Monday, August 24, 2015

Mengenai GHB, Ingatan Kepada Pakatan Rakyat. -Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali.

Mohd Sabu.

KL: Sebagai ingatan kepada Pakatan Rakyat (PR), samada PR yang telah lalu atau akan datang, ianya  perlu memikirkan kalau GHB (Gerakan Harapan Baru) ini masuk bergabung dengan mereka, sejauhmana mereka memikirkan mereka boleh capai kejayaan sepertimana bersama PAS dulu, (menang) sehingga boleh bentuk kerajaan negeri.

Kelebihan itu masih kepada PAS lagi dan status quo jumlah kerusi yang mereka menang itu masih kekal, atau mungkin bertambah. Kalau kalahpun mungkin tak banyak, di kawasan 50:50. 

Begitu pandangan Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali (gambar kanan), penganalisis geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang melihat kepada perbandingan situasi antara PAS dan GHB, seperti dilaporkan Dialog Rakyat semalam.

Dr Fuad yakin bahawa PAS mempunyai sedikit kelebihan berbanding parti baru itu.

"Saya melihat, PR perlu memikirkan kalau GHB ini masuk bergabung dengan mereka, sejauh mana mereka memikirkan mereka boleh capai kejayaan sepertimana bersama PAS dulu, (menang) sehingga boleh bentuk kerajaan negeri.
"Saya merasakan kelebihan itu masih kepada PAS lagi dan status quo jumlah kerusi yang mereka menang itu masih kekal, atau mungkin bertambah. Kalau kalahpun mungkin tak banyak, di kawasan 50:50," katanya lagi.

Beliau berharap GHB atau parti serpihan yang diwujudkan oleh kumpulan progresif PAS, perlu berusaha lebih keras bagi menyaingi parti asalnya walaupun kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada tokoh berpengaruh. Sebagaimana PAS yang juga perlu meningkatkan usaha selepas kehilangan beberapa pemimpinnya.

Menurutnya, kedudukan GHB sedikit berbeza kerana parti berkenaan masih belum 'establish' (kukuh) berbanding PAS. Penyertaan pemimpin berpengaruh ke dalam GHB tidak boleh dijadikan kayu ukur yang menentukan peningkatan sokongan ahli khususnya akar umbi terhadap parti baru berkenaan.  

"Parti GHB ini ada juga pengikutnya. Kerana seseorang itu menubuhkan parti politik kerana mereka yakin bahawa ada penyokong.   
"Kita lihat tokoh seperti Mohamad Sabu dan lain-lain, memang mereka ada pengikut. Tapi persoalannya seramai mana penyokong mereka? Adakah apabila GHB ini ditubuhkan, walaupun tokohnya hebat, mungkin mereka (pengundi) nak menilai apa harapan yang parti ini boleh beri kepada Malaysia dan parti yang dibawa itu.
"Tokoh hebat tapi setakat mana prestasinya. Orang nak melihat prestasi anda," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.

Bekas Timbalan Presiden PAS yang kini merupakan Pengerusi GHB, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebelum ini melahirkan keyakinannya bahawa parti baru itu akan mendapat lebih banyak sokongan daripada rakyat. Mat Sabu berkata, ini berdasarkan maklum balas yang luar biasa yang diterima GHB dalam beberapa siri jelajah mereka. 

Bagaimanapun Dr Fuad berpandangan, ahli parti mahupun pengundi akan menilai manifesto yang akan dibawa oleh GHB sebelum memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyokong parti baru berkenaan. 

"Siapa saja tokoh boleh di atas, tapi bagaimana nak menyampaikan hasrat parti baru ini kepada akar umbi. (Perlu terangkan) apa program anda, mengapa perlunya menubuhkan sebuah parti sedangkan PAS sudah mantap.
"Adakah hasrat anda untuk sesuatu? Adakah mahu mengubah ideologi Islam supaya boleh diterima masyarakat, atau adakah kerana mahu menjadi rakan kongsi PR menggantikan PAS?" kata beliau yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM.   (IH)

Ikan Lumba Ditangkap Hamas Sebagai Agen Perisikan Israel.



Mamalia ini dilengkapi kamera

JOM KREATIF
Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) menyatakan telah menangkap seekor ikan lumba-lumba yang dipakai sebagai agen risik Israel di lepas pantai Gaza,  Lapor media tempatan. 

Kumpulan pejuang Islam Palestin yang menguasai Gaza tersebut menyatakan mamalia itu dilengkapi alat perisikan, termasuk kamera, lapor akhbar Al-Quds dipetik BBC.

Binatang ini dijumpai oleh unit angkatan laut sayap ketenteraan Hamas dan ditangkap ke daratan.
Tidak dijumpai foto dari lumba-lumba yang didakwa agen rahsia laut itu.

Al-Quds melaporkan ahli baru ini "dipaksa" badan keselamatan Israel dan dijadikan "seekor pembunuh".

Hal ini menunjukkan "kemarahan" Israel terhadap pembentukan unit perang angkatan laut Hamas, lapor media. Kerajaan tidak mengulas mengenai laporan media. Ini bukanlah pertama kali penjajah Israel dituduh menggunakan binatang, seperti burung, sebagai agen pengintai mereka.

Pada tahun 2010 Israel menyangkal kenyataan Mesir bahawa siri serangan jerung di Laut Merah kemungkinan adalah hasil kerja Mossad atau perisikan Israel. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Double Standard: Perutusan Kepada Mufti Perak -Dr Mujahid.



GEORGETOWN – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria (gambar kanan) diminta tidak mengeluarkan kenyataan ‘double standard’ berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar atas) berkata, kenyataan Harussani itu jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi kerana dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

“Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.
“Pada saya, beliau bersifat double standard. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.
“Saya harap selepas ini, beliau buat kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan. Kenyataannya itu dilihat lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Harussani dalam kenyataannya menyebut, tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Beliau berkata, sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurutnya, orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.
Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata sehingga kini, ahli Harapan Baru di Pulau Pinang sudah mencecah sehingga 1,000 orang walaupun tiada kempen dibuat setakat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru Pulau Pinang berkata, keahlian parti yang bakal ditubuhkan sedikit masa lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. (SH)

Pentingnya Media Dari Medan Jihad -Syaikh Aiman Az-Zhawahiri (Amir Al-Qaeda)

Amir Al-Qaeda Syaikh Aiman Az-Zhawahiri tegaskan pentingnya Media Jihad
AMIR Al-Qaeda Syaikh Aiman ​​Az-Zhawahiri kembali mengeluarkan sejumlah pernyataan dalam tiga keluaran berasingan pada bulan Ogos ini. 

Pada keluaran pertama, Syaikh Aiman ​​menyatakan baiatnya terhadap amir baru Imarah Islam Afghanistan (IIA), Mullah Akhtar Muhammad Mansur, yang meneruskan kepemimpinan Amirul Mukminin, Mullah Muhammad Umar Mujahid, rahimahullah. Pernyataan baiat Syaikh Aiman ​​itu disambut oleh Mullah Mansur tak lama selepas itu.

Pada keluaran kedua, Syaikh Aiman ​​memperkenalkan Hamzah, putra Syaikh Usamah bin Ladin rahimahullah, kepada dunia sebagai "singa" Al-Qaeda. Hamzah terus bekerjasama dengan memberikan ucapan yang panjang, memuji cawangan-cawangan serantau Al-Qaeda dan membincangkan hal-hal lain.

Dua mesej pertama ini disampaikan melalui mesej audio yang memaparkan foto Syaikh Aiman ​​yang sama, dengan latar belakang yang berbeza. 

Tapi pada keluaran ketiga, Syaikh Aiman ​​muncul dalam sebuah video berdurasi 35 minit, yang disebarkan melalui Twitter pada Sabtu (15/8/2015). Pada kenyataan terbarunya ini, Syaikh Aiman ​​membincangkan masa yang dihabiskan bersama Syaikh Usamah bin Ladin. 

Video ini merupakan bahagian ketujuh dari siri "Hari-hari bersama Imam" Syaikh Aiman, yang bermula pada November 2011. Melalui video itu, bekas wakil Syaikh Usamah ini juga menyeru kepada kesatuan jihad, terutama di ranah media, lapor LWJ pada Rabu (19 / 8).

Banyak cerita Syaikh Aiman ​​yang memberi tumpuan pada penghijrahan Al-Qaeda dari pergunungan Tora Bora pada bulan Disember 2001. Ia menyiarkan kebijaksanaan Syaikh Usamah, serta menjelaskan bahawa pemimpin pertama Al-Qaeda itu telah selamat dari tipu daya para pengkhianat dan kaum munafik.

Bagaimana media jihad dapat melawan propaganda media Barat?

Tapi dari Pertempuran Tora Bora, ada pelajaran lain yang boleh dipetik, kerana di dalamnya terkandung satu contoh bagaimana media jihad dapat melawan propaganda media Barat.

Syaikh Aiman ​​mengatakan bahawa ia berhijrah dari gunung itu sebelum Syaikh Usamah dan kemudian mendengar laporan BBC bahawa semua orang Arab di sana telah terbunuh. Ini adalah salah satu dari banyak "pembohongan" yang disebarkan musuh-musuh mujahidin, tegas Syaikh Aiman, dan itu adalah tanggung jawab media jihad untuk melawan mereka.

Syaikh Aiman ​​mengatakan bahawa sejak serangan 9/11, media jihad telah membongkar kebohongan-kebohongan Amerika dan kebohongan-kebohongan pasukan salib, pakatan NATO. Tapi apabila media jihad sepatutnya memperoleh kemenangan atas Amerika di masa lalu, situasinya juga berbalik, dengan media-media AS (Amerika Syarikat) yang "bergerak melawan kami".

Yang menjadi perhatian khusus bagi penerus perjuangan Syaikh Usamah ini adalah mengenai media jihad yang justru telah berbalik menjadi alat untuk menghancurkan pergerakan jihadis sendiri. Dalam hal ini, Syaikh Aiman ​​disebut-sebut merujuk pada rilisan-rilisan kumpulan "Daulah Islamiyah" atau Islamic State (IS) yang sebelum ini dikenali sebagai ISIS, yang begitu menyita perhatian dunia dengan segala pelanggaran terhadap pedoman jihad yang sebenarnya.

Media jihad kini ada yang diisi dengan penghinaan-penghinaan dan kutukan-kutukan, ungkap Syaikh Aiman, di mana pemimpin-pemimpin jihad turut dipersalahkan kerana penyebaran pelanggaran-pelanggaran itu. Ia menyeru pada mujahidin media jihad, untuk menjauhkan diri dari menyebarluaskan bahan yang boleh semakin menabur perselisihan dalam barisan mereka.

Pernah suatu ketika, di bawah kepimpinan Mullah Umar dan Syaikh Usamah, semua mujahidin berada dalam satu barisan, ungkap Syaikh Aiman. Mereka berbaris bersatu ke medan perang, tapi sekarang, "perang justru dinyalakan di antara kita sendiri."

Dalam mesej yang jelas ditujukan pada ahli kumpulan IS, Syaikh Aiman ​​mengatakan mujahidin harus menahan diri menghukum "kafir" satu sama lain. Selanjutnya mengenai sebuah rujukan berkaitan kebiasaan IS mengelompokkan mujahidin, yang tidak selaras dengan IS, dengan kumpulan jihad sokongan AS di Iraq barat, di mana pasukan suku memperjuangkan organisasi pendahulunya selama puncak Perang Iraq.

Isi pesan ketiga Amir Al-Qaeda bulan ini benar-benar berbeza jauh dengan mesej IS. Pada akhir bulan Jun, sebagai contoh, juru bicara IS Abu Muhammad Al-Adnani malah meminta semua puak yang bertelagah untuk "bertaubat" kerana berani melawan "khilafah" Abu Bakar Al-Baghdadi.

Adnani dalam pernyataan itu terutama juga menyampaikan mengenai kemunduran yang dialami oleh pasukan Baghdadi di Derna, Libya, di mana Majlis Syura Mujahidin atau Mujahidin Shura Council (MSC), sebuah gabungan pasukan pro-Al Qaeda, dengan sigap berjaya memukul mundur pasukan "khilafah" yang menduduki kawasan itu.

Namun tak sampai di situ, propagandis IS terus saja melancarkan aksinya dan mereka bahkan telah mengeluarkan puluhan poster yang menampilkan mujahidin dari pelbagai puak jihad sebagai target mati mereka. Para pemimpin IS, menurut Syaikh Aiman, telah merangka program yang berbeza, menggunakan mesin media mereka untuk memburukkan pertikaian di setiap kesempatan.

(arrahmah.com/IH)

Kekalkan K'jaan BN Yang Goyang Di Bawah Najib, Tidak Perlu Usul Tak Percaya.

Abdul Hadi.
Ibnu Hasyim

KL: Kekalkan kerajaan BN yang goyang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, daripada wujudnya kerajaan BN yang dibangunkan kembali setelah Najib dijatuhkan dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini. 

Kerana kerajaan BN yang baru sudah tentu kuat dan kukuh akan memperlambatkan kejatuhan BN menjelang Pilihan raya umum Ke 14 akan datang.

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Weblog Ibnu Hasyim.

"Jadi, untuk kempen selamatkan Malaysia, tidak perlu dilakukan menerusi usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat Oktober ini. 

"Apa lagi bila ada gesaan pihak-pihak tertentu yang cuba mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya memberi jaminan bahawa kesemua Ahli Parlimen Pas menyokong sebulat suara usaha tersebut. Presiden PAS dan Ahli Parlimennya pun ada hak kebebasan bersuaranya sendiri." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menegaskan usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk menyokong dan selebihnya daripada Ahli Parlimen Umno dan BN.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN. 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas. 


Mengenai masalah negara, Hj Mohd bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu kerajaan perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri sahaja. (IH)

Sunday, August 23, 2015

Selami Pemikiran Seorang Bekas Pemimpin DAP Shen Yee Aun.. DAP & Anwar Rasuah?



Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
3.  Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS ...

KETIKA berusia belasan tahun, Shen Yee Aun (SYA) sudah berkecimpung dalam arena politik khususnya DAP. Selepas memasuki Universiti Malaya, SYA sudah menjawat jawatan sebagai Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.


AIDC : Itu mulanya ?
Itu mulanya. Yang lebih hebat istilah ‘money politics’ yang mula menjadi popular dari UMNO. Lepas itu kita lihat rasuah apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, cara dia memberi rasuah lebih teruk. 

Jujur, BN rasuahnya dulu mungkin bagi projek, tapi projeknya ada had. Contoh dalam beberapa kawasan, ada berapa hospital yang kita boleh bina, berapa sekolah yang kita boleh bina. Tapi, bila Anwar jadi Menteri Kewangan, dia bagi saham. Saham itu tiada hadnya, tiada batasan.

Sebab itu saya menganalisis kembali budaya rasuah dalam UMNO wujud, tapi siapa yang merosakkan. Dan budaya rasuah dalam DAP adalah paling cepat di dunia.

AIDC : Maksudnya?
Mengapa saya kata begitu ? Sebabnya, tidak sampai 50 hari lepas pasca Pilihan Raya Ke 12, DAP memerintah negeri Perak, Nga Kor Ming memberi kontrak jahitan baju seluruh Perak kepada isterinya. Kurang daripada 50 hari, sudah bagi isteri dia. Paling cepat di dunia.

AIDC : Maksudnya, walaupun Menteri Besarnya adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas, Nga Kor Ming lebih berkuasa ?
Setuju. Sebab itu pada awalnya, Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham mereka boikot. Pada awalnya mereka tak nak bagi kerusi Menteri Besar kepada Nizar. Cuma akhirnya mereka tidak ada pilihan, mereka terpaksa jadikan Nizar itu sebagai boneka mereka.

Ini, dalam falsafah Cina sebut Romance of the Three Kingdoms…ada seorang watak dipanggil Cao Cao. Mengapa Cao Cao boleh menjadi begitu berkuasa. Sebab dia mempergunakan nama seorang Maharaja di belakang beliau. Menggunakan nama Maharaja. Membonekakan Maharaja, untuk Cao Cao berkuasa.

Walaupun dia ( Cao Cao) bukan Maharaja tapi dia lebih berkuasa daripada Maharaja. Perkara inilah, perlambangannya bagaimana DAP mempergunakan Nizar. Kembali kepada isu rasuah, cukup mudah. Rasuah yang paling cepat di dunia, kurang daripada 50 hari sudah ada rasuah-rasuah mereka.

Kalau harga pasir di Johor selori RM 300, DAP tuduh BN rasuah. Di Selangor, selori berharga RM 1,200, empat kali ganda. Jadi, rasuah siapa lebih teruk?
Kalau kita lihat baru-baru ini, IJM (IJM Land Berhad, satu syarikat pemaju terbesar di Pulau Pinang) sendiri keluar menyerang Lim Guan Eng, mereka kata mereka dipaksa untuk memberi seolah-olah derma sebanyak RM 3 juta.
IJM beri kepada Lim Guan Eng RM 1.5 juta, bagi setengah sahaja.

Cumanya rasuah DAP lebih profesional, mereka menggunakan istilah-istilah derma, komisen dan sebagainya.  Ini semestinya tidak melambangkan mereka tidak rasuah. Dan yang paling penting mereka ini hipokrit.

AIDC : Hipokrit ?
Mereka sudah tahu YB Jenice Lee terlibat rasuah. Apabila Jenice Lee diserang, termasuk saya menyerang, pada awalnya DAP kata ini adalah kerja UMNO menipu, menuduh rasuah, mana bukti? 

Mereka kata kita silap menuduh Jenice Lee. Tapi, apabila Jenice Lee mula berpaling tadah daripada Lim Guan Eng, pada PRU 13, orang-orang DAP sendiri yang membawa kes rasuah Jenice Lee ini kepada SPRM. 

Bila kita bawa, mereka kata tipu, persepsi, tak mungkin dan sebagainya, namun bila Jenice Lee berpaling tadah dengan mereka, mereka pula yang membawa isu rasuah itu kepada SPRM. Apakah ini bukan hipokrit?

Perkara yang paling penting sekali, kita jangan lupa, sebelum PRU 13, YAB Perdana Menteri negara kita, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah improve ranking kedudukan rasuah negara kita daripada tangga 60 kepada 54. DAP diam saja. Menyembunyi fakta ini dan akhirnya terus menuduh kerajaan rasuah.. rasuah.. rasuah sambil menyembunyi fakta yang sebenar. Sebenarnya, mereka tahu fakta ini.

Sebagai pengundi yang rasional, Barisan Nasional rasuah, DAP pun rasuah. Ranking Barisan Nasional dah bertambah baik. Tapi DAP lakukan rasuah secara profesional, cuma susah nak ditangkap kerana mereka guna istilah-istilah yang berbeza. 

AIDC : Rasuah tersembunyi..
Kalau kita benci rasuah, dua-dua pihak ada masalah. Untuk kita buat keputusan untuk sokong DAP atau Barisan Nasional, cukup mudah. Saya tak pernah kata Barisan Nasional baik. Untuk buktikan DAP itu lebih baik, untuk mengundi DAP, DAP perlu buktikan mereka lebih baik. 

Tapi, tidak pernah kita dengar ada satu mekanisme yang dicadangkan oleh DAP, Anwar atau Pas, yang mana mereka nak mengatasi masalah rasuah di negara ini. Tidak pernah. Apa mekanisme mereka? Yang ada, mereka hanya kata kita mahu hapuskan UMNO, hapuskan Barisan Nasional. Seolah-olah hapuskan Barisan Nasional, secara automatik rasuah boleh dihapuskan. 

Mekanisme mereka adalah dengan cara mengundi mereka.  Seolah-olah mengundi mereka, rasuah itu boleh dihapuskan. Apa mekanisme untuk membasmi rasuah, tidak pernah mereka beritahu. Seolah-olah pada hari ini, sakit barah, contohnya, mereka kata, anda hanya perlu undi saya, penyakit anda akan hilang tiba-tiba. Mana boleh macam tu. Anda perlu tanya, rawatan apa, ubat apa ?

Disebabkan perkara inilah saya tidak dapat menerima lagi DAP, kerana talam dua muka, hipokrit. Disebabkan inilah saya akhirnya bangkit meninggalkan perjuangan DAP. Banyak lagi sebenarnya sebabnya, cuma dua perkara ini yang pada saya cukup penting.

AIDC : Bermakna, tuduhan DAP mengatakan UMNO itu rasis adalah untuk menutup perkauman DAP ?
Itu satu soalan yang baik. Betul, strategi DAP menuduh UMNO rasis dan pada masa yang sama untuk menutup kebenaran mereka itu seolah-olah mereka tidak rasis, betul. Namun, saya tidak sesekali mengatakan UMNO itu tidak rasis. Ini terpulang kepada sudut pandangan mana yang kita nak lihat. 

Tapi kita perlu menilai parti mana yang perlu kita sokong. Kita tidak boleh melihat UMNO, MCA dan MIC sahaja, kita perlu melihat secara keseluruhan. Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat, itu lebih penting. Mengapa saya katakan sistem BN itu jauh lebih multi-racial daripada Pakatan Rakyat, cukup mudah.
Pertama, DAP hanya bertanding di semua kerusi majoriti Cina, Pas hanya ada di kawasan Melayu sahaja dan PKR di kerusi campuran. 

Tapi, dalam sistem BN, kerusi-kerusi majoriti Melayu juga diberikan kepada MCA dan MIC untuk bertanding. Itu faktor pertama BN lebih multi-racial. Faktor kedua, mengapa DAP, PKR atau Pas kata mereka multi-racial? Sebab keahlian PKR untuk semua, keahlian DAP untuk semua. Tapi faktor keahlian tidak menandakan sesebuah parti itu multi bangsa.

Sebab, kalau kita nak katakan keahlian itu menandakan sesebuah parti itu adalah multi bangsa cukup mudah. Dalam BN ada PPP, LDP dan Gerakan untuk semua bangsa.  Maksudnya sistem yang BN ada, Pakatan Rakyat tidak ada, sistem yang Pakatan Rakyat ada, BN juga sudah ada.

Multi bangsa BN unik. Yang untuk satu bangsa ada, yang untuk pelbagai bangsa pun ada. Ini faktor kedua. Dan faktor yang ketiga, kalau kita nak kata multi bangsa, kita jangan lupa, kita juga ada rakan-rakan di negeri Sabah dan Sarawak. Betul tak? 

Kalau tidak ada sistem BN pada hari ini, saya akan kata pemimpin-pemimpin daripada Sabah dan Sarawak tidak akan ada suara mereka di negara Malaysia. Mengapa?  Contoh, kalau hari ini, DAP, PKR dan Pas berkuasa, ke manakah suara-suara Sabah dan Sarawak? Mengapa saya boleh membuat penakulan sedemikian? 

AIDC : Sebabnya ?
Sebabnya, kita mesti analisis, berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi Pas? Saya rasa kosong. Berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi PKR? Ada satu..dua. Berapa pemimpin Sabah dan Sarawak menjadi pemimpin tertinggi DAP? Kosong. 

Jangan kata Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari..Majlis Tertinggi pun mereka tak dapat tembusi. Kalau tidak ada sistem macam BN, ke manakah suara Sabah dan Sarawak? Sebab itu BN untuk Cina ada, untuk India ada, untuk Melayu ada, untuk semua bangsa ada, untuk suku etnik Sabah dan Sarawak pun ada.

Untuk DAP, PKR dan Pas, apa yang mereka mampu bekalkan dalam sistem politik yang pelbagai bangsa dan suku etnik di Malaysia? Banyak orang tidak menganalisis tetapi terus menuduh BN sebagai rasis, DAP dan Pakatan Rakyat itu sebagai multi bangsa. 

Apa yang diwar-warkan itu tidak semestinya menunjukkan realiti sebenar.
Apa yang saya sebutkan tadi itu sebagai statistik, berapa ramai? Itu semua adalah kebenaran. Dan keadaan ini membuktikan bahawa BN itu jauh lebih multi- racial daripada Pakatan Rakyat. 

Dan kita jangan lupa, multi-racial itu adalah berkaitan dengan perpaduan. Kita perlu tahu, dalam dunia ini ada dua jenis perpaduan iaitu intergrasi dan asimilasi. Perpaduan dalam BN adalah intergrasi. Maksudnya satu kaum atau kaum-kaum lain masih boleh mengamalkan ideologi mereka seperti MCA, MIC dan sebagainya.

Kalaulah pada hari ini, perpaduan yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat, konsepnya ‘Malaysian Malaysia’, semua bangsa itu sama, itu juga perpaduan. Tetapi itu adalah perpaduan asimilasi yang digunakan oleh Indonesia.
Dan ke manakah Indonesia pada hari ini jika dibandingkan dengan pembangunan di negara itu?

AIDC : Kalau dahulu, DAP dengan Pas ini seolah-olah seperti anjing dengan kucing, memang tak boleh bertemu. Tapi sekarang ini seolah-olah DAP boleh menerima Pas. Pada pandangan saudara sebagai seorang aktivis DAP, apa sebenarnya pandangan DAP terhadap Pas?
Dalam peperangan.. ini kembali kepada falsafah peperangan politik, ‘your enemy..enemy is friend’. Maksudnya, kalau mereka tidak suka antara satu sama lain, musuh utama mereka tetap Barisan Nasional, itu yang pertama.

Yang kedua, dalam sejarah dunia kita lihat, kita panggil “political aliens”. Kita lihat dalam sejarah Malaysia pun sudah cukup, Tanah Melayu. Kita lihat bagaimana British bekerjasama dengan Komunis untuk menentang Jepun. Apabila Jepun dihapuskan, British mahu Komunis pun dihapuskan. Begitulah kerjasama mereka.

Kerjasama antara Pas dengan DAP adalah perlambangan ‘kerjasama British-Komunis’. Ini salah satu contoh dan sebenarnya banyak lagi contoh ‘political aliens’ dunia yang pada awalnya mereka saling bekerjasama akhirnya mereka saling memakan diri sendiri. 

Mereka sanggup ketepikan politik tidak sehaluan demi mendapat kuasa dan menawan Putrajaya. Nasib baiklah mereka tidak menawan Putrajaya, nanti kita tidak tahulah sama ada DAP akan “makan” Pas atau Pas “makan” DAP, kita tidak tahu.

AIDC : Ada kemungkinan tak, DAP melihat bahawa mereka boleh “makan” Pas sebab itu mereka sanggup bekerjasama ?
Pada pandangan peribadi saya, ya betul. Fungsi pertama, DAP melihat boleh “makan” Pas dalam jangka masa panjang. Mereka merasakan mereka ada kekuatan yang tersendiri. 

Pada masa sama, saya melihat Pas juga merasakan boleh mengawal dan “makan” DAP, cuma kedua-dua pihak tidak pernah memberitahu. Dua-dua mereka ada agenda. Jadi, yang akhirnya siapa akan “makan” siapa, kita belum tahu.

Sekian.


Sila lihat berkaitan dengan Red Bean Army..

Video: Vol 1 & 2

Dia Gadis Teroris, Benarkah? Lihat Penjelasan Ini..


 Asal berpurdah sahaja, teroris. Fahaman begini juga ajaran sesat.
Dikabarkan gabung ISIS, Desty buka suara lewat FB

Orangtua Desty Anggraini.

TEKA-TEKI soal sosok seorang mahasiswi Universiti Sriwijaya (Unsri) Palembang, Desti Anggraini, diduga bergabung dengan Negara Islam Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syiria / ISIS), sedikit menemui titik terang. Sebab, Desti akhirnya buka suara tentang kewujudan dan aktivitinya melalui jejaring sosial Facebook.

Melalui akaun Facebook bernama UmmuSumayyah miliknya ditulis pada Khamis (20/8), Desti membantah pemergiannya ke Ciamis, Jawa Barat, lantaran bergabung dengan ISIS. Dia mengatakan sedang belajar ilmu agama dan berniat menghafal Al-Quran di Pondok Pesantren Tahfidz Al-quran Anshorulloh.

Di akhir statusnya, Desti juga menyampaikan permintaan maaf jika menyakiti pihak-pihak tertentu. Dia tidak ingin terjadi fitnah sehingga tersebar luas ke masyarakat umum.

Seperti diberitakan sebelumnya, Desti, mahasiswi semester tujuh FKIP program pengajian PAUD Unsri Palembang, diduga bergabung dengan ISIS selepas berangkat menimba ilmu agama di Pondok Pesantren Tahfidz Al-quran Anshorulloh, Kudat, Jawa Barat, sejak 6 Ogos 2015. Sembilan hari kemudian, kewujudan Desty tak lagi diketahui.

Saat pergi, Desty hanya membawa tas ransel berisi pakaian dan wang saku sebanyak RM 50 ribu (kira-kira RM15). Sedangkan, dia mengaku kos kehidupan sehari-hari sudah dijamin oleh rakannya yang sama-sama berangkat ke Jawa.

Keluarga bimbang, Desty bergabung dengan ISIS, kerana di kamarnya ditemukan sejumlah kalimat tentang syahid. Desty sejak setahun terakhir memutuskan mengenakan purdah dan berpakaian serba hitam. Bahkan, Desty juga mengancam akan memutuskan hubungan keluarga jika diminta melepas pakaian itu.

Berikut kenyataan penjelasan yang ditulis Desti Anggraini dalam akaun Facebook UmmuSumayyah:

Assalamu'alaikum warrahmatullaahi wabarakatuh ..

Saya Desti Anggraini pemilik rasmi akaun FB ummusumayyah (Desti devon Anggraini), yang juga merupakan bekas mahasiswi FKIP Paud angkatan 2012 Unsri, membuat kenyataan ini secara sedar dan tanpa tekanan dari pihak manapun.

Keputusan untuk keluar dari kampus dan belajar ke pondok Anshorullaah Ciamis Jawa Barat bukanlah tanpa alasan. Semua di mulai dari banyaknya permasalahan yang timbul sejak saya memutuskan untuk mengaplikasikan perintah Allah azza wa jalla pada surat Al-Ahzab ayat 59.
  • "Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi maha penyayang."
Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara majoriti jumhur ulama 'yang mengatakan penggunaan purdah adalah wajib dan lain-lain mengatakan sunnah. Tetapi saya lebih memilih untuk mengenakannya, kerana saya tidak mahu menjadi penghalang terbukanya pintu syurga bagi kedua orang tua, terutama ayah saya yang sudah tiada. Seperti kita ketahui bahawa anak perempuan boleh menjadi sebab bagi orang tua untuk memasuki pintu syurga apabila ia mematuhi syariat Allah. Tetapi boleh juga menjadi sumber fitnah terbesar apabila dia tidak menjaga izzah dan 'iffahnya.

Permasalahan-permasalahan yang menghampiri saat menggunakan cadar datang dari semua pihak. Semasa di kampus terdengar khabar bahawa akan adanya pemberhentian dari pihak kampus atau saya harus melepas cadar saya. Belum lagi pihak yang menakut-nakutkan bahawa wanita bercadar itu terdedah diculik intel yang biasanya menjatuhkan vonis tuduhan menyiksa, bahkan membunuh tanpa alasan yang jelas.

Seiring berjalannya waktu, saya sering dipanggil oleh pensyarah perihal cadar yang saya gunakan mereka mengatakan, "Apabila masih ingin berada di kampus kamu harus mengikuti aturan di kampus." 

Qadarullaah, bekas kampus saya tercinta berada di bumi Allah jadi automatik seharusnya kita harus mengikuti aturan Allah. Terlepas dari wajib atau sunnahnya perintah purdah bagi jumhur ulama 'yang jelas saya tidak melanggar syari'at.

Dari tekanan-tekanan yang saya rasakan, kemudian saya mengambil keputusan untuk berhijrah demi menyelamatkan iman, kerana saya juga adalah manusia yang tidak boleh menjamin untuk mengekalkan keimanan saya, apabila berada di persekitaran yang penuh dengan syubhat dalam mempertahankan syari'at Dien yang haq ini.

Kalaupun saya ingin melanjutkan kuliah saya, pada akhirnya saya juga ingin belajar di pondok dan fokus menempa diri untuk menjadi muslimah yang taat pada suami. Apabila saya menjadi wanita kerjaya seperti yang banyak orang harapkan pada saya, maka itu bukanlah cita-cita saya, kerana pendidikan anak pada masa golden age merupakan momen-momen yang sangat berharga yang perlu dimaksimumkan. 

Kerana pada usia tersebut perkembangan otak anak tumbuh sangat pesat. Apa jadinya ketika masa golden age tersebut, anak-anak saya nantinya ditemani oleh pengasuh atau orang lain, sehingga saya tidak boleh mengambil alih dalam mendidik generasi yang akan siap menyambut kemenangan Islam yang sudah dijanjikan.

Pemergian saya ke pondok Anshorullah pada tarikh 6 Ogos 2015, kira-kira pukul 6.30 pagi, mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, bahkan diantar langsung oleh ayah tiri saya. Saat berlepas bas, saya juga mengkhabarkan ibu saya via telefon dan meminta doanya. Pun setelah sampai di pondok, saya juga memberi khabar kepada ibu saya.

Selepas satu minggu saya berada di pondok, ibu saya menelefon saya. Awalnya beliau hanya menanyakan khabar dan kegiatan saya di pondok. Lalu tiba-tiba dengan nada bicara seperti ketakutan, ibu meminta saya untuk pulang. Sebelumnya pada malam hari sebelum ibu menelefon saya, salah seorang rakan menghantar mesej ringkas berisikan perintah untuk saya segera menelefon pensyarah yang qadarullaah saat itu sedang sakit, dan semoga Allah memeberikan kesembuhan padanya.

Pensyarah saya tersebut menjanjikan untuk memudahkan urusan PPL saya di kampus, seperti meletakkan saya ke tadika yang tidak ada pengajar laki-lakinya. Selepas kejadian tersebut, salah satu pihak keluarga menghubungi saya via BBM yang memaksa saya untuk pulang dan meneruskan kuliah, serta menyuruh saya untuk boleh menjadi wanita kerjaya agar dapat menaikkan derajat keluarga dalam ukuran dunia.

Jelas saja saya menolak, dan beliau langsung memvonis bahawa saya mempunyai ideologi sesat, dan saya telah dipukau (membasuh otak). Banyak sekali hujatan beliau yang menyakitkan hati saya, bahkan mengatakan bahawa saya adalah anak derhaka. Padahal jelas saya di sini hanya ingin menjadi penghafal Al-Quran, sehingga dapat memberikan hadiah berupa mahkota kepada kedua orang tua saya kelak di syurga.

Saat itu juga ibu sering menghubungi saya meminta saya untuk pulang. Beberapa kali saya cuba untuk menjelaskan kepada ibu saya untuk tetap tenang, dan jangan mudah percaya atas provokasi yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak tersebut terdiri dari beberapa orang yang bahkan tidak pernah menjalankan solat wajib 5 waktu. Namun dengan sombongnya dia bercakap soal agama dan menghukum saya mengikuti aliran sesat.

Komunikasi saya dengan ibu tidak berjalan dengan lancar. Ibu sendiri seolah tidak mahu mendengar penjelasan dari saya. Pada akhirnya saya merasa lelah dan cuba kembali untuk menghubungi ibu, tetapi telefon saya tidak diangkat dan akhirnya tidak dapat dihubungi lagi. Dari situ saya merasa kecewa dan tidak mengaktifkan HP selama 24 jam, hingga timbullah berita- berita di media yang seolah pendapat orang ramai ingin digiring pada pemahaman saya yang disebut radikal. 

Terbukti dengan penyebutan "bendera hitam tulisan arab" terhadap bendera tauhid yang dipamerkan di bilik kostan saya. Padahal semua muslim juga tahu bahawa tulisan itu adalah dua kalimat syahadat yang mengajak untuk mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun.

Ekspresi ibu dalam video yang dishare oleh Tribunnews.com, seolah ada yang sedang menuntun ibu untuk bercakap di hadapan kamera serta terucap kalimat pernyataan "pengambilan kader-kader ISIS." Padahal ibu saya adalah orang awam dan tidak biasa menggunakan bahasa-bahasa se-intelek itu.

Dan himbauan saya kepada semua pihak yang tidak mengetahui kebenaran berita ini, tolong jangan ikut memprovokasi awam dengan menggiring pendapat dengan hal-hal yang boleh merosakkan imej agama Islam, dan bahagian-bahagian syari'atnya, salah satunya adalah cadar.

Tadabur QS. Al-Hujurat 49: 6, 

  • "Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan dan kelalaian, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
QS. At-Taubah 9: 65, 
  • "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, nescaya mereka akan menjawab, 'sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja.' Katakanlah, 'mengapa kepada Allaah, dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok. Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman.' Jika kami memaafkan sebahagian dari kamu (kerana telah taubat), nescaya kami akan mengazab golongan yg lain. Karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (selalu) berbuat dosa. "
Sekian kenyataan dari saya yang tak luput dari kesalahan. Saya meminta maaf jika terdapat kenyataan dari saya yang menyakiti pihak-pihak tertentu, kerana ini saya lakukan untuk menjelaskan fitnah yang sedang tersebar.

Jazakumullah khairan kepada semua pihak-pihak yang telah membantu berupa do'a maupun perbuatan semoga sentiasa mengikuti jalan yang lurus. Wassalamualaikum warrahmatullaahi wabarakatuh ..  

Oleh Al-faqir Desti Anggraini.

[ary/IH]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails