Tuesday, July 14, 2015

Tiada Sebab Keluar Dari K'jaan S'gor -Datuk Iskandar Abdul Samad


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab Adun PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. - Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab Adun PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. - Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.

PAS Selangor tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu.

"Sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga naib presiden PAS turut menegaskan kerajaan Selangor hari ini masih kerajaan Pakatan Rakyat berikutan tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Selain itu, beliau berkata tiada juga sebarang pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pakatan itu sudah tidak lagi wujud.

Pada Sabtu lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal berikutan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam serta melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat. - Bernama, 13 Julai, 2015.

Monday, July 13, 2015

Pegaduhan Low Yat: Bertenang & Selesaikan Cara Baik -PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta orang ramai suapaya bertenang dan tidak mempercayai provokasi yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

"PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana.

"Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman,"katanya memetik laporan Astro Awani.

Baliu berharap kekecohan ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah.

"PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apa pun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini," katanya lagi.

Kekecohan semalam menyebabkan dua orang wartawan telah cedera selepas kira-kira 400 orang berhimpun di luar Plaza Low Yat telah merusuh.

Kejadian ini didakwa berpunca daripada satu kes curi telefon di dalam plaza berkenaan. . (IH)

Mat Sabu: Tubuh Parti Baru..


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.
"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang,  bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PASSuhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. (MK)

Berhijab Hanya Di Bulan Ramadhan Saja, Apa Hukum?

HUKUM memakai tudung hijab di bulan Ramadhan saja? Soalan yang diajukan kepada lembaga fatwa Mesir “Darrul Ifta”.
Ini Jawabannya..
Seorang wanita Muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT perlu mematuhi perintah berhijab sesuai dengan Syar’i baik di bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan lainnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan pertaubatan bagi setiap Muslim dan Muslimat, dimana hasil pendidikan di madrasah bernama Ramadhan selama 1 bulan penuh akan dapat kita liat hasilnya pada 11 bulan berikutnya.
Oleh kerana itu hendaknya seorang Muslimah yang taat dan komitmen untuk terus berbuat kebajikan dalam bulan Ramadhan, maka wajib pula melaksanakan kebaikan dan kebajikan tersebut diluar bulan Ramadhan.
Dan dengan berusaha untuk selalu komitmen dalam ketaqwaan, semoga Allah menjadikan akhir hidup kita dengan husnul Khotimah. (IH)

Tembak Suami Sendiri, Demi ‘Kehormatan'.

pistol
PEMERINTAH Turki dilaporkan telah menahan seorang wanita 28 tahun kerana membunuh suaminya dengan alasan “kehormatan.” Sebabnya suaminya ini berulang kali memukulnya dan berusaha memaksanya menjadi pelacur, laporan media setempat melaporkan pada Jumaat (10/7/2015).


Cilem Karabulut mengakui sebagai saksi kepada polis bahawa ia membunuh suaminya Hasan Karabulut, 33, di wilayah selatan Adana dengan pistol yang disimpan di rumah.

“Mengapa wanita selalu jadi korban pembunuhan? Lelaki juga boleh dibunuh. Saya membunuh demi kehormatan,” ungkap saksi Karabulut kepada polis, seperti yang dilapor Hurriyet.

Tindakan wanita ini langsung memicu perhatian media besar di Turki, khususnya kerana sikap menentang Karabulut saat ia dibawa ke pengadilan dengan diborgol oleh 2 petugas polis wanita.

Dengan mengangkat jempol, Karabulut mengenakan T-shirt bertuliskan: “Sayang, terima kasih untuk semua pelajaran yang berharga, saya siap sedia.”
Laporan mengatakan, pembunuhan itu terjadi pada Rabu (9/7/2015) sore dan Cilem Karabulut sengaja menelepon polis untuk menyerahkan diri.
“Saya membunuh suami saya kerana dia terus memukul saya dan terus mendesak saya untuk jadi pelacur, kejahatan dadah, dan ia boleh membunuh saya,” kata Karabulut. [islampos]

Pulang Paksa Hambat Muslim Uighur, Kedutaan Thailand Di Turki Ditutup.

Demo di Turki

Pemulangan paksa yang dilakukan pemerintah Thailand kepada para etnik muslim Uighur, rupanya mendapat kecaman keras dari dunia internasional, salah satunya Turki. 

Akibat kecaman dan protes yang berdatangan dari warga pro muslim Uighur tersebut, pejabat kedutaan Thailand di Ankara, Ibu Kota Turki, ditutup sementara. Juru bicara pemerintah Thailand, Werachon Sukhondhapatipak, mengatakan pemerintah hanya menutup pejabat kedutaan tersebut sementara. Hal ini dilakukan demi keamanan. 

"Kami hanya menilai situasi yang terjadi sekarang," ujarnya seperti dilapor dari radio BBC News, Jumaat (10/7).

Pasalnya, usai melakukan deportasi pada sekitar 100 orang etnik Uighur, suasana di Turki semakin memanas. Tensi yang semakin tinggi itu kemudian membuat warga Turki menyerang kedutaan Thailand di Ankara.

Kaca jendela kedutaan tersebut pecah akibat dilempar benda keras, kemudian beberapa perlengkapan yang ada di kedutaan di rosakkan. Sebelumnya, kelompok muslim di Turki sempat membakar bendera China lantaran pemberitaan media yang menyebutkan pemerintah komunis China menyiksa kaum muslim Uighur di sana. 

Hal ini yang menjadi awal panasnya hati warga Turki yang menyokong muslim Uighur. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Itulah semangat Islam. Di Malaysia bagaimana?  (IH)

Jalinkan Hubungan Tidak Rasmi, DAP Bukan Musuh Tegar. -Muslimat PAS S'ngor:

Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

KL: Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal,  Dewan Muslimat PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali boleh menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.


Sikap Wan Hasrina ini dilihat terkedepan dan selari dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP. Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis: "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails