Friday, April 17, 2015

IS Tawan Kilang Penapisan Minyak Terbesar Iraq


KILANG penapisan minyak di Baiji kini ditawan militan IS. - AFP

KIRKUK, Iraq – Sebahagian anggota kumpulan militan Islamic State (IS) bertindak memecah masuk ke kilang penapisan minyak terbesar di Baiji sebelum merampas sebahagian kemudahan dan bersembunyi di antara tangki simpanan bahan api, kata seorang pegawai kelmarin.
IS sejak 10 bulan lalu telah berkali-kali cuba untuk menguasai kilang penapisan minyak terbesar di negara itu, namun gagal kerana pihak keselamatan berupaya menentang mereka.
"Kumpulan itu kini menguasai kilang tersebut yang turut dijadikan institut latihan dan mengawal penghantaran produk dan sebahagian jalan di dalam kawasan berkenaan," kata seorang pegawai kanan di syarikat negeri yang bertanggungjawab mengendalikan kilang penapisan minyak di utara Iraq kepada AFP.
Tambahnya, pasukan keselamatan di kawasan itu sedang menghadapi pertempuran sengit dengan militan IS yang kebanyakannya bersembunyi di sebalik tangki minyak yang penuh.
Seorang jeneral tentera berkata, militan IS telah menyerang dari dua arah dan dapat menembusi beberapa ratus meter ke dalam pusat kemudahan itu.
"Pasukan keselamatan kini berusaha mempertahankan kilang penapisan tersebut dan terus mengepung anggota militan yang bersembunyi di beberapa lokasi terhad termasuklah di celah-celah tangki simpanan," ujar beliau.
Kilang penapisan minyak tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer di utara Baghdad pernah menghasilkan 300,000 tong produk minyak yang telah ditapis setiap hari. – AFP

Ini, Bogel Di Tempat Umum, Hobi Baru Warga S'pura. Awas Jangkiti M'sia!


 
INI, bogel di tempat umum, menjadi hobi baru warga Singapura. Pihak-pihak yang bertanggung jawab di Malaysia perlu bersiap mengawasinya, supaya wabak tersebut tidak berjangkit ke negara ini.

Pengguna laman web dan forum Stomp baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar menunjukkan seorang wanita tempatan bertelanjang di khalayak ramai di pelbagai lokasi yang tidak didedahkan di Singapura. 

Hobi terbaru warga Singapura bertelanjang untuk menunjukkan badan mereka yang kononnya cantik kepada umum.

Gambar-gambar telah dimuat naik dalam forum-forum tempatan  pada tarikh yang berlainan di tempat letak kereta, di tengah-tengah jalan dan kawasan tumpuan orang ramai.

"Menurut komen yang ditulis oleh pengguna-penguna web tersebut, pasangan itu melakukan pelbagai aksi termasuk onani," kata penyumbang.
"Pengguna juga berkata bahawa mereka turut mengadakan hubungan seks di lokasi-lokasi awam yang dilalui oleh pajalan-pejalan kaki yang nyata terkejut dengan aksi mereka ini," katanya.

Ini bukanlah kejadian pertama di Sinagapura kerana sebelum ini seorang gadis memakai topi Santa telah menjadi tajuk utama apabila berbogel di hadapan sebuah tempat letak kereta awam. (IH)

Thursday, April 16, 2015

Jho Low Bersuara, Najib Tergugat. ZAM Bimbang Najib Diambang Kejatuhan.. (20)

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 April, 2015.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


KEDUDUKAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar).

Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal

"Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putar belit Umno," katanya di dalam blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Dalam artikel bertajuk, "Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan", Zam berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib. 


"Mereka mahu Jho Low disiasat," kata Zam. 

"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai bersahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya, maka pertanyaan Dr Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB menambah kredibiliti keyakinan dan sokongan kepada Dr Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," katanya. 
"Malah lebih buruk lagi hari ini (semalam) bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyokong tuntutan Dr Mahathir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula."

Zam berkata, perkara itu jelas menunjukkan tekanan semakin hebat mulai dirasakan Najib di samping sokongan yang ditunjukkan banyak pihak kepadanya. 


Dr Mahathir juga pada Isnin mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib. 


"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc.

Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, 1MDB, serta isu Altantuya. 


Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas penjawat awam kanan kerajaan. 


Anak kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut tidak terlepas daripada tekanan dan digesa menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib.


Ketika bapanya semakin rancak mengkritik perdana menteri itu, Mukhriz berkata, Umno Kedah akan membuat keputusan sama ada menyokong Najib atau tidak pada satu mesyuarat 24 April ini. 


Dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz menyifatkan wakil rakyat itu terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan.  


"Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

"Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," kata Mukhriz mengulas tindakan Ahmad memintanya meletak jawatan sekiranya gagal menyokong kepimpinan Najib.

Demikian lapor The Malaysian Insider. 


Apakah ZAM bimbang Rejim Najib sedang di ambang kejatuhan?

Siapa Jho Low & 1MDB? Bolehkah Forum Ini Percepatkan Jatuh Najib? (19)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



Klik di sini..
Wacana Sinar: APA DI SEBALIK 1MDB 

Sinar Siri Ke-35: APA DI SEBALIK 1MDB





'Spin Master' UMNO Di Sebalik Serangan 1MDB, Kata Jho Low

AHLI perniagaan kontroversi, Jho Low akhir-akhir ini bercakap dengan pelbagai media antarabangsa mempertahankan dirinya terhadap tuduhan dibuat media lain, termasuk The Edge, mengenai penglibatan beliau dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).‎ 

Minggu ini kami keluarkan semula artikel berdasarkan temu bual beliau bersama majalah Euromoney. Secara berasingan, kami ajukan 10 soalan yang perlu dijawab dan bukannya semata-mata membuat penafian umum.

Siri skandal memalukan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB menarik ramai tokoh-tokoh berprofil tinggi daripada pertubuhan di negara ini. 

Apatah lagi taikun Low Taek Jho, hartawan yang berpangkalan di Hong Kong.

Namun, Jho Low menafikan semua penglibatan dalam 1MDB. Beliau kini bersedia untuk membela diri secara terbuka – dan menuding jari menyalahkan orang lain.

Kediaman mewah Jho Low di Hong Kong cukup sesuai untuk hartawan muda kelahiran Pulau Pinang dibuang oleh negaranya sebagai penjahat misteri yang membayangi urusan pendedahan syarikat Malaysia.

Keinginan semakin dirasai semasa melangkah ke dalam ruang legar bergaya Jynwel Capital, firma pelaburan ekuiti swasta keluarganya yang berpangkalan di tengah pusat bandar.

Penyambut tetamu memberitahu "Encik Low sedang menunggu" dan dinding terbuka mendedahkan bilik belatarkan panorama pelabuhan di bandar ini.

Apabila berada di dalam, dinding meluncur senyap tertutup. Seorang pembantu berpakaian rapi membawa ke sebuah bilik dengan kerusi berkulit hitam di tengah-tengahnya. Apabila pelawat duduk, perhatian dialihkan kepada tayangan video korporat pada monitor yang muncul dari dinding.

Low muncul buat kali pertama, membintangi siri lawatan empayar beliau di seluruh dunia: resort Caribbean, fesyen Eropah, sumber Alaska, hartanah Asia, mesyuarat dengan sheikh Timur Tengah, yayasan dermawannya dengan PBB.

Pembantu muncul semula untuk menghidangkan kopi dalam porselin indah. Sudah tentu, betul-betul ada rasa. Video ditayangkan tamat, dinding lain meluncur terbuka dan kali ini muncul Low sendiri, penuh dengan bonhomie dan menegur pengunjung melalui dinding gelongsor lain.

Dengan seluruh rakyat Malaysia dari semua pihak mendesak pendakwaan bagi dakwaan penipuan dan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, Jho Low, mungkin diampuni kerana ingin beberapa perlindungan tambahan selepas apa yang beliau gelar tempoh masa paling sukar dalam usia 33 tahunnya. Bagaimanapun, Low secara realitinya tidak cukup sesuai dengan jenis pengkritiknya.

Masih muda, beliau khuatir meluahkan pandangan. Ada masanya, semasa perbualan dua jam, seolah-olah pengalaman adalah katarsis. "Saya secara konsisten diserang," Low mengeluh marah dengan skandal melibatkan dana kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya sangat kecewa, tetapi saya tidak berkata apa-apa." Malah, sejak Euromoney duduk bersamanya pada 6 Mac, Low membuka mulut dalam siri wawancara dirancang dengan teliti dengan akhbar berpangkalan di Hong Kong South China Morning Post dan saluran berita televisyen CNBC.



Baca selanjutnya di SINI ..

Berjudi Sampai Muflis,Hasil Kerajaan Didik Rakyat Berjudi Sejak Merdeka.



Pegawai Turus Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Johor, Deputi Superintendan Adzli Abu Shah (berdiri di kiri) menunjukkan enam lelaki yang ditahan dalam serbuan di Taman Sri Bahagia, Johor Bahru malam kelmarin.



JOHOR BAHRU – Seorang juruelektrik diberkas buat kali ketiga malam kelmarin kerana bermain judi mesin slot walaupun sebelum ini dia pernah kalah kira-kira RM100,000 sehingga terpaksa menggadai rumah dan keretanya.
Juruelektrik yang dikenali sebagai Sokfan, 46, itu tidak pernah berubah walaupun dia juga sudah diisytiharkan muflis akibat tabiat buruknya itu.
Lebih teruk, Sokfan juga tidak mempedulikan nasib dua isteri dan lapan anaknya kerana dia lebih mementingkan keseronokan bermain judi mesin slot.
Malam kelmarin, Sokfan diberkas lagi bersama tiga rakan tahi judi lain ketika mereka leka berjudi di sebuah bangunan kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahagia 5, Taman Sri Bahagia di sini.
Sokfan ketika ditemui Kosmo! berkata, dia berjudi kerana mahu berseronok dan mendakwa mendapat keseronokan berganda apabila memenangi bonus permainan antara RM200 hingga RM300.
Cerita juruelektrik itu lagi, dia mula terjebak dengan judi tersebut pada tahun 1990-an ketika fenomena permainan judi mesin kuda berkembang.
Sejak itu, kata Sokfan, dia sukar berhenti bermain judi walaupun sudah berkali-kali kalah sehingga muflis akibat hilang wang pertaruhan. 

Lapor Kosmo! Online.


Itulah hasil kerajaan Malaysia mendidik rakyatnya berjudi sejak merdeka sampai sekaraang. Cari duit hingga tidak peduli 'halal haram'. Kerajaan sendiri pun berjudi, bagaimana nak melarang rakyatnya hingga ketagih judi.

Bermula dengan sistem judi 'Loteri Kebajikan Masyarakat' untuk rakyat sejak mula merdeka, lumba kuda empat nombor ekor, hinggalah ke kasino-kasino gergasi sekarang. Kerajaan main judi bola,  TOTO dan kepelbagaian judi-judi yang haram menurut Islam.

Begitu tarbiah kerajaan kepada rakyatnya, maka beginilah hasilnya. Kalau ditanam 'lalang' bagaimana boleh menghasilkan 'padi'?  (IH)

Artis/Seniman Diikuti Peminat Sesat. -Tafsir Ibnu Katsir.

JOM sejenak kita fikir dan renungkan tentang kehebatan dan kejaiaban Al-Quran, kitab suci mulia.. Mula-mula kita buka Al-Quran.. Lihat dan baca Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair), surah ke 26: Ayat 221 hingga 227.

Ini, sedikit huraian: menyenai penyair-penyair atau seniman yang diikuti oleh orang-orang sesat... Ya, mari kita renungkan..
Tafsir Ibnu Katsir Al-Qur’an Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair)
Surah Makkiyyah; surah ke 26:227 ayat.

Ayat:

  • “221. Apakah akan aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun? 
  • 222. mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 
  • 223. mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 
  • 224. dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 
  • 225. tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah, 
  • 226. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 
  • 227. kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” 
(asy-Syu’araa’: 221-227)
Allah berfirman berdialog dengan orang-orang musyrik yang mengira bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw. tidak benar.. Bahkan merupakan sesuatu yang dibuat-buat oleh dirinya sendiri atau hasil yang diperoleh dari pemberian jin. Maka Allah swt. mensucikan diri Rasulullah saw. dari pelbagai komen dan tuduhan mereka, serta mengingatkan bahawa risalah yang dibawanya adalah benar-benar berasal dari sisi Allah swt.  

Untuk itu Allah berfirman: Halunabbi-ukum 
("Apakah akan Aku beritakan kepadamu."). Mahukah Aku beritakan kepada kalian:

'Alaa man tanazzalusy syayaathiinu. Tanazzalu 'alaa kulla affaakin atsiim 

("Kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap affaakin atsiim.") 
Affaaak; iaitu para pendusta dalam perkataannya, 
atsiim; iaitu orang yang durjana dalam perbuatannya. 
Inilah orang-orang yang kepadanya syaitan-syaitan itu turun, iaitu para dukun dan para pendusta fasik yang sejenis dengan mereka. kerana syaitan-syaitan itu pun adalah pendusta yang fasik.

Yulquunas sam'a 

("Mereka menghadapkan pendengaran.") 
Iaitu mencuri pendengaran dari langit, sehingga mereka mendengar kalimat dari ilmu ghaib, lalu ditambahkannya dengan 100 perkara yang dusta. Kemudian, hal itu disampaikan kepada manusia yang menjadi wali-wali mereka. 

 Lalu diceritakannya hal itu dan dibenarkan oleh manusia setiap apa yang mereka katakan, dengan sebab kejujuran mereka terhadap kalimat yang didengarnya dari langit itu.. 

Sebagaimana yang telah sahih dalam hadis mengenai hal itu.

Al-Bukhari meriwayatkan dari hadits az-Zuhri, telah mengabarkan kepadaku Yahya bin 'Urwah bin az-Zubair, bahawa ia mendengar' Urwah bin az-Zubair berkata: 'Aisyah ra. berkata:


"Para shahabat bertanya kepada Nabi saw. tentang para dukun. Lalu beliau saw. bersabda: "Mereka bukan apa-apa." Mereka bertanya kembali: "Ya Rasulullah, mereka mengatakan sesuatu yang kadang-kadang benar." Maka Nabi bersabda: "Kalimat itu adalah sebahagian kebenaran yang dicuri oleh jin, kemudian dibisikkan ke telinga walinya seperti kokokan ayam. Maka, mereka bergaul dengan lebih dari 100 kedustaan. " 

Al-Bukhari meriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahawa Nabi saw. bersabda: "Para malaikat bercerita di atas langit tentang urusan yang terjadi di muka bumi, lalu setan-setan itu mendengar kalimat tersebut yang kemudian diperdengarkan kepada telinga para dukun sebagaimana botol bergerincing. Maka, mereka menambah bersamanya dengan 100 perkara yang dusta. "

Firman Allah: wasy-Syu'araa-u yattabi'uHumul ghaawuun 

("Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat.")
'Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu' Abbas: "Orang-orang kafir itu diikuti oleh manusia dan jin yang sesat. " demikianlah yang dikatakan oleh Mujahid ra. 'Abdrurrahman bin Zaid bin Aslam dan selain keudanya.

'Ikrimah ra. berkata: "Ada dua orang ahli syair yang saling bersaing. Satu ahli syair disokong oleh sebahagian kelompok manusia dan yang satu ahli yang lain disokong pula oleh sebahagian kelompok manusia yang lain. "


Maka Allah Ta'ala menurunkan: wasy-Syu'-araau yattabi'uHumul ghaawuun 
 (" Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat. ") 

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Abu Sa'id berakata:
"Di saat kami berjalan bersama Rasulullah saw. di tangga, tiba-tiba seorang ahli syair bersenandung, maka Nabi saw. bersabda: "Tahanlah syaitan oleh kalian. Kerana penuhnya tekak seseorang dengan nanah lebih baik daripada dipenuhi oleh syair. 

"Firman Allah: alam tara annahum fii kulli waadiy yaHiimuun 
("Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah.")

 'Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu' Abbas: "Di dalam setiap permainan, mereka ceburi." 
Adh- Dhahhak berkata dari Ibnu 'Abbas: "Di dalam setiap seni bahasa." Demikian yang dikatakan oleh Mujahid dan lain-lain. 
Al-Hasan al-Bahsri berkata: "Sesungguhnya demi Allah, kami melihat tempat-tempat mereka bergelut, sesekali mencela si fulan dan sesekali mereka memuji seseorang." 

Firman Allah Ta'ala: wa annahum yaquuluuna maa laa taf'aluun 
("Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya].") 

Al-'Aufi berkata, dari 'Ibnu' Abbas: "Ada dua orang di masa Rasulullah saw. salah satunya dari kalangan Ansar dan yang kedua dari kalangan yang lain. Keduanya saling bersaing. Maka setiap orang di antara keduanya mempunyai penyokong dari kaumnya, iaitu para sufaha [orang-orang yang bodoh], 

maka Allah Taala berfirman: wasy-Syu'araa-u yattabi'uHumul ghaawuun. alam tara annahum fii kulli waadiy yaHiimuun. Wa annahum yaquuluuna maa laa yaf'aluun 
("Dan penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah. Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya]. ")

 'Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu' Abbas: "Kebanyakan kata-kata mereka adalah dusta." Apa yang dikatakan oleh Ibnu 'Abbas ini adalah kenyataan yang terjadi sebenarnya. Kerana para tukang syair berbangga-bangga dengan perkataan dan perbuatan yang tidak muncul dari diri mereka sendiri, bukan pula kerana mereka, maka banyaklah sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan mereka.  

Untuk itu para 'ulama berbeza pendapat tentang hal dimana apabila tukang syair mengakui dalam syairnya terdapat sesuatu yang menyebabkan ia terkena hukuman had, apakah akan dikenakan hukuman had sebab pengakuan tersebut atau tidak, kerana mereka mengucapkan apa-apa yang tidak mereka kerjakan?  

Dalam hal ini ada dua pendapat. Muhammad bin Ishaq dan Muhammad bin Sa'ad dalam ath-Thabaqaat, serta az-Zubair bin Bikar dalam al-Fakahah menceritakan bahawa Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab ra. mengangkat an-Nu'man bin 'Adi bin Nadh-lah sebagai pegawai di Maysan, tanah Bashrah.  

Dia mengucapkan syair yang menceritakan dirinya mabuk khamr dan mendengar lantunan seorang biduan. Ketika berita tersebut sampai kepada Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab ra. beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya hal tersebut memberikan penilaian burukku kepadanya. Barangsiapa yang bertemu dengannya, maka beritahu bahawa aku telah memecatnya. 

"'Umar menulis surat kepadanya:" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. haamiim. Diturunkan al-Kitab ini dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Mahapengampun dosa, Mahapenerima taubat, Maha berat siksa-Nya, Yang mempunyai karunia. Tiada Ilah [yang haq] selain Dia. hanya kepada-Nyalah kembali semua makhluk. "(al-Mu'min: 1-3) 

Amma ba'du, sesungguhnya perkataan kamu telah sampai kepadaku. "Semoga Amirul Mukminin memburukkannya. Kami duduk bersama, di istana yang hancur. Dan demi Allah, sesungguhnya hal tersebut memberikan penilaian burukku kepadamu dan aku memecatmu. " 

Ketika ia menemui 'Umar, ia menangis kerana syair itu, dan berkata: "Demi Allah, ya Amirul Mukminin, aku sama sekali tidak menyedarinya. Syair itu sama sekali tidak keluar kecuali sesuatu yang meluap dari lisanku. "

Lalu 'Umar berkata: "Aku menduga demikian. Akan tetapi, demi Allah, engkau tidak akan menjadi pekerjaku selam-lamanya. Apa yang telah engkau ucapkan, ya sudah, itulah yang engkau ucapkan." 
Dia tidak menyebutkan hukuman had tersebut, sekalipun perkara tersebut terkandung dalam syairnya, kerana mengucapkan apa yang mereka tidak lakukan. Akan tetapi, 'Umar ra. mencela, menghina dan memecatnya.  

Untuk itu, dijelaskan dalam sebuah hadis: "Sesungguhnya penuhnya tekak kalian oleh nanah yang merosakkannya lebih baik bagi kalian daripada dipenuhi oleh syair." (Muttafaq 'alaih) 
Yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah bahawa Rasulullah saw. yang al-Qur'an diturunkan kepadanya bukanlah seorang dukun, bukan pula seorang ahli syair. Kerana sikap beliau bertentangan dengan sikap mereka dari pelbagai sudut yang nyata.  

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya [Muhammad] dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan. "(Yaasiin: 69)

Firman-Nya: illalladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati 
("Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.") 
Ibnu' Abbas, 'Ikrimah, Mujahid, Qatadah, Zaid bin Aslam dan banyak ulama berkata bahawa ini adalah pengecualian terhadap hal yang lalu . Tidak ada keraguan lagi, bahawa hal tersebut memang pengecualian. Wallaahu a'lam. 

Di dalamnya termasuk para tukang syair kaum Ansar dan lain-lain serta termasuk pula di dalamnya orang yang bergelut dengan syair jahiliyyah yang mencela Islam dan para penganutnya,  ..kemudian ia bertaubat, berserah diri, kembali, mencabut diri, beramal soleh dan banyak mengingat Allah sebagai lawan dari perkataan buruknya yang lalu. Kerana berbagai kebaikan akan menghapuskan pelbagai keburukan. 

Demikian yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya dari Ibnu 'Abbas, bahawa Abu Sufyan, Shakhr bin Harb ketika masuk Islam ia berkata: "Ya Rasulullah, berikan aku [perintah] tiga perkara." 

Beliau menjawab: "Ya." Dia berkata: "Mu 'awiyah engkau jadikan penulis pendampingmu. "
Beliau menjawab:" Ya. " Dia berkata:" Engkau perintahkan aku hingga aku perangi orang-orang kafir seperti dulu aku memerangi orang-orang Muslim."
Beliau menjawab:" Ya. " Dan dia menyebut yang ketiga. 

Untuk itu, Allah Taala berfirman:  illalladziina aamanuu wa 'amilush shaalihaati 
("Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.") 

 Dikatakan maknanya adalah mereka banyak menyebut Allah dalam perbincangan mereka. Pendapat lain mengatakan, iaitu di syi'ir-syi'ir mereka. Keduanya adalah sahih, iaitu sesuatu yang boleh menghapuskan perkara-perkara yang lalu. 

Firman Allah: wantasharuu mim ba'di maa dhulimuu 
("Dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman.") 

Ibnu 'Abbas berkata: "Iaitu mereka membalas orang-orang kafir yang sombong diri terhadap orang-orang mukmin." Demikian yang dikatakan oleh Mujahid, Qatadah dan banyak ulama lain. Pendapat ini sebagaimana dinyatakan dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah saw. berkata kepada Hassan: "Tandingi mereka dan Jibril bersamamu." 

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdurrahman bin Ka'ab bin Malik bahawa ayahnya berkata kepada Nabi saw. "Sesungguhnya Allah swt. telah menurunkan ayat untuk para ahli syair. "
Maka Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang Mukmin berjuang itu dengan pedang dan lisannya. Demi Allah Rabb yang jiwaku ada di tangan-Nya, seakan-akan kalian melontarkan anak ujung tombak kepada mereka." 

Firman Allah Ta'ala: wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.") 

Di dalam hadis sahih dinyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jauhkanlah oleh kalian kezaliman. Kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. "

Qatadah bin Di'amah berkata mengenai firman Allah Ta'ala: wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.") 

Yang benar ayat ini berlaku umum pada setiap orang yang zalim, sebagaimana ibnu Abi Hatim berkata bahawa 'Aisyah ra. berkata: 

"Ayahku menulis wasiatnya menjadi dua baris: 'Bismillaahir rahmaanir rahiim. Ini adalah wasiat Abu Bakar bin Abi Qahafah ketika meninggal dunia, di saat orang kafir beriman, orang fajir berhenti dan pendusta menjadi jujur. Sesungguhnya aku mengangkat 'Umar binaal-Khattab sebagai penggantiku. Jika ia berbuat adil, maka itulah dugaanku dan harapanku. 

Sedangkan jika ia berbuat zalim dan berubah, maka aku tidak mengetahui yang ghaib. wa saya'lamulladziina dhalamuu ayya munqalabiy yanqalibuun 
("Dan orang-orang yang zalim itu akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.")

Selesai.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails