Sunday, October 05, 2014

Mereka Solat Di Gereja Dekat Masjid Pusat Di Moscow, Allahu Akbar!


Kosmo Online hari ini menyiarkan gambar beribu-ribu penduduk menunaikan solat sunat Aidiladha di hadapan sebuah gereja yang terletak berhampiran Masjid Pusat di Moscow, Rusia semalam.  Al-hamdulillah.

Berita sebelum itu..

Saudara seIslam kita di Moscow terpaksa solat dalam kesejuka.
Kerana tidak mempunyai masjid yang cukup untuk melakukan solat, jamaah Muslim di ibu negara Rusia, Moscow, tiada pilihan lain selain solat di luar dalam keadaan bersalji. 

"Kami meminta pihak berkuasa untuk membenarkan kami membina masjid baru, tetapi mereka mengabaikan tuntutan kami," kata Hasan Fakhritdinov, imam Masjid Bersejarah Moscow pada BBC News Online, Khamis, 22 Mac.

"Sekarang orang perlu solat di luar saat hujan atau bersalji."

Moscow adalah rumah bagi kaum minoriti Muslim, lebih dari dua juta dan salah satu bandar besar di Eropah dengan tumpuan Muslim paling besar. Tapi bandar ini memiliki hanya empat masjid, yang tidak dapat menyelesaikan dan menampung jamaah pada hari Jumaat. Hal ini akan memaksa banyak jamaah solat di luar masjid dalam cuaca membeku.

Dalam solat Jumaat, umat Islam dari seluruh bandar empat masjid datang dari pagi untuk mencari tempat yang mempunyai ruang. Melimpahnya mereka hingga ke luar masjid biasanya menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di bandar.

Para pemimpin Islam telah lama mengeluh bahawa beribadah di salah satu masjid telah semakin sukar dan bahawa ada keperluan untuk membina lebih banyak tempat ibadah bagi minoriti yang cukup besar untuk menampung mereka.

"Kita harus bersyukur bahawa masih ada masjid di Moscow. Bandar ini tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi berjuta-juta dari kita umat islam."

Tapi pembangunan masjid baru untuk menampung jamaah Muslim mempunyai bahagian di Moscow.

"Moscow sedang berkembang dan ini menarik lebih banyak pendatang yang kebetulan adalah Muslim," kata dua wanita muda yang berjalan dekat masjid tua kepada BBC.
"Rusia sedang membangunkan gereja dan tidak ada orang yang perlu menghentikan Islam daripada membina masjid mereka juga".

Tapi Yuri Gorsky, seorang aktivis dari kumpulan nasionalis Russovet, yang menyeru kawalan imigresen ketat, tidak setuju akan hal ini.

"Tidak banyak wajah Slavia yang anda lihat di jalan-jalan sekarang. Saya tidak membantah penghijrah dari negara-negara Slavia. Tapi kita harus menghentikan Muslim."

Ada sejumlah serangan xenophobia terhadap pendatang Islam di Rusia. Tahun lalu, tujuh Muslim terbunuh dan 28 cedera dalam serangan rasis dan xenophobia, turun dari 57 kematian dan 196 kecederaan pada 2008. Walaupun kurang masjid, Muslim Rusia memuji suasana persahabatan di Moscow.  


Semakin banyak orang Rusia memeluk Islam, termasuk Ali Vyacheslav Polosin, seorang imam Ortodoks dan bekas ahli politik. Polosin pula memeluk Islam 12 tahun lalu, menjalankan sebuah pusat sokongan Islam di Moscow untuk mengajar dan menasihati para mualaf. Aisyah Lárisa, yang bekerja di tempat tersebut, mengatakan bahawa mereka telah mendaftarkan lebih dari 10,000 wanita Muslim yang menjadi mualaf.

"Mereka memerlukan bantuan dan nasihat kita" kata Aisyah.
"Kami mengajarkan mereka bagaimana beribadah dan cuba untuk membantu mereka jika mereka mempunyai masalah dengan ahli keluarga."

Ada sekitar 23 juta Muslim di Persekutuan Rusia yang tertumpu di Kaukasus utara, kira-kira 15 peratus daripada 145 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar di negara itu di belakang Kristian Ortodoks Rusia. Diyakini jumlah Muslim di Moscow tumbuh secara ketara.  

Menurut Rusia Today para ahli mengatakan bahawa, pada tahun 2050, orang Islam akan menjadi kira-kira setengah penduduk Rusia menjadikannya salah satu negara terbesar di dunia. 

Hukum solat di dalam gereja

Diriwayatkan dari Nabi saw 
  • “Aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku “ beliau menyebutkan diantara kelima perkara tersebut , iaitu : “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud yang suci. Maka siapa pun diantara umatku yang mendapati waktu solat , maka hendaklah ia mengerjakan solat " ( H.r. Bukhori dan Muslim dari Jabir)
Oleh kerana itu , seluruh bumi dianggap masjid dan tempat bersujud bagi orang Islam ( selagimana tempat itu tidak diyakini ada najis ) dan dia boleh mengerjakan solatnya disitu. Dan sebaiknya hendaklah dijauhi dari tempat-tempat seperti gereja dan sebagainya bagi menghindari kesamaran hukumnya, namun jika tidak ada tempat yang sesuai untuk solat , maka seluruh bumi adalah milik Allah dan seluruh bumi adalah masjid (tempat sujud )

Berkenaan hadis Umar ra yang enggan solat di gereja seperti yang diriwayatkan.. 
  • Bahawa Umar ra hampir saja solat di gereja ketika dipelawa “ silalah “ . Maka dia menjawab : “ tidak !   Aku tidak akan menunaikan solat disitu , supaya kaum muslimin yang akan datang tidak berkata :  Di sini Umar ra pernah menunaikan solat , lalu mereka menjadilkannya sebagai masjid bagi kaum Muslimin “
Maka keengganan Umar ra solat di gereja kerana kekhawatiran terhadap hal itu saja , bukan mengenai hukum solat di gereja .(IH)

Tiada Alasan Halang Hijab Dalam Sukan. -Presiden OCA


Atlet bola keranjang wanita Qatar berjalan keluar dari gelanggang selepas menarik diri dalam perlawanan bertemu Mongolia di Sukan Asia 2014 pada 24 September lalu kerana pemakaian hijab tidak dibenarkan. -AFP


Sukan Asia: Presiden OCA Gesa Atlet Dibenarkan Pakai Hijab
INCHEON: Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah menggesa supaya atlet wanita dibenarkan memakai hijab dalam semua jenis sukan selepas pasukan bola keranjang Qatar menarik diri daripada menyertai Sukan Asia kali ini.

Pasukan bola keranjang wanita Qatar bertindak meninggalkan gelanggang selepas Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang mereka memakai hijab ketika perlawanan. Qatar menyelar tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai satu 'penghinaan', walaupun pemakaian hijab telah dibenarkan dalam kebanyakan jenis sukan peringkat dunia.

Sheikh Ahmad berkata beliau sedih terhadap kes membabitkan kontinjen Qatar itu dan meminta FIBA melakukan perubahan.

"Hijab sudah diterima dalam semua sukan, termasuk FIFA, bola tampar, olahraga dan padang. Kesemuanya ada yang memakai hijab tetapi tidak bagi bola keranjang.
"Tiada alasan untuk menghalang pemakaian hijab dalam sukan," katanya sambil menambah 'tiada beza' di antara sukan bola keranjang, bola sepak, tinju, bola baling atau bola tampar.

Bagaimanapun FIBA telah membenarkan pemakaian hijab dalam kejohanan kebangsaan dan pada tahun depan dijangka akan membenarkannya di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa tertinggi badan induk itu berkata larangan terhadap pemakaian hijab tidak berkaitan dengan agama.  (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muka puak-puak mengaku Islam penentang Hijab buta tuli dalam sukan, nak letak di mana?  Tak malu ke?

Lihat sebelum ini..

Konspirasi Musuh Islam Antarabangsa. -Nik Mohamad Abduh

Oleh NIK MOHAMAD ABDUH 
 
Islam tanpa syariat. Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa.

Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka.

Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam.

Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi.

Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar.

Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis.

Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS.

Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam.

Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'.

Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam.

Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat.

Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup.

Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua.

Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama.

Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah.

Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti.

Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah.

Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan.

Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan.

PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam.

Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai Presiden PAS.

Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA.

Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi.

Selamat menyambut Eidul Adha. Semoga Allah menerima amal kita pada hari-hari 10 Zulhijjah yang agung ini.

Penulis ialah AJK PAS Pusat.

Lacur Di Arab 4: Gahab, Pemuas Syahwat Majikan Arab..

http://cp.jurnalhajiumroh.com/uploads/radhite/image/jeddah%20kota%20biru.jpg
Jeddah di waktu malam.. 

BEGINILAH penampilan temannya, sebut saja Yan. Dia kini lebih bergaya. Tidak kelihatan seperti pembantu rumah tangga. Giginya berkawat dan satu anting menggantung di lubang hidungnya. Kasut bot ala koboi menambah gayanya.

Dua tahun lalu adalah kali pertama Yan menjadi pembantu rumah tangga di sebuah negara Timur Tengah. Dia menjalani latihan dan ditempatkan di Balai Latihan Kerja (BLK) di kawasan Condet, Jakarta Timur. Temannya itu terang-terangan menawarkan Yan menjadi simpanan majikan lelaki di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Dia dijanjikan fulus lumayan besar saban kali melayani nafsu jahat majikannya atau dibayar per tahun.  


"Jadi sudah ada perjanjian sama majikan lelakinya. Kalau majikan wanita sedang tidak di rumah, kita wajib melayani yang lelaki," kata Yun semasa seperti diceritakan media. Temannya asal Indramayu, Jawa Barat, itu sudah mempunyai jam terbang tinggi dan mempunyai rangkaian pelacuran terselubung antara majikan lelaki. Sebab dia sudah lebih dari sekali berangkat bekerja ke luar negera.

Jika mendapati majikan tidak sesuai keinginan, Yan boleh langsung menghubungi rakannya itu di wilayah Arab Saudi.  


"Kita dibilangin kalau nggak betah suruh kabur dan dikasih nombor telefon area sana," ujar perempuan 26 tahun itu. "Biar nanti ditampung lagi sama madamnya."

Menurut dia, di tempat perlindungan BLK, gahab, sebutan pelacur menyambi sebagai TKI (Tenaga Kerja Indonesia), sering menawarkan kepada calon lain. Di Jeddah terdapat lokasi pelacuran terselubung khusus menyediakan pembantu-pembantu dari Indonesia buat memuaskan syahwat.

Apalagi di Ibu Kota Doha (Qatar) dan Ibu Kota Abu Dhabi (Emiriah Arab) terbilang lebih bebas berbanding negara lain di Timur Tengah. Tempat hiburan malam sudah boleh diakses secara umum. Di sana banyak pelacur asal Indonesia menyamar pembantu rumah menjajakan diri.

Boneka seks ini berharga 1.000 poundsterling atau sekitar Rp 19 juta. Ini patung seks buatan Jepun macam wanita betul-betul.. berharga 1,000 pound atau sekitar Rp 19 juta. (Hari ini 1,000,000.00 IDR  = 272.10 MYR )

Bayarannya cukup menggiurkan. Sekali berurusan dengan majikan, pelacur Indonesia boleh memperoleh sekitar Rp 1 juta atau Rp 20 juta dalam melayani nafsu bejat setahun. (Hari ini 

1,000,000.00 IDR = 272.10 MYR )  Namun tidak sedikit pelacur menyamar pembantu ini tertipu diusir majikan perempuan kerana tertangkap basah bersetubuh dengan suaminya.  

"Banyak juga ditipu, dikasih cek kosong sama majikan pas mahu balik ke Indonesia. Ada juga sampai meminta-minta jadi gelandangan," tutur Yan.

Yan menolak ajakan rakannya. Dia memilih jalan lurus dibanding menjalani pekerjaan haram itu. Usai lebaran Yan kembali mendaftarkan diri untuk bekerja di Abu Dhabi.

Beruntung dia mendapatkan majikan baik tanpa harus melayani nafsu jahat  majikan lelakinya. "Banyak kok teman-teman lain begitu jadi pembantu sekaligus simpanan. Saya sendiri tidak mau."

(IH) 

Lihat sebelum ini..

Ebola Ciptaan AS Untuk Lenyapkan Kulit Hitam. -Louis Farrakhan

Tokoh muslim sebut ebola bikinan AS untuk lenyapkan kulit hitam Korban tewas penderita Ebola di jalan-jalan Guinea. dailymail.co.uk
... 2010 2 29 20 nation of islam minister louis farrakhan has written the


Louis Farrakhan pemimpin Nation of Islam memperingatkan umat dan pengikutnya soal virus Ebola. Dia menegaskan wabak itu dibuat oleh Amerika Syarikat agar penduduk dunia kulit hitam jumlahnya berkurang.

Laman breitbart.com melaporkan, Jumaat (3/10), dalam sebuah surat rasmi Farrakhan menuliskan dan menyinggung sejarah soal rencana Henry Alfred Kissinger juga melenyapkan orang kulit hitam. Kini rancangan itu dijalankan dengan penyebaran Ebola dan AIDS.

Farrakhan meyakini pada 1974 para pengikut Kissinger berkata pengurangan penduduk negara dunia ketiga menjadi keutamaan dasar luar negeri AS setelah sebelumnya kontroversi sebab menghalalkan pengguguran dengan keseimbangan jumlah penduduk. Amalan ini sempat dijalankan namun dihentikan pada 1980 di bawah pemerintahan bekas Presiden Ronald Reagan.

Dengan sokongan gereja Katolik Reagan berjaya menamatkan program pengguguran di persekitaran antarabangsa. Namun pemikiran dunia berbahaya jika kelebihan penduduk tetap menjadi pemikiran asas bagi Kissinger. Kerajaan Barat cuba mencari penyelesaian akan hal ini.

"Di masa depan akan ada perang antar bangsa dan Amerika tengah bersiap untuk itu," ujar Farrakhan. (IH/din)

Lacur Di Arab 3: Bermodus Kahwin Kontrak

http://medan.tribunnews.com/foto/berita/2011/7/4/kawin_kontrak.jpg
SELAIN bermodus sebagai tenaga kerja, pelacuran di Arab Saudi juga mempunyai taktik sama seperti berlaku di kawasan Puncak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. 'Kahwin kontrak' merupakan salah satu strategi baru pelacuran bagi para tenaga kerja Indonesia di negara itu.

Di Malaysia belum dengar lagi kisah begitu. Ketatnya peraturan di Saudi, dikatakan ada kaitan dengan hubungan intim bukan muhrim dan  hukum rejam sampai mati, yang tidak menyurutkan para pemburu lendir untuk bebas melakukan kegiatan haram tersebut. Apakah benar 'tidak menyurutkan' berbanding dengan negara  yang tidak ketat peraturanya, itu belum jelas lagi. Belum ada kajian mendetail lagi.
 

"Modusnya dengan kawin kontrak," kata Ujang, 30 tahun, pekerja asal Indonesia di Bandar Jeddah, Saudi, saat dihubungi melalui telefon mudah alih dengan mereka minggu lalu, dikutip dari beberapa media.

Ujang berkata banyak pekerja asing perempuan asal Indonesia melakukan kahwin kontrak di Saudi. Mereka berkahwin di bawah tangan dengan lelaki Pakistan atau Bengali. Balasan 10 ribu riyal sekali nikah. Perkahwinan itu hanya berlangsung sesuai kontrak antara sebulan hingga tiga bulan
 

"Nikahnya bawah tangan. Maharnya misalnya 10 ribu Riyal," ujarnya.  

Selain dengan cara itu, ada juga mod lain kahwin kontrak dengan cara digaji seribu Riyal tiap bulan. Sehabis kontrak, perkahwinan itu selesai. Nasir, warga Indonesia juga bekerja di Jeddah, mengiyakan pengakuan Ujang. Dia bilang biasanya TKW (Tenaga Kerja Indonesia) menjadi isteri kahwin kontrak dibayar seribu riyal per bulan.  

"Memang ada biasanya berpisah kerana dihantar pulang. Ya, kerana surat-suratnya tidak lengkap," tuturnya.

Jadi jangan terkejut bila para TKW pelacur itu pulang menggendong bayi atau menggandeng anak berparas rupa Timur Tengah. Padahal saat akan berangkatnya mereka sendiriSedangkan untuk pelacuran berkedok TKW asal Indonesia, Nasir berkata tarif berbeza-beza. Kadar ditentukan sesuai rundingan dengan 'bapa ayam'. Sekali main biasanya mulai 150 riyal hingga 250 riyal.

Namun pelacur TKW punya harga istimewa untuk pelanggan asal Indonesia. Tarif jauh lebih murah berbanding ketika melayani lelaki Pakistan, India, atau Bangladesh
 

"Harganya 70 riyal. Ada juga yang percuma kerana suka sama suka," kata Nasir.
Bersambung..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0HyaXCTXyvR76XZ6LWi_XE-VOjMsKn0FdpNmflhXjfXhrwZ1SnVGzyQZuOU68sDAyRSZDRFChDPnXbQl3rdsEUo0CZtiLTirltQ4RNfpYp8n7iywkPJzDwfNSQV-wHzEfMSjzqVQdQg/s1600/Kawin-Kontrak+(1).jpg
Gambar hiasan

Matilah Muslim. Kamu Jahat.. Ancaman Tulisan Di Dinding Masjid Ini..



Masjid komunitas warga Indonesia di Australia dirusak 
Masjid warga Indonesia di Australia jadi sasaran vandalisme. new.widmi.com

"Matilah muslim. Kamu jahat dan tidak menghormati kami," demikian tulisan di dinding Masjid komuniti warga Indonesia di Bandar Brisbane, Australia. 

Mereka  mendapat perlakuan vandal. Pelaku menuliskan mesej kasar dan mengancam membunuh muslim dengan cat semburan. Stesen televisyen ABC News melaporkan, Khamis (25/9), pemimpin komuniti muslim Indonesia dan pihak polis berwaspada pada vandalisme ini.   

Polis memulakan siasatan. Ini masjid kedua di wilayah Queensland dirosakkan dalam masa kurang dari seminggu. Presiden Komuniti Islam Indonesia di Queensland Hamid Mawardi mengatakan tiada bayangan siapa pelaku kemusnahan itu.
"Mungkin hanya kanak-kanak. Pelakunya jelas tidak paham dengan Islam dan mempunyai persepsi yang salah pada muslim," ujar Mawardi.

Mawardi sudah ada di Australia selama bertahun-tahun dan dia berdampingan damai dengan jiran warga AustraliaDalam kes ini polis Australia juga menerjunkan petugas muslim mereka agar dapat meningkatkan komunikasi dengan masyarakat. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails