Monday, September 01, 2014

Ada Pakej "Isteri Sewa". Bhg Agama Sila Bertindak Segera!



Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.

'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bahagian agama kena siasat dan bertindak segera. Mencegah mungkar, itu amanah Allah SWT. Terima kasih Kosmo! kerana mendedahkan.
(Sumber Kosmo!)

PAS Sendiri Kena Mulakan Penulisan Sejarah Kemerdekaan -Ibnu Hasyim











KL: PAS mendesak supaya semua pihak khususnya kerajaan supaya menulis kembali sejarah kemerdekaan tanah air.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini agar para pejuang yang benar-benar terlibat memerdekakan tanah air ditulis kembali nama mereka.

"Mereka dahulunya yang benar-benar terlibat dengan memerdekakan tanah air kita, untuk ditulis kembali nama-nama mereka, bukan dituduh sebagai pemberontak, penderhaka, sedangkan mereka adalah pejuang-pejuang yang memerdekakan tanah air kita ini," ujarnya dipetik daripada Buletin Online.

Hari ini, katanya yang mengiktiraf kemerdekaan itu seolah-olah dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno sahaja sedangkan mereka dahulunya merupakan pekerja, petugas pegawai kerajaan di bawah penguasaan British.

“Mereka yang sebenarnya telah dilantik oleh British, untuk menubuhkan Umno bagi menghalang gerakan rakyat untuk menolak Malayan Union,” katanya yang juga Adun Paka.

Bercakap kepada pihak media selepas Konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiah di Manir, Hulu Terengganu semalam, beliau menegaskan, dalam masa yang sama, kerajaan yang ada hari ini menyekat perjuangan Islam. Katanya, ia merupakan ‘permainan’ penjajah untuk melahirkan generasi yang meneruskan apa yang dibuat oleh mereka.

Sehubungan itu, ujarnya, PAS Terengganu mengadakan sambutan kemerdekaan dengan menganjurkan majlis-majlis penerangan untuk memberi penjelasan takrif sebenar kemerdekaan, siapa sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan, dan siapa sebenarnya yang mengkhianati kemerdekaan tanah air.

“Supaya minda rakyat kita ini dimerdekakan daripada kongkongan sejarah yang telah dimanipulasi oleh penjajah, biasanya kerajaan yang memerintah, yang menulis mengikut kehendak ini, bukan sebenarnya latar belakang kisah sebenarnya.
“Kalau kita lihat dahulu, pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dol Said, mereka sebenarnya dari kalangan ulama. Datuk Maharajalela (adalah) mufti pernah belajar di Madinah,” jelasnya.

Katanya, mereka merupakan anak murid kepada Tok Ku Paloh, tetapi latar belakang mereka seolah-olah disembunyikan.

“Yang di timbulkan mereka ini sebagai pemberontak. Perkara inilah yang perlu generasi baru khususnya, generasi yang lahir selepas merdeka seharusnya memahami perjuangan ini, jika mereka memahami, kita sedia maklum bahawa negara kita ini lahiriahnya kita merdeka, tapi minda kita masih lagi terjajah,” ujarnya lagi.

Komen Weblog Ibnu HasyimKami bersetuju cadangan Pesuruhjaya PAS Terengganu, agar para pejuang yang benar-benar terlibat memerdekakan tanah air ditulis kembali nama mereka. Bersetuju PAS mendesak supaya semua pihak khususnya kerajaan supaya menulis kembali sejarah kemerdekaan tanah air.

PAS sendiri kena mulakan!

Lihat ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Perkembangan Politik PKR/PAS Kini Meng'gusar'kan..

















Oleh Hazlan Zakaria
(Diangkat dari DetikDaily) 

Meng‘Umno’kan PKR dan PAS
SAYA tertarik melihat perkembangan politik semasa yang menampilkan parti-parti pembangkang seperti PKR dan PAS meniru langkah Umno di dalam menyelesaikan krisis MB Selangor hari ini. Langkah ini saya gelar sebagai proses meng‘Umno’kan sesebuah parti.

Walaupun mereka tidak berkongsi ideologi dengan parti Melayu itu atau bekerjasama bagi mempertahankan agenda ketuanan Melayu, parti-parti ini seakan berbicara dan berfikir seperti Umno. Mungkin juga, perkara ini berlaku kerana PAS merupakan pecahan Umno manakala PKR pula terdiri daripada bekas pemimpin-pemimpin parti Melayu itu.

Isyarat pertama proses meng‘Umno’kan parti di dalam Pakatan Rakyat ini tercetus melalui suara-suara di dalam PKR, yang menjadi penghubung di antara PAS dan DAP.

“Jika anda tidak yakin dengan parti dan perjuangan para pemimpinnya bagi membasmi korupsi, anda dialu-alukan keluar,” gertak Rafizi di dalam mempertahankan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres parti itu hujung minggu lalu.

Akhbar Bahasa Inggeris The Star memetik beliau berkata demikian kepada para ahli PKR yang tidak yakin serta mempersalahkan Anwar kerana mencetus kekalutan yang berlaku hari ini. Rafizi menumpukan perhatian terhadap mereka yang menuduh tokoh politik kelahiran Pulau Pinang itu mengamalkan nepotisme, dengan mengingatkan mereka bahawa kritikan boleh dibuat sekiranya menggunakan kaedah dan saluran yang betul.

Beliau juga mengingatkan mereka agar jangan menuduh sesiapa yang dipilih mengikut amalan demokrasi sebagai mengamalkan nepotisme, walaupun tidak menyebut tentang pemimpin yang tidak menjalani proses pemilihan. Tiada juga kenyataan diberi tentang pemilihan parti yang berlanjutan selama beberapa bulan dan diselubungi pertelingkahan mahupun dakwaan bahawa pengaruh “pihak tertentu” memainkan peranan di dalam corak pengundian. Ini terutamanya terjadi apabila “pihak tertentu” itu merupakan tokoh atau idola yang dipuja-puji.

Sementara itu, beberapa hari kemudian, mesej yang sama juga dilaungkan pemimpin gabungan Pakatan Rakyat daripada PAS.

“... sesiapa yang tidak setuju PAS bersama-sama PR wajar meninggalkan parti dan ke tempat lain,” ujar AJK PAS Pusat Khalid Samad yang dipetik sebuah laman berita The Malaysian Insider. Beliau membidas ahli-ahli PAS yang didakwa menyokong usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan (UG) kerana percaya parti Islam itu perlu bersama-sama saudara seagama dan Umno agar dapat mempertahankan kepentingan oranng-orang Melayu dan ajaran Islam.

Namun ia mungkin juga peringatan kepada ahli-ahli PAS agar berhati-hati supaya tidak melanggar keputusan parti di dalam membuat kenyataan peribadi. PAS sering dilihat sebagai parti yang mementingkan disiplin tetapi jumlah ahli atau wakil rakyatnya yang rapat dengan pemimpin berpengaruh di dalam PKR telah membuatkan para pemerhati tertanya-tanya samada kesetiaan mereka telah beralih arah.

Ketika krisis jawatan MB Selangor, dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) PAS yang berhubungan baik dengan PKR telah membelakangi keputusan parti sendiri apabila menandatangani surat menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku peneraju baru pentadbiran negeri.

Perkara ini berlaku sedangkan sesetengah ahli PAS berbicara soal gabungan dengan Umno di mana MB Tan Sri Khalid Ibrahim mampu dilantik menerajui pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Seperti juga Umno, keangkuhan ini menyaksikan mereka berkata pemimpin dan parti tidak mungkin berbuat salah. Amalan fanatik sebeginilah yang ditakuti kerana apabila dilakukan pemimpin-pemimpin politik, ia mampu memusnahkan negara tercinta.

Contohnya, Umno sering mengingatkan bahawa sesiapa yang tidak menyokong parti dan perjuangannya wajar berhijrah ke negara lain. Kini, sikap yang sama seakan ditonjolkan pemimpin-pemimpin PKR dan PAS seperti Rafizi Ramli dan Khalid Samad. Pemerhati memang seharusnya gusar dengan perkembangan ini.

Di manakah sikap membenarkan perbezaan pendapat dan membudayakan perbincangan di dalam pakatan pembangkang? Di manakah dasar-dasar toleransi dan keputusan sebulat suara sedangkan mereka gemar melaksanakan dasar tidak ubah seperti Umno? Di dalam konteks ini, adakah Anwar menjadi teras perjuangan paling utama di dalam PKR, sehingga sesiapa yang tidak setuju dengannya perlu keluar? Adakah kerjasama dengan Pakatan Rakyat paling dititik-beratkan sehingga sesiapa yang tidak gemarkannya, perlu keluar daripada PAS?

Nampak gaya politik Pakatan tidak membenarkan jalan tengah dilakar. Saya hormati Rafizi dan Khalid Samad, tetapi saya percaya pandangan mereka menggambarkan proses meng‘Umno’kan parti.
Satu lagi contoh yang wajar diperkata ialah kekerapan PAS dan PKR menggunakan perkataan ‘rakyat’, bagi menerangkan pendirian mereka.

Ianya seolah-olah amalan Umno yang kerap menggunakan perkataan ‘kerajaan’ bagi menerangkan pendirian parti, mungkin kerana telah memerintah Malaysia sejak sekian lama. Kini, PKR dan PAS pula gemar menggunakan perkatan “rakyat” lebih-lebih lagi bagi menggambarkan “harapan” rakyat. Adakalanya, apa yang rakyat harapkan berbeza daripada perebutan kuasa di dalam Pakatan namun PKR dan parti komponen PR yang lain kekal memberi gambaran bahawa mereka melakukannya demi memenuhi “harapan” rakyat.

Rafizi ketika membidas Khalid Ibrahim berkata Khalid tidak boleh membubarkan Sidang DUN kerana ia bercanggah dengan hasrat “rakyat”. Tidak pula kita dengar samada pungutan suara dijalankan bagi mengetahui hasrat sebenar rakyat; apa yang kita faham ialah PKR yang tak mahu Sidang DUN dibubarkan dan kempen ini diterajui pakar undang-undang PKR Dr Abdul Aziz Bari, yang menulis kolum di Semut Harian.

Adakah PKR mewakili suara Rakyat? Mungkin tidak; kerana mungkin mereka mendapat mandat di dalam PRU13 tetapi rakyat dibenarkan mempunyai pendapat berbeza dengannya. Sama seperti Umno bukan kerajaan dan kerajaan bukannya Umno.
Aduuhhh! Pakatan. Ketelusan, kesaksamaan, keadilan, kemajuan tidak hanya dibuat bahan perbincangan tetapi perlu dilihat diamalkan. Jangan hanya bercakap tentangnya, kerana politik lebih tertumpu kepada persepsi.  http://bm.theantdaily.com/


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

DUP S'gor Lulus Usul Kecam Adun Sokong Wan Azizah




Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014. 
Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014. 
 
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor hari ini dikecam Dewan Ulama negeri susulan keputusan mereka menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB).

Perkara tersebut diputuskan selepas usul dibuat dalam Muktamar Tahunan Ulama PAS negeri Selangor kali ke-26 yang berlangsung hari di Klang, hari ini.

"Muktamar sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti," menurut kenyataan dalam akaun Facebook Dewan Ulama hari ini.

Selain keputusan mengecam Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut, Dewan Ulama negeri juga mendesak tindakan diambil ke atas mereka.

"Dewan juga menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu.
Muktamar tersebut dirasmikan pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Ketika kemelut di Selangor berada dalam keadaan tegang menanti PAS membuat keputusan rasmi dua minggu lepas, Saari dan Hasnul mengambil langkah menyokong Dr Wan Azizah secara terbuka.
Ia menyebabkan mereka menerima kritikan dan kecaman daripada parti sendiri. Bagaimanapun, mereka menyatakan kesediaan berdepan sebarang tindakan disiplin.

PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun PKR bertegas menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan hanya dua daripada 15 Adun PAS di Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah. Sebelum ini, Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS mendesak pemecatan kedua-dua Adun tersebut. – 31 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

Demo Sokong Sultan S'gor. Siapa Mereka Ini?

Gambar2 Demo PASMEB Sokong Sultan Selangor.

Demo yang dianjurkan pada 30/8/2014. PASMEB antara organizer yang terlibat. PERKASA pun turut memberikan sokongan. PASMEB neh pada asalnya mereka kata mereka sokong kepimpinan TSKI. Ahli2 PKR yang dipecat dari parti kemudiannya tubuhkan PASMEB. Mereka dipecat dari parti kerana bersikap kritikal terhadap masalah2 dalaman parti PKR yang akhirnya membawa kepada pemecatan keanggotaan parti.

Lihat gambar2 ;

(Sumber Ameno World)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? 

Tangkapan Berterusan, Gliran Exco PP Pula


Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.

Phee ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua Menteri Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima).

Phee turut menulis penahannya itu Facebook.

Penahannya itu dibuat selepas lebih 150 orang lagi anggota pasukan itu ditahan selepas perarakan hari merdeka pagi tadi. (MK)

PPS: Polis Tahan Phee, Ambil Keterangan Guan Eng



GEORGE TOWN: Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad.

"Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior Faridalatrash ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayerdi.

Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails