Wednesday, March 11, 2015

Lawan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tolak Pencalonannya.


Ganti Hadi: Terima kasih calonkan saya, tetapi saya tolak - Tuan Ibrahim
Ganti Hadi: Terima kasih calonkan saya, tetapi saya tolak - Tuan Ibrahim

KL: Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau merasakan percalonan itu tidak membina keutuhan parti itu.

"Pencalonan saya untuk mencabar Hadi Awang sebagai Presiden merupakan satu kejutan. Dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya di era Kepimpinan Ulamak.
"Saya melihat manisnya jika kita yang  mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlumba melakukan kebaikan)," tambah beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kepimpinan Hadi Awang telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat.

"Kalau Kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau (Hadi) sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau? Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar.
"Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura.

Beliau berkata berdasarkan pencalonan dari PAS Kawasan Kota Bharu, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.

"Namun saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong kepimpinan Hadi sebagai Presiden parti.
"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu," tambah beliau.

Sebelum ini Tuan Ibrahim dicalonkan Pas Kawasan Kota Bharu untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas pada muktamar parti itu awal Jun ini. Pengumuman pencalonan tersebut dibuat yang dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu mesyuarat khas Isnin.
(astroawani)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya? 

Jihadi John: Mohon Maaf Pada Ibubapa, Tarbiah Baik Dari ISIS?


Mayat para tawanan itu tampak digantung terbalik dengan posisi kaki di atas.
8 mayat tawanan digantung terbalik di pintu masuk Hawija, Iraq pada Sabtu 7 Mac
 
TERSEBAR berita, Mohammed Emwazi atau lebih dikenali dengan Jihadi John memohon maaf kepada keluarganya disebabkan identitinya sebagai penyembelih ISIS sudah tersebar. Hal ini membuktikan bahawa ia seorang yang baik atau menjadi baik semasa berada dalam ISIS atau ditarbiahkan oleh pimpinan ISIS.
 
Perkara ini dilihat berikutan dengan sikapnya yang menghormati ibubapa dan keluarganya walau pun sudah lama berpisah jauh.  Namun ia tetap dengan perjuangannya, sebab itu ia memohon maaf kerana identitinya sebagai penyembeleh telah tersebar tetapi bukan kerana memenggal kepala tebusan rakyat negara Barat.

Malah Emwazi,26,  yang telah membunuh beberapa orang warganegara Barat termasuk dua orang rakyat British langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan di atas perbuatannya itu. 
 
Keluarganya dinasihat meninggalkan rumah mereka bernilai £600,000 (RM3,333,494) demi keselamatan dan kini emaknya bersama enam adik-beradik yang lain berada di sebuah lokasi rahsia di bawah penjagaan polis. Manakala bapanya dan kakak sulung Emwazi berada di Kuwait.

The Sunday Times sebelum ini melaporkan Emwazi telah menghantar pesanan memohon maaf melalui pihak ketika di atas 'masalah-masalah dan kesusahan sejak identitinya tersebar'. Sementara itu, Perdana Menteri Kuwait memberitahu Jasem (bapa Emwazi) agar menjauhkan diri dari anaknya atau tinggalkan negara itu.
 
Timbul persoalan sekarang, adakah keluar pergi berjihad tanpa restu ibubapa itu adalah 'salah' dari sudut agama Islam atau boleh disifatkan sebagai anak derhaka? Walaupun belum jelas pemergian Jihadi John itu tidak direstui ibubapanya..

Antara Jihad Dan Taat Dua Ibu Bapa. 
 
Menurut fatwa Syeikh Hasanain Makhluf [1]..


Sesungguhnya jihad itu apabila ia menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf yang mampu, maka wajib ke atasnya pergi berjihad, tidak boleh ia duduk walau apa keadaan. Sekalipun tidak dizinkan oleh kedua ibubapnya atau salah seorang daripadanya untuk pergi kerana duduk (tidak pergi berjihad) itu adalah maksiat :
لا طاعة لمخلوق في معصية الله عز و جل
  • “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam melakukan maksiat kepada khalik”[2]
Apabila jihad itu menjadi fardhu kifayah, sebahagiannya pergi pun sudah memadai, maka gugurlah kewajipan yang lain. Pada waktu itu tidak lagi dianggap maksiat bagi mereka yang tidak pergi berjuang fi sabilillah. Apabila dia pergi juga dalam keadaan mengecilkan hati kedua ibu bapanya, maka sesungguhnya dia telah menderhakai mereka. Tidak dapat tidak dia mestilah meminta izin daripada mereka. 

Di dalam suatu hadith :
عن أبي العباس الشاعر قال : سمعت عبد الله ابن عمر يقول : جاء رجل إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يستأذنه في الجهاد، فقال: أَحَيٌّ والداك قال نعم. قال: ففيهما فجاهد
  • Daripada Abu al Abbas berkata aku mendengar Abdullah Bin Umar berkata, seorang lelaki telah dating kepada Nabi s.a.w meminta izin untuk pergi berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih hidup ?” dia menjawab ya ! Sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua kerana itu juga adalah jihad”
Di dalam riwayat Muslim:
ارجع إلى والديك فأحْسِن صُحْبَتَها
  • “Pulanglah kepada kedua ibu bapa engkau dan perelokkanlah pergaulan dengan mereka berdua”
Di dalam riwayat yang lain daripada Abu Daud dan Ibn Hibban :
ارجع فأضحِكهما كما أبكيتهما
  • “Pulanglah engkau kepada mereka berdua dan bagilah mereka ketawa sebagaimana engkau bagi mereka berdua menangis”
ارجع فاستأذنهما فإن أَذِنَا لك فجاهد وإلا فبِرَّ هُمَا
  • “Pulanglanglah engkau dan mintalah izin daripada mereka, sekiranya mereka izinkan maka pergilah berjihad dan jika tidak berkhidmatlah pada mereka berdua”[3]
قال الحافظ في الفتح: وجمهور العلماء على أنه يُحَرَّمُ الجهاد إذا منع الأبوان أو أحدهما منه بشرط أن يكونا مسلمين؛ لأن بِرَّهُمَا فرض عين، والجهاد فرض كفاية، فإذا تَعَيَّنَ الجهاد فلا إذنَ
  • Kata al Hafiz di dalam al Fath : “Jumhur ulama’ mengharamkan keluar berjihad, apabila dihalang oleh kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya dengan syarat mereka adalah Muslim, kerana berbuat baik kepada mereka berdua adalah fardhu ain, jihad pula adalah fardhu kifayah. Apabila jihad itu menjadi fardhu ain maka tidak perlu lagi keizinan”
Di dalam hadith yang lain :
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم  فسأله عن أفضل الأعمال قال: الصلاة. قال: ثم مَهْ؟ قال: الجهاد. قال: فإنَّ لِي والدَينِ. فقال: آمرك بوالديك خيرًا. فقال: والذي بعثك بالحق نبيًّا لأجاهِدَنَّ ولأَتْرُكَنَّهما. قال: فأنت أعلم
                                                                        
  • Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w, lalu bertanya tentang amalan apakah yang paling afdhal, jawab Nabi s.a.w “Solat” kemudian dia bertanya lagi apa? Jawab Nabi s.a.w : Jihad” dia berkata “Sekiranya aku mempunyai kedua ibu bapa ? Maka sabda Nabi s.a.w “Aku perintahkan engkau supaya melakukan kebaikan kepada mereka” Dia berkata “Demi yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, aku akan pergi berjihad dan tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka berdua” Sabda Nabi s.a.w “Engkau yang lebih tahu”[4]
 قال ابن حزم في المُحَلَّى:

 ولا يجوز الجهاد إلا بإذن الأبوين إلا إن نَزَلَ العدو بقوم من المسلمين ففَرْضٌ على كل من يُمْكِنه إعانتهم أن يقصدهم مُغِيثًا لهم، أَذِنَ الأبوان أم لم يَأْذَنَا إلا أن يَضِيعَا أو أحدهما فلا يَحِلُّ له تَرْك من يَضِيعُ منهما
Kata Ibn Hazm di dalam al Muhalla :
  • “Tidak harus keluar berjihad melainkan dengan izin kedua ibu bapa, melainkan setelah musuh turun menyerang kaum Muslimin, maka ketika itu wajib ke atas kaum Muslimin membantu mereka, samaada diizinkan atau pun tidak, walau bagaimanapun tidak boleh mengabaikan kedua ibu bapa”
Wallahua’alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2012 (http://mengajikitab.blogspot.com)

Rujukan:
[1] Fatawa Syeikh Husnain Muhammad Makhluf, Maktabah Syamilah, Isdar Makki, keluaran ketiga, soalan 16
[2] Riwayat Ahmad (1095)
[3] Riwayat Ibn Hibban (422)

Tuesday, March 10, 2015

Hadiah/Mahar Kahwin Bacaan Al-Quran. Jadikan Budaya?


Kisah Maulana Yusuf persunting putri Aa Gym dengan hafalan 30 juz
Perkahwinan Puteri Aagym.

JAKARTA: KH Abdullah Gymnastiar mengahwinkan puteri ketiganya, Ghaitsa Zahira dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf. Sebelum melaksanakan perkahwinannya itu, Yusuf terlebih dahulu membacakan Al-Quran sebanyak 30 juz dibantu lima orang ustaz dan santir dari Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Indonesia. 

Pembacaan Al-Quran ini berlangsung sejak Jumaat (6/3) pukul 07.30 WIB (waktu Indonesia barat). Kegiatan ini baru berjaya diselesaikan secara bergilir sehari selepas kira-kira pukul 08.00 WIB. 

"Ikhwannya murojaah (mengulang kembali hafalan Al-Quran dari juz 1 hingga juz 30 dari pukul 08.00 pagi, 6 Mac hingga pukul 08.00 pagi, 7 Mac 2015 sebagai hadiah untuk sang pengantin akhwat," tulis Mayangsari Nirmala Dewi dalam akaun instagramnya nirmaladewi_. 

Ayah Ghaitsa, Aa Gym pun mendengarnya dengan khusyuk. Saat hafalan sudah mencapai surat 3qul atau Ayat Kursi, Aa Gym langsung menyambutnya dengan proses ijab kabul. 

"Apabila sudah masuk surat 3qul, semua deg-degan kerana langsung disambung proses ijab qabul. Masya Allah," katanya. 

Maulana mengaku hafalan Alquran ini bukanlah mahar. Dia tetap memberikan mas kawin berupa emas 10 gram dan uang satu dirham.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pernah Terjadi Di Zaman Nabi.

Termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari Muslim. Dalam hadis tersebut terdapatlah seorang lelaki fakir yang ingin menikahi wanita idamannya.

"Dari Sahl bin Sa'id As-Sai'di, ia berkata: Sesungguhnya aku berada pada suatu kaum di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba berdirilah seorang wanita seraya berkata,

" Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu. "

Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatu. Kemudian berdirilah wanita itu dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu." Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatu pun.

Kemudian ia pun berdiri untuk yang ketiga kalinya dan berkata, "Sesungguhnya ia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikan dia, bagaimana menurutmu."


Kemudian berdirilah seorang lelaki dan berkata, "Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya."  


Beliau pun menjawab, "Apakah kamu mempunyai sesuatu?" 
Ia berkata, "Tidak."

Kemudian beliau pun berkata, "Pergilah dan carilah (mahar) walaupun cincin dari besi." 

Kemudian ia pun mencarinya dan datang kembali kepada Rasulullah SAW sambil berkata, "Saya tidak mendapatkan sesuatupun walaupun cincin dari besi."

Maka Rasulullah bersabda, "Apakah ada bersamamu (hafalan) dari Al-Qur'an?"  


Ia berkata, "Ada, saya hafal surat ini dan itu." 
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pergilah, telah aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar berupa Al-Qur'an yang ada padamu."

Dari hadis tersebut diketahui bahawa Rasulullah membenarkan calon pengantin memakai hafalan ayat Al-Quran sebagai mahar. Hadis ini pun menjadi bukti bahawa ayat suci Al-Quran mampu menjadi pengikat pernikahan yang suci. 


Bolehkah dijadikan adap dan budaya menghadiahkan atau sebagai mas kahwin, dengan bacaan Al-Quran dalam upacara perkahwinan orang Islam di negara ini? (IH)

Ini Dia Hero Pembunuh Pembangkang Rusia Yang Sokong Penghina Nabi.



KL: Mungkin inilah hero atau mujahidin yang disanjung oleh sebahagian pencinta-pencinta Nabi Muhammad SAW. Dia adalah Zaur Dadayev, seorang Muslim bekas komander anggota polis Chechnya yang berjaya membunuh pemimpin pembangkang Rusia Boris Nemtsov.

Boris Nemtsov adalah penyokong kuat mempertahankan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo dalam menghina Nabi orang Islam itu, yang juga bekas timbalan perdana menteri, telah ditembak mati minggu lalu.

Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Perkara ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang secara peribadi mengenali suspek. Zaur Dadayev, adalah salah seorang daripada lima orang yang telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.

Ketika Nemtsov, 55, mati ditembak minggu lalu, media-media massa tempatan mendakwa dia telah menjadi mangsa pembunuhan politik kerana lantang mengkritik pemerintahan Presiden Vladimir Putin khususnya dalam insiden pencerobohan ke atas wilayah Ukraine oleh tentera Rusia.

Dalam pos Instagram terbarunya, Ramzan Kadyrov menulis:

"Mereka yang mengenali Zaur (Dadayev) akan mengesahkan yang dia adakan seorang Muslim yang sejati dan sepertimana seluruh masyarakat Islam yang lain di seluruh dunia, terkejut dengan tindak tanduk Charlie (Hebdo) dan komen-komen yang dilontarkan berhubung penggunaan kartun Nabi Muhammad."

Pada Januari baru-baru ini, pejabat akhbar tersebut di Paris telah diserang oleh dua orang yang marah dengan tindak tanduk akhbar tersebut mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad. Serangan tersebut mengorbankan 12 orang termasuk beberapa pengarang akhbar berkenaan dan juga dua orang anggota polis.

Tidak lama selepas insiden tersebut, Kadyrov dan beribu warga Chechnya yang lain telah berarak di jalan raya di ibu negara tersebut iaitu Grozny membantah tindak tanduk akhbar berkenaan meneruskan agendanya mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Kadyrov turut mengesahkan yang Dadayev adalah bekas anggota pasukan polis Chechnya dan telah berkhidmat dengan cemerlang. Bagaimanapun, kenyataan Kadyrov itu diterima dengan penuh berhati-hati kerana dia dikenali sebagai seorang penyokong kuat Vladimir Putin di wilayah bergolak itu. Dia dilantik oleh Putin sebagai gabenor Chechnya lebih 10 tahun yang lalu.

Pada Ahad, Dadayev dan empat lagi telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan bertanggungjawab membunuh Nemtsov. Dadayev mengaku bertanggungjawab di atas perbuatannya itu manakala yang lain tidak mengaku bersalah.

Mahkamah dimaklumkan yang Dadayev, 33, telah berkhidmat selama 10 tahun bersama satu batalion di bawah Kementerian Dalam Negeri Chechnya. Selain dia, seorang lagi suspek dikenali sebagai Anzor Gubashev, yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan di sini. Dia menafikan sebarang pengterlibatannya dalam kes tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Kota Bharu Calon Tuan Ibrahim Cabar A/Hadi Sebagai Presiden Pas.

Tuan Ibrahim dicalon cabar Hadi sebagai presiden Pas
PAS Kawasan Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Abdul Hadi. -Foto Astro AWANI/ Muhafandi

KL: Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan Pas Kawasan Kota Bharu untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas pada muktamar parti awal Jun ini. Pengumuman pencalonan tersebut dibuat yang dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu mesyuarat khas Isnin.

Menurut Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pencalonan Tuan Ibrahim bagi menggantikan Abdul Hadi dibuat berdasarkan tahap kesihatan presiden Pas itu yang dikatakan merosot, serta ketokohan yang ada pada Tuan Ibrahim selaku ulama dan berpengalaman.

“Kami penuh yakin dengan kemampuan beliau untuk memimpin Pas tambahan pula beliau telah lama dididik dan dilatih oleh Tok Guru Haji Hadi sendiri.
“Kami tekan supaya perpaduan dan keutuhan parti tidak pecah dan kami yakin dengan mengemukakan nama Tuan Ibrahim selaku presiden, insyaAllah dapat teruskan kesinambungan,” kata Wan Abdul Rahim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di pejabat Pas kawasan Kota Bharu sebentar tadi. Wan Abdul Rahim juga memaklumkan Pas Kota Bharu tidak mencadangkan calon bagi jawatan timbalan dan naib presiden untuk mengelak berlaku kontroversi.

Tegasnya, cukup sekadar pencalonan bagi jawatan presiden yang dilihat sudah berlainan berbanding kawasan lain yang mungkin mahukan Abdul Hadi untuk meneruskan kepimpinannya. Keputusan dibuat oleh 11 daripada 13 ahli jawatankuasanya yang mengadakan mesyuarat pada Sabtu.

PAS Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Abdul Hadi. (Astroawani)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Cuba Lagakan Dr. Dzul- Mahfuz.. Kerja Siapa?

Ini whatsapp fitnah cuba lagakan Dr Dzulkefly Ahmad  dengan YB Mahfuz.

Whatsapp Palsu Lagakan Dr. Dzul Dengan Mahfuz Disebarkan 


Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa terdapat pihak yang menfitnahnya dengan menyebarkan ‘screenshot‘ perbualan aplikasi Whatsapp yang telah disunting.

Katanya, perbualan tersebut tidak pernah wujud dan ia sebenarnya telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat buruk.

“Itu bukan gambar profil Whatsapp saya dan saya tidak pernah bertanyakan soalan berkenaan.
“Perbualan melalui Whatsapp antara saya dengan individu yang tidak dikenali menunjukkan seolah-olah saya mempertikaikan kewibawaan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak mahu menuduh mana-mana pihak dalang di sebalik penyebaran fitnah itu.

Keratan aplikasi Whatsapp Dr. Dzulkefly yang tersebar menyatakan bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar enggan berjumpa dengan Datuk Mahfuz Omar dan hanya hendak berjumpa dengan keluarganya sahaja.

- therakyatpost


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Putri Mardiana Pelakon, Ditangkap Khalwat Kali Ke2.


HALAMAN HIBURAN
Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.

Berita, Putri Mardiana Bohong, Teman Lelaki Belum Sah Cerai
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua.

Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan. Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah.

Untuk tangkapan kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana. (http://noormalashahar.com)

Berita Kosmo!Online: Seorang pelakon wanita yang sinonim dengan filem seram ditangkap khalwat kali kedua dengan lelaki yang sama dekat sebuah rumah di Subang Mewah, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Pelakon berusia 34 tahun yang juga janda beranak tiga itu ditangkap khalwat bersama teman lelakinya oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 4 pagi.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kehadiran pasangan bukan muhrim itu di rumah berkenaan.

Pada Disember lalu, pasangan tersebut ditangkap khalwat di sebuah kediaman dekat Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails