Sunday, March 15, 2015

K/Perpaduan UMNO-PAS Rabu Ini, Kit Siang Bawa Fitnah?


kerajaan Perpaduan

KL: KALAU tidak betul berita ini, memang Lim Kit Siang bawa fitnah. Beritanya begini..

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa pembentukan kerajaan perpaduan diantara PAS dan UMNO akan menjadi kenyataan dalam tempoh empat hari lagi.

Menurutnya tindakan itu berdasarkan kepada sokongan yang bakal diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan negeri pimpinan PAS pada sidang DUN Kelantan pada Rabu ini melalui pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud).

“MCA dan Gerakan juga berharap komplot itu berjaya supaya pakatan rakyat musnah. Ini adalah senario politik yang rakyat Malaysia akan hadapi dalam beberapa hari lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilaporkan berharap ADUN BN akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada Rabu ini.

Ahmad Yakob dipetik berkata, sokongan ADUN BN amat diperlukan oleh PAS bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Kata beliau, perjuangan pelaksanaan hukum tersebut perlu diteruskan dan ia merupakan harapan seluruh rakyat Kelantan yang mahukan kadar jenayah dapat dikurangkan dengan terlaksananya hukum Islam.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa pihak dalam PAS yang mahukan kerajaan perpaduan berjaya melaksanakan rancangan itu berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

“Kematian Nik Abdul Aziz adalah peluang terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

DAP sebelum ini memberi amaran PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan rakyat jika parti itu meneruskan pembentangan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan.

Diangkat dari suara tv. (IH)

Kartun Nabi Bogel Di Facebook Pula. Islam Liberal?

Enam kasus kartun nabi paling menggegerkan Desak polis tangani gambar Nabi Muhammad di Solo, Indonesia.

DUA remaja Tunisia dituntut ancaman maksimum tujuh tahun penjara kerana dakwaan melakukan penistaan ​​agama. Pendakwa di mahkamah Bandar Mahdia menyatakan kedua pemuda itu terbukti menyebar kartun Nabi Muhammad telanjang di jejaring sosial Facebook.


Pejabat berita Agence-France Press melaporkan, Khamis (12/4/2012), tindakan dua pemuda itu pertama kali dilaporkan seorang peguam awal bulan lalu. Sejak 28 Mac hingga sekarang, sidang kes ini mula berjalan.


Dua pemuda itu bernama Jabeur Mejri dan Ghazi Beji, baru saja lulus dari bangku sekolah menengah. Tidak jelas dari mana mereka mendapatkan gambar yang dituduh mengganggu sosok panutan umat muslim itu. Kini keduanya berada dalam tahanan Polis Bandar Mahdia.


Kementerian Undang-undang Tunisia dalam kenyataan akhbar menyebut tindakan dua anak muda itu melanggar moral dan mengganggu ketenteraman awam.


Beberapa tokoh 'Islam Liberal' di Tunisia menyebut tuntutan itu terlalu berat. Seorang bergiat bernama Bochra Bel Haj Hmida menuding kerajaan dan penguatkuasa undang-undang bertindak berlebihan menghadapi kenakalan remaja.


"Mereka cuma dua pemuda yang mengira boleh menyatakan apa-apa yang mereka mahu," ujar Hmida.

Selepas diktator Zainal Abidin bin Ali turun kerana revolusi awam, Tunisia kini dipimpin pemerintahan 'Islam Liberal'. Hanya saja, isu agama sejak setahun terakhir kerap muncul dan menjadi perdebatan awam, termasuk tindakan dua pemuda ini.


Tidak dapat dipastikan samada 'Islam Liberal' di Tunisia sama atau ada hubungan 'Islam Liberal' di Malaysia, Indonesia atau lain-lain. (IH)
 Salah satu perlawanan yang dilakukan radio komuniti di Kota Kediri pada November 2006.Perlawanan itu dilakukan Radio Pendidikan Keluarga (Radikal FM) yang berada di bawah naungan Yayasan Lembaga Pemberdayaan Umat Ansorullah (YLPUA). 

Enam kasus kartun nabi paling menggegerkan
Akhbar Avadhnama berbahasa Urdu di India.  

Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..  

Husam Musa Dicalon Lawan Presiden -PAS Kota Tinggi.

JOHOR BAHRU - Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.

Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Yang Dipertuanya, Khairuddin Abdul Rahim yang memberitahu, pihaknya masih mengharapkan pimpinan yang sedia ada terus menerajui parti berkenaan baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan di peringkat negeri, pihaknya tidak mempengaruhi atau menetapkan sebarang ketetapan untuk perwakilan dari negeri ini mengundi atau mencalonkan sesiapa.

Berita ini diangkat dari Dialog Rakyat. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Kisah Belatuk-Cerpelai Dijadikan Permainan Mudah Alih.

Belatuk dan cerpelai bergabung semula dalam bentuk permainan mudah alih
Belatuk dan cerpelai bergabung semula dalam bentuk permainan mudah alih. Gambar - 4dxgames.com. 
JOM KREATIF
Siapa masih ingat gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cerpelai dibelakangnya yang pernah menjadi viral di internet awal bulan ini?

Klik di sini...
Populariti gambar itu mendorong pembangun aplikasi mudah alih, 4DX mencipta permainan Weasel Woodpecker. Begitu kreatif!

Belatuk dan cerpelai bergabung semula dalam bentuk permainan mudah alih. Gambar - 4dxgames.com.

Permainan untuk peranti mudah alih Android itu sudah boleh dimuat turun secara percuma dengan versi iOS hanya akan dikeluarkan minggu depan.

Awal bulan ini, seorang jurugambar sambilan, Martin Le-May yang menetap di London secara spontan merakam gambar seekor cerpelai 'menumpang' burung belatuk yang sedang terbang.

Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok).


Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Foto burung belatuk dan cerpelai ini begitu menakjubkan sehingga viral di media sosial. Gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cerpelai di belakangnya mencuri perhatian semua sehingga jadi viral di media sosial.

Lihat lagi Jom Kreatif...
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
E-Buku IH-68: Siri 3

India: Perogol DiHukum Di Khalayak Ramai Menyamai Hudud?


RAKAMAN menunjukkan salah seorang lelaki memukul suspek yang didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kampung Meluri, negeri Nagaland, India.
NAGALAND, India: Seorang lelaki telah diseksa sehingga mati oleh lebih 1,000 perusuh yang mengamuk selepas pe­nemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sini.

Satu rakaman video me­nunjukkan lelaki bernama Ibo Cha, 18, yang merupakan suspek rogol itu diseksa secara berterusan di Kampung Meluri di Nagaland iaitu negeri sama seorang lagi suspek rogol, Syed Sarif Khan dibunuh awal bulan ini. Kedua-dua suspek yang dibogelkan sebelum dibunuh itu belum didakwa atas sebarang jenayah.

Video terbaharu itu bagaimanapun didakwa telah dirakam pada September tahun lalu dan cuma didedahkan selepas Syed Sarif diculik dari penjara di bandar Dimapur sebelum sekumpulan perusuh memukulnya sehingga mati awal bulan ini.

Dalam rakaman itu, Ibo diheret ke tengah perkampungan tersebut, dibogelkan dan diikat dengan tali sebelum kumpulan perusuh mengambil giliran memukulnya selama satu jam. Seorang daripada perusuh itu kelihatan menjadi ‘ketua’ bagi menghalang dia dipukul dengan kuat di peringkat awal sebagai satu seksaan supaya lelaki itu mati secara perlahan-lahan.

Ketua Polis Nagaland, Wabang Jamir mendedahkan, Ibo belum ditangkap ketika itu dan penduduk kampung telah mengambil tindakan sendiri sebelum pihak polis sempat campur tangan.

“Kami tidak dimaklumkan tentang kanak-kanak itu dirogol dan dibunuh. Malangnya tiada laporan dibuat dan polis cuma mendapat tahu tentang kes itu selepas kejadian suspek itu dibelasah sehingga mati.
“Tiga laporan awal telah didaftarkan untuk pembunuhan Ibo tetapi siasatan masih dijalankan. Tiada sesiapa ditahan buat masa ini tetapi kami yakin dapat mencari pihak bertanggungjawab tidak lama lagi,” katanya.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui di sebuah hutan satu kilometer dari kampung Meluri September lalu menyebabkan penduduk berang dan cuba mencari pembunuhnya. Ibo yang juga jiran kanak-kanak itu dipercayai sebagai suspek utama selepas dia cuba lari dari kampung tersebut.
– Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dari sudut hukuman dilakukan di khalayak ramai adakah menyamai hudud?

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

Suami Rakam Isteri Curang. O Weeeeeee You Tube....

Suami ini rekam perselingkuhan istri dan mengunggahnya ke YouTube
 SEORANG isteri hanya tertunduk dan menutupi badannya dengan selimut apabila suaminya bersemuka semasa berselingkuh atau berlaku curang. Wanita tersebut juga tidak melawan ketika suami memakinya dengan kata-kata kasar.

Dengan nada suara yang kuat dan kesal, suami meneriaki isterinya, "Bagaimana rasanya bercinta dengan lelaki itu, pelacur!"


Tidak cuma berhenti sampai di situ, lelaki tersebut juga melaporkan perbuatan isteri kepada mertuanya. "Saya juga sudah menghantar SMS kepada bapa kamu!".


Tidak hanya memaki pasangannya, lelaki tersebut juga memaki lelaki berselingkuh dengsn isteri yang diketahui bernama Joe. Keduanya ketahuan selingkuh di sebuah hotel di AS.


"Hey Joe, kamu meniduri isteri saya..."


Perselingkuhan keduanya dirakam oleh suami yang kemudian dimuat naik ke YouTube. Video berjudul 'o weeeeeee' tersebut dimuat naik pada Rabu (11/3). Sejak dimuat naik dua hari lalu, video berdurasi 56 saat tersebut telah ditonton sebanyak 200,558 kali.
 

Hal-hal begini begitu lumrah di AS. Penyakit-penyakit sosial ini terus diimport masuk samada disedari atau tidak, ke negara-negara membangun seperti Malaysia dan yang sepertinya.  Di situlah pentingnya agama Islam sebagai benteng ketahanan dari gejala keruntuhan moral yang akan merugikan negara dan bangsa.  Rugi di dunia dan akhirat.

Berikut video saat suami pergoki isterinya berselingkuh di bilik hotel.

Video:  O Weeeeeee
(IH)

5 Cerita Bogel (4), Mahu Jadi Jutawan Kerana Bogel.

Lima cerita konyol aksi bugil bikin geger dunia
5 cerita bogel depan umum bikin gegar dunia?   
Lihat sambungan dari.. 

  Empat:  Mahu Jadi Jutawan Kerana Bogel.  

Gadis bernama Jessie Nizewitz, 28 tahun, asal Amerika Syarikat, tahun lalu mengikuti acara televisyen Dating Naked (Kencan Bogel).  

Selepas episod itu tayang pada 31 Julai 2014, dia sontak menerima banyak salahguna mesej ringkas. 

Dalam episod itu, Jessie kelihatan bergulat dengan lelaki calon pasangan tarikh beliau di pinggir sebuah pantai. Meski badan mereka ditapis tv, tapi alat kelamin dan pantat Jessie masih kelihatan dan jadi tontonan orang ramai. 

Jessie telah menuntut kepada produser acara itu sejumlah wang bernilai US $10 juta pada Ogos 2014 kerana telah memperlihatkan bahagian tubuhnya yang paling rahsia dan jadi bahan olok-olok di Internet.

"Nenek saya melihat acara itu dan dia tidak berkata apa-apa ketika saya menemuinya. Dia mungkin marah. Ibu bapa saya juga jadi kesal," kata bekas penari telanjang itu.


Di Malaysia..

Itu berlaku di AS, di Malaysia pun ada. Mereka yang mempamerkan diri mereka kerana mencari sesuap makanan atau selongguk wang. 

Contoh kecil pernah belaku di Malaysia, seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit. (SUMBER)

Begitu juga gambar ini..
Klik..
Juga di dalam iklan, samada di tempat-tempat umum, tv atau media sosial lain-lain, wanita diperalat untuk jadi bahan tontonan.

Solusi:

Sepatutnya, kita kena cemburui muslimah kita.. 

Al-Mu'tasim

Mari kita lihat dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah pada 833 hingga 842 Masehi. Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Dilaporkan, seorang Muslimah dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi, di utara benua Asia. Atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.

Di saat sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..

"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah Aku".

Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim.
Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.

Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.

Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.

Bayangkan, hanya kerana seorang Muslimah yang dilecehkan kafir Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim" maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh Islamnya sehingga dilancarkanlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, Muslimah itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!

Zaman Nabi.

Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.

Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Subhanallah!

Khalifah Umar bin Abdul-Aziz 

Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:
  • "Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. "
Begitulah cara mencemburui Muslimah kita supaya tidak diganggui atau dihina oleh musuh-musuh Allah SWT. Dan janganlah terlalu mengejar kebendaan atau mahu digelar jutawan, hingga sanggup menggadaikan maruah Islam. Na 'auzubillahi min zalik. Wallahu 'aklam..

Bersambung..

Lihat sebelum ini..
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-67: Siri 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails