Monday, June 15, 2015

PasMa Cadang 'Pakatan Baru' Bersama Parti Baru Ganti PAS..

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam mencadangkan sebuah Pakatan baharu selepas gabungan Pakatan Rakyat dilihat renggang akibat perbalahan antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam mencadangkan sebuah Pakatan baharu selepas gabungan Pakatan Rakyat dilihat renggang akibat perbalahan antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.


DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baru Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok.
Ketua biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan apabila pemimpin tertinggi parti bertemu di ibu pejabat parti esok.
"Ia sesuatu yang baru, dan kami akan bermesyuarat esok. Jadi ini adalah sesuatu yang akan dibincangkan," katanya.
PasMa semalam berkata, ia akan membentuk satu parti politik baharu dan mencadangkan pakatan baharu dibentuk yang terdiri daripada parti baharu, tidak termasuk PAS.
Hubungan antara gabungan Pakatan Rakyat (PR) semakin buruk berikutan muktamar PAS, di mana pemimpin-pemimpin parti Islam itu berterusan menyerang DAP dan muktamar meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu tanpa perbahasan.
Bagaimanapun, PAS memilih untuk kekal dalam PR dan pemimpinnya tidak meletakkan jawatan daripada jawatan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang, walaupun digesa berbuat demikian oleh Lim Guan Eng.
Puak ulama yang bertelagah dengan DAP, menyapu bersih semua jawatan kepimpinan utama dalam baru-baru ini, meminggirkan golongan profesional yang dilihat lebih pro-PR.
PasMa, kebanyakannya terdiri daripada ahli PAS ditubuhkan sebagai NGO pada kemuncak krisis menteri besar Selangor tahun lepas, apabila PAS berkeras mempertahankan menteri besar walaupun PKR membuat keputusan melucutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – pendirian yang memulakan krisis PR.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila PAS cuba merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh DAP Pertimbangan utama di sebalik cadangan PasMa bakal menentukan nasib Selangor – negeri terkaya  di negara ini – di mana ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai bilangan kerusi hampir sama.
Jika PAS yang akan dikeluarkan daripada PR, ia mungkin menyebabkan pilihan raya di seluruh negeri, senario yang mungkin menyukarkan PKR dan DAP. Beberapa pemimpin PKR dan DAP difahamkan mahu melihat reaksi PAS dengan cadangan PasMa sebelum membuat keputusan. PKR juga tidak membuat keputusan mengenai cadangan PasMa itu, sebagaimana disahkan pengarah strategik parti Sim Tze Tzin.
DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, PKR 13, manakala Umno 12. Pembuburan PR akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dengan baki majoriti satu kerusi.
PAS menegaskan keputusan memutuskan hubungan dengan DAP belum muktamad, dan ia perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama. Namun, ramai pemimpin DAP, termasuk Ketua Parlimen Lim Kit Siang berkata gabungan tidak mungkin wujud untuk tempoh lebih lama.
Persoalan bagi PKR dan DAP sekarang adalah, sama ada mereka sanggup mengambil risiko pilihan raya negeri tepat dua tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dan lebih kurang dua tahun sebelum PRU akan datang. (IH)

Sunday, June 14, 2015

Daim Pujuk Ku Li Jadi PM, Muhyiddin Ganti Presiden UMNO.. (75)

Zack Ahmad's photo.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh. 

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara. 

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu. Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber. 

Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB. 

"Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. 
Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara," tulis laporan itu lagi. 

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti. 

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li. 

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib. 

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang. -fmt-

Panas. Ku Li bakal ganti Najib selepas undi tidak percaya di Parlimen, ramal media antarabangsa. Akan berundurkah PM kali ini? (IH)

Kes Farah & 'faraj': Bukti M'sia Bukan Negara Islam

Farah dikecam pengguna media sosial kerana gambarnya dikatakan menunjukkan lurah faraj - Sumber gambar Bernama

MALAYSIA bukan negara Islam, kerana kerajaan yang memerintah kini tidak berminat untuk menyelesaikan masalah gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi, yang hangat diperbincangkan. 

Farah dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Menurut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, menunjukkan aurat (atau menunjukkan lurah faraj) kepada bukan muhrim merupakan isu yang sudah jelas termaktub dalam Al-Quran dan hadis, (walaupun) termasuk dalam sukan (negara). Tan Sri Harussani Zakaria, mengulas tentang gimnas negara yang dikecam baru-baru ini, lapor portal Astro Awani Online.

Harussani berkata dalam laporan tersebut.. 

“Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.
“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan," katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.
Harussani merujuk kepada gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam kerana pakaiannya semasa acara gimnastik di Sukan SEA. Sesetengah pengguna media sosial menegurnya kerana mengatakan ia menampakkan lurah farajnya.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," kata Harussani dalam laporan tersebut.


Sedangkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menulis di Twitter, 

“Dalam gimnastik Farah membanggakan hakim dan membawa balik pingat emas. Dalam tingkah lakunya hanya Tuhan boleh menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet negara kami.”

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor pula berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.

"Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram," katanya dalam laporan tersebut.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata jika wanita Islam mahu menyertai sukan gimnastik, mereka perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Namun kepada penyokong Farah Ann di media sosial, Harussani (gambar) berkata, 

“Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang.” 

Dalam apa yang kelihatan seperti jawapan, atlet berusia 21 tahun itu menulis di Twitter bahawa 'tin-tin kosong yang membuat bising', sebelum mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya. Farah Ann juga melakukan 'retweeted' (tweet semula) sebuah posting yang ditulis: "Bagaimana manusia boleh menjadi begitu bodoh?"

Ini membuktikan bahawa pihak Menteri Belia dan Sukan tidak mengindahkan dan memperdulikan langsung pandangan tokoh agama dalam kerajaan sendiri. Sedangkan beliau adalah Mufti yang diamanahkan untuk mengawasi dan membela kedaulatan Islam di negara ini. Kerajaan pun nampaknya tidak berminat dan tidak mahu menyelesaikan kes Farah & 'faraj' ini secara Islam.

"Maka jelaslah bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi sebuah negara sekular seperti kerajaan-kerajaan bukan Islam yang lain." Pandangan Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Pasangan Maksiat Lompat Tngkap, Lari Dengan Seluar Dalam Sahaja.



Ini gambar lain,seorang guru sekolah menengah di Duri ditangkap semasa sedang berbuat maksiat dengan seorang siswinya di dalam kerata. Perbuatan bejat guru dengan murid itu membuat heboh Kota Duri, Kecamatan Mandau, Bengkalis, Indonesia.

Jakarta: Di negara umat Islam terbesar di dunia, tiga pasangan maksiat yang ditahan di penginapan wilayah Negara, Kabupaten Jembrana, Indonesia, terlepas. 

Pasangan tersebut menghilangkan diri dengan melompat melalui tingkap. Lari menggendong membawa seluruh pakaian dengan memakai seluar dalam sahaja. Bahkan ada 1 pasangan maksiat itu lari tanpa mengenakan bra. Ada yang tanpa pakai kasut, berkaki ayam.

"Kabur semua, anggota kami kalah cepat. Maklumlah mereka lari tanpa alas kaki. Sedangkan kami pakai sepatu PDL lengkap," tutur salah seorang anggota Satpol PP Jembrana, Jumaat (12/6).

Diakuinya saat itu anggota sudah berusaha mengepung lokasi, namun pasangan maksiat ini seperti tahu celah jalan untuk lari. Akibatnya pegawai hanya boleh lihat tapi tak sempat buat tangkapan.

Operasi kemudian diteruskan ke lokasi warung remang-remang yang didakwa menyediakan wanita pelacur dengan kadar rata-rata Rp.100 ribu (RM30) hingga Rp 200 ribu (RM60). Namun lagi-lagi operasi bocor, dan petugas polis kembali ke markas hanya membawa puluhan wanita yang tanpa identiti. 

Maksiat perlu dibanteras, walau di mana saja umat Islam berada. (sumber/IH)

Saturday, June 13, 2015

Najib Tolak Letak Jawatan. Tidak Akan Tunduk Kepada Tun M (74)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan tunduk kepada serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi kenyataan di blog najibrazak.com pada Jumaat, beliau berkata, motif di sebalik serangan bekas perdana menteri itu ialah untuk mendesak supaya beliau meletakkan jawatan, perkara yang sama berlaku kepada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya ia adalah betul untuk seluruh negara, bukan seorang individu. Saya tidak percaya rakyat mahu bekas perdana menteri memerintah melalui proksi," kata  Najib menerusi tulisan di blog itu.
Najib berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan aset kewangan syarikat itu bernilai kira-kira RM16 bilion yang tidak bernilai telah mencetuskan krisis dan membangkitkan "kebimbangan yang tidak perlu".
Beliau memberi jaminan kepada rakyat bahawa kenyataan itu tidak benar.
"Kalau Tun berpegang kepada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion adalah hutang, maka ia menjadi cerita yang berbeza. Ini kerana sebuah syarikat biasanya mempunyai aset yang bernilai tinggi untuk menyediakan cagaran terhadap hutangnya.
"Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion telah disokong oleh aset RM51 bilion setakat tahun kewangan berakhir 2014. Tetapi dia memilih untuk tidak mengendahkannya.
"Adalah salah bagi Tun untuk membuat dakwaan tidak benar mengenai RM42 bilion atau RM27 bilion apabila dia kemudiannya menukarkan angka itu kepada 'hilang'. Selepas 1MDB menjelaskan mengenai di manakah RM42 bilion itu dibelanjakan, Tun kemudiannya berkata, sebahagian daripada wang itu telah hilang. Peralihan dan hujahan mengenai nombor jelas menimbulkan keraguan terhadap dakwaannya," kata Najib.
Beliau menambah, disebabkan Dr Mahathir merupakan bekas ketua kerajaan, maka sentimen rakyat dan pasaran telah dipengaruhi secara negatif. Najib mengingatkan bekas perdana menteri itu bahawa beliau telah mengarahkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti akaun 1MDB.
Najib turut berkata, sekiranya terdapat salah laku, beliau akan menegaskan penguatkuasaan undang-undang tanpa pengecualian.
Ketua Audit Negara memulakan pengauditan 1MDB pada 10 Mac lalu manakala PAC pula memulakan penyiasatannya terhadap syarikat itu pada 19 Mac.
"Jika Tun benar-benar mahu mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang dia bangkitkan, dia hanya perlu menunggu siasatan oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC berakhir sebelum membuat sebarang kesimpulan. Bagaimanapun, dia tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi-institusi ini dan pihak berkuasa yang sewajarnya," katanya.
"Serangan Tun pada hakikatnya tidak terdorong oleh 1MDB, dia hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan untuk cuba menjatuhkan perdana menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak wujud, Tun akan mencari alasan lain," tambahnya.
Najib menjelaskan bahawa serangan oleh Dr Mahathir hanya akan mengancam Umno, kerajaan dan akhirnya memberi kesan kepada Malaysia.
"Tun sekarang mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bila seorang individu berhak untuk bercakap mewakili undi rakyat?
"Pembangkang dalam keadaan huru-hara, dan terdapat perpecahan idelologi dalam pakatan mereka, ia akan melumpuhkan negara sekiranya mereka mengambil alih," kata Najib sambil menambah bahawa sekiranya BN kekal bersatu dan membuktikannya layak, rakyat akan melihat Dr Mahathir adalah silap.
Dr Mahathir merupakan pengkritik kuat terhadap kepimpinan Najib, terutama mengenai 1MDB sejak kebelakangan ini.

Australia Rasuah Tolak Kembali Pendatng Gelap Ke Indonesia.


JAKARTA: Sebuah berita cukup mengejutkan mendedahkan amalan licik Australia terhadap Indonesia. Sejumlah pejabat Negeri Kanguru itu ternyata menyuap atau merasuah kapten kapal dan anak buah kapal untuk membawa kembali kapal mereka yang mengandungi pendatang gelap ke Indonesia.

Berita itu terbongkar selepas polis di Rote, Nusa Tenggara Timur, bernama Hidayat berkata enam awak kapal itu mengaku diberi wang oleh pegawai Australia masing-masing bernilai Rp 66,5 juta. (kira-kira RM 22.16 Ribu)

Mereka ditangkap oleh polis ketika tiba di Rote atas tuduhan cuba menyeludup pendatang gelap. Kapal yang mengangkut 65 orang itu diusir oleh pihak berkuasa sempadan Australia pada awal bulan ini. 65 orang itu terdiri dari 54 orang Sri Lanka, 10 orang Bangladesh, dan seorang warga Myanmar.

Hidayat menuturkan, kapten kapal bernama Yohanes mengaku diberi wang oleh pegawai kastam Australia bernama Agus yang lancar berbahasa Indonesia.

"Saya melihat wang itu, Rp 66,5 juta," kata dia. Jumlah yang diterima awak kapal bernilai hampir Rp 400 juta (kira-kira RM133ribu). Wang itu dibungkus dalam beg plastik berwarna hitam, kata John.

Namun ketika mengesahkan sama ada pihak pegawai Australia, yakni Menteri Imigresen Peter Dutton, memberi wang sogokan kepada kapal yang membawa para pendatang gelap, dia membantah dengan mengatakan "Tidak", seperti yang dilaporkan oleh Sydney Morning Herald, Rabu (10/6).

Dutton juga mengelak menjawab soalan lanjutan. (IH)

Tun M Tetap Cari Alasan Lain Untuk Jatuhkannya. -Najib. (73)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada terus memerintah negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015. 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap mencari alasan lain untuk menjatuhkannya walaupun tanpa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul ketika ini.

Beliau mendakwa bekas perdana menteri tersebut menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada terus memerintah negara.

"Beliau hanya gunakan syarikat tersebut sebagai alasan untuk cuba menyingkirkan perdana menteri.
"Jika 1MDB tidak wujud sekalipun, Tun tetap akan cari alasan lain," kata Najib dalam tulisan blognya hari ini.

Beliau juga menyifatkan serangan Dr Mahathir sebagai memalukan kerana ia akan merosakkan Umno dan negara secara keseluruhannya.

"Serangan terbuka ini hanya akan mengancam Umno, kerajaan dan yang utamanya, Malaysia," katanya.

Najib juga menggesa rakyat supaya membuktikan dakwaan Dr Mahathir yang kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang tidak benar memandangkan isu yang dimainkan negarawan tersebut lebih bersifat pentingkan diri sendiri.

Dr Mahathir sebelum ini membangkitkan masalah yang melanda syarikat pelaburan negara yang mengalami kerugian berbilion ringgit itu disamping mendesak peletakan jawatan Najib susulan berbagai skandal yang didakwa di bawah pentadbirannya. – 12 Jun, 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails