Monday, May 04, 2015
Inikah PASMA Dalam PKR, Tuntut Betulkan Krisis Dalaman?
PERMATANG PAUH: Inikah PASMA dalam PKR, tuntut betulkan krisis dalaman? Hal ini ditimbulkan, bila ada sekumpulan ahli PKR yang mewujudkan Suara Akar Umbi Keadilan (Sauk) meminta pemimpinnya memperbetulkan krisis dalaman sebelum berkempen dalam PRK Permatang Pauh.
Mereka juga terkilan dengan pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon kerana berpendapat lebih wajar mengetengahkan anak tempatan untuk menjadi wakil penduduk Permatang Pauh. Presidennya, Mazli Saring mempersoalkan kenapa PKR tidak memilh calon dari kalangan ahli atau pimpinan cabang Permatang Pauh sendiri.
“Buat masa ini, Dr Wan Azizah sepatutnya menfokuskan kepada isu yang melibatkan kawasannya sendiri iaitu Kajang. Tetapi sebaliknya berlaku, Kajang tak terjaga sibuk pula dengan Permatang Pauh,” katanya pada sidang media di Pusat Komersial Permatang Pauh, hari ini.
Melihatkan kepada banjir yang melanda Kajang baru-baru ini, beliau tertanya-tanya kenapa Dr Wan Azizah begitu beria-ria mahu menjadi ahli Parlimen pula sedangkan tugas di Kajang terabai.
“Sepatutnya beliau lebih fokuskan kepada isu dan pembangunan di Kajang dahulu,” katanya.
Mengenai masalah dalaman PKR, beliau berkata pimpinannya sendiri tidak mendengar suara akar umbi dalam pelbagai isu yang timbul termasuk hudud.
“Hudud bukan soal hukum mana-mana parti, kita orang Islam wajib mengakui serta menerimanya. Tetapi kami kesal ada pimpinan PKR yang tidak menyokong undang-undang itu.
“Mereka tidak mahu mendengar suara kami di peringkat akar umbi. Bukan kami tidak pernah bersuara tetapi bila nak bersuara, kami disekat,” katanya.
Sehubungan itu, pengundi Permatang Pauh perlu melihat pekara itu secara mendalam dan lebih terbuka.
“Kita tidak kata jangan sokong, tapi imbas kembali sejarah pada 2008 apabila Dr Wan Azizah kata nak bersara dari politik kerana nak jaga cucu tapi kini lain pula jadinya.
“Kita cuma mahu penduduk Permatang Pauh fikir semula dan buat pilihan yang tepat. Pilih calon yang boleh membawa suara rakyat,” katanya.
Dalam PKR pun sudah ada PASMA?
(IH/Sinar/Stv)
Lagi Bongkar Najis Zina Di Internet.
Polis bongkar sindikat prostitusi online.
Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 6)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...
Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..
Siri 4: Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Dibe...
Siri 5: Seks Via Twitter: Pembunuhan Janda Cantik Ini..
Ketua Unit II Subdit Jatanras Ditreskrimum Polda Metro Jaya, Kompol Teuku Arsya Khadafi, mendedahkan pelaku pelacuran talian yang menggunakan media sosial seperti Twitter berkembang pesat.
Hal itu disebabkan kerana melalui online lebih memudahkan penyedia perkhidmatan seks untuk berinteraksi dengan pelanggan.Di samping itu, Twitter digunakan sebagai media untuk menawarkan perkhidmatan esek-esek kerana tidak terpantau.
"Sekarang mereka tidak lagi membuka laman web sendiri atau pakai blog, tetapi menggunakan laman jejaring sosial seperti Twitter," ujar Arsya di Mapolda Metro Jaya, Jumaat 23 April 2015.
Arsya juga berkata, mudahnya para pelaku perniagaan pelacuran online dilihat dari cara mereka mempromosikan "barang dagangannya".
"Promosi lebih mudah, tinggal menuliskan data peribadi seperti tinggi badan, berat badan dan saiz payudara serta menuliskan rules-nya mereka pada bio akaun Twitter," kata Arsya.
Dunia maya yang tiada batasnya, diakui Arsya boleh digunakan oleh siapa pun. Termasuk para pelaku pelacuran ini boleh dilakukan oleh siapa pun di dunia maya ini.
"Pelakunya boleh siapa saja, boleh mahasiswi atau model, karyawati, boleh siapa saja. Dan pelanggannya juga boleh siapa saja dan dari kalangan mana saja," tambahnya.
Selain itu, para pelaku pelacuran talian menggunakan Twitter kerana tidak mudah terpantau dan lebih selamat dari sekatan pihak berwajib.
"Maraknya perniagaan ini juga disebabkan lemahnya keselamatan media sosial membuat pelaku pelacuran talian menjadi tidak terkawal," ujar Arsya.
Yang perlu disedari, dengan maraknya pelacuran online ini tidak saja membuat amalan pelacuran semakin merebak. Walau bagaimanapun, tindak kejahatan lain akan menimpa baik kepada pelaku mahupun pengguna dalam perniagaan ini.
"Namanya juga kenal di dunia maya, belum tahu siapa orangnya, pelaku pelacuran juga boleh menjadi mangsa balik yang memanfaatkan perkhidmatan beliau," lanjut Arsya.
Agen perniagaan najis zina yang diberkas.
Dia memberi contoh seperti yang berlaku dalam kes Deudeuh yang menjadi korban pembunuhan pelanggannya.
"Pelanggan atau pengguna jasa pelacuran talian juga bukan tidak mungkin menjadi korban, seperti misalnya mangsa penipuan. Sebab beberapa akaun ada yang menawarkan perkhidmatan seks dengan syarat-syarat perlu membayar terlebih dahulu," kata Arsya. (IH)
Bersambung..
Tahniah Indonesia, Larangan Penjualan Arak..
ANGGOTA penguat kuasa tempatan ini melakukan pemeriksaan di sebuah kedai mini di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.
INDONESIA tetap menguatkuasakan larangan penjualan minuman beralkohol oleh peruncit-peruncit kecil, walaupun menerima bantahan daripada industri minuman keras terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.
Larangan ke atas jualan bir dan minuman campuran seperti wain dan minuman ringan hanya berkuat kuasa di 16,000 kedai mini dan 55,000 kedai kecil namun, hotel, restoran dan bar tidak terjejas. Walaupun ia masih baru dilaksanakan tetapi sudah ada kebimbangan mengenai pengharaman tersebut terhadap industri pelancongan terutamanya di Bali.
Sewaktu mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat, Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel berjanji akan melonggarkan larangan di pulau peranginan itu bagi membolehkan bir dijual di tepi-tepi pantai. Kedai-kedai serbaneka di Jakarta mula mengosongkan minuman keras di rak peti sejuk dan menggantikannya dengan minuman bergas sambil menampal papan tanda memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang berlaku.
Hanya sebilangan kecil peruncit dibenarkan untuk menyimpan minuman beralkohol. Peraturan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk mengharamkan minuman keras di negara yang mempunyai penganut Islam terbesar dunia itu. Seorang pelancong dari Jerman, Daniel Kowalski berkata, dia cuba membeli sebotol bir dari sebuah kedai di Jakarta, namun ia tidak dijual.
“Saya fikir para pelancong tidak menggemari peraturan ini. Semua orang suka minum bir.
“Sesetengah orang mengatakan jika tidak dapat membeli bir di sini lebih baik melancong di Thailand,” katanya.
Larangan tersebut juga menandakan bahawa golongan konservatif di negara yang mempunyai 250 juta orang penduduk itu mula menolak pengambilan alkohol. Baru-baru ini, sebuah parti Islam di negara kepulauan itu mencadangkan agar penjualan minuman alkohol dilarang sama sekali. Bagi Kementerian Perdagangan, larangan tersebut dilakukan atas dasar kesihatan dan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat tempatan. Gejala meminum minuman alkohol dalam kalangan remaja bawah umur juga semakin membimbangkan.
“Kami mahu melindungi generasi belia,” ujar Gobel.
Sementara itu, Pengasas Pergerakan Antialkohol Kebangsaan, Fahira Idris menyamakan alkohol sebagai sebuah mesin pembunuh kepada remaja di negara tersebut.
“Para sukarelawan kami selalu terserempak dengan remaja yang membeli minuman alkohol dengan mudah di kedai-kedai mini,” katanya kepada AFP.
Gergas Multinational Diage yang bertanggungjawab mengedar minuman berjenama terkenal seperti Guinness di Indonesia memaklumkan, larangan tersebut menyebabkan prestasi syarikat tersebut merosot pada suku pertama tahun ini. Selain itu, seorang jurucakap kepada syarikat arak paling popular di Indonesia, Heineken, Bintang berkata, larangan tersebut akan menjejaskan pasaran arak tempatan sambil Persatuan Brewers Indonesia turut menyuarakan nada yang sama.
Dalam pada itu, Pembela Kesihatan memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan peningkatan permintaan arak dalam pasaran gelap. Arak di pasaran gelap dipercayai berbahaya dan boleh membawa maut.
Mimpi ngeri
“Langkah mengehadkan penjualan arak di pasaran satu mimpi ngeri,” ujar Lhani Davies, seorang warganegara Australia yang kematian anak berusia 19 tahun selepas keracunan metanol ketika meminum bir di sebuah bar di Indonesia.
Jangkaan awal mendapati bahawa, pelaksanaan peraturan tersebut tidak memberi kesan kepada penduduk tempatan memandangkan Indonesia merupakan negara paling rendah pengguna alkohol di Asia Tenggara. Hal ini kerana, hampir 90 peratus rakyat Indonesia merupakan penganut agama Islam yang melarang umatnya meminum alkohol. Namun begitu, minuman alkohol boleh didapati secara meluas di bandar-bandar besar dan kawasan pelancongan manakala data menunjukkan bahawa industri penjualan bir berkembang sebanyak lima peratus setahun.
Cadangan untuk mengharamkan penjualan dan mengenakan hukuman penjara selama dua tahun kepada pesalah telah dikemukakan oleh dua parti Islam terbesar negara tersebut di Parlimen walaupun cubaan sebelum ini menemui kegagalan. – AFP
Tahniah Indonesia, atas cubaan larangan arak!! (IH)

Kerana Ini, PM Hilang Pengaruh Di Felda? (35)
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
APAKAH kerana rumah PM mula hilang pengaruh di Felda?
PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memberikan harga rumah yang sama kepada semua generasi kedua dan ketiga (G2 & G3) Felda sebagaimana yang diberikan kepada warga Felda di Rompin.
Tindakan memberikan harga lebih murah dan makenisma lebih baik kepada warga generasi kedua Felda di Rompin menggambarkan sememangnya warga Felda terabai selama ini. Kalau bukan kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, G2 dan G3 Felda di Rompin akan terus terabai. Ini membuktikan PAS membuat keputusan yang tepat untuk bertanding di Rompin kali ini.
Rungutan harga rumah yang mahal dan mekanisma yang tidak membantu G2 and G3 memiliki rumah merupakan agenda utama dalam setiap dialog dengan warga Felda.
Hakikatnya, harga rumah antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda Felda di seluruh negara. Tapi hanya kerana bimbang dengan kebangkitan G2 dan G3 Felda dalam PRK Rompin kali ini, maka datangnya durian runtuh sedemikian daripada Najib.
Masalahnya ialah hanya mereka yang berada di parlimen Rompin boleh menikmati potongan RM32,500 untuk pembelian rumah secara jual-beli, dan tidak pada G2 dan G3 Felda di kawasan lain.
Yang amat dikesali ialah kenyataan Najib tidak mencerminkan sikap sebagai PM bagi semua warga Felda di tempat lain. Ia seolah-olah seperti kenyataan Pegawai Felda Wilayah sahaja kerana hanya nampak masalah di Rompin, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh seluruh warga G2 dan G3 Felda seluruh negara.
Warga G2 dan G3 Felda di Rompin, undilah PAS untuk kesejahteraan kawasan-kawasan Felda yang lain. Atau kawasan Felda lain terpaksa menunggu nasib untuk diadakan PRK selagi kerajaan Umno-BN memerintah, barulah keperitan mereka akan dipandang dan kawasan mereka dituruni pelbagai insentif. Inilah nilai dan harga undi anda.
Kenyataan dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS 3 Mei 2015.
(IH)
Sunday, May 03, 2015
Siti Norhaliza, 10 Mei Sambut Hari Ibu Dengan Memasak.
SITI (kiri) bersama Erni Dekritawati (tengah) menunjukkan poster persembahan penyanyi nombor satu negara itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
HALAMAN HIBURAN
SIFAT keibuan, dengan sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 10 Mei ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan eksklusif pada majlis Mother’s Day Miracle Night khusus untuk meraikan ibu-ibu bertuah.
Lebih menarik, pada malam gilang-gemilang itu nanti, Siti Nurhaliza bakal mempersembahkan bakat memasaknya untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Ketika ditanya berhubung menu yang akan dimasaknya, Siti berkata, beliau akan memasak salah satu makanan yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya.
Melihat pada akaun Instagram @ctdk, beliau memasak beberapa menu kegemarannya serta suami, Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau lebih dikenali Datuk K. Antara menu yang dimuat naik oleh Siti ialah bebola daging bersos perang, udang bersalut nestum, kuih-muih, apam balik, pai epal dan lempeng kelapa.
“Nak tahu apa saya masak, anda kena datang pada malam itu nanti. Saya akan menyediakan satu menu istimewa buat ibu-ibu semua.
“Menunya adalah salah satu masakan yang saya letakkan di Instagram. Boleh jadi saya masak ketam telur masin, ikan patin masak tempoyak atau lain-lain menu,” ujar Siti yang akan membuat persembahan pada 15 Mei nanti.
Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak
Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." -Abu Hurairah r.a.
(IH/Kosmo!)

Kerana Bahan Lucah Dipenjara 5 Tahun.
KL: Pelajar genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis lalu atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 gambar dan klip video lucah kanak-kanak tahun lepas.
Menurut laporan portal berita United Kingdom (UK), International Business Times, Nur Fitri telah disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak berkenaan serta mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.
Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, Barat London, tiba di UK tahun lalu untuk menyambung pelajaran di Imperial College London. (Kosmo!)
Lagi Tanda Rakyat Tolak PM Najib. (34)
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Lagi tanda rakyat tolak Najib.
Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.
Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April. Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.
Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan. Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.
Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.
Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat. Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.
"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.
Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.
Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan. – 1 Mei, 2015. (TMI)
Bukan saja The Malaysian Insider malah Free Malaysia Today juga melaporkan perkara yang sama..
KUCHING: Prime Minister Najib Abdul Razak was roundly booed by a 5,000-strong crowd in the Sarawak capital when he mentioned GST during the national-level Labour Day celebration. The trigger-off point came when he claimed that “the newly-introduced consumption tax was not aimed at burdening the people”.
“Some of the GST collection would be used to increase salaries in the public sector,” said Najib in an obvious reference to some 800,000 civil servants reportedly drawing less than the RM 900 minimum wage rate in the peninsula.
“I have noted Cuepacs request for an increment of 35 per cent for the lower income group.”
The loudest boos came from the people at the back in the Borneo Convention Centre. It was clear from the reaction of the crowd at the venue that their suspicion was that the daily RM42 million GST collection would be used to pay off 1MDB’s RM42 billion debt within the next three years.
There’s also speculation that the unpopular tax would be scrapped before the 14th General Election in 2018. Sarawak Chief Minister Adenan Satem, in contrast, received loud applause when Najib noted that “in a bid to reduce the people’s burden”, the former had “decided to abolish toll along two bridges and reduce electricity tariffs for commercial and industrial consumers”.
Najib attributed the GST burden being experienced by the people to “profiteering activities by businessmen and not due to the 6 per cent tax itself”. He urged the relevant authorities to come down hard on such activities.
There was no reaction when he disclosed, without getting into details, that he would launch a National Unemployment Benefit Scheme. The scheme, to provide financial security for workers who had lost their jobs, will benefit affected workers for up to six months, Najib added.
Maka sampailah masanya PM Najib letak jawatan segera. (IH)

Subscribe to:
Posts (Atom)