Sunday, February 22, 2015

Lelaki Berjudi Mirip Adun DAP Hairan Apa, Peminun Arak Mirip Menteri UMNO Pun Ada!


Salah satu gambar yang kini tersebar di media sosial. 

KL: Lelaki berjudi mirip Adun DAP nak hairan apa? Peminun arak mirip menteri UMNO pun ada! Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina tersebar menjadi viral di media sosial.

Gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.


Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu. Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Adun terebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.

Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu. Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu.

Ada yang gambar mirip menteri UMNO minum arak kencing syaitan.. Dalam UMNO pula boleh ka ahlinya minum arak? Mana undang-undang melarangnya? Bahkan ahli UMNO sendiri ramai yang tak Islam.
 
* Menjawab komen 1 di bawah, sila lihat,,

Cantiknya Kasut Ini, Tapi Dari Kulit Babi..

Pamer kasut kulit babi, 'New Balance Malaysia' mohon maaf
'New Balance Malaysia' menjelaskan bahawa kebanyakkan keluaran kasut dari Amerika & UK adalah menggunakan kulit babi.

PENGGUNA
KL: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial. Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.

Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit babi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas. Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil. (IH)

M'sia: Pengemis Cina, Syarikat, Professional, Canggih & Internasional.


Gambar hiasan.

BUKAN sekadar sindiket, tetapi syarikat! Rupa-rupanya pengemis China yang mungkin anda temui di sesetengah tempat tumpuan ramai ialah 'pekerja' daripada syarikat pengemis. Mungkin boleh juga disebut mereka dari syarikat professional, canggih dan internasional.

Guangming Daily melaporkan, sebuah syarikat berdaftar dari China telah menggunakan nama 'rombongan seni orang cacat' untuk merekrut ahli sebelum menghantar mereka mengemis di China dan negara-negara serantau.

Keadaan itu sekali gus menunjukkan kumpulan pengemis dari negara Tembok Besar itu bukan sahaja 'dikorporatkan' malahan 'diantarabangsakan'. Anggaran awal mendapati di negara-negara Asia Tenggara sahaja, kira-kira 500 pengemis China telah ditempatkan.

Di Jalan Alor, berhampiran Jalan Bukit Bintang di ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong, beberapa sindiket pengemis Cina telah beroperasi di sana. Seorang pengemis yang mahu dikenali sebagai Sun berumur 28 tahun mendedahkan bahawa semua duit yang berjaya dikumpulkan akan dibahagi pada nisbah 50:50 iaitu separuh milik pengemis dan bakinya milik syarikat.

Sun berkata, setiap pengemis dapat mengumpul antara RM400 hingga RM1,500 sehari dengan 'bekerja' setiap hari tanpa cuti. Jika terlalu penat, maka pengemis dibenarkan memohon cuti sehari dalam seminggu.

Kata Sun, terdapat tiga kategori pengemis iaitu
  • pengemis cacat, 
  • pengemis seni yang menyanyi dan 
  • pengemis beranak yang membawa anak kecil.
"Bos di China juga merupakan orang kurang upaya, dia yang menguruskan visa supaya saya dapat mengemis di Malaysia," katanya kepada Guangming Daily.

Pengemis-pengemis dari China telah ditempatkan di pelbagai wilayah China, Hong Kong, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Walaupun Sun pernah berkhidmat dengan syarikat pengemis China, namun pengemis muda itu kini mengemis secara 'free lance' selepas bertekak dengan pihak pengurusan.

Katanya, pihak pengurusan sebelum itu asyik menyindirnya kerana hanya berjaya mengemis antara RM40 hingga lebih RM100 setiap hari. Keadaan itu seterunya menyebabkan Sun bergaduh dan bertumbuk dengan 'pengurus'. Jelasnya, jumlah duit yang dikumpulkan secara relatif kecil kerana dirinya tidak mempunyai kecacatan fizikal yang jelas berbanding pengemis lain.

Walaupun tidak cacat, saiz badan Sun adalah kecil iaitu hanya tinggi 143 sentimeter (cm) dan berat 35 kilogram (kg) menyebabkan pengemis ini nampak seperti murid sekolah rendah. Selepas berpisah dengan 'pengurus', Sun telah menggunakan duit sendiri untuk membeli alat untuk mengemis dengan menyanyi di kawasan tumpuan ramai di ibu negara.

Sun dari semasa ke semasa turut bekerjasama dengan seniman jalanan Melayu dan berkongsi tip yang berjaya dikumpulkan daripada pelancong dan orang ramai. Ditanya sama ada mahu balik negara asal, Sun berkata, dirinya pada awalnya berniat pulang ke China tetapi terpaksa membatal hasrat itu apabila dia dirompak sehingga dokumen perjalanan dan tiket penerbangannya hilang.

"Saya juga pernah dirompak dalam satu kejadian lain oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa diri sebagai polis sehingga saya kehilangan RM8 dan tuala," katanya. (IH/MG/GD)

PKR: Permtang Pauh, Siapa Layak Dari 6 Mereka Ini?


Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan segera menjadi kerusi panas dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada ketika anak perempuan Anwar, Nurul Nuha disebut-sebut sebagai calon hangat, sekurang-kurangnya lima orang lain dikatakan menyimpan hasrat untuk bertanding dalam kubu terkuat yang menjanjikan `sure win' itu.

China Press melaporkan, antara pemimpin yang berminat beradu di Permatang Pauh termasuk bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Dikhabarkan turut berminat terhadap kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah Exco Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Amir Md. Ghazali.

Akhbar itu bagaimanapun melaporkan kelima-lima orang tersebut tidak mempunyai peluang yang besar kerana perlu mendapat restu daripada keluarga Anwar. Sekiranya Nurul Nuha sedia bertanding di Permatang Pauh, maka setiap orang perlu memberi laluan kepada anak Anwar tersebut.

Dalam pada itu, DAP sebagai rakan seangkatan juga dikatakan berhasrat menyokong Nurul Nuha untuk bertanding di Permatang Pauh. (MG)

Muslimat Penuhi Dewan, Sambutan Multaqa Ulamak Luar Jangkaan.


multaqa1
Serdang Jaya, 21hb Febuari 2015. Pengarah Multaqa Ulamak SeMalaysia, Yb Dato Dr Khairuddin At Takiri menyifatkan  kehadiran ahli Pas ke Multaqa adalah diluar jangkaan Jawatankuasa Multaqa. Sejak awal pagi orang ramai sudah berasak memenuhi dewan.

” Memang diluar jangkaan sama sekali , kami tidak sangka peserta seramai ini, jangkaan kami jumlah tidak seramai ini apatah lagi bertembung dengan cuti raya Cina” ulas beliau.

Menurut beliau , suatu perkara yang menarik, ialah peserta daripada muslimat telah juga turut memenuhi sebahagian  besar ruang dewan yang mana ianya   merupakan suatu perkara yang luar biasa untuk program anjuran ulamak.

” Ini merupakan satu mesej positif bahawa kepimpinan ulamak amat signifikan dalam membawa perubahan kepada rakyat Malaysia” ujar beliau lagi.

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Presiden PAS Di Tunisia



Tuan Guru bersama Rashid Ghanuci diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat.





Tegar Penyanyi Remaja Indonesia, Kembali Jadi Pengemis Semula?


Tegar ditipu pengurus baru pula, kini kembali mengemis?
Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan. Foto HLive
 
HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan.

Umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga, Tegar yang pernah ditipu pengurus lamanya, sekali lagi diperlakukan demikian, tetapi oleh pengurus baru dikenali sebagai 'A'. 


Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.
“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada pasport.
“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.


Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.


“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.
“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.
“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.


Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.


“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.
“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.
“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak  


Profil  dan Biodata Lengkap Tegar Pengamen Cilik dari Subang 

NAMA LENGKAP :TEGAR SEPTIAN
NAMA PANGGILAN :TEGAR
KOTA KELAHIRAN : PEMALANG
TANGGAL LAHIR : 19 SEPTEMBER 2001
ANAK KE- : 1 DARI 4 BERSAUDARA
KELAS : 3 MADRASAH
SEKOLAH :YAYASAN AS SALAFI 

Kisah Dulunya, Perjalanan Hidup Tegar sampai menjadi Terkenal 

Tegar hanyalah pengamen cilik yang hidup serba kekurangan. Keluarganya yang mendukung semua cita-cita Tegar, terhalang kerana kondisi ekonomi. Seusai mengamen, Tegar berlabuh pada sebuah rumah petak berukuran sekitar 4x6 meter. Di rumah itu,Tegar hidup bersama kedua orang tua dan tiga orang adiknya yang masih kecil-kecil. 

Ibunya adalah seorang pengamen di kereta api di kawasan Stasiun Pegaden, sedangkan bapak tirinya hanyalah seorang buruh lepas. Hidup dengan serba terbatas, Tegar tetap komitmen dalam menyanyi dan menari. Semua dia pelajari secara autodidak.  

”Saya sudah belajar menyanyi dari usia empat tahun,”kata Tegar yang mulai menjadi pengamen pada usia tujuh tahun itu.
Pada usianya yang belum mencapai 11 tahun,Tegar telah menciptakan beberapa lagu. Satu buah lagu di antaranya berjudul "Temanku Ini Mabok Cinta", sebuah lagu yang agak berbau dewasa, namun cukup friendly untuk seukuran pengamen jalanan di Subang, Indonesia. Lagu ini juga yang membuat Tegar cukup dikenal masyarakat Indonesia.

Penampilannya yang di-upload di Youtube dengan keynote ”Tegar Si Pengamen Subang”. Ia menjadi orang terkenal atau artis yang lahir dari youtube. Meskipun terkenal kerana video di youtube, Tegar bukanlah artis youtube yang hanya terkenal sesaat kerana tegar memang memiliki nilai jual yang tinggi.  Ini berbeda dengan orang terkenal kerana youtube sebelumnya.

Kini perjalanan hidupnya berubah lagi seperti yang digambarkan di atas..

Video: Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang [Official Music 
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails