Wednesday, November 19, 2014

Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63

Lihat sejarah PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Perlembagaan PAS

Filem: Muhammad Al Fatih Meninggal Digigit Vampire?

Sultan Al Fatih Meninggal Digigit Vampir?  Ini Fantasi Menyesatkan Barat
Dracula Untold Official Trailer

HALAMAN HIBURAN

FILEM 'Dracula Untold' kini sedang dimainkan di beberapa pawagam di Indonesia, sebelumnya Malaysia. Filem ini bercerita tentang Vlad Tepes (dilakonkan Luke Evans), seorang seorang kesatria yang sangat hebat namun dia harus menghadapi seorang sultan jahat yang mengancam seluruh orang di kampungnya.

Filem berkategori 'dark-fantasi-action-horror' ini mengambil setting abad ke-15 mengisahkan Vlad III (Dracula) yang sedang berkuasa di Transylvania kedatangan utusan dari Kesultanan Turki Utsmani yang dipimpin oleh Hamza Bey untuk menyerahkan 1,000 lelaki bagi dijadikan pasukan khas bagi Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad Al Fatih).

Kerana Vlad tidak ingin anak muda Transylvania dilatih seperti dirinya, menjadi mesin pembunuh, dia menolak permintaan itu. Kerana kekurangan jumlah pasukan Vlad menjual jiwanya pada Master Vampire yang akhirnya memberi kekuatan terlarang untuk menghancurkan pasukan Turki.

Akhirnya pertempuran antara Vlad dan Sultan Al Fatih, yang digambarkan dalam kisah ini sebagai sosok yang bengis. Vlad menjual jiwanya menjadi jahat agar boleh menang mengalahkan Al Fatih. Akhirnya, Vlad berjaya mengalahkan Mehmed dan membunuhnya dengan cara menghisap darahnya, cerita pun berakhir.

Memang ini hanya filem, namun sebaiknya umat Islam tidak perlu menonton. Selain, tidak mempunyai nilai ilmiah, filem ini juga hanya mencari rating penonton dengan mengelirukan sejarah sebenar. Ia sebuah penyelewengan. Kisah Sultan Muhammad Al Fatih meninggal digigit vampire ini adalah kisah asbun (asal bunyi).

Sekadar catatan, penerbit filem ini adalah Michael De Luca, selama ini, dia lebih dikenali sebagai penulis filem seram berbanding penulis sejarah. Lelaki berdarah Yahudi ini tidak pernah sedikit pun berpengalaman melakonkan filem-filem sains.

Beberapa filem seram yang pernah digarapnya antara lain Freddy s Dead: The Final Nightmare (horror komedi), Ghost Rider (filem Supranatural), dan Frigh Night (filem Vampire). Selain filem horror, lelaki berumur 49 tahun ini juga terlibat dalam filem mengenai kisah bintang pornografi Eddie Adams di tahun 1997.


Memang helah Hollywood untuk menaikkan jumlah penonton adalah merangka keghairahan. Misi filem ini jelas hanya tersebut. Mencari sebanyak-banyaknya pemasukan untuk balik modal. Dengan memunculkan nama Al Fatih, penerbit ingin mencari pasaran umat Islam, sebagai sasaran kewangan. Filem-filem seperti ini akan banyak ke depannya. Semoga umat Islam memahami pola-pola ini. 

Kisah sebenarnya, seperti diketahui umum, Sultan Muhammad Al Fatih adalah pahwalan Islam yang berjaya menakluki Konstantinopel. Panglima muda ini berkali-kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Kristian Eropah, namun selalu gagal. Al Fatih akhirnya meninggal dunia pada 3 Mei 1481.  
Beliau meninggal kerana penyakit radang. Selama masa-masa sakit, Al Fatih tidak pernah menghiraunya kerana kecintaannya. terhadap jihad. Sebagaimana Shalahuddin Al Ayyubi, Al Fatih adalah sosok pejuang Islam yang masih menyisahkan trauma panjang kepada Kristian dan Barat(IH/hid)

"rasanya macam nak 'buat' anak." -Shahrizat Gamatkan Sidang Di India.

Shahrizat gamatkan persidangan di India

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati anggota perwakilan satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang. 

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara lebih 10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 “Nehru’s Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment.” (Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan)  

Sebelum itu, anggta perwakilan kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau. 

"Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah... rasanya macam nak 'buat' anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya," katanya kepada pengerusi sesi itu, yang menyebabkan para anggota perwakilan ketawa. 

Dengan kata-kata pembuka bicara yang menarik itu, beliau meneruskan ucapannya: "Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat. Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal." 

Setelah anggota perwaklan kembali cergas, Shahrizat memperkatakan mengenai Jawaharlal Nehru, perdana menteri pertama India yang memberi sumbangan besar kepada dunia termasuk memperkasakan wanita. 

"Saya dapati Encik Nehru mahukan wanita supaya memainkan peranan mereka sebagai warganegara yang saksama dalam pembangunan negara. Tidak seperti di Barat, wanita di India mendapat hak untuk mengundi pada masa yang sama dengan lelaki.

   
"Sama juga bagi wanita Malaysia yang bertuah kerana Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman berkata 'Sebelum kita berjuang untuk kemerdekaan negara, kita mesti berjuang untuk kebebasan wanita kita'." Shahrizat berkata sesuai dengan semangat Nehru, wanita di Malaysia telah dapat menceburi pelbagai sektor.
"Wanita juga adalah rakan pintar bagi lelaki dalam membangunkan negara, seperti mana yang berlaku di India. Kami di Malaysia mengamalkan demokrasi inklusif yang memperkasakan terutamanya golongan muda dan wanita,"kata Shahrizat sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada anggota perwakilan wanita.
Naib Presiden Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi, turut memuji ucapan Shahrizat. "Saya lihat anggota perwakilan wanita memberi tepukan gemuruh. Saya berharap anda mendapat banyak sokongan dalam segala-galanya (yang anda lakukan). Jika mereka tidak (berikan sokongan), anda boleh datang ke sini," katanya dalam nada seloroh.
     
Pada akhir sesi itu, para anggota perwakilan bergilir-gilir memuji Shahrizat. Seorang anggota perwakilan berkata: "Ucapan anda menyegarkan... hilang rasa mengantuk kami."
Seorang lagi anggota perwakilan pula berkata: "Saya akan menjemput anda menghadiri perhimpunan pilihan raya saya yang akan datang."
- Bernama

Tuesday, November 18, 2014

Mengejutkan! Jatuh MH17 Konspirasi Israel -Profesor James Henry Fetzer

Pengamat politik Amerika sebut jatuhnya MH17 konspirasi Israel
Malaysia Airlines MH17. © Straitstimes.com
 
SEORANG pemerhati politik Amerika Syarikat membuat kenyataan mengejutkan. Dia mendakwa dalang di balik jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine ternyata bukan Rusia melainkan Israel.

Stesen televisyen Press TV melaporkan, Isnin (17/11), dalam sebuah wawancara, Profesor James Henry Fetzer mengatakan foto terbaru yang dilaporkan oleh pemerintahan Rusia memperlihatkan jet tentera Ukraine menyasarkan pesawat awam itu


"Semua kemungkinan boleh saja terjadi meski saya bilang itu mengada-ada sebab tak memperhatikan bukti-bukti kecil," ujar Fetzer.

Kenyataannya Fetzer mencari beberapa lubang bekas tembakan senapang yang menunjukkan pesawat itu dipukul dari dua lokasi berbeza.

Fakta lain pesawat ditumpangi Presiden Rusia Vladimir Putin melintas di kawasan itu setengah jam sebelum MH17. Nyatanya Putin baik-baik saja. Fetzer pun mengambil kemungkinan ketiga, yakni adanya konspirasi agar mengalihkan pandangan dunia daripada pencerobohan Israel ke Jalur Gaza.

Sekurang-kurangnya 2,139 orang awam Gaza tewas sebab pencerobohan tentera selama dua bulan yakni Julai dan Ogos. Ini mengakibatkan Negera Zionis itu mendapat kecaman sejagat.


Beberapa kakitangan penyiasat Belanda memeriksa serpihan pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo di Donetsk, timur Ukraine kelmarin. 

Fetzer juga mendapati fakta buatan yakni beberapa mayat penumpang sudah tidak segar. Mereka dijangka sudah mati sebelum ini.  

"Kenyataannya MH17 dan MH370 merupakan pesawat yang jenisnya sama. Ada pula laporan dari pemerhati Christopher Berlind asal Amerika, bahawa ada pesawat lain dikendalikan dari Israel. Ini tidak mengejutkan saya sama sekali," kata Fetzer.

Fetzer menambah konspirasi ini untuk mengalihkan perhatian awam dunia atas pencerobohan Israel membantai warga Gaza. (IH)

Presiden PAS Seorang Pengganas?


ADAKAH Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS seorang pengganas?

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan kenyataan, lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas.

Ianya selaras dengan undang-undang persekutuan negara itu tentang pembanterasan terorisme. Kesatuan Ulama Sedunia yang Abdul Hadi sebagai Naib Presiden juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Presidennya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Kesatuan Ulama Sedunia itu mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.

"Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.

Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Senarai ini juga merangkumi pelbagai agensi kemanusiaan, bantuan dan persatuan komuniti Muslim yang ada di dunia Arab dan Barat. (IH/islampos/reuters)

Amerika Ditawan Muslim, 3 Abad Sebelum Colombus -Tayyip Erdogan

Erdogan sebut benua Amerika ditemukan muslim, bukan Colombus
Recep Tayyip Erdogan. ©www.ibtimes.com

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan disebutkan memang merancang untuk membina kekuatan dan kebudayaan Islam kembali, bukan hanya di negaranya tetapi juga di pelbagai wilayah lain di dunia 
 
Benua Amerika ditawan pertama kali oleh muslim, 3 abad sebelum Christopher Colombus menjejakkan kaki di sana.

Semalam beliau menyatakan benua Amerika ditawan pertama kali oleh muslim, tiga abad sebelum Christopher Colombus menjejakkan kaki di sana. Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Ahad (16/11), menurut Erdogan muslim datang pada 1178 ke wilayah Amerika Latin, demikian hal itu disampaikannya pada Sidang Kemuncak (Sidang Kemuncak) Pemimpin Muslim Amerika Latin pada Festival Istanbul.  

"Pelaut muslim tiba di Abad 12. Malah Colombus menyebutkan dia mencari sebuah masjid di bukit pantai Cuba," ujar Erdogan.

 

Hal ini diketahui dari catatan harian Colombus dan dilaporkan pada artikel yang ditulis oleh ahli sejarah Youssed Mroueh. Colombus sendiri baru tiba di Amerika pada 1492 apabila mencari laluan maritim baru ke India. 

Berambisi pada mengembalikan kejayaan Islam di Amerika Latin, di lokasi yang sama nanti Turki bakal memberi bantuan pada Cuba untuk membina sebuah masjid yang indah. (IH)

Lihat sebelum ini..

Jangan Mimpi Israel Hadkan Penempatan Haram Yahudi -Lieberman.

AFP - BEBERAPA penduduk Palestin membakar tayar berhampiran tembok yang memisahkan bandar Abu Dis di Tebing Barat dengan Baitulmuqaddis semalam. 

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin bahawa Israel tidak akan berhenti membina kediaman untuk orang Yahudi di Baitulmuqaddis Timur di sini.

Kenyataannya menambahkan lagi kekecewaan Barat berhubung dasar pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin.

“Kami tidak akan me­netapkan sebarang had untuk membina penempatan Yahudi sini,” kata Lieberman pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier.

Sejak awal Oktober lalu, Israel mengumumkan untuk membina 4,300 buah rumah peneroka haram Yahudi di sini dan di Tebing Barat yang ditakluki Israel, sekali gus me­ningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestin.

Pengumuman mengenainya telah mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang melihat pendudukan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah dan menghalang proses damai Asia Barat. Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin merdeka yang me­rangkumi wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza.

Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005 tetapi terus mengenakan sekatan ke atas wilayah berkenaan. Rejim Zionis pula menganggap seluruh bandar ini sebagai ibu kota Yahudi dengan tuntutan tersebut tidak diktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, dianggarkan seramai 150,000 orang Yahudi tinggal di Baitulmuqaddis Timur.

“Jangan bermimpi kerajaan Israel akan menyerah dan mengehadkan pembinaan (penempatan haram Yahudi) di sini,” kata Lieberman.
“Kami bersedia untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan kami dan tidak akan ada sebarang kompromi,” tambahnya. – Reuters

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails