Monday, January 26, 2015

Tarik Balik Cadangan Merotan Dijadikan Kesalahan Jenayah.

KL: Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 disaran ditarik balik kerana dibimbangi melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak menghormati ibu bapa.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden.

Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah).

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Khairul Anwar turut berkongsi maklumat bahawa beberapa pihak di Sweden mendakwa undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden dimanipulasi untuk mengaut keuntungan apabila wujudnya 'industri anak angkat' di negara itu.

Beliau berkata pemberi maklumat dan ibu bapa angkat di negara itu diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan bagi seorang anak angkat yang dijaga.

Tambahnya, merotan anak-anak adalah diharuskan oleh Islam bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad saw.

Senada dengan Khairul Anuar, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci, merangkumi pelbagai aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik anak dengan cara tersendiri kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka," katanya.

Mas Ermieyati berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan termasuk penderaan mental terhadap kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berkongsi pendapat sama berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Saya harap pihak kementerian (KPWKM) mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar berkenaan sebelum keputusan dibuat.

"Jabatan Peguam Negara juga perlu mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap undang-undang yang akan dilakukan," katanya.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyokong cadangan itu kerana perbuatan merotan hanya akan menyebabkan anak-anak dilanda kemurungan dan memberontak. Katanya, hukuman merotan sudah tidak relevan pada masa sekarang.

Sementara itu, Pemuda Umno Johor menggesa kerajaan supaya memperhalusi semula rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang mencadangkan supaya merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, merotan anak perlu dibezakan antara memukul untuk mendidik dengan memukul yang membawa kemudaratan kepada kanak-kanak.

Katanya, walaupun terikat dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), kerajaan seharusnya terlebih dahulu merujuk kepada budaya masyarakat Malaysia, serta mengutamakan agama Islam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan itu.
(IH/astroawani.com)

Ini Taman Seks, Di M'sia Siapa Suka Begini?

Taiwan bakal bikin taman bertema seks
Taman bertema seks di Taiwan. © foxnews.com
JOM KREATIF

PEJABAT pelancongan Taiwan punya idea kreatif baru buat mendatangkan banyak pelancong. Mereka akan membina sebuah taman bertema seks dengan nama Romantic Boulevard di tanah sepanjang 59 kilometer di pesisir pantai.  

Taman itu nantinya akan berbentuk hati, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Fox News, Rabu (21/1). Taman itu juga akan dilengkapi dengan pelbagai patung manusia dan binatang yang sedang memperagakan pelbagai gaya bercinta.

"Kami ingin pelancong jatuh cinta kepada Taiwan dan merasakan jatuh cinta ketika berada di Taiwan," kata Timbalan Pengarah Pantai Pesisir Barat Daya Nasional Shih Chao-hui.

Taman bertema seks sebelum ini ada di Jeju Loveland, Korea Selatan yang dibuka untuk umum pada 2004. Meski belum jadi, kawasan taman ini juga cukup indah dan sudah dikunjungi pelancong dan ada yang sudah mengadakan foto pranikah di sana.
 

Shih berkata sebanyak 220 ribu orang melawat kawasan itu pada awal bulan ini. Namun beberapa kalangan, termasuk Biro Pelancongan Taiwan menilai, taman semacam itu justru akan membuat nama Taiwan menjadi buruk di mata antarabangsa.

Shih mengaku dia sudah menerima banyak surat elektronik yang menanyakan bila taman itu akan dibuka untuk umum.

"Kita berada di bidang perniagaan pelancongan, bukan pendidikan atau agama. Jadi pertanyaannya adalah apakah taman ini akan menggerakkan ekonomi, jawapannya ya," jelas Shih.
 

Apakah di Malaysia ada yang suka taman begini? Tentu ada, kerana ramai di Malaysia ahli-ahli bisnes yang 'kerana fulus semua lulus'! Kerana duit sudah tidak peduli halal-haram lagi, termasuk kerajaan..
(IH) 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Sunday, January 25, 2015

Al-hamdulillah, Nik Aziz Baik, Sebelumnya Berbahasa Urdu Dengan...

Nik Aziz grafik
KL:  25 JAN: Keadaan kesihatan Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan baik dan lebih selesa berehat, berbanding kelmarin. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, doktor meminta ahli keluarga mengurangkan lawatan tetamu untuk memberikan keselesaan kepada ayahnya.

Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya masih memerlukan sokongan saluran pernafasan dan akan menjadi lemah jika tidak menggunakan alat terbabit.

“Harapan kami sekeluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat keistimewaan . Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami Insya Allah.
“Terima kasih dan mari berdoa untuk ayahanda kami dan anda juga,” katanya melalui akaun facebook, malam tadi.

Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan masih mampu bercakap Urdu sewaktu menerima kunjungan dua ulama.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bersama Maulana Zubair dan Maulana Zuhair yang juga anak kepada ulama terkenal Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi mengunjunginya dua hari lalu.
(IH)

Presiden PAS Duduk Bersebelahan Presiden PasMa .. Syabas!

SYABAS kepada Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawaw!

Ini kerana beliau menganjurkan majlis pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan beliau Presiden PasMa, di Kuala Kedah semalam.

Mungkin ini mengejutkan pelbagai pihak kerana PAS sebelum ini membuat keputusan, semua pimpinan parti itu tidak boleh menyertai sebarang majlis anjuran PasMa. Namun Phahrolrazi berharap pertemuan semlam memberi satu harapan baik agar kedua-dua pihak dapat berbaik selepas ini.

"PasMa tidak ada sebarang perasaan permusuhan terhadap PAS kerana kita NGO yang menyokong Pakatan Rakyat," kata Phahrolrazi.

Abdul Hadi bersama anggota Dewan Harian PAS, termasuk Naib Presiden Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah  di Kuala Kedah.

Mereka menyertai Majlis Jamuan Rakyat di mana PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpin Phahrolrazi merupakan tuan rumahnya sempena lawatan mereka ke Kedah. Majlis jamuan rakyat itu diadakan di Markas PAS MTD Anak Bukit di Alor Piai, Kuala Kedah dan disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Abdul Hadi dilihat duduk di sebelah Phahrolrazi ketika majlis jamuan rakyat itu dan mereka dilihat berbual mesra.

"Kami berbual biasa sahaja, tidak sentuh hal politik," kata Phahrolrazi yang menolak adanya sebarang perbincangan antara mereka.

PasMa yang mengadakan pertemuan buat pertama kali pada 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan, kononnya dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR yang kini agak renggang. Bermula dengan Majlis Syura Ulama yang menasihatkan ahli PAS menjauhkan diri dari PasMa, mesyuarat AJK Pusat November lepas juga membuat keputusan sama.

Namun selepas pertemuan semalam, Phahrolrazi berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan utama PAS bagi membincangkan hubungan antara mereka, kerana beliau sendiri masih ahli dan pemimpin parti itu.

"Pertemuan hari ini mungkin satu permulaan yang baik. Kita harap dapat mengadakan perbincangan dengan pimpinan utama pusat selepas ini," kata Phahrolrazi.

Sebelum ini beliau pernah mengadakan perbincangan dengan wakil PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Idris Ahmad dalam satu majlis. Phahrolrazi merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, dan YDP PAS Kawasan Kuala Kedah  yang sudah sepatutnya diberi tugas dan jawatan di dalam Perhubungan PAS negeri Kedah selepas pemergian Ketua Perhubungannya yang lalu.

Syabas, saudara Phahrolrazi!
Dari IBNU HASYIM 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Penentangan A/Hadi Timbal Balas DAP Tolak Hudud?

 
MP PAS: Teliti dulu kebimbangan Hadi
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka. Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.

"Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik.

"Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum.
"Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.

Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut.

"Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.

Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

"Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya. (MK)

Rotan Anak Jadi Kesalahan Besar, Bagaimana Hukum Dalam Islam?











ROHANI (empat dari kanan) beramah mesra dengan ahli-ahli Perwani di Galeri Shah Alam, Selangor semalam. 

SHAH ALAM – Merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar daripada rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merotan kanak-kanak, simak balik bagaimana hukum dalam Islam? Wajarkah orang Islam mengambil ajaran agama lain, sedangkan ajarannya dan cara pendidikan sendiri ada?

Rakyat Bantah Jokowi Lantik Ketua Polis Didakwa Perasuah..

Usai dibebaskan, Bambang menemui para pegiat antikorupsi yang masih bertahan di Gedung KPK. 
Usai dibebaskan, Bambang menemui para pegiat antikorupsi yang masih bertahan di Gedung KPK.
Setelah dibebaskan, Bambang menemui para pegiat antikorupsi yang masih berlangsung di Gedung KPK.

JAKARTA: Rakyat Indonesia, membantah Presiden Indonesia Jokowi yang melantik Ketua Polis yang didakwa Perasuah.. Hal ini berikutan pihak polis Indonesia membebaskan Timbalan Ketua Suruhanjaya Membasmi Rasuah (KPK), Bambang Widjojanto semalam, iaitu sehari selepas beliau ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu kes keterangan palsu di mahkamah.

Penahanan Bambang yang diyakini ramai atas suatu tuduhan palsu itu menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia terutama pengguna laman sosial yang menuntut beliau segera dibebaskan. Kelmarin, beratus-ratus orang berhimpun sepanjang malam di luar ibu pejabat KPK di tengah Jakarta bagi memberikan sokongan kepada agensi antirasuah berkenaan.

Penangkapan Bambang dilakukan seminggu selepas agensi itu mengumumkan siasatan terhadap Budi Gunawan yang dicalonkan sebagai Ketua Polis Indonesia yang baharu kerana disyaki terbabit menerima rasuah daripada sebuah syarikat swasta sebanyak 57 bilion rupiah (RM16.2 juta) sekitar tahun 2005 hingga 2006.

“Kita perlu perkukuhkan kesatuan dan perpaduan untuk berdepan dengan tekanan terhadap mereka yang cuba merosakkan imej KPK,” kata Bambang kepada para penyokongnya sebaik sahaja dibebaskan pada awal pagi semalam.

Bambang ditahan kerana didakwa memaksa saksi-saksi ketika perbicaraan pertikaian pilihan raya pada 2010 iaitu semasa beliau bekerja sebagai peguam bela. Penangkapannya itu telah menimbulkan spekulasi mengenai wujud persengketaan antara dua badan penguat kuasa di Indonesia. Pihak polis dalam pada itu berkata, Bambang akan disoal siasat semula pada Isnin ini.
Aksi save KPK, mahasiswa Malang minta Jokowi tak jadi petugas partai
Aksi save KPK di Malang.
Polis turut menafikan tindakan berkenaan sebagai balas dendam terhadap agensi antirasuah selain menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti baharu untuk mendakwa beliau. Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menamakan Budi sebagai Ketua Polis pada bulan lalu telah menangguhkan pelantikan tersebut berikutan siasatan oleh KPK.

Pelantikan itu turut dipersoalkan oleh banyak pihak kerana Jokowi menjanjikan bahawa usaha membasmi rasuah menjadi agenda utamanya semasa kempen pilihan raya Presiden. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails