Monday, February 09, 2015

Anwar Antara Penjara Dan Bebas, Tunggu Esok..



"PAS kena tambah lif, satu tak cukup…lambat sangat. Nanti kita nak datang mesyuarat di sini lagi.
"Mesyuarat akan datang saya harap PAS dah ada lif baharu,” seloroh Anwar.

Penantian 7 tahun bagi Mohd Saiful Bukhari Azlan juga berhubung dakwaan diliwat bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir esok. Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dilihat lebih memberi kesan kepada Anwar selaku figura politik pembangkang khususnya mengenai masa depan gabungan pakatan pembangkang

Persoalannya, masihkah ada ruang untuk Anwar menghadiri meysuarat Pakatan Rakyat yang seterusnya selepas 10 Februari ini seperti disebutnya di atas?

Bagi Ketua Pembangkang itu sendiri, tarikh 10 Februari sekali lagi bakal menjadi tarikh keramat baginya iaitu sama ada beliau akan meringkuk di dalam penjara atau kekal bertakhta di ‘istana Segambut’ miliknya. Andai kata Anwar terpaksa meringkuk di penjara, keputusan itu tentunya secara langsung akan mengubah iklim politik di Malaysia lebih-lebih lagi mengenai hala tuju PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Namun bagi Anwar, berdasarkan lenggok bahasa badan, ekspresi muka serta ‘mood’ yang ditunjukkan ketika berhadapan puluhan wakil media pada Ahad, beliau kelihatan tenang.


Tanpa berkerut dahi, Anwar sempat bergurau dengan pihak media yang terpaksa menunggu lama kehadiran pimpinan pakatan pembangkang untuk menyertai sidang media di lobi Pejabat Agung PAS.

Sebelum ini Anwar pernah menyuarakan keyakinan bahawa beliau akan dibebaskan berdasarkan kepada perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya.

Sejak dibebaskan pada 2004 iaitu selepas menjalani hukuman penjara hampir enam tahun kerana didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah, Anwar berperanan sebagai ejen penyatu di antara parti pembangkang. Justeru tidak mustahil pakatan yang dibentuk tanpa ikatan yang sah itu bakal berhadapan krisis besar khususnya membabitkan calon pengganti Anwar untuk mengetuai Pakatan Rakyat.

Hingga ke saat ini, pakatan pembangkang masih belum menamakan calon pengganti Anwar sekiranya nasib tidak berpihak kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa pakatan pembangkang akan terus kekal sebagai entiti politik pembangkang yang kuat walaupun tanpa Anwar.

Menurutnya, jalinan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat bukan dibentuk atas dasar individu khususnya Anwar.

Anwar, 67, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati dia bersalah atas tuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang ahli parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Antara dipenjara dan bebas, sama-sama kita tunggu esok. (IH)

Ini Bukti Whatsapp Dr Hatta Nak Guling Presiden PAS?

Kata Weblog Addin..
Harap mereka yang terlibat bertaubat kerana tuduhan tersebut terlalu berat dan tanpa bukti kukuh. Mujurlah Dr. Hatta tidak bertindak untuk saman fitnah.. tidak sia-sia je. 
Berikutlah adalah printscreen whatsapp yang kononnya dijadikan bukti oleh mereka..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Bongkar Campur Tangan CIA Di Pemerintahan Jokowi.

Menelanjangi Campur Tangan CIA di Pemerintahan Jokowi

Jakarta: Siapa bilang kerajaan Indonesia tidak lenggang kangkung tanpa dirusuhi agensi perisikan Amerika Syarikat (CIA). Agen AS itu sudah meletakkan beberapa agen di istana mahupun di kerajaan Joko Widodo (Jokowi).

"Agen CIA sudah ada di Istana mahupun pemerintahan Jokowi. Mereka orang Indonesia tetapi memberikan laporan-laporan rahsia negara ke AS, "kata pemerhati perisikan, Umar Abduh, seperti dikutip lasdipo.com dari perisikan Sabtu (7/5).

Umar Abduh mengatakan agen CIA itu diletakkan di pos strategik di Istana. "Bidang pertahanan, luar negeri, ekonomi, keselamatan, pertahanan, undang-undang, maklumat sudah ada agen CIA-nya," jelas Umar.

Umar melanjutkan, Jokowi sengaja meletakkan agen CIA itu di kedudukan strategik.

"Jokowi itu bukan untuk menjaga NKRI tetapi menjualnya kepada asing. Lanjutan Freeport menjadi bukti. Itu bahagian kerja CIA di Rejim Jokowi, "papar Umar.

Kata Umar, Jokowi yang sengaja meletakkan agen CIA itu bererti telah mengkhianati bangsa dan negara.

"Pihak DPR boleh meminta pertanggungjawaban," tegas Umar.

Selain itu, ia berkata, agen CIA akan menjalankan operasi antiterorisme di Indonesia.

"Operator di Indonesia sudah dijalankan, dan CIA sedang menyiapkan operasi dengan memunculkan keganasan baru," pungkas Umar.

Di mata para pemerhati nampaknya Jokowi mempunyai jabatan baru selain presiden, iaitu agen asing dan petugas parti. Hadehh ... (lasdipo.com)

Isu K/P PAS Kuantan: Siasaat Kebenarannya.



PENDEDAHAN KETUA PEMUDA PAS KUANTAN: KENAPA TIADA SAMBUTAN?
February 6, 2015 - Analisis Isu, BERITA PANAS  

Oleh Facebook Huzir Sulaiman 

ANALISIS ISU. Pendedahan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim mengejutkan banyak pihak berkaitan isu dalaman PAS yang melanda hebat parti itu hari ini. Fadhli Ibrahim yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, bukanlah calang calang kepimpinan di peringkat kepimpinan PAS Pahang, Namun pendedahan yang dibuat beliau seakan akan tidak menjadi ribut. Apakah yang berlaku dalam PAS?

Jika diteliti beberapa isu dalam PAS, sebarang pendedahan oleh pemimpin, pasti akan mendapat liputan meluas dalam media, terutama yang berkaitan dengan Batang tubuh Presiden PAS iaitu TG Haji Abdul Hadi Awang. Kalau dulu, isu Unity Government mendapat perhatian 10 Ahli parlimen PAS untuk menafikan idea besar Presiden PAS tersebut.

Namun, pendedahan yang dibuat Ketua Pemuda PAS Kuantan ini dibiarkan senyap seolah olah tiada apa apa. Susulan pendedahan Ustaz Fadhli Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda Kuantan , Ustaz Sharuddin Mohamed turut juga mengemukakan pendedahan yang hampir serupa. Malah, turut menarik perhatian AJK Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Aiman Shamsul Bahrin yang mendesak pendedahan ini disiasat segera oleh pihak atasan PAS.

Desakan desakan ada tangan ghaib yang mencatur rancangan gelap di belakang Presiden PAS ini timbul setelah NGO PASMA yang diketuai oleh YB Pangkalan Kundur, Ir Pahrolrazi Nawawi tidak ditangani dengan sebaik baiknya. Malah lebih menambah luka dan pertembungan sengit dalaman PAS.

Tanda tanda pertembungan ini juga boleh dilihat dalam aksi pasca banjir di Kelantan, bila masing masing pimpinan ada yang tidak bergerak melalui Negeri Pimpinan PAS, sebaliknya menonjolkan melalui NGO yang menimbulkan banyak kesangsian kepada rata rata pemerhati awam dan politik semasa.

Yang terbaru mendesak isu yang didedahkan oleh KP PAS Kuantan ini adalah blogger anak sengat, yang juga pimpinan PAS pemuda di peringkat Negeri Perak. Beliau mendesak agar isu ini disiasat kebenarannya oleh AJK PAS Pusat bagi memastikan ada tindakan yang boleh dikenakan kepada ustaz Fadhli Ibrahim jika didapati memfitnah atau sebaliknya.

Ramai masih menunggu nunggu dan tertanya tanya kepada AJK PAS, kenapa isu ini tidak dilayan sebaik isu PASMA, sehingga memaksa Ahli Syura dan Naib Presiden PAS sendiri bersemuka untuk mendapatkan penjelasan. Adakah pendedahan ini Benar sehingga ditakuti sebahagian AJK PAS Pusat?

Bukti: Geng Hawaii Five O Mahu Singkir A/Hadi dan Ulama... -Agendadaily.

Bukan rahsia lagi wujud kumpulan dalam jawatankuasa PAS Pusat dikenali sebagai Anwarinas – yang dikatakan penyokong tegar kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka dipercayai separuh dalam kepimpinan PAS Pusat dan kerap mengeluarkan kenyataan yang dilihat bertentangan dengan pemimpin golongan ulama serta lebih menyokong PKR dan DAP.

Al-kisahnya dikatakan ada gerakan menyingkirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden pada muktamar PAS akan datang "dengan cara terhormat" apabila cuba menawarkan jawatan Mursyidul Am kepadanya.

Tidak tahan lagi dengan komplot itu, Ahad, Pemuda PAS Kuantan mendedahkan komplot terancang sekumpulan pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Presiden PAS itu dan golongan ulama.
Mereka mengadakan demo aman di depan ibupejabat PAS semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS dan yang kemudian diikuti oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot tersebut dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Hadi seperti boneka.

“Kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini supaya meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar di situ.

Kumpulan seramai kira-kira 80 orang itu membawa plakad ‘Hatta Ramli Wajib Letak Jawatan’ – dipercayai merujuk kepada mereka yang berkomplot bagi tujuan menjatuhkan Hadi. Dr Hatta adalah Pengerusi Pilihanraya PAS Pusat serta ahli parlimen Kuala Krai.

Lampiran Bukti

Beliau yang dihubungi kemudian enggan mengulas dakwaan berkenaan. Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, perbincangan antara anggota kumpulan.

Dalam lampiran akuan berkanun itu menyatakan ada individu yang mempunyai akses kepada Kumpulan WhatApp yang bernama ‘LAWAN AMNO Media Baru PGS’ yang kemudiannya ditukar ‘Hawaii Five-O’.

Kenyataan akuan berkanun itu menyatakan kumpulan WhatsApp itu dipercayai dianggotai Hatta Ramli yang menggunakan nombor 019 339 8659.

Turut sama menganggotai kumpulan Whatsapp tersebut adalah Aiman Athirah Aljundi, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanun yang sama.

Dalam kenyataan akuan berkanun itu juga menyatakan Aiman memburukkan Presiden PAS dan kepimpinan Ulama dengan bertindak sebagai perancang di belakang Hatta dalam kumpulan WhatsApp itu.Oleh NUR ASLINDA NASIR - 8/2/2015 (agendadaily)

S'gor Baru Nak Teliti Larangan Arak. Lembab..


Selangor teliti pandangan menyeluruh larangan penjualan arak  
SHAH ALAM: Selangor akan meneliti pandangan rakyat secara keseluruhan berhubung larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam bagi mengelakkan isu terbabit disensasikan dengan sentimen kaum dan agama. 

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, sensitiviti masyarakat Islam dan bukan Islam perlu dihormati bagi memastikan segala isu berbangkit dapat diselesaikan secara harmoni.

"Saya tidak mahu mentadbir sebuah negeri yang berasaskan sentimen kaum dan agama kerana kita tidak boleh ke hadapan.
“Yang penting tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah menjaga keharmonian dalam masyarakat yang rencam di Selangor,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua Kampung Tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Terdahulu, semua negeri disarankan mencontohi Melaka yang akan menguatkuasakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka mengikut taburan populasi masyarakat setempat.

Bagaimanapun, dasar yang diambil Kerajaan Melaka itu pernah dilakukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada 2009 berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.(-NFN-)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada sensitiviti ke atas masyarakat Islam, tiada memikirkan ibadat orang Islam seolah-olah negara ini bukan negara umat Islam. Pemimpin yang lembab bertindak..

Rasuah Arak 3 Wanita Bogel, 28 Banduan Terlepas.



SERAMAI 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga wanita yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis berjaya 'menggoda' tiga warden penjara, menurut satu laporan.

Polis menemui ketiga-tiga warden penjara berkenaan dalam keadaan berbogel dan digari di dalam penjara awam Nova Mutum, dekat Cuiaba, tengah Brazil pada waktu pagi selepas insiden banduan melarikan diri itu.

Menurut penyiasat, ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan memberikan minuman keras yang telah diletakkan dadah di dalamnya kepada warden penjara dan memperdayakan mereka untuk menyertai satu 'pesta liar'.

Sekumpulan banduan melarikan diri menggunakan pintu utama, malah sempat mengambil senjata dari tempat persembunyian di penjara tersebut. Polis kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi pakaian dalam wanita dan pakaian seragam polis yang digunakan wanita sebagai fantasi untuk melakukan hubungan seks, dipercayai telah dipakai oleh ketiga-tiga wanita berkenaan bagi menggoda warden penjara.

Menurut polis, ketiga-tiga wanita tersebut, di mana salah seorangnya dilaporkan merupakan teman wanita kepada salah seorang banduan yang melarikan diri, tiba di penjara itu pada pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan dan meminta kebenaran untuk berada di dalam kawasan penjara untuk berbual dan minum.

Warden penjara itu dilaporkan memenuhi permintaan itu dan kemudiannya diperdayakan untuk meninggalkan tempat bertugas bagi menemani wanita tersebut ke kuartes kakitangan. Menurut ketua polis, Angelina de Andrades Ferreira, kesemua warden penjara itu kemudiannya diberikan dadah sebelum tangan mereka digari.

Tambahnya, ketiga-tiga wanita itu kemudiannya mengambil kunci dan membuka semua sel penjara, menyebabkan sekumpalan banduan berjaya melarikan diri. Bercakap pada sidang media, beliau berkata: "Rancangan mereka adalah untuk menggoda warden penjara dengan memberikan minuman yang mengandungi dadah supaya mereka khayal. Kemudiannya membuka pintu utama yang menghubungkan sel penjara di bahagian dalam.

"Mereka yang melarikan diri melalui pintu hadapan.
"Kesemua warden yang khayal tidak dapat mengingati apa-apa. Seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan pening kepala dan cuba untuk bangun. Seorang lagi tidur sepanjang waktu petang sehingga tidak dapat disoal siasat.

Polis kini sedang memburu kesemua 28 banduan yang melarikan diri menerusi satu operasi mencari secara besar-besaran. Polis berkata, seorang banduan ditemui berjalan-jalan dengan memegang senapang yang dicuri di sekitar tengah bandar Nova Mutum. Manakala seorang lagi ditangkap selepas mencuri sebuah trak dari ladang dan kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan. - mirror.co.uk
Itulah bahaya arak kencing iblis. Bila lagi kerajaan Malaysia hendak bertindak tegas dan keras terhadap arak seperti yang dikehendaki oleh agama Islam agama bagi Persekutuan? (IH) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails