Saturday, March 28, 2015

Jual Tubuh: Lagi Negaraku Jadi Tempat Niaga Lendir.


SEBAHAGIAN wanita warga Vietnam dan China yang bekerja sebagai GRO ditahan di sebuah premis hiburan di Jalan Banda Hilir, Melaka semalam

MELAKA: Lagi negaraku Malaysia yang kucintai, jadi tempat berniaga lendir atau sarang memproses najis zina.

Hal ini terbukti apabila seorang gadis bawah umur warganegara Vietnam bersama 29 wanita warga asing lain yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di dua premis hiburan di di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini semalam.

Gadis berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis karaoke yang menyediakan perkhidmatan GRO selain disyaki menjalankan aktiviti pelacuran. Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hasil maklumat dan risikan selama seminggu.

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, kesemua wanita warga asing itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bikin malu, kononnya Malaysia negara Islam contoh. (IH)

Bogel Dalam Kelas, Lagi Bukti Kementerian Pendidikan Gagal.



Sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur dipercayai lokasi tujuh pelajar tingkatan satu yang dipaksa oleh guru menanggalkan pakaian baru-baru ini.

BERITA ini membuktikan lagi kementerian pendidikan Malaysia yang gagal mendidik guru dan muridnya sekali....

KL: Tujuh orang pelajar tingkatan satu melalui detik memalukan apabila dipaksa menanggalkan seluar manakala seorang lagi diarah membuka baju oleh seorang guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sebuah sekolah di Ampang Rabu lalu.

Guru tersebut bertindak demikian kerana kumpulan pelajar berkenaan tidak memakai pakaian sukan yang mempunyai logo sekolah.

Lebih memalukan, dua daripada mangsa yang tidak memakai seluar dalam terpaksa berbogel dan meneruskan sesi persekolahan sebelum mereka meminjam duit daripada rakan-rakan untuk membeli seluar sukan sekolah di kedai koperasi.

Salah seorang mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hanya memakai seluar boxer bermula waktu rehat pada pukul 10 pagi hingga tamat sesi persekolahan pada pukul 2 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah dan setiap pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian sukan.

“Enam daripada kami tidak memakai seluar sukan dengan logo sekolah manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih. Guru tersebut memaksa kami menanggalkan seluar dan baju di dalam kelas. Dia me­rampas pakaian kami dan membawanya ke pejabat.
“Rakan saya terpaksa me­minjam kain samping pelajar lain untuk dipakai menggantikan seluar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
(IH)

Pelajar M'sia Yemen Berkurung Berikutan Serangan Saudi & Sekutu.

KL: Pelajar Malaysia di Aden, Yemen kini berkurung di kediaman masing-masing berikutan serangan udara diketuai Arab Saudi bersama jiran sekutunya pada pagi Khamis.

Menurut seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Seiyun, Hadhramaut, kira-kira 800 kilometer dari Sana'a, Aden, semua pelajar bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatan masing-masing.

"Saya kurang pasti siapa yang mengeluarkan nasihat tersebut, tetapi perkara itu disebar dalam kalangan komuniti pelajar di sini," katanya kepada Bernama menerusi Facebook.

Beliau yang enggan dikenali menyatakan para pelajar berada dalam keadaan baik. Buat masa ini, beliau masih tidak berniat untuk meninggalkan Yemen dan mengikuti perkembangan semasa melalui Facebook 'Persatuan Pelajar Malaysia Yemen'.

Facebook page berkenaan menyatakan kejadian berlaku jauh dari penempatan warga Malaysia di Sana'a. Laporan asing menyebut serangan dilakukan bagi mengekang kemaraan pemberontak Houthi.

Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi dilapor meninggalkan Aden untuk ke Arab Saudi pada Khamis ketika puak pemberotak bertempur dengan pasukannya di pinggir bandar raya pelabuhan selatan.

Wisma Putra turut memaklumkan warga Malaysia selamat dari serangan, yang disahkan Kedutaan Malaysia di Sana'a. (mStar)

Serangan Udara A/Saudi Ke Yemen, 39 Maut. Siapa Untung?


PUAK Houthi mengangkat senjata dalam tunjuk perasaan untuk membantah serangan udara di Sanaa kelmarin.
SANAA – Sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam tempoh lebih 24 jam selepas siri serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah Houthi di Yemen, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.

Seramai 12 mangsa maut apabila serangan udara ke atas sebuah pangkalan tentera di udara bandar ini mengenai kawasan sekitarnya.

Beberapa saksi berkata, jet-jet pejuang membedil pangkalan al-Samaa yang digunakan oleh unit tentera yang masih setia kepada bekas komander mereka, Ahmed Ali Saleh.

Ahmed merupakan anak lelaki Presiden Ali Abdullah Saleh yang digulingkan. Beliau dituduh oleh Riyadh sebagai menyokong militan Houthi memerangi Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.

“Pada Subuh semalam, tiga serangan udara mengenai pekarangan istana Presiden di selatan bandar ini yang ditawan militan Houthi pada bulan lalu,” kata beberapa saksi.

Riyadh turut mengebom briged tentera Houthi di wilayah Amran, utara bandar ini dan beberapa depot senjata di kubu kuat puak Houthi di utara Yemen.

Seorang pegawai tentera memberitahu agensi berita AFP bahawa jet-jet pejuang Arab Saudi turut mengebom sebuah depot senjata besar yang digunakan oleh tentera Ali.

Beberapa penduduk pula berkata, berpuluh-puluh kenderaan membawa peluru berpandu antipesawat dilihat berterusan meronda di bandar ini sejak serangan udara Arab Saudi itu bermula.

Siapa antara musuh-musuh Islam yang akan bergembira, bertepuk tangan dan kaut keuntungan? (IH)

Tradisi 'Rangkaian' Buat Janda Bawah Umur Kian Menjamur.




Jaringan bikin janda di bawah umur kian menjamur
Kisah Pasar Jodoh Tradisional (Siri 3)
Sambungan dari..
Siri 1: Kisah Pasar Jodoh Tradisional Di Desa Lebak, Jawa .
Siri 2: Calon Isteri Pakai Sarung, Dapat Terus Nikah..

JANGAN terkejut jika berkunjung ke sekitar Pasar Jodoh, Kecamatan Kandanghaur, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, ramai wanita usia belasan sudah menjadi janda. Konon hal itu dikait-kaitkan dengan tradisi 'Rangkaian' menjadi penyebab banyaknya janda di bawah umur. 

Jika di Kota Jakarta istilahnya di sebut 'cendawan'. Janda di bawah umur. 

"Anak saudara saya aja ada 3 mas yang jadi janda. Usianya 16 tahunan," kata Mohd warga Desa Parean Girang saat berbincang dengan merdeka.com, Sabtu minggu lalu.

Pengakuan soal ramainya janda juga dibenarkan oleh Yuani, warga desa Parean Bulak. Dia berkata jika kebanyakan warga yang tinggal di sekitar Pasar Jodoh majoriti berkahwin muda. Wanita-wanita itu kebanyakan berkahwin di usia 14 tahun. 

"Umur 14 tahun dan baru SMP di sini sudah berkahwin," kata Yuani. 

Lalu bagaimana hubungannya dengan tradisi Rangkaian? Eka mengatakan dia sempat mengalami tradisi rangkaian sekitar 5 tahun lalu. Ajang mencari jodoh ini tadinya memang suci, lantaran sejak lahir di Desa Parean Girang, tradisi ini memang diperuntukkan bagi mereka yang ingin membina rumah tangga.

Namun seiring perkembangan zaman, tradisi itu justru diselewengkan hingga melanggar norma-norma masyarakat. Dia memberi contoh. Dulu, pasangan muda-mudi yang mendapat jodoh usai mengikuti tradisi rangkaian, akan berterusan ke pertunangan. 

Namun ketika masa pertunangan itu, berlaku pergeseran makna. Biasanya wanita yang ikut rangkaian berorientasikan pada bahan. Kejadian ini pernah dilihat langsung oleh Mohd. 

Ceritanya begini. Ketika itu temannya mencari jodoh perjaka bekerja sebagai nelayan. Sesuai tradisi rangkaian baik wanita dan lelaki yang terikat pertunangan akan berkhidmat bagi keluarganya hingga nanti menuju perkahwinan.  

Biasanya, keluarga lelaki akan memberikan wang jajan kepada wanita tunangan anaknya setiap bulan sesuai perjanjian yang ditentukan. Sebagai ganjaran, wanita itu akan memberikan bawaan berupa keperluan untuk lelaki calon suaminya. Wanita itu datang ke keluarga lelaki dengan membawa bakul berisi kopi, gula dan segala jenis lain. 

 Nanti wanitanya akan diberi wang sebagai balasan. Namun se iring bergesernya waktu, wang pemberian itu harus melebihi barangan yang dibawa. Jika tidak, pihak wanita bakal memutuskan sepihak ikatan pertunangan kepada keluarga lelaki. 

"Kalau yang dikasih wangnya dikit, boleh langsung ditinggal. Barang bawaannya dibawa lagi," kata Mohd bercerita. 

Jika merunut pada proses, sebetulnya, usai tradisi rangkaian akan berterusan ke dalam proses lamaran. Pada proses ini ibu bapa dari pihak laki-laki akan membayar sejumlah wang kepada pihak wanita. Selain itu ada tradisi membahagi-bahagikan sirih kepada tetangga sebagai isyarat bahawa si gadis sudah "diikat".
... Ectoplasma (Aura Ghaib) Di Green Canyon, Cijulang, Jawa Barat
 
Dalam tradisi itu juga diwajibkan jika lelaki dan wanitanya harus mengabdi kepada calon mertua. Tradisi ini dalam kacamata masyarakat Indramayu disebut dengan sambat. Eka pun mengakui jika pemuda pemudi yang menghadiri tradisi rangkaian sekitar 10 tahun lalu niatnya hanya bersenang-senang. Jarang dari mereka yang benar-benar ingin mencari pendamping hidup.

 "Mungkin kerana itu di sini banyak janda," kata Eka yang sudah dua kali berkahwin ini. 

Sekian. Bersambung..

Sedikit Tambahan:
Mencari Jodoh, Kalau menurut Islam, bagaimana?  

Allah SWT berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21

  • "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Sudah menjadi sunatullah, Allah menciptakan semua makhluk Nya berpasang-pasangan dan semua manusia pasti ada jodohnya tergantung ikhtiar dari manusia itu sendiri ataupun takdir Allah. Kerana setiap takdir itu..
  • ada yang mutlak (sudah menjadi ketentuan Allah), kita sebagai manusia hanya dapat menerimanya dan 
  • satu lagi adalah takdir ikhtiari, iaitu takdir yang memang boleh diperoleh dengan jalan ikhtiar atau usaha yang sungguh-sungguh.
Solusi:

Jadi, dalam mencari jodoh, ikhtiar yang dapat dilakukan oleh seorang Muslimah ialah..

1. Berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik, misalnya dengan shalat hajat. Allah telah berjanji dalam firmannya bahawa Muslim yang baik akan mendapatkan Muslimah yang baik dan lelaki yang buruk akan mendapatkan wanita yang buruk pula.

Maka tugas seorang muslimah adalah berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik, berikhtiar dengan sungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah agar mendapatkan jodoh yang baik dengan cara yang sesuai dengan nilai-nilai Islam.
  • Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..(QS : An Nuur : 26)
2. Meminta kepada orang tua atau wali untuk dicarikan jodoh yang baik. Dalam Islam sebenarnya masalah jodoh bagi muslimah bukanlah menjadi tanggung jawab diri sendiri tetapi menjadi tanggung jawab orang tua ataupun wali.

Kerajaan Islam Bertanggungjawab Carikan Jodoh

Bahkan pada masa Rasulullah SAW, pemerintah atau kerajaan bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh bagi muslim dan muslimah pada masanya. Sehingga seorang muslimah tidak perlu mencari sendiri jodoh untuk dirinya.

Pendekatan khalwat dalam ertikata 'berdua-duan bukan muhrim di tempat sunyi' yang dilakukan sebelum ikatan pernikahan dengan alasan untuk saling mengenal antara keduanya tidaklah sesuai dengan nilai-nilai Islam. Bahkan pendekatan ini tidak selalu menjamin menjadi rumah tangga yang baik kerana biasanya pendekatan yang dilakukan sebelum pernikahan lebih mengedepankan sudut subjektiviti antara keduanya.

3.  Dapatkan jodoh melalui mediator misalnya teman, saudara atau orang lain yang dapat dipercayai.
  • Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya. …(An Nuur : 32-33)

4. Mencari sendiri dengan syarat tidak boleh langsung atau terus tetapi bersama pihak ketiga, Rasulullah SAW. pernah memberikan kriteria untuk menentukan pilihan pasangan hidup bagi seorang muslim-muslimah yang apabila dilaksanakan insya Allah rumah tangga 'Sakinah mawaadah warahmah' akan dirasakan, Amin…
  • "Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinkan dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas". (HR. Tirmidzi dan Ahmad) à untuk muslimah
Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu. (HR. Muslim).

5. Jangan putus asa…. Jodoh adalah masalah ghoib yang menjadi rahasia Allah, sebagai manusia hanya boleh berikhtiar dan berdoa. Bagi muslimah yang belum mendapatkan jodoh jangan berputus asa, tetaplah berikhtiar dan berdoa. Sudah menjadi janji Allah bahawa semua makhluknya akan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang maha tahu waktu yang tepat untuk jodoh kita masing-masing.

Demikianlah panduan ringkas 5 perkara mengenai cari jodoh.

Setiap orang hendaklah bersungguh-sungguh, baik lelaki mahupun perempuan perlu proaktif dan selektif. Tidak hanya menunggu tanpa ikhtiar, namun mestinya tidak keluar dari norma dan garis syariat. Contohnya, di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan yang ‘menawarkan’ dirinya pada Rasulullah, dan Rasul pun tidak memandang hal itu sebagai sesuatu yang hina atau aib.

Agar perkahwinan itu bersemi indah, maka dalam memilih jodoh hendaknya kita sangat mengutamakan ajaran Islam, seperti yang dipesankan Rasulullah SAW. “..lihatlah agamanya maka kamu akan mendapatkan semuanya…”.

Wallahu 'aklam.

Friday, March 27, 2015

Ini, Senarai 7 Universiti Baru Terpesat Membangun Di Dunia. Malaysia Mana?


KL: Senarai ini jelas menunjukkan Universiti di Malaysia gagal menduduki senarai 7 universiti baru paling pesat membangun di dunia seperti yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE). Lapor The Malaysian Insider hari ini.

Negara jiran, Singapura melalui Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memperoleh tempat pertama walaupun baru berusia 24 tahun.

Di tempat kedua ialah Universiti Maastricht, Belanda, yang meningkat 96 tempat sejak Rangking Universiti Dunia THE 2011, diikuti Universiti Warwick, yang naik 54 tempat. Seterusnya ialah Korea Advanced Institute of Science and Technology yang naik 42 tempat, diikuti Pompeu Fabra University, Sepanyol, École Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland dan Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, yang masing-masing naik 21, 12 dan 11 tempat.

Senarai itu melibatkan institusi pengajian tinggi di bawah usia 50 tahun yang semakin meningkat naik dalam kedudukan 400 universiti teratas dunia THE sejak 2011, dan di kalangan 100 universiti terbaik di bawah umur 50 tahun.

Bagaimanapun, sementara NTU yang ditubuhkan pada 1991 berjaya meningkat 108 tempat dalam Rangking Universiti Dunia THE dalam tempoh 4 tahun, tiada universiti di Malaysia memecahkan rekod berkenaan. 

Mengapa Dengan Malaysia?

Fran Langdon, seorang wakil THE, memberitahu The Malaysian Insider keadaan itu sebahagiannya disebabkan hakikat yang banyak institusi Malaysia enggan mengemukakan data mereka untuk digolongkan dalam ranking itu.

"Bagaimanapun, melihat kepada universiti di Malaysia yang menyerahkan data kepada kami (walaupun malangnya mereka tidak menunjukkan prestasi cukup kuat untuk disenaraikan), secara umumnya, universiti Malaysia menerima markah agak rendah untuk reputasi dan juga untuk citation," kata Langdon, sambil menambah dua faktor itu merupakan indikator paling penting dalam Rangking Universiti Dunia THE ini.

"Satu isu yang membimbangkan bagi Malaysia secara keseluruhan ialah, boleh dikatakan kurangnya perhubungan dengan ranking dunia. Kami dapati sesetengah universiti di Malaysia masih belum sedia berkongsi data, yang saya rasakan satu peluang besar yang dilepaskan.
"Keengganan untuk terbuka tentang data mereka bermakna kita tidak boleh mengukur mereka dibandingkan dengan rakan mereka di pentas pendidikan dunia, ini satu kerugian besar."

Bagaimanapun, Langdon berkata, ketidakupayaan Malaysia menduduki senarai institusi muda paling pesat membangun itu "tidak mengejutkan" kerana hanya 7 institusi yang cukup syarat menduduki senarai itu.

Pengarang THE Phil Baty juga menjelaskan senarai itu membuktikan universiti tidak perlu mengambil masa lama untuk menjadi bertaraf dunia, ia perlu lebih berani.

Itukah yang tidak ada pada universiti di Malaysia? (IH)
Universiti di Malaysia gagal menduduki senarai 7 universiti baru paling pesat membangun di dunia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) biarpun negara jiran, Singapura melalui Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memperoleh tempat pertama walaupun baru berusia 24 tahun. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/universiti-malaysia-gagal-senarai-dunia-paling-pesat-membangun#sthash.i9QvHU3b.dpuf

Thailand: Gajah Ini Marah Dikenakan IC Pertama Kali Di Dunia?


KL: ADAKAH gajah ini marah kerana mereka sudah dikenakan kad pengenaalan (IC) bagi menjadi rakyat negara Thai?

Negara itu mencipta sejarah apabila melancarkan kad pengenalan (ID) gajah pertama di dunia, seperti lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Kad tersebut diserahkan kepada empat pengendali gajah Majlis Perbandaran Muang Hua Hin di selatan wilayah Prachuap Khiri Khan dalam satu majlis yang dipengerusikan oleh gabenor Weera Sriwatanatrakul hujung bulan lalu.

Pengendali tersebut terdiri daripada Elephant Village, Pertubuhan Gajah Hutsadin, Hua Hin Safari dan Hua Hin Hills Vineyard. Maklumat yang terdapat pada kad tersebut merangkumi nama dan umur gajah, gambar, tanda lahir, tempat tinggal, nama pemilik, ID dan nombor mikrocip.

Kad tersebut dikeluarkan sejajar dengan pematuhan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Hidupan Liar Flora dan Fauna Terancam (CITES) bagi mengekang pemerdagangan gading gajah secara haram.

Timbalan Gabenor Prachuap Khiri Khan, Pongpan Wichiansamut berkata, langkah tersebut diharap dapat melindungi gajah-gajah liar daripada dipelihara secara haram.(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails