Tuesday, July 14, 2015

Mat Sabu, Ibarat Ludah Ke Langit. Timpa Batang Hidung Sendiri..



AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.
Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu - yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru). Harapan Baru dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu. 

Menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama. Kata Mohamad yang lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.
Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat. Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai.
Ada yang memuji dan tak kurang yang mengeji.
Paling mencuri tumpulan ialah apabila netizen mula menjadikan amaran keras Mohamad ketika berucap di pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat kurang setahun yang lalu sebagai bahan untuk menyerang bekas pemimpin senior PAS itu.
Rata-rata menyifatkan tindakan Mohamad umpama meludah ke langit.
mStar Online sebelum ini juga pernah melaporkan mengenai amaran keras Mohamad kepada ahli PAS supaya tidak menubuhkan parti baharu walaupun tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.
"Jangan tubuh parti lain atas nama Islam. Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.
"NGO tak apa...tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor pada 16 September tahun lalu.
Jelas sekali apa yang berlaku hari ini bertentangan dengan seruan dan amarannya sendiri.
Lebih memalukan apabila tindakan Mohamad itu dilihat didorong oleh kuasa dan pangkat khususnya apabila gagal mempertahankan kedudukannya selepas kalah teruk di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun Mohamad yang menyertai PAS sejak 1982 segera menafikan telahan sinis bahawa beliau kecewa kerana hilang jawatan dan pangkat selepas pemilihan yang lalu.
"Kalah bukan perkara baharu, saya pernah kalah beberapa kali sebelum ini. Saya tak kecewa kerana kalah.
"Tapi kami kecewa dan marah kepada Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menyelesaikan penyelewengan dan salah urus tadbir di negara ini dengan baik," katanya yang menjadikan parti pemerintah itu sebagai alasan.
Pemeriksaan di beberapa laman blog dan media sosial seperti Facebook mendapati skrip amaran Mohamad supaya tidak menubuhkan parti baharu kembali menjadi siulan.
Walau apa jua kritikan, Mohamad sendiri sebagai orang lama dalam arena politik pembangkang sudah pasti mempunyai percaturannya sendiri.
Hanya menunggu masa, lambat laun Mohamad dan pendokong Harapan Baru akhirnya akan disingkirkan daripada PAS kerana melanggar Perlembagaan parti.  (mStar)

Jalan Tutup, Beri Ketam Lalu. Keganjilan Tahunan Di Christmas Island.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

Berkerja di Australia..

SEBELUM bersambung kepada kisah Orang Melayu di Pulau Kokos Australia atau Keeling Island, kita lihat dulu kisah ungkapan rahsia Allah yang Maha Agung. Walaupun kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas, pulau yang disebutkan sebelum ini. Hal ini berlaku hujung tahun lepas.

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
crab-2crab-3
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut. Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
crab-5
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
redcrab02red-crab-migration-7[2]3 (1)cRAB gOLFdownload
crab-4
Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu dan beragama islam. 


Bersambung lagi, insya Allah.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
14 Julai 2015 KL 

Wajar PM Serbia, Pembunuh Itu Dilempar Batu.

Wajar, PM Serbia Aleksandar Vucic (tengah berkacamata) dilempari batu. © 2015 Merdeka.com

PERDANA Menteri Serbia Aleksandar Vucic dilemparbatu oleh warga Bosnia-Herzegovina yang menghadiri Peringatan 20 Tahun Tragedi Srebrenica di Monumen Dist Potocari kelmarin siang hari waktu setempat, amatlah wajar.

Pemimpin Serbia itu awalnya berniat mengukuti tabur bunga dan bertemu janda perang yang kehilangan suami atau anaknya. BBC melaporkan, Sabtu (11/7), keluarga korban Srebrenica, majoriti muslim, emosi melihat Vucic yang dianggap terlibat dalam pembantaian keji tersebut hadir. Terdengar kerumunan meneriakkan kata-kata seperti 'Allahu Akbar', 'mana tanggung jawabmu', serta 'mati saja kau pembunuh'.

Team pengaman perdana menteri Serbia itu kelimpungan, kerana ratusan orang melempari mereka dengan batu serta pecahan botol. Belasan orang ditahan polis Bosnia setelah dianggap berupaya melakukan serangan serius kepada Vucic. PM Serbia berhasil dilarikan, walau kacamatanya pecah akibat lemparan batu.

Sebelum hadir di acara itu, Vucic mengirim surat terbuka kepada media-media Bosnia. Dia mengaku mengecam tindakan milisi pro-Serbia di masa lalu yang telah "...melakukan kejahatan keji ini. Saya menjamin kejadian serupa tidak terjadi di masa mendatang."

Namun warga muslim Bosnia menilai pernyataan pemimpin Serbia itu  cakap kosong. Kenyataannya, awal minggu lalu Vucic meminta sekutunya, Rusia, agar memveto resolusi PBB yang menyebut tragedi Srebrenica sebagai pemusnahan etnis alias genosida.

"Apakah (Vucic) tidak malu datang ke sini lalu menyebut keluarga kami bukan korban genosida?" kata Hamida Dzanovic, warga Srebrenica yang kehilangan suaminya dalam insiden dua dasawarsa lalu. Insiden Srebrenica terjadi pada 11-13 Julai 1995. Ketika itu dianggarkan 23 ribu pengungsi muslim Bosnia merapat ke Potocari yang dinilai aman kerana dijaga Pasukan Perdamaian PBB.

Tetapi yang nyatanya, milisi pro-Serbia mengepung wilayah netral itu, lalu mengangkut hamper semua lelaki berusia 12 hingga 77 tahun. Semua lelaki itu dibantai. Total korban dianggarkan lebih dari 8 ribu, belum semua kuburannya ditemukan sampai sekarang.

Selama Perang Bosnia, Vucic menjabat sebagai salah satu pemimpin sayap pemuda radikal Serbia. Organisasi ini dituding melatih milisi lokal Bosnia yang berdarah Serbia untuk membunuh warga muslim. Vucic disebut-sebut dekat dengan mendiang Pemimpin Serbia Slobodan Milosevic yang terbukti melakukan kejahatan kemanusiaan selama Perang Bosnia.

Srebrenica adalah titik terburuk perang Bosnia-Herzegovina lawan Serbia, lantaran menjadi pembantaian massal paling parah di Eropah sejak Perang Dunia II. Perang dua etnik ini awalnya pecah pada 1993 selepas warga Kristian berdarah Serbia ingin wilayah bekas Yugoslavia itu bergabung dengan negara leluhurnya.

Sementara warga Bosnia yang majoriti muslim menuntut merdeka.
Akibat pembantaian ini, Mahkamah Internasional masih mengadili 14 pemimpin tinggi militer Serbia yang diduga kuat memerintahkan genosida.

Setibanya di Ibu Kota Belgrade malam tadi waktu setempat, Vucic mengaku tidak sakit hati walaupun usaha berdamai dengan muslim Bosnia berakhir tragis. "Saya akan terus mengusahakan perdamaian dua negara Balkan ini." (IH)

S'gor: DAP Perlu Kemukakan Pendekatan Kalau Tiada PR -Sallehen Mukhyi

 Sallehen Mukhyi

PAS Selangor melalui Adun Sabak juga AJK PAS Pusat Sallehen Mukhyi berkata, DAP juga perlu mengemukakan cara untuk bertindak sebagai sebuah kerajaan kerana mereka terlebih awal mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.

"Secara realitinya tidak mengejutkan kerana DAP ambil keputusan tidak terima Pakatan Rakyat (PR) lagi.
"Jadi sepatutnya DAP yang perlu kemukakan pendekatan kalau tiada PR bagaimana cara hendak bertindak sebagai kerajaan Selangor.
"Untuk PAS kita akan berbincang dengan pusat bagaimana menangani daripada segi perjalanan teknikal," katanya.

PAS Selangor mengharapkan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP selepas keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kerjasama politik dengan parti sekular itu, katanya lagi.

Sallehen berkata, satu keputusan daripada segi mekanisme dan strategi perlu dibuat Jawatankuasa Kerja Pusat kerana realitinya kerajaan negeri masih perlu kekal dipegang PKR, PAS dan DAP.

"Dalam konteks Selangor kita serahkan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi menentukan mekanisme. Buat masa sekarang kerja kita tiada masalah dan masih berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Katanya, pada masa sama PAS juga bergantung kepada PKR dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyediakan 'keselesaan' kepada parti itu untuk meneruskan hubungan atas nama 'kerajaan'.

"Sekarang ni apa-apa pun ia bergantung kepada PKR sejauh mana keselesaan itu dan PKR juga boleh teruskan hubungan dengan DAP mentadbir negeri seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini mengambil pendirian tunggu dan lihat keputusan akhir Jawatankuasa Kerja Pusat dan kerajaan Selangor, pada masa sama enggan terlibat dengan mana-mana provokasi yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

"Kita yakin keputusan PAS Pusat yang akan dibuat itu nanti akan menguntungkan parti dan perjuangan Islam," katanya menolak dakwaan hubungan peringkat bawahan terjejas akibat krisis hubungan di peringkat pusat.
(IH)

S'gor: Penggerak Parti Baru Gugur Ahli PAS. ADUN/AP Atas Tiket PAS Perlu Letak Jawatan?


PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti. Demikian Menurut Malaysiakini.

Merujuk kumpulan itu sebagai “bekas ahli kita”, PAS negeri juga mengarahkan semua jawatan yang pernah disandang mereka akan dipangku dengan serta- merta menurut kaedah perlembagaan.

"Berkuatkuasa serta merta semua kepimpinan Selangor di peringkat kawasan dan cawangan agar mengambil dan memangku jawatan yang telah dikosongkan oleh mereka yang telah berpindah ke parti baru.
“Ini selaras dengan perlembagaan pas yang ada,” kata setiausahanya Mohd Khairuddin Othman, lapor Malaysiakini lagi.

Dalam kenyataannya lewat petang ini,  Khairuddin juga menegaskan bahawa PAS Selangor akan terus berperanan dalam kerajaan Selangor yang sekarang dipimpin menteri besar PKR.

“Dan kita yakin Pas akan tetap menjadi parti teras di Selangor dan Malaysia ini, dan sebarang kelemahan yang ada akan kita perbaiki,” katanya lagi.

Hari ini kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan sebuah parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan kumpulan itu turut bertujuan memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”. Pemimpin PAS daripada Selangor yang terlibat dalam sidang media G18 pagi tadi termasuk Khalid Samad, Mariah Mahmud, Dzulkefly Ahmad dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Soalnya sekarang menurut Weblog Ibnu Hasyim, bagi YB Ahli Parlimen atau ADUN yang menang atas tikket PAS adakah bermaruah mereka mengekalkan jawatan YB mereka atas nama PAS, atau perlu meletak jawatan dan dipertandingkan semula atas nama parti baru mereka? (IH)

Gerakan Harapan Baru, Apa Kata Tuan Ibrahim Tuan Man?


Tuan_IbrahimUlasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan tindakan kumpulan prograsif PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
“PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru (GHB) ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.
“Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.
“Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama,” katanya dipetik The Rakyat Post.
Beliau juga berkata pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat menyertainya masih lagi tertakluk kepada Perlembagaan PAS dan akan diambil tindakan tegas.
“Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

“Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti,” tegasnya. (IH/Ekele)

Tiada Tindakan Sebelum Jadi Parti Islam Baru.


PAS belum berminat bertindak terhadap sekumpulan bekas pemimpinnya yang telah mengisytiharkan untuk menubuhkan sebuah parti Islam baru.

Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata tindakan tidak boleh diambil sehingga parti baru itu didaftarkan secara rasmi bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mereka, dikenali sebagai G18, kini bergerak bawah platform kumpulan dinamakan Gerakan Harapan Baru yang diumumkan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu hari ini.

“Gerakan Harapan Baru belum daftarkan lagi parti di bawah ROS, jadi masih belum boleh ambil tindakan.

“PAS juga masih belum dapat aduan daripada ahli PAS berkenaan gerakan itu jadi jawatankuasa disiplin tidak boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa parti itu Plaza Hotel Kuala Lumpur.

Nasruddin berkata demikian selepas ditanya adakah PAS akan mengambil tindakan terhadap tindakan kumpulan progresif PAS itu.

Harapan Baru tiada nilai tambah

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS berkata mana-mana ahli PAS yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha menarik ahli PAS keluar parti akan gugur keahlian secara automatik.

“Peraturan kita tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau mengeratkan satu usaha ke arah ahli PAS keluar daripada parti.

“Ini bercanggah dengan perlembagaan parti, dan bagi PAS, minta ahli supaya tidak terlibat, dengan sebarang gerakan untuk melemahkan parti. Kita ada jawatankuasa disiplin yang bertindak jadi dalam hal ini kita harap semua pihak akur dengan keputusan muktamar,” katanya.

Tambah beliau, jika pembentukan Gerakan Harapan Baru dirasmikan, ia tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada muafakat pembangkang.

"Kumpulan ini tergolong dalam PAS. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang," jelasnya. (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails