStar)

Bandar Di Brazil Ini, Hanya Dihuni Perempuan, Menarik Bagi Orang Bujang.


Kota Noiva do Cordeiro di Brasil hanya dihuni kaum hawa
Kaum hawa di Kota Noiva do Cordeiro. ©Daily Mail

Bandar Noiva do Cordeiro di sebelah tenggara Brazil menjadi bandar hanya dihuni kaum perempuan berjumlah lebih dari 600 orang. Kebanyakan dari mereka juga berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Rabu (27/8), bandar itu menjadi bandar menarik bagi orang bujang.

Beberapa perempuan di Noiva do Cordeiro ada yang sudah berkahwin dan punya keluarga, namun suami mereka dan anak mereka berusia di atas 18 tahun bekerja di luar bandar dan hanya boleh pulang di hujung minggu.

Itu bermakna kaum hawa benar-benar berkuasa di semua bidang kehidupan di bandar itu sehari-hari, dari mula diternak hingga urusan agama. Mereka bahkan bilang hidup mereka lebih baik tanpa kaum laki-laki.

"Ada banyak perkara perempuan melakukan sesuatu lebih baik dari lelaki. Bandar kami lebih cantik, lebih kemas, dan jauh lebih harmoni daripada jika diurus kaum lelaki," kata Rosalee Fernandes, 49 tahun.
"Apabila ada perselisihan, kami menyelesaikannya dengan cara kaum perempuan, iaitu mencari kesamaan berbanding perbezaan. Kami berkongsi semuanya di sini. Bahkan tanah tempat kami bekerja. Tak ada pertandingan di sini. Satu untuk semua dan semua untuk satu. "

Mereka mengaku baru saja membeli televisyen skrin datang bersaiz besar supaya boleh menonton opera sabun bersama-sama. Tapi ada satu masalah tak boleh mereka selesaikan di bandar itu. Nelma Fernandes, 23 tahun, mengaku sangat sukar bagi para tetangganya yang cantik-cantik itu mencari calon suami.

"Di sini satu-satunya lelaki kami temui adalah sudah beristeri atau masih keluarga kami, semuanya sepupu. Saya belum pernah mencium lelaki sejak lama," kata dia.
"Kami semua mengimpikan boleh jatuh cinta dan berkahwin. Tapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu meninggalkan bandar ini buat mencari suami." (IH)

Ini Saja Muslimat, Buat Kamu Tidak Cium Bau Syurga..



LIHAT gambar ini dulu. Renung baik-baik..

Ada 3 gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga. Berikut adalah keterangan dari Imam Nawawi dalam 'Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim'. Menurutnya..

Satu: Wanita yang berpakaian tetapi telanjang

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
  • Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya.  
  • Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain. 
  • Wanita memakai pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.
Dua: Wanita yang 'maa-ilaat wa mumiilaat'.

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..
  • Maa-ilaat dimaksudkan, ialah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat dimaksudkan ialah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela. 
  • Maa-ilaat iuga adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya. 
  • Maa-ilaat dimaksudkan adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat juga bermaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

Tiga: Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.

Macam mana tu? Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban. Keterangan lebih lanjut: Lihat 'Syarh kitab Shahih Muslim', terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita, marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaklah menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. Aamiin!

Oleh itu, ya Allah ...
  • Muliakan orang yang membaca status ini 
  • Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid 
  • Lapangkanlah hatinya 
  • Bahagiakanlah keluarganya 
  • Luaskan rezekinya seluas lautan 
  • Mudahkan segala urusannya 
  • Kabulkan cita-citanya 
  • Pastikan dari segala musibah 
  • Pastikan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata Kasar dan mungkar. 
  • Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan berkongsi status ini.
Aamiin ya Rabbal 'alamin.
Kenapakah Nabi SAW mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita. 

Lihat 4 perkara ini..
  1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik. 
  2. Wanita sering menderhakai suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa, kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki. 
  3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami, dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat. 
  4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.
Sekian, bersambung, insya Allah!

Kenyataan & 8 Perkara Dari HAMAS

parade militer hamas

Kenyataan HAMAS:

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}

  • "Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".

Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan (Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)

 
" Inilah Dia Kenyataan Rasmi Dari HAMAS Selepas Berjaya Memalukan Dan Membunuh Keangkuhan Israel "

Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.


Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. 

Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

 
Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds

Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh. Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. 

Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.


Wahai sekalian rakyat Palestin,


Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.


Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.


Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.


Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari kemenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. 

Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut:


1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
  • Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima. 
  • Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai. 
  • Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.


2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. 

Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.


3. Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini. 

Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.


4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. 

Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.


5. Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami. 

Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.


6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.


7. Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.


8. Kami berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.


Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunannya kepada mereka yang syahid dalam kalangan kami dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka yang tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan dan ucapan kehormat buat sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-Qassam.


Kami berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami akan mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang jelas itu adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini, samada kemenangan atau syahid.


قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

  • "Katakanlah dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)

Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) 
Selasa 1 Zulkaedah 1435 H
bersamaan 26 Ogos 2014 M

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails