Sunday, January 25, 2015

Artis Dan Manusia Istidraj..


HALAMAN HIBURAN
MERUJUK kepada tulisan sebelum ini.. (Artis Ini 2 X Sebut Al-hamdulillah, Kepada Istidra... )
Seperti dijanjikan , maka di sini dihuraikan sikit maksud dan peranan istidraj di kalangan manusia.
Dengan rendah hati, tulisan ini tidak ditujukan kepada artis semta-mata, bahkan kepada semua golomgan, termasuk kepada penulis artikel ini sendiri.

Istidraj..

Ianya adalah pemberian nikmat Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda..
  • ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”  (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia derhaka dan sering berbuat maksiat terkeliru dengan pemikirannya. Mereka merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu dengan kenyataan 'kalau hendak dapat kebahagian dunia akhirat mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.'

Bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain... Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Masih ada yang susah juga. Kenapa?

Bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila ditanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku" katanya sombong.”

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah SAW bersabda:
  • “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun. Tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Bila sudah dapat nikmat bersayap, menjadi kelkatu, dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, mereka cuba hendak melawan Allah SWT pula.
72nd Golden Globe Award, 2015
Barisan pelakon Jane the Virgin Gina Rodriguez, Yael Grobglas, Ivonne Coll and Andrea Navedo sudah bersedia untuk Anugerah Golden Globe ke-72 (Gambar: EPA/PAUL BUCK)

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga.  Rasa angkuh dan besar diri, terus mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah, Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Istidraj. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah dikatakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan, mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat sebenarnya tentang nikmat yang diterima itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Tidak kira, walaupun dia itu artis dalam ertikata sebenarnya!

Amin. (IH) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Salman Raja Saudi Ke 7 Dekati Rakyat Dengan Twitter.

Raja Salman Abdulaziz

RIYADH: Raja Arab Saudi ketujuh yang menaiki tahta, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memilih untuk menggunakan media sosial, Twitter bagi lebih mendekati jutaan penduduk negara itu.

Sehingga Sabtu, pengikut Raja Salman meningkat kepada 1.3 juta kepada 1.5 juta, walaupun beliau sendiri tidak menjadi pengikut sesiapa pun menerusi laman Twitter. Sebelum ini, negara Timur Tengah itu dikatakan melarang penggunaan media sosial dan Internet dan ia ternyata berubah dengan kehadiran pemimpin baharunya.

Pada usia 79 tahun, adik kepada Raja Abdullah yang mangkat pada Jumaat itu turut mengubah handle Twitternya daripada @HRHPSalman kepada KingSalman dalam tempoh hanya beberapa jam selepas kemangkatan abangnya.

Beberapa catatan dalam bahasa Arab termasuk: "Semoga Tuhan merahmati roh Abdullah bin Abdul-Aziz dan melimpahkan rahmat kepada rakyat atas perpisahan ini" dan "Saya memohon agar Tuhan membantu saya dalam memberi khidmat kepada rakyat, merealisasikan impian dan melindungi negara, keselamatan serta kestabilan daripada kejahatan," demikian lapor NBC.

Menerusi ucapannya yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen kerajaan, Raja Salman berkata: "Kami akan meneruskan dasar yang digunapakai Arab Saudi selama ini."


Jika diteliti latar belakangnya, Raja baru Arab Saudi ini berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran terutama sejak jadi Gabenor Riyadh hampir 50 tahun. Salman, sudah mula memangku tugas Raja sejak setahun lalu iaitu selepas kesihatan Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud dilaporkan mula menyusut.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan sejak 2011 serta ketua tentera Arab Saudi ketika negara itu menyertai Amerika Syarikat (AS) dan negara Arab lain menjalankan serangan udara bagi mengekang penguasaan militan di Syria, tahun lalu. Salman juga diketahui umum mempunyai hubungan yang baik dan berpengaruh dalam kalangan suku kaumnya di Arab Saudi.

Dalam tempoh 48 tahun menjadi gabenor itu, beliau berjaya melakukan transformasi ke atas bandar terbabit dari sebuah bandar padang pasir terpencil menjadi wilayah sesak dengan bangunan pencakar langit, universiti serta pelbagai rantaian makanan segera Barat.

Salman juga dilihat berjuang dalam memenuhi kehendak rakyat negara itu dengan memperkenalkan pembinaan perumahan mampu miliki serta pengangkutan awam mencukupi untuk empat juta rakyatnya. Anak beliau kini turut memegang jawatan penting dalam negara itu.

Putera Abdulaziz adalah Timbalan Menteri Minyak; Putera Faisal, gabenor Madinah dan Putera Sultan, angkasawan Arab pertama serta ketua kepada pihak berkuasa pelancongan negara itu. Sebaik diisytiharkan sebagai pengganti abangnya yang mangkat, Raja Salman melantik anak saudaranya, Mohammed bin Nayef sebagai timbalan putera mahkota.

Ini bermaksud beliau bakal menjadi orang pertama dalam generasi itu untuk memerintah negara berkenaan satu hari nanti. Putera Mohammed, yang kekal sebagai Menteri Dalam Negeri, menurut pengisytiharan diraja yang disiarkan televisyen tempatan adalah pewaris berikutnya selepas Salman dan Putera Mahkota Muqrin. (IH)

Abby Terharu Dapat Lawat TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertambah baik jika dibandingkan pada awal beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Anak beliau, Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika ditemui Harakahdaily di HUSM pagi ini berkata keadaan kesihatan ayahnya menunjukkan peningkatan yang baik.

"Kesihatan Tok Guru menunjukkan peningkatan yang baik jika dibandingkan sebelum ini.
"Beliau boleh makan seperti biasa walaupun dalam kuantiti yang sedikit, malah beliau bernafas seperti biasa tanpa menggunakan alat bantuan penafasan," katanya.

Namun katanya, kanser prostat yang dihadapi Tuan Guru Nik Aziz berada pada tahap 4 dan memerlukan pemantauan daripada pihak hospital.

"Kadang kala beliau boleh berbual dan mengenali mereka yang datang melawat, cuma dalam keadaan sekarang beliau perlu berehat sepenuhnya.
"Kita doakan yang terbaik untuk ayahanda agar dikembalikan kesihatannya," sambung beliau lagi.

Sementara itu, bekas pelakon Abby Abadi yang turut mengunjungi Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau sebak ketika bersempatan melawat Tuan Guru Nik Aziz.

"Hari ini saya berkesempatan untuk melawat Tok Guru di HUSM, kemudian mendengar cerita daripada Nik Omar tentang keadaan Tok Guru - hampir menitis air mata terharu.
"Tak sampai 10 minit saya bertemu beliau kerana tidak mahu mengganggunya ketika itu, Tok Guru sempat mengangkat tangan apabila maklum akan kehadiran saya," katanya.

Menurut Abby lagi, walaupun sesekali Tok Guru memberi reaksi positif tetapi menurut anaknya, Nik Omar, ini merupakan keadaan yang agak tenat jika dibandingkan sebelum ini.

"Masuk ke dalam, meruntun hati apabila dapat melihat wajah Tok Guru, jelas beliau dalam keadaan tidak selesa seakan hendak tidur tetapi tidak lena.
"Saya harap agar kita semu mendoakan Tok Guru dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik," katanya lagi.

Abby yang turut mengucapkan terima kasih kepada Nik Omar dan keluarga kerana sudi memberi kebenaran kepadanya untuk melawat Tuan Guru Nik Aziz.

Harakahdaily akur dengan permintaan keluarga Tuan Guru Nik Aziz yang tidak membenar sesiapa melawat kecuali mendapat kebenaran keluarganya, namun tetap berpuas hati kerana masih dapat menatap wajah Tok Guru walaupun di sebalik pintu cermin. – HARAKAHDAILY 24/1/2015

Artis Ini 2 X Sebut Al-hamdulillah, Kepada Istidraj Allah SWT?

  Indah Ruhaila
HALAMAN HIBURAN 
PETALING JAYA: Kekeliruan penonton mengenai lampu candelier yang disangka jatuh ketika persembahan Indah Ruhaila menerusi lagu Percayalah di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada Ahad lalu hanyalah gimik pada saat-saat akhir.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, perkara tersebut merupakan perancangan pihak produksi bagi memberi kesan terhadap persembahan tersebut.

Lampu candelier terjatuh itu hanyalah gimik semata-mata, saya pun diberitahu oleh pihak produksi pada saat-saat akhir sebelum membuat persembahan kerana ketika sesi latihan tiada apa-apa berlaku.

"Nasib baik jugalah mereka beritahu, kalau tidak sudah tentu saya akan melatah kerana terkejut. Namun sepanjang persembahan itu saya tertunggu-tunggu bilalah lampu itu akan jatuh," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.



Lampu candelier yang jatuh ketika persembahan adalah gimik saat-saat akhir. Gambar: tonton.com.my

Bagaimanapun, Indah berkata, gimik tersebut tidak menjejaskan fokusnya ketika menyanyikan lagu Percayalah pada malam tersebut. Dalam pada itu, Indah bersyukur dapat memberikan persembahan yang memuaskan biarpun tidak memenangi sebarang kategori pada malam AJL29. Dia juga menjadikan pertandingan berprestij tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air.

"Alhamdulillah, biarpun tidak menang tetapi saya rasa puas kerana berpeluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air.
"AJL29 merupakan salah satu proses pembelajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang," ujarnya.

Ketika diminta mengulas tentang vokalnya pada malam tersebut diberi pujian oleh pihak juri, Indah menganggap ia sebagai sebuah penghargaan tinggi buat dirinya. Jelasnya, sebagai artis baharu dia membuat persiapan iaitu dengan mengambil kelas vokal sebulan sebelum pertandingan berlangsung.

"Saya terharu dan menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap artis baru macam saya. Namun saya akui ada mengambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi sebulan sebelum pertandingan.
"Alhamdulillah banyak bahagian dalam lagu tersebut yang saya ubah pada malam AJL29 lalu," katanya.
. Lampu Terjatuh Ketika Nyanyian Indah Ruhaila AJL29 | melvister.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 X artis itu sebut 'Al-hamdulillah'. Al-hamdulillah ertinya segala pujian hanya untuk Allah SWT. Sayangnya kalimah syukur itu disandarkan kepada kegiatan yang belum jelas 'kebersihan halal atau sah' kegiatannya dari sudut Islam, bahkan 'syubhat' dengan perkara haram. 
 
Artis wanita menyanyi di depan umum, bahkan terdedah 'aurat' pula. 'Al-hamdulillah' kepada 'istidraj' Allah SWT?  
 
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia, yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kalau ada kelapangan, akan dihuraikan 'istidraj' selanjutnya. Insya Allah.
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Kegilaan Gadis K-Pop, Bagaimana Penyelesaian.. Ikut K'tan?

Kumpulan Big Bang antara kumpulan K-Pop yang menjadi kegilaan ramai peminat di seluruh dunia.

HALAMAN HIBURAN 
SATU hakikat yang harus diterima, tindakan tiga gadis memeluk dan mencium anggota kumpulan B1A4 secara tak langsung telah mempromosi dan mengangkat lagi populariti K-Pop yang dibawa dari Korea Selatan ke negara ini.

Biarpun tindakan itu tidak putus-putus menerima kritikan dan kecaman  pelbagai pihak, ia sedikit pun tidak melunturkan minat dan kegilaan peminat hiburan genre ini di Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan gadis.

Nyata, fenomena virus merbahaya K-Pop yang pada mulanya melanda Korea itu telah merebak ke Malaysia, apa lagi bila disokong pemerintah yang mengaku 'negara Islam' atau agma rasminya agama Islam. Mari kita manfaatkan info mStar Online yang cuba menyelami pandangan dan perasaan peminat-peminat mereka yang ekstream.

Info 1:

Seorang peminat K-Pop yang hanya mahu dikenali sebagai Farah mengakui agak sukar untuk menyatakan dengan jelas mengapa K-Pop menjadi kegilaan ramai. Katanya, K-Pop mempunyai banyak cabang, bukan sekadar irama dan artisnya sahaja, tetapi merangkumi gaya hidup, tarian, fesyen, termasuklah kisah realiti hidup artisnya yang dirasakan menjadi salah satu faktor mengapa K-Pop dapat diterima ramai dan dekat dengan dengan peminat.

"K-Pop bukan semata-mata lelaki jambu. Hanya mereka yang minat K-Pop dan mengikuti perkembangannya sahaja yang dapat memahaminya dengan jelas.
"Ada yang fanatik K-Pop sebab lelakinya comel dan kacak, tapi saya lebih menjurus kepada muzik dan tariannya," katanya kepada mStar Online.
 
Meminati kumpulan Big Bang sejak awal kemunculannya, katanya bukan lagi rahsia adanya ramai peminat fanatik K-Pop di Malaysia, terutama yang berbangsa Melayu dan Cina. Beliau berpandangan, karektor dan kejujuran lelaki dari Korea, khususnya yang terlibat dengan K-Pop dalam berkarya dan menghargai peminatnya juga menyebabkan mereka mampu menawan hati peminat.

"Di kalangan peminat, mereka sering bertukar-tukar informasi atau perkembangan artis K-Pop sesama sendiri, berbincang tentangnya, malah ada juga yang berlumba-lumba mendapatkan perkembangan terkini artis kesayangan mereka itu," katanya.

Tidak terkecuali, ada yang menyimpan angan-angan untuk berkahwin dengan artis-artis kesayangan mereka. Tambahnya, adalah perkara biasa apabila peminat artis K-Pop mengikuti perkembangan artis kesayangannya setiap hari, dan beliau percaya di Malaysia, ia masih terkawal dan dilakukan sekadar 'suka-suka'.

"Saya tak pasti sama ada saya fanatik atau tak. Apa yang saya tahu, memang ramai peminat yang obses dengan K-Pop, mereka tahu serba-serbi, apa sahaja tentang artis-artis dan perkembangan K-Pop.
"Saya memang minat tapi masih realistik, tak sampai tahap berangan nak kahwin dengan lelaki K-Pop.
"Tapi ada ciri-ciri lelaki K-Pop termasuk dalam lelaki idaman saya iaitu yang nampak macam lelaki Cina dan yang comel-comel, dan saya berharap jodoh saya dengan lelaki yang ada ciri seperti itu," katanya.
 
Kerana minatnya itu juga, dia dan beberapa rakannya telah beberapa kali terbang ke Korea untuk bercuti dan jika ada rezeki, dapatlah mereka bertemu artis-artis yang diminati. Farah memberi pandangan, terbang ke Korea hanya kerana terpengaruh dengan K-Pop atau drama-drama Korea tidak boleh lagi dianggap sebagai kegilaan kerana terlalu ramai yang sudah berbuat demikian.
 
"Artis-artis di sana suka buka kafe, jadi kami lepak di situ selepas pergi ke pejabat pengurusan salah seorang artis K-Pop untuk beli cenderamata. Tak disangka-sangka salah seorang artis yang saya minat lalu di depan kami.
"Walaupun saya minat sangat dengannya, tapi pada waktu itu apa yang saya boleh lakukan hanya sekadar memandang wajahnya, saya terkejut dan terpegun, tak bergambar pun dengannya," katanya. 
 
Info 2 
 
Lain pula cerita Faiezan Salleh apabila mengakui kegilaannya terhadap artis K-Pop, tetapi bukan terhadap artis K-Pop lelaki kerana pada pandangannya tidak mempunyai ciri-ciri lelaki sejati. Sebaliknya, wanita berusia 30 tahun yang bertugas sebagai pakar sistem bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat di Bangsar ini obses terhadap kumpulan K-Pop yang anggotanya terdiri daripada gadis-gadis Korea yang menamakan kumpulan mereka sebagai Girls Generation.

Girls' Generation 
 
Beliau menyifatkan artis yang diminatinya ini sebagai comel dan gila-gila.
 
"Punyalah minat, kalau mereka bersin pun nampak comel. Suara penyanyi utamanya tersangatlah merdu.
"Setiap hari saya pasti akan tengok video mereka di YouTube dan dengar lagu-lagu mereka," katanya.
 
Katanya, seorang rakannya telah memperkenalkan kumpulan ini ketika dia bosan menunggu seseorang dan sejak itu dia 'jatuh cinta' dengan gelagat sembilan anggotanya dan lagu-lagu yang disampaikan.
 
"Mula-mula saya nampak mereka semua hampir sama, tapi bila sudah kenal, tengok kaki mereka pun saya sudah tahu siapa.
"Saya juga tahu tarikh lahir mereka, nama dan latar belakang keluarga mereka...apa yang mereka cakap di YouTube pun saya boleh hafal hampir kesemuanya," katanya yang turut mempunyai CD kumpulan ini.
 
Sudah beberapa kali berkunjung ke Korea, Faiezan bagaimanapun tidak berhasrat untuk bertemu dengan kumpulan yang diminatinya ini kerana beliau mempunyai alasannya sendiri.
 
"Saya tak mahu jumpa mereka sebab takut bila sudah jumpa, mereka sebenarnya sombong, tak seperti yang saya tengok dalam video.
"Mesti lepas jumpa nanti saya minat mereka 'gila-gila', lebih baik minat macam ni saja tak payah jumpa," katanya. 
 
Info 3 
 
Bagi pekerja bank yang hanya mahu dikenali sebagai Sha, tidak disangka-sangka, bermula daripada suka melihat gelagat lelaki-lelaki Korea akhirnya membawa kepada pertemuannya dengan kekasihnya yang berasal dari negara itu. 
 
Berusia 29 tahun, wanita yang berkerja di salah sebuah bank di ibu kota ini berkata, beliau sering mengimpikan seorang kekasih yang romantik dan kelakar seperti yang dilihat di internet atau televisyen dan kini impiannya sudah menjadi kenyataan.
 
"Itulah bezanya lelaki Korea dan lelaki Melayu.
"Saya pernah ada teman lelaki Melayu dan saya dapat katakan mereka (lelaki Korea) lebih lembut, romantik, kelakar dan berfikiran terbuka," katanya.
 
Sha berkenalan dengan teman lelakinya yang sedang bertugas sebagai akauntan di Singapura melalui media sosial dan mereka sering bertemu.
 
"Kami masih mengenali hati budi dan setakat ini saya senang dengannya.
"Wajahnya, bagi saya 'boleh tahan' sebab saya memang suka tengok lelaki Korea dan dia sangat menghormati perempuan, itu yang paling utama sebenarnya, bukan sebab dia lelaki K-Pop atau sebagainya," katanya.
 
Malahan, buat pertama kali, beliau akan pergi ke Korea bersama teman lelakinya itu pada cuti Tahun Baru Cina tahun ini. 
 
Begitu antara kegilaan gadis-gadis Malaysia termasuk yang beragama Islam kepada K-Pop.

Girls' Generation has Chinese-speaking members who have helped the group become even more popular in China.
PM Hj Najib Gembira Dengan K-Pop Hari Belia
 
Penyelesaian
 
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membuat pusingan U apabila memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap kepada tiga remaja bertudung yang terbabit dalam kontroversi konsert K-Pop baru-baru ini.
 
Namun apa yang lebih membimbangkan, jika kontroversi yang berlaku sebelum ini berulang pada satu lagi persembahan luar negara membabitkan artis K-Pop, Taeyang yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 Februari depan. 

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, tindakan itu disifatkan memalukan apabila Jawi mengubah keputusan atau pendirian yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka sebagai salah sebuah agensi awam yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama di sini.

Kebimbangan terhadap insiden yang sama mungkin berlaku pada konsert Taeyang turut disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Nor sekiranya tiada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa. Beliau menyarankan pihak berkuasa dan penganjur perlu bersama-sama melakukan perbincangan dalam mencari penyelesaikan yang baik dari segi garis panduan.

Katanya, agensi yang meluluskan penganjuran konsert iaitu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil kira garis panduan hiburan dalam Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Atau cuba lihat bagaimana kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya. (IH).

Video:

Sekitar Juara Lagu AJL29: Yang Pelik Yang Jelik...

HALAMAN HIBURAN 

SEBUAH blog melaporkan..
"korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi? Kalau tak, nah baca ni :
Qu Puteh Overshadow AJL29

Kalau korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’.
Ya, kami tahu Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial. Tak percaya? Tengok ni.

‘Topi’ Aluminium Alyah
Ni lagi satu. Kami tak salahkan pereka fesyen, tetapi adakah Alyah sendiri dah habis fikir ketika membuat keputusan untuk mengenakan topi aluminium ni? Kami rasa, Alyah boleh tampil dengan imej yang lagi menarik kerana lagu yang dibawakan pun amatlah meruntun jiwa. Bila topi jadi perhatian, hilang terus fokus kami!
Stacy & Orang Kampung

Baju dah cantik dan fresh dah. Rasa macam nak makan je donut kat skirt tu. Tapi, yang jeliknya, kami tertanya-tanya mengapa Stacy bawa ‘satu kampung’ dalam persembahannya. Bukan apa, kalau Anugerah Juara Lagu dulu-dulu, yang bawa satu kampung ke pentas biasanya Noraniza Idris je.

Chandelier Berderai
Perasaan kagum mendengar vokal mantap Indah Ruhaila ketika mendendangkan lagi ‘Percayalah’ terhenti apabila kami dikejutkan dengan insiden lampu jatuh. Fuh! Just nice je timing dengan suara Indah. Tapi, bila kami tengok balik di tonton, rasa macam lampu t sengaja dijatuhkan. Gimik persembahan mungkin.


Sam Bunkface Atau Aweera Yang Perform?

Terkejut juga kami bila lihat persembahan Bunkface. Mula-mula ingatkan Aweera yang perform. Eh! Takkanlah Aweera merajuk sampai nak join Bunkface kan? Tapi, serius kami terpandang-pandang bayang Aweera apabila terpandang rambut Sam. Hehe."

Demikian dari  http://kalamungu.blogspot.com. Dikatakan ada '5 Perkara Yang Jelik & Pelik Sekitar Juara Lagu (AJL29)'.
Penyanyi, Stacy membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Gilalah semasa Anugerah Juara Lagu ke-29 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2015. Foto : FAREEZ FADZIL
Apa dia yang pelik dan jelik itu?  Yang tadi, itu la..

Sebenarnya semuanya jelik, najis, busuk, kerana kegiatan mereka melanggar hukum dan perintah agama yang suci. Yang peliknya ialah dalam negara yang mengaku Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Malaysia), kerajaannya menggalakkan pergaulan bebas, dedah aurat dan aktiviti-aktiviti lagha seperti di atas. Seolah-olah kerajaan sendiri ingin menjauhkan Islam dari penganutnya di negara ini.
(IH)
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
 E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Ustazah UMNO Cium Tangan Bukan Muhrim, Ini Jawabnya..


BEBERAPA ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter.
Ustazah seksi?

Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh. Ramai yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga yang diharamkan dalam Islam.

Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya.. Begitu lama jawapan dari Ustazah UMNO itu dinantikan, akhirnya beliau menjawab juga dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" Sinar Harian.

Beliau menjawab satu soalan yang mempersoalkan "Apakah hukumnya Muslimah bersalam dan mencium tangan bukan muhrimnya?".

Antara jawapan Ustazah UMNO itu ialah "Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram"

Itu jawapan Mashitah.. seorang Ustazah UMNO..

Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram..

Itulah.. kerana wang, pangkat dan kuasa.. pemimpin UMNO akan berusaha untuk menghalalkan apa saja perbuatan mereka.. hatta ianya telah termaktub dalam hukum Allah sekalipun... 

Video: Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram - UAI
 (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails