Monday, March 23, 2015

Untung C/Hebdo Hina Nabi, Lebih Ngeri Berbanding Serang Ganas.


2189033
Untung Charlie Hebdo Lebih Ngerikan Berbanding Serangan.

Paris: Pengurusan Charlie Hebdo mengaut 30 juta euro dari jualan pasca serangan ke pejabat redaksinya. Wartawan dan pekerja bertanya-tanya mengapa mereka tidak menikmati rezeki serangan keganasan yang mengorbankan 12 orang itu? 


Serangan terhadap pemegang saham Charlie Hebdo bermula dari ruang redaksi. Sebelas ahli redaksi menyeru agar seluruh pekerja menjadi pemegang saham. Mereka mempersiapkan pasukan peguam. Saat ini, saham Charlie Hebdo dipegang tiga orang. Orang tua Stephane Charboniere dan Kartunis Riss masing-masing memegang 40 peratus. 

Selebihnya, atau 20 peratus, dipegang pengurus Eric Portheault.Stephane Charboniere, akrab dengan nama pena Charb, adalah pemimpin redaksi Charlie Hebdo. Ia terbunuh dalam serangan keganasan, Januari 2015, yang dilakukan Said dan Cherif Kouachi. Laurent Leger, salah satu wartawan Charlie Hebdo, terpegun dengan keuntungan itu.  

Pada 18 Mac lalu dia mengumumkan pembentukan kumpulan untuk membuka pembicaraan soal penyaluran saham Charlie Hebdo kepada pekerja. Salah satu anggota kumpulan ini adalah kolumnis Patrick Pelloux, yang popular dengan kartun buatannya saat perarakan di Paris.Charlie Hebdo adalah majalah mendadak kaya kerana serangan keganasan.  

Sebelum serangan berlaku, Charlie Hebdo adalah majalah termengah-mengah dengan tiras 30 ribu naskhah bagi setiap minggu, dan belum tentu terjual. Selepas serangan keganasan, Charlie Hebdo mampu menjual tujuh juta naskhah di sekujur Eropah, dan belahan dunia lain. Majalah kebanjiran sumbangan, dan menjadi simbol kebebasan berbicara melalui hashtag #jesuischarlie. 

Seorang peguam tak ingin disebut nama, dan mewakili pengurusan Charlie Hebdo, mengatakan;  

"Semua wang itu ternyata lebih berbahaya dari pengganas."
"Riss masih di hospital. Saham Keluarga Charb telah dibekukan ahli warisnya, "lanjut peguam itu kepada AFP. 

Menurutnya, pertikaian ini berkaitan keluarga yang baru kembali dari perkuburan, lalu bertengkar berebut warisan. Ia juga berkata selain hasil jualan, semua wang hasil sumbangan perlu lebih dulu dipotong cukai 60 peratus. 

Lager, dalam surat terbuka, menulis pengagihan saham yang adil akan membolehkan pengurusan telus. "Semakin lebar pengawasan, semakin baik bagi semua orang," ujarnya. (IH/lasdipo)

Liht sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Semalam, 11 Tahun Syeikh Ahmad Yasin Syahid, Dibunuh Israel.



PAGI itu, 11 tahun lalu apabila keluar dari solat subuh di masjid al Majma al Islami berhampiran rumahnya di kampung Sabra di timur bandar Gaza, Israel membunuh Syeikh Ahmad Yasin dengan menembbakkan tiga buah peluru berpandu.

Tepatnya 22 Mac 2004 lalu, Syeikh Ahmad Yasin bersama tujuh orang yang bersamanya gugur. Tubuh Syeikh Ahmad Yasin tercerai berai bercampur bahagian-bahagian kerusi roda yang membawanya saat peluru berpandu menghantamnya ketika keluar dari masjid di pagi itu.

Syeikh Ahmad Yasin sungguh dengan perjuangn gigihnya, sebelum meninggal dunia, ia bersama sekumpulan tokoh Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza pada 14 Disember 1987 mendirikan sebuah organisasi perlawanan untuk melawan penjajah Zionis, yang kemudian disebut Hamas.

Danpengaruh gerakan Hamas ini sangat besar, dan selepas menyertai dengan kekuatan-kekuatan Palestin dalam berjuang melawan penjajah Zionis di Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Dan hingga kini Hamas, di bawah pimpinan Khalid Misyal akan terus menempuh jalan perlawanan sampai seluruh tujuan rakyat Palestin tercapai. Membebaskan tanah dan mendapatkan kemerdekaannya menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan.

"Jalan yang ditempuh Syeikh Yasin dan projek masih dan terus berlanjut. Kenangan beliau ada pada 'tangan' dan mata setiap perjuang perlawanan Palestin yang menghalang penjajah Zionis dan melawan kejahatannya," demikian kenyataan Hamas dikutip dari Info Palestin.


Al-hamdulillah, beliau syahid. (IH)

PRK DUN Chempaka: PAS Menang Majoriti 10,092 Undi

KOTA BHARU 22 Mac - Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menganggap kemenangan dengan majoriti lebih besar pada malam ini sudah dijangka berikutan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

"Saya percaya kemenangan ini bukan saja hasil undi ahli PAS, sebaliknya penyokong dan ahli BN serta pengundi atas pagar turut mengundi PAS," katanya.

Sementara itu calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood berterima kasih kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang memberi kepercayaan untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi dan saya akan meneruskan perjuangan Allahyarham sebaik mungkin selepas ini," katanya.

PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dengan majoriti 10,092 undi, mengalahkan empat lagi pencabar dari wakil Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dua tahun lalu, PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi menurun dengan 55 peratus saja dicatatkan pada PRK kali ini berbanding 85.93 peratus pada PRU-13 lalu.

PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood @Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi mengalahkan empat calon bebas lain.

Empat calon bebas itu terdiri bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48 memperoleh 51 undi; bekas Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kelantan, Sharif Mahmood, 59, (807 undi).
1536427_808526805863204_3770725762723531808_n
(IH)

Seks Dalam Khemah. Pihak Berkuasa Tak Berkuasa, K'jaan Dayus?


SEBAHAGIAN daripada 53 pelacur warga asing yang ditahan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) dalam serbuan di tujuh premis urut di Bandar Puteri Puchong, malam semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mac - Seks dalam khemah. Itulah perkhidmatan yang ditawarkan oleh sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik premis urut di sekitar Bandar Puteri Puchong dekat sini bagi menarik pelanggan.

Kegiatan yang pernah dibongkar oleh pihak berkuasa tempatan di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi setelah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi tersebut malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira dua jam bermula pada pukul 8 malam itu, skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut telah menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran serta tidak mempunyai pasport.

Timbalan Komander Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua pengusaha premis tersebut gagal menunjukkan lesen mengendalikan rumah urut.

“Dalam pada itu, salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah kepada pelanggan dengan bayaran berjumlah RM160.
“Bagi aktiviti seks mereka lakukan dalam khemah manakala untuk urut dengan bayaran RM130 pula dilakukan di dalam bilik biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairi berkata, pihaknya turut menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan dan selebihnya warga asing yang tidak memiliki pasport.

“Polis juga merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.
“Selain itu, kami turut merampas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap penganjur kegiatan berkenaan,” ujarnya.

Menurut Khairi, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk siasatan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di mana salah dan cacatnya sehingga pihak berkuasa menjadi tidak berkuasa?
  • Kegiatan yang pernah dibongkar di premis sama tahun lalu itu didapati masih beroperasi.
  • menyerbu tujuh rumah urut haram secara serentak di lokasi sama..
  • menahan seramai 53 wanita terdiri daripada warga Vietnam, China, Thailand dan Indonesia.
  • dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran
  • serta tidak mempunyai pasport.
  • salah sebuah rumah urut pula menawarkan khidmat seks dalam khemah 
  • menahan 19 penjaga premis terdiri daripada 13 warga tempatan
  • merampas sebanyak 531 keping kondom, minyak urut, bahan pelincir, buku rekod hasil kutipan serta bil-bil berkaitan premis bagi tujuan siasatan.
  • merampas wang berjumlah RM3,164 bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA)
Berhentilah jadi kerajaan, tak ade kuasa, buat malu saja. Kerajaan dayus?

Sunday, March 22, 2015

Phahrolrazi Lepas Jawatan Dalam PAS, Tumpu PasMa

Phahrolrazi lepas jawatan dalam PAS, tumpu kepada PasMa

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi melepaskan semua jawatannya dalam PAS dan menjadi ahli biasa bagi membolehkan beliau bergerak bebas tanpa melanggar sebarang sekatan dari PAS.

"Saya menjadi ahli biasa sekarang selepas 33 tahun memegang jawatan dalam PAS," kata Phahrolrazi, yang mula aktif dalam PAS sejak 1982, kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga memaklumkan tidak akan menjadi perwakilan dalam muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor pada Jun ini.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat menasihatkan agar semua pemimpin PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa, badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Pakatan Rakyat (PR) itu.

Semalam, Phahrolrazi memberikan ucapan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah buat kali terakhir dalam mesyuarat agung kawasan itu yang dirasmikan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

"Saya yakin tugas sebagai presiden PasMa sekarang semakin banyak ekoran perkembangan yang berlaku dalam PAS dan PR," katanya berikutan hubungan yang semakin tegang antara PAS dan sekutunya dalam PR - DAP dan PKR.

PasMa sejak penubuhannya tahun lepas menegaskan akan menjadi pelobi utama agar PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Ekoran pembentangan Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Rabu, hubungan PAS dengan sekutunya semakin tegang.

DAP akan bermesyuarat Isnin ini bagi menentukan kedudukan hubungannya dengan parti Islam itu.
Dalam mesyuarat agung Kuala Kedah semalam, jawatan Phahrolrazi diambil alih timbalan beliau Datuk Amirudin Hamzah tanpa sebarang pertandingan.

Bagi jawatan timbalan yang dipertua pula, ia dimenangi Nasir Mustafa yang mengalahkan Fauzi Husin manakala naib yang dipertua dimenangi tanpa bertanding oleh Umar Saad. – 21 Mac, 2015.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Hudud, Menurut Dr Mujahid


KENYATAAN MEDIA: HUDUD PERLU PANDUAN KEILMUAN BUKAN EMOSI
Apabila perbahasan hudud masuk ke legaslatif maka perbahasannya adalah tentang undang-undang dan sejauhmana kerangka undang-undang negara mengizinkannya. Akan ada pro dan kontra namun ia bukan persoalan yang boleh dipermudahkan untuk menghukum seseorang.

Hukum Allah SWT perlu difahami secara prinsipnya, ada yang dilaksanakan secara individu dan ada yang dilaksanakan melalui kuasa. Dalam hal perlunya keabsahan kuasa dan maslahat umum hukum Allah memerlukan syarat, sebab dan perkiraan halangan untuk dilaksanakan.

Hudud perlu dilihat sebagai hukum Allah SWT daripada perspektif ini, iaitu perspektif perlunya kuasa, keperluan sebab untuk melaksanakannya atau tidak dan samada memenuhi syarat untuk laksanakannya atau tidak. Oleh itu jangan kita bermudah dan beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip yang terbina atasnya hukum Allah SWT. Dalam disiplin Islam ia dikenali sebagai ilmu Usul Fiqh.

Saya bimbang perbahasan hudud ini yang berkemungkinan terpandu atas emosi akan menimbulkan permusuhan dan kebencian atas nama agama dan akhirmya semasa proses ini berjalan makna Islam yang penuh Rahmat dan Tujuan Syariat (Maqasid Syari’yah) yang penuh dengan kemaslahatan (manfaat) semua akan dipersoal.

Saya mengharapkan perbahasan berjalan secara demokratik dan  masyarakat tidak dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan sempit khususnya yang berligar di media sosial. Janganlah perbahasan hudud yang tidak terpandu menyebabkan perpaduan nasional yang terbina selama ini dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Bertarikh 21 Mac 2015

Lihat lagi..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Semua Rasa Duit Lacur, Balaci, Kerajaan, Doktor Dan...

Singkap Sudut Gelap Kampung Pelacuran Subang, Di Negara  Umat Islam Terbesar Di Dunia.. (siri 6/akhir)
Sambungan dari..
Siri 1: Singkap Sudut Gelap Kampung 'aroma lendir' Di Suba...
Siri 2: Kampung Pelacur: Ayah Tahu, Pemuka Agama Tak Perna.. ,
Siri 3: Kahwin Murah, Isteri Ke2, Gadis Atau Janda?
Siri 4:Jadi Pelacur: Alhamdulillah, Neng Boleh Bikin Rum... 

Siri 5:Pagi Sekolah, Malam Jadi Pemuas Nafsu.
 

RANGKAIAN pelacuran rumahan memang terbilang rapi. Semuanya sudah diatur sedemikian rupa. Semuanya kebahagian hasil. Dari pemilik rumah sampai bapa ayam tentunya punya jatah fulus masing-masing dari jerih payah pelacur.

Saat merdeka.com menyambangi salah satu rumah bersama bapa ayam berinisial U sudah menyuruh pemilik rumah mengambilkan pelbagai minuman keras dengan tanda tertentu.


"Mau apa, anggur apa bir aja," tanya U kepada merdeka.com di lokasi, Subang, Jawa Barat, minggu lalu.  


Tak lama berselang, semua botol bir disajikan di atas meja dengan suguhan pelengkap minuman penambah stamina dan dua bungkus rokok. Di tempat sama, Nyun (nama disamarkan) biasa memberi komisen saban kali transaksi syahwat. 

Dia mengakui buat bapa ayam dan pemilik rumah mendapatkan habuan fulus sama yang diberi dari keringatnya.

"Buat mang U, nyun kasih lima puluh ribu (kira-kira RM15), buat yang punya lima puluh ribu," katanya.  


Selain itu, pelbagai kos buat kesihatan dirinya Nyun juga memperincikan. Saban kali transaksi Nyun selalu membuka kadar harga Rp 500 ribu (kira-kira RM150) untuk sekali perkhidmatan perkhidmatan tidur. Tapi biasanya lelaki hidung belang menawarnya hingga Rp 350 ribu. Namun semuanya bergantung bisikan sang bapa ayam.

"Biasanya segitu, tapi kalau mang U bilang boleh digetok, Nyun mah ikut aja harganya mamang," ujarnya.


Semisal ada lelaki hidung belang asal Jakarta langganan U dengan latar belakang seorang bos, U boleh menghargai Nyun hingga dua juta. Namun, jika pelanggannya sudah akrab dengan bapa ayam, Nyun biasa melobi harga sendiri.


Belum lagi perbelanjaan fulus buat kesihatan Nyun, buat gadis seumurannya memang sangat berat. Saban bulan Nyun perlu mendapatkan suntikan dari doktor khusus para pelacur di kampung. 


"Tiga kali suntik neng mah, buat antibiotik, cegah penyakit, sama KB," ujar Nyun.

Dia perlu membayar Rp 300 ribu saban bulan kepada doktor amalan yang memberikan perkhidmatan kesihatan tersebut. "Ada doktor gilanya," ujarnya sambil ketawa.


Dari pengakuan bapa ayam ada oknum pegawai pemerintah yang biasa cuba mengganggu persekitaran di sana. Namun, biasanya hanya diberi wang rokok lalu petugas pergi ngeluyur dari lingkungan rumah di kawasan tersebut. 


"Biasanya ada satu motor, dua orang ke sini. Enggak pakai lama, kasih langsung pergi," ujar U.

Mod pelacur rumahan memang terbilang unik. Jauh dari hiruk pikuk gemerlap bandar. Namun, mod ini melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan. Walau hanya berjarak ribuan kilometer dari ibu kota, tapi Desa Saraden tak kalah jauh dari gemerlap dunia syahwat yang ditawarkan buat lelaki hidung belang.


Sekian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedih kita, bila melhat di negara umat Islam terbesar di dunia seperti Indonesia atau negara umat Islam majoriti seperti Malaysia, sarang-sarang pelacuran masih ada samada resmi atau tidak resmi.

Bahkan di Indonesia terang-terangan dari bandar hingga ke kampung, di akui pemerintah kewujudannya. Di Malaysia pun ada, tetapi mungkin secara tidak rasmi, namun masih di dalam undang-undang sekular.

Mengapa hal ini berlaku? 

Kerana orang Islam tidak mahu melaksanakan kewajiban menubuhkan negara Islam. Negara adalah pagar menyelamatkan rakyatnya dari anasir-anasir perosak, termasuk perosak agama. Wallahu 'aklam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails