Friday, September 19, 2014

Mansuh Akta Hasutan -Usul Muktamar PAS Hari Ini..


http://www.projekdialog.com/wp-content/uploads/2012/11/Man-in-handcuffs.jpg BATU PAHAT: Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 yang berlangsung di Parit Haji Salleh Ros di sini hari ini meluluskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948. Usul bersama dari PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan diluluskan secara sebulat suara.

Gesaan pemansuhan akta itu dibuat antara lain kerana ianya bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan sejagat. Akta yang diwujudkan sejak zaman penjajah itu juga disifatkan sebagi lapuk tidak lagi releven dalam suasana 57 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Akta itu juga menurut usul tersebut, membolehkan seorang rakyat ditahan secara semberono tanpa perlu bukti dan kesan terhadap ucapan atau kenyataan yang dikeluarkan.

"(Melaui akta ini) kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan pandangan dan pendapat sehingga segenap lapisan masyarakat tidak terlepas dari akta hasutan," kata Mujahid ketika membaca ucul tersebut.

Apatah lagi ujar beliau, akta ini bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukumannya pula adalah berat. Menurut Mujahid lagi, akta ini juga telah menutup perbincangan sihat di kalangan rakyat tentang dasar kerajaan sedangkan dalam Islam, menegur pemimpin yang zalim adalah satu usaha yang mulia.

Desakan ini juga katanya, mengambil pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata akta hasutan tidak releven dan perlu diganti dengan akta baru yang dinamakannya Akta Keharmonian Nasional.

"Maka atas kesedaran itu, PAS Pusat dan Dewan Muslimat mencadangkan meyegerakan pemansuhan akta hasutan.
"Kita juga mendesak agar akta baru yang akan menggantikan akta ini dibuat melalui proses konsultasi awam dan Jawatankuasa Khas Parlimen agar akta yang mengganti itu bukan yang lebih buruk," katanya.

Pada masa sama, PAS turut menyatakan solidariti kepada mangsa dan keluarga yang dikenakan tindakan di bawah akta hasutan tersebut.

Berikut adalah usul penuh.
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
AJK PAS PUSAT & DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT, USUL MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948

1. MENGINSAFI DAN MENSYUKURI bahawa negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 57 tahun yang lalu dari penjajahan Britain dan,

2. Menyedari  bahawa AKTA HASUTAN 1948 merupakan undang-undang lapuk yang diperkenalkan  oleh British pada zaman penjajahan bertujuan membenam suara rakyat yang menuntut kemerdekaan di penjajahan British,

3. MENYEDARI bahawa, setelah merdeka selama 57 tahun, AKTA HASUTAN (1948) masih lagi dipakai hari ini sehingga menyebabkan ramai yang menjadi mangsa kepada kegilaan akta ini. Kebebasan bersuara menjadi satu jenayah di negara yang berbangga dengan bahtera merdeka sedangkan mereka terus mewarisi akta lapok yang mendefinisikan hubungan rakyat dan kerajaan seperti hubungan penjajah dan yang dijajah. Sebagaimana AKTA HASUTAN (1948) juga secara substantifnya mempunyai tahap pendakwaan yang rendah kerana ia tidak memerlukan niat untuk menentukan pengertian 'hasutan' begitu juga ia tidak memerlukan bukti kesan sesuatu ucapan atau penulisan kepada suasana huru-hara atau tindakan fizikal.

4. MENYESALI bahawa Kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan memberi pandangan dan pendapat melalui akta ini sehinggakan setiap anggota masyarakat tidak terlepas dari cengkaman AKTA HASUTAN (1948) lantas boleh membawa kepada rasa tidak selesa rakyat bahawa hak bersuara mereka telah dirampas oleh pihak penguasa. Apabila suara golongan akademik dianggap sebagai ancaman dan apabila suara kritikan ahli Parlimen dianggap tidak setia kepada negara dan apabila wartawan yang melaporkan berita dijadikan sasaran maka malapetaka pastinya akan menimpa negara ini.

5. Memahami bahawa pendakwaan ke atas kes-kes Akta Hasutan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Hasutan adalah berat.

6. Menginsafi betapa penguatkuasaan Akta Hasutan telah menutup ruang perbincangan yang sihat ke atas tindakan-tindakan kerajaan Malaysia yang memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia.

7. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat.

8. MEMPERAKUI bahawa kebebasan bersuara dan memberi pandangan mesti dipelihara dan keharmonian nasional mesti menjadi matlamat utama oleh setiap rakyat dan pemimpin negara, satu akta yang relevan diperlukan. Keperluan ini diperkukohkan dengan janji PM Satu Malaysia yang berucap pada 16Sept 2012, bahawa AKTA HASUTAN akan dihapuskan dan digantikan dengan Akta yang lebih konsisten dengan perkembangan semasa negara. Malah PM telah menyebut buat pertama kalinya sebuah Akta yang dinamakan AKTA KEHARMONIAN NASIONAL.

9. Menyedari bahawa Islam menganjurkan supaya berkata benar walaupun pahit di hadapan pemimpin yang zalim dan pemimpin sebenarnya adalah khadam kepada rakyat yang perlu mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat.

Justeru itu:

1.  Maka Muktamar Parti Islam Se-Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada hari ini, 23 Zulqaedah 1453 bersamaan dengan 18 September 2014, di Parit Raja, Johor Darul Takzim menuntut dan mendesak Kerajaan Persekutuan di bawah kuasa BN untuk menyegerakan pemansuhan AKTA HASUTAN (1948) yang lapok dan tidak relevan lagi dari sudut doktrin dan substantifnya. Sebagaimana Muktamar menuntut supaya akta baru yang akan digantikan mestilah melalui proses  konsultasi awam dan melalui Jawatan Khas Parlimen supaya kita tidak menggantikan yang buruk kepada yang lebih buruk atau seumpamanya.

2. Muktamar kali ini juga merakamkan solidariti bersama mangsa AKTA HASUTAN (1948) dan keluarga mereka dan menyatakan sokongan kepada setiap pihak samada individu,gerakan sivil, mahupun parti-parti politik yang menggerakan GERAKAN MANSUHKAN AKTA HASUTAN dan menyeru rakyat menyokong gerakan ini demi memelihara PERPADUAN NASIONAL dan membela KEBEBASAN HAK BERSUARA di bumi Malaysia yang tercinta. Menyedari pelbagai pihak, termasuk wartawan dan ahli akademik, telah didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang menggunakan  Akta Hasutan. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

Masjid 'Dhirar' Dirasmi Hari Ini

Foto
RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.

Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.

Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.


Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata. Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.

Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan. Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.

“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.

Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.

Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi

Heboh Masjid untuk Gay Dibangun di Afsel Masjid 'Dhirar'  dirasmi hari ini

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bolehkah masjid ini digolongkan dalam kumpulan 'masjid dhirar'  seperti yang berlaku di zaman Nabi SAW.?

Ini kisah Masjid Dhirar..

Firman Allah;
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون


Maksudnya;
  • “Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (surah at-taubah : 107)
Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib[1].

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : 
  • “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.[2]
Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : 
  • orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.[3]
Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:
  • “Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.
Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : 
  • “sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”
Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;
انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya;
  • “Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”
Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.[4]

Moral dari kisah Masjid Dhirar ini..

Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”
  • Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;
(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.[5]

Melihat kepada tujuan pembinaan masjid Dhirar ini menjelaskan kepada kita betapa munafiqin berusaha untuk menjatuhkan dan memecah belahkan umat Islam dari bersaudara atas nama Islam dan melemah umat Islam dari seluruh aspek kehidupan.

Menurut: http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/07/pengajaran-dari-kisah-masjid-dhirar_09.html
Ulasan kepada..

'Kenyataan Sisters In Islam pada 20 oktober 1996' (Semasa Abdullah  Ahmad Badawi jadi PM)

Abdul Hadi Diakui Hebat Di Peringkat Antarabangsa -Biro Politik Hamas


BATU PAHAT: PAS dan Malaysia bertuah kerana mempunyai tokoh sehebat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memimpin parti Islam di negara ini dan berperanan penting di peringkat antarabangsa.

Ini kesimpulan yang dapat dibuat hasil pemerhatian terhadap hubungan Abdul Hadi dengan gerakan-gerakan Islam antarabangsa khususnya Hamas di Gaza, Palestin, dan digambarkan oleh Usama Hamdan, ketua biro politik Hamas yang hadir sebagai tetamu di muktamar ke-60 di sini.

"Hamas mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, dan melihat PAS dan Malaysia memainkan peranan yang penting di peringkat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Usama kepada Harakah.

Usama telah beberapa kali bertemu dengan Abdul Hadi termasuk di Malaysia, yang berperanan dalam membantu gerakan Islam di Gaza itu, dan melihat Abdul Hadi sebagai seorang tokoh Islam yang penting di peringkat antarabangsa dan nasional.

Ini dibuktikan apabila Presiden PAS ini dilantik sebagai timbalan ketua Persatuan Ulama Antarabangsa tidak lama dulu, dan telah menjadi tokoh penting dalam membantu mencari penyelesaian krisis dalam dunia Islam seperti di Yaman dan terbaharu di Syria.

Abdul Hadi ialah tokoh bukan dari dunia Arab yang diberikan peranan penting dalam menangani isu-isu kritikal dalam kalangan gerakan Islam dan dunia Arab.

"Hamas menganggap Abdul Hadi sebagai tokoh penting bukan sahaja di peringkat antarabangsa, tetapi juga seorang pemimpin yang sangat diperlukan oleh negaranya sendiri, sebagai seorang pemimpin parti Islam," tegas Usama.

Beliau juga melihat Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dunia Islam yang membolehkannya memainkan peranan membantu perjuangan Palestin, termasuk membantu dalam pembangunan semula Gaza yang baru dilanda perang selama hampir dua bulan.

Usama mewakili Palestin menerima sumbangan daripada PAS bernilai AS$50,000 (RM162,000) yang diserahkan oleh Abdul Hadi semasa upacara perasmian muktamar tahunan semalam.

Kehadiran Usama sebagai tetamu dalam muktamar kali ini meneruskan hubungan baik PAS dengan Hamas dan penegasan kepentingan isu Palestin kepada gerakan Islam PAS. – HARAKAHDAILY 19/9/2014

Lagi Pemikiran Sesat Artis, Toleransi Agama?


Karina dan Alfred KapanLagi.com/Budy Santoso 







HALAMAN HIBURAN


BERITA dari Indonesia ini melaporkan kisah-kisah artis negara tersebut yang tentunya ada kaitan dengan artis negara ini. Terutama dari sudut pemikiran, agama dan sebagainya.

Apa lagi Indonesia telah diuar-uarkan sebagai negara umat Islam terbesar di dunia, di mana lebih kurng 90% penduduknya beragama Islam. Hal itu adalah suatu keuntungan atau nikmat Allah SWT kepada bumi Indonesia yang wajib dimanfaatkan.

Ini beritanya..

Pacaran beda agama, Karina Nadila belajar toleransi
Sudah dua tahun ini artis cantik Karina Nadila menjalin tali asmara dengan pria bernama Alfred. Hubungan tersebut dilatarbelakangi perbedaan keyakinan antara keduanya. Meski begitu, keduanya bisa saling melengkapi satu sama lain. Bahkan, mengingatkan untuk tidak lupa menjalankan ibadah masing-masing menjadi kebiasaan Karina dan kekasihnya.

"Kita sama-sama saling mengingatkan. Aku ingetin dia untuk ibadah ke gereja, dia ingetin untuk shalat," kata Karina saat berkunjung ke kantor redaksi KapanLagi.com® di Tebet, Jakarta Selatan, Senin (15/9).

Hingga saat ini pemeran Mona dalam AKU, KAU & KUA tersebut belum memikirkan untuk melangkah ke jenjang lebih serius seperti pernikahan. "Aku belum kepikir sampai ke sana. Jalanin aja lah ya," tambahnya.

Menjalin hubungan asmara beda agama tentu tidaklah mudah. Artis kelahiran Jakarta ini pun sempat mempertanyakan hal tersebut meski pada akhirnya memilih untuk berpijak pada agama yang diyakini.

"Aku sih sempat mempertanyakan perbedaan agama ini. Tapi ya sudahlah, aku meyakini agama yang aku anut aja. Nggak mau bahas soal ini deh, takutnya rumah aku digerebek FPI lagi, haha," pungkas Karina seraya tertawa. (kpl/abs/niz)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Melihat berita dan gambar pelakunya seperti di atas,boleh dibuat kesimpulan..
  • Artis wanita itu (Karina Nadila) beragama Islam dan lelaki pasangannya (Alfred) beragama Kristian.
  • Mereka sudah terjebak dalam perangkap sistem pergaulan bebas (berpelukan bukan muhrim) yang dilarang oleh agama Islam.
  • Mereka ber'pacaran' (bercinta-cintaan mengikut istilah anak muda kini) berbeda agama, yang biasanya akan berakhir dengan perkahwinan. Itu sebabnya Karina Nadila 'belajar toleransi', yakni ingin hidup bersuami isteri yang berlainan agama. 
  • Sebenarnya, dalam Islam tidak ada hukum yang membolehkan wanita Islam bersuamikan lelaki yang bukan Islam. Kalau perkahwinan sudah tidak sah, hubungan kelamin antara mereka adalah 'zina' yang dilarang agama.
  • Jadi, wanita Islam ingin berkahwin dengan lelaki bukan Islan adalah satu pemikiran sesat ysng menyimpang dari agama Islam.
  • Tugas sebagai Muslim antaranya ialah menjelaskan kenyataan ini, walaupun melampaui batasan negara.
'Allahu'aklam.
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Azmin Ali, MB S'gor Baru Angkat Sumpah Selasa Ini?



SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.

Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.  Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali adalah calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya. Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.   

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu. Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.  Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.   

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yangbaharu. (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? 

Saya Yakin PAS Akan Kekal Dalam PR -Presiden PAS


BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuang hak keadilan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat hari ini. Beliau memberitahu bahawa setiap parti pasti mempunyai masalah masing-masing dan setiap parti perlu faham serta menyelesaikannya.

"Semua ada masalah sendiri, diri kita pun ada masalah jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan dengan lebih baik.
"Saya yakin PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dalam membawa dasar-dasar yang telah kita persetujui," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, walaupun di dalam Pakatan Rakyat menpunyai syarat yang longgar dan masing-masing boleh menganuti idealogi parti tetapi ia perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

"Masalah hanya kecil, rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat turut hadir dalam Muktamar kita kali ini dan ini menunjukkan kesefahaman kita masih kekal seperti dulu.
"Selagi tidak berlaku perlanggaran syarat terhadap perkara-perkara dasar iaitu kita mendokong prinsip demokrasi, mendokong keadilan untuk semua," sambung beliau.

Hadi ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Selangor membabitkan jawatan Menteri Besar, memberitahu setiap permasalah atau krisis tetap ada jalan keluar untuk menyelesaikannya.

"Sudah tentu ada jalan keluar, kita kena ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya parti politik yang mempunyai kerusi tetapi juga Raja mengikut perlembagaan.
"Terpulang kepada Baginda Sultan Selangor untuk menbuat keputusan," katanya lagi.

Hadi juga turut mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Johor kerana berjaya menganjurkan Muktamar PAS kali ke-60.

"Pada PRU13 kita berjaya menampilkan jumlah wakil rakyat PAS seramai 4 orang dan ini tanda PAS mampu berkembang di Johor.

"Dengan muktamar ini sekurang-kurangnya kita melatih jentera PAS Johor untuk mengendalikannya pada masa akan datang," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

Azmin Mungkin MB Baru, Apakah Anwar Tetap Mahukan Isterinya?

 

Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru
Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan seteru politiknya, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim.
Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru

Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana.

Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf.

Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar.

Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku.

Dengan dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berisiko' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin.

Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS. (MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails