Tuesday, February 24, 2015

Bintang Porno Shasha Grey, Awas Perangkap Laman Sosial.


AWAS perangkap laman sosial, apa lagi bila anda adalah selebriti terkenal. Contohnya, lihat kisah bekas bintang porno Amerika Syarikat Shasha Grey ini.

Dia berhenti daripada kerjayanya sebagai bintang filem panas dan bekerja sebagai jururawat bagi kumpulan pemberontak pro-Rusia di sebelah timur Ukraine. Dia akhirnya terkorban di tangan pasukan kerajaan Ukraine. 

Begitulah kisah kempen propaganda anti-Kiev yang memperlihatkan foto Grey di pelbagai laman rangkaian sosial Rusia, termasuk Odnoklassniki, media sosial popular di kalangan mereka yang berusia di atas 30 tahun.Dilapor dari laman Global Post, mengutip Moscow Times.. 

"Kisah ini bermula dari seorang jururawat bernama Shasa Serova yang ditangkap oleh pasukan Ukraine. Mereka kemudian merakam adegan ketika memperkosa jururawat itu sebelum membunuhnya dengan sebuah kapak. Nama 'Serova' dalam bahasa Rusia bererti sama dengan 'gray' " 

Begitu kisah rekaannya. Tetapi Sasha Grey yang sebenar kini masih hidup dan tidak terlibat dalam konflik Ukraine. Sejak berlangsung ketegangan dengan Rusia pada April 2014 sudah 5,600 orang terkorban. 

Bintang porno itu sendiri dalam akaun media sosial Twitternya kesal kisah propaganda semacam itu. 

"Saya cinta para peminat dari Rusia tetapi propaganda ini sudah keterlaluan," kata dia dua hari lalu. 

Itulah perang propaganda yang menggunakan media sosial. Ada atau tidak propaganda yang hampir begitu di Malaysia? (IH)

Monday, February 23, 2015

Masalah HIV/AID, Seks Bebas, Selesaikan Dengan 'Hudud'.


HUBUNGAN seks bebas dan kegiatan pelacuran kini menjadi penyumbang utama kepada penyebaran penyakit HIV dan AIDS hari ini. – Gambar hiasan.
Najis zina hanya ada pada manusia babi..

KL: Selesaikan masalah aid dengan Hudud. Demikian pandangan weblog Ibnu Hasyim. "Ini kerana hubungan seks bebas atau najis zina itu menjadi penyumbang kepada penyebaran penyakit HIV dan AID." Kata editornya Hj Mohd Hasyim sebentar tadi.

"Hanya kaedah sistem perundangan Islam yang 'Hudud' ada di dalamnya mampu menyekat hubungan seks bebas secara berkesan seperti dibuktikan dalam sejarah perundangan manusia  masa silam." Jelas Hj Mohd. "Tiada seks bebas, tiada aid."

Ini, berikutan Majlis AIDS Malaysia (MAC) melahirkan kebimbangan dengan trend penularan penyakit HIV dan AIDS di negara ini apabila hubungan seks menjadi penyumbang utama kepada penyebaran penyakit tersebut pada masa ini.

Pengarah Eksekutif MAC, Roswati Ghani berkata, senario penyebaran HIV dan AIDS kini berubah daripada penggunaan jarum suntikan untuk pengambilan dadah kepada hubungan seks bebas. Katanya, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika pada tahun 2006 sebanyak 31 peratus pesakit HIV dan AIDS dijangkiti penyakit itu melalui hubungan seksual, namun angka tersebut meningkat mendadak sehingga 74 peratus pada tahun 2013.

"Saya risau kerana saban tahun, semakin ramai orang terdedah dengan aktiviti kurang sihat serta terlibat dengan gejala sosial antaranya, seks bebas," kata Roswati ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Awam terhadap AIDS dan HIV di Pusat Pameran Viva di sini semalam.

"Kementerian Kesihtan boleh buat kajian mendalam dalam hal ini, dan panjangkan kepada atasan kerajaan, demi masa depan kesihatan negara." Tambah Hj Mohd lagi. (IH)

Turki Hantar 39 Kereta Kebal Pertahan Maqam Khalifah Utamaniyah.



KONVOI tentera Turki melalui bandar Kobane di utara Aleppo, Syria semalam.
ANKARA – Hampir 600 askar Turki menyeberang sempadan Syria kelmarin dalam satu operasi untuk membawa pulang rangka dan pasukan askar negara berkenaan yang mengawal sebuah makam berusia 779 tahun milik Ankara, kata Perdana Menteri Ahmet Davutoglu semalam.

Perkembangan itu berlaku ketika makam berkenaan dikepung oleh kumpulan militan Islamic State (IS).
ASKAR Turki berkawal di pintu masuk makam Suleyman Shah di Kampung Karakozak, utara Aleppo, Syria.

Pasukan askar terdiri daripada 40 anggota itu ditugaskan untuk mengawal makam Suleyman Shah yang merupakan datuk kepada pengasas empayar Islam Uthmaniyah, Sultan Osman I yang memerintah Turki dari tahun 1299 hingga 1324.

Suleyman meninggal dunia pada 1236 ketika berusia 58 tahun. Empayar Uthmaniyah merupakan institusi khalifah terakhir Islam yang bertahan selama 624 tahun sebelum kejatuhannya pada tahun 1923. Makam itu dianggap sebagai wilayah Turki di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1920.
PEMANDANGAN kawasan makam di tebing Sungai Euphrate, Syria.

Davutoglu melalui akaun Twitternya memaklumkan, operasi tersebut dilancarkan Sabtu lalu sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan dan berjaya membawa pulang pengawal dan rangka jenazah dari makam tersebut.

"Makam itu juga berjaya dibawa pulang ke Turki, manakala Suleyman Shah akan dikebumikan semula di lokasi lain di Syria yang juga akan menjadi milik Ankara," kata Davutoglu. (IH)

HHS 46: Muslimah Albania Shalawat Nabi Dengan Indahnya. Untuk Wanita..


HALAMAN HIBURAN
MUSLIMAH Eropah ini melantunkan Shalawat Nabi Muhammad SAW dengan indahnya. Penyanyi ini tampil mewakili sekolahnya dari Madrasa of Haji Shamia yang terletak di Bandar Shkodra, Albania. Penyanyi itu diiringi gadis-gadis cantik pelajar sekolah menengah yang sama.

Penampilan itu hanya disaksikan para penonton wanita. Penonton yang hadir kelihatan terkesima. Walaupun selepas dimuat naik di jejaring sosial video Youtube, video ini telah ditonton lebih daripada 2.6 juta kali.

Saksikan dan dengarkan alunan indah Shalawat Nabi selengkapnya disini..

Apa pandangan anda?


Mawlaya | اغنية مولاى - انشاد فرقة المدرسة الدينية الالبانية
Lihat lagi..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Sunday, February 22, 2015

4 Lagi Gadis UK & M'sia Ingin Bersama ISIS..


 Dua remaja perempuan kembar Inggeris gabung ISIS.
TIGA siswi dari Akademi Bethnal Green, United Kingdom menghilang. Diduga ketiganya terbang ke Turki dengan maksud untuk menjadi pengantin jihad. Tiga siswi tersebut, Shamma Begum (15), Kadiza Sultana (16), dan satu lagi tak disebutkan namanya, berusia 15 tahun, berteman dekat dengan seorang gadis yang melakukan perjalanan ke Syria pada Disember tahun lalu. 


Kerajaan dan polis UK berusaha untuk mencari mereka agar dapat menggagalkan rancangannya."Saya fikir ada peluang kita boleh mendapatkan tiga gadis itu kembali. Jika tidak, mereka akan melakukan perjalanan ke Syria," ujar Komander Richard Walton, seperti laporn Russian Today, Sabtu (21/2).

Amira Abase (kiri) bersama rakannya dikesan di Lapangan Terbang Gatwick pada Selasa.

 
 Shamima dan Kadiza.

Menurut maklumat keluarga, ketiga gadis tersebut tidak meninggalkan mesej kepada keluarga atau rakan-rakan lain sebelum mereka berangkat. Mereka berangkat dengan pesawat Turkish Airlines. Rupanya banyak remaja Inggeris yang ingin membuat perjalanan ke Syria yang saat ini dikendalikan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). 

"Kami prihatin dengan semakin ramai gadis remaja yang ingin melakukan perjalanan ke sempadan Syria. Pasalnya daerah itu sedang dikuasai ISIS," katanya. 

Saya berharap, kata Walton, ketiga gadis tersebut kembali sekarang lantaran mendengar kebimbangan kami dan orang tua mereka. Menurut laporan, dua gadis itu hilang pada Selasa malam, sedangkan satunya lagi pada Rabu pagi.

Sementara itu di Kuala Lumpur, pihak Bukit Aman percaya seorang gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, telah terpengaruh dengan ideologi kumpulan itu sebelum memasuki sekolah tahfiz lagi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, ini berdasarkan hasil siasatan awal terhadap gadis itu. Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan untuk melihat sama ada terdapat pembabitan sekolah tahfiz berkenaan dalam penyebaran ideologi IS, katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

"Kita telah kenal pasti sekolah tahfiz itu dan setakat ini kita tengah siasat ... bagaimanapun saya yakin gadis ini sebelum memasuki tahfiz itu, dia telah terdedah dengan pengaruh IS melalui internet.
"Kita juga akan siasat guru-guru di sekolah tahfiz berkenaan termasuk latar belakang mereka," katanya.

Rabu lepas, gadis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir. Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam. 

Keempat-empat gadis tersebut dari UK dan Malaysia ingin bersama ISIS.
(IH)


Remaja berusia 14 tahun ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang baru-baru ini.

Tarian Gelek Di JB, Toleransi Agama UMNO Dalam BN..


HALAMAN HIBURAN
Tarian gelek di Bazar Karat, Johor Bahru yang dianggapkan memalukan oleh Exco Agama Negeri Abdul Mutalib Abdul Rahim berlaku pada 13 Februari lepas dianjurkan oleh Persatuan Tionghua Johor Bahru. 

Menurut sumber, tarian gelek yang menjolok mata dan ditonton oleh kanak-kanak itu berlaku di Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang.

"Video tarian gelek itu mula dimasukkan ke dalam You Tube pada 16 Februari lepas.
"Ketika tarian gelek itu ditarikan oleh penari berpakaian seksi, tiada penguatkuasa berada lokasi kerana mereka berada di lokasi lain di Bazar Karat itu," katanya. 

Menurutnya lagi, notis lisan supaya menghentikan tarian gelek itu telah pun dihantar ke penganjur. Penganjur tarian itu, katanya, tidak mempunyai permit hiburan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). - MalaysiaGazette

Itulah toleransi agama UMNO dalam BN. Tak perlu heboh-heboh! (IH)
Lihat sebelum ini..

Kit Siang: Jika Sirul ‘kambing hitam’, Siapa Gembalanya?

ALTANTUYA

KL, 22 FEB – Pembunuh Altantuya Shaariibuu yang kini dalam pelarian di Australia, Sirul Azhar Umar, digesa menyatakan kebenaran tentang apa yang telah terjadi di sebalik kes pembunuhan tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyatannya menggesa Sirul untuk benar-benar menyesali apa yang telah berlaku serta membantah hukuman mati terhadapnya dalam keadaan dalang pembunuhan tersebut masih bebas.

“Sirul patut berhenti bersembunyi dan melarikan diri seperti yang dibuatnya sepanjang sembilan tahun lalu dan menyatakan pendirian secara jujur dan benar mengenai pembunuhan pada tahun 2006 itu,” ujar Kit Siang.
“Masanya telah tiba untuk Sirul membuat pengakuan awam mengenai akuan salahnya kepada pihak polis pada 9 November 2006,” tambah Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Pengakuan salah Sirul dalam percakapan beramaran yang dirakamkan ketika siasatan tidak dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Sirul pada Julai 2007.

“Sirul mesti mendedahkan sekarang sama ada pengakuannya itu adalah benar atau sebaliknya,” kata Kit Siang lagi.

Pada 3 Februari 2009, Sirul memberitahu mahkamah bahawa beliau merupakan ‘kambing hitam’ yang perlu dikorbankan demi melindungi pihak-pihak tertentu yang tidak dihadapkan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Pada 9 November 2006, dalam percakapan beramarannya kepada polis, Sirul menyatakan bahawa rakannya Azilah Hadri yang turut didapati bersalah membunuh Altantuya pernah menyebut tentang ganjaran antara RM50,000 ke RM100,000 sekiranya kes tersebut selesai.

Sirul juga memberikan gambaran terperinci bagaimana Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4.

“Sekiranya pengakuan ini tidak benar, Sirul mesti jelaskan bagaimana dia boleh memberikan gambaran yang begitu terperinci mengenai kejadian terbabit,” tambah Kit Siang.

Bukan itu sahaja, Sirul juga wajar mendedahkan semua yang terjadi sepanjang sembilan tahun lalu, terutamanya sama ada beliau pernah dijanjikan kebebasan atas tindakannya mematuhi arahan untuk membunuh Altantuya.

“Sirul jelas tidak mempunyai motif membunuh Altantuya, kerana dia tidak kenal Altantuya, dan dia juga tidak kenal Abdul Razak Baginda,” jelas Kit Siang lagi.

Dalam pengakuannya, Sirul merujuk Altantuya sebagai ‘perempuan Cina’, dan tidak pernah tahu bahawa mangsa merupakan seorang warga Mongolia. – Roketkini.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails