Tuesday, August 25, 2015

Perang Semula Umno, Jika Usul Hudud Tidak Dibentang. -Naib Presiden PAS

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sedia berperang semula dengan Umno jika rang undang-undang hudud tidak dibentangkan di Parlimen Oktober ini. - Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS sedia "kembali berperang" dengan Umno sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, lapor Astro Awani.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, PAS akan berusaha sedaya mungkin memasukkan pembentangan rang undang-undang itu ke sidang Parlimen yang akan datang.

Sekiranya Umno benar-benar jujur ​​untuk melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, parti itu perlu membantu memudahkan pembentangan rang undang-undang tersebut, kata naib presiden PAS itu.

"Betul, sebab itu kita kemukakan rang undang-undang pindaan kepada Akta 355, iaitu usaha hendak perkasakan Mahkamah Syariah dan kalau Umno betul-betul jujur ​​dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.
"Kita akan berusaha dan cuba masukkan untuk kali terakhir pembentangan rang undang-undang pada sesi sidang Parlimen Oktober ini. Kalau tidak jadi, lepas ini kita (PAS) akan kembali kepada asal. Masa ini 'gencatan senjata' kita tamatkan dan kita perang balik," katanya.

Pada masa sama, Amar turut mengulas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta Mahkamah Syariah Kelantan diperkasa sebelum hudud dibentangkan.

Katanya, kerajaan pusat dan negeri sebelum ini sebulat suara bersetuju meminda undang-undang mengikut Akta Kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 dan perkara 76a (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu penting bagi membolehkan hukuman hudud bagi jenayah sariqah (curi), hirabah (rompak), zina, liwat, murtad dan bunuh dilaksanakan.

Pindaan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993/2015 mendapat persetujuan sebulat suara semua wakil rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 16 Mac lalu. - 25 Ogos, 2015. (TMI)

'Jika Gentleman Kosongkan Kerusi, Biar Rakyat Tentukan' -S/U PAS S'gor

PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, lapor Bernama.
Katanya jika anggota GHB bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.
"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Mohd Khairuddin dalam sidang media semalam.
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta anggota yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keanggotaan akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana anggota menyertai parti lain.
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi ADUN dan anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Semalam, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.
- Bernama

PAS Ambil Alih 3 Kawasan Di S'gor. -Dr Ahmad Yunus Hairi

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (tengah) pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

SHAH ALAM - Badan Perhubungan Pas Selangor hari ini mengumumkan pihaknya telah mengambil alih pentadbiran tiga kawasan Pas di negeri itu iaitu di Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pengambilalihan tiga kawasan tersebut dibuat mengikut peruntukan dalam Fasal 26(9)(j) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).

"Jawatankuasa Tadbir Sementara ini berkuasa untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan dan ia bagi melicinkan proses mengisi kekosongan jawatan.

"Pentadbiran Pas Kota Raja dan Shah Alam, proses pelantikan jawatan-jawatan pemangku dan ahli jawatankuasa kerja kawasan itu telah disahkan setiausaha agung Pas Pusat dalam satu pertemuan pada 21 Ogos lalu di Pejabat Agung Pas," katanya pada sidang media di Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini, hari ini.


Ahmad Yunus juga turut mengumumkan muka baharu bagi menggantikan Yang Dipertua Pas Kota Raja dan Shah Alam, masing-masing ialah Muhammad Diah Baharom dan Abdul Halim Omar, manakala Kelana Jaya akan diumumkan pada minggu ini. (IH)

Penduduk Kg Mutiara, B/Ferringhi Merayu Kampung Mereka Tidak Dirobohkan



Batu Ferringhi: Penduduk Kampung Mutiara merayu kepada mana-mana pihak untuk tampil membantu membela nasib mereka selepas dikatakan kampung mereka akan dirobohkan oleh tuan tanah tanpa mendapat sebarang pampasan.

Memetik laporan SuaraTV, satu rakaman video telah dilakikan di mana menunjukkan salah seorang penduduk kampung tersebut Latipah Din, 56 merayu agar pihak yang berkenaan bersimpati dengan nasib mereka yang bakal kehilangan tempat berteduh sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

“Kami penduduk kampung Mutiara berasal dari penempatan dari kawasan tanah di Hotel Park Royal (kemudian di halau) untuk tinggal di atas bukit. Kemudian mereka nak hambat (halau) kami macam anjing untuk keluar dari rumah tanpa memberikan sebarang pampasan pun pada kami.

“Dimanakah kami, anak-anak dan ibu bapa kami akan duduk sekiranya rumah kami dirobohkan. Tolonglah bantu kami. Wahai tuan tanah bukalah hati dan mata kamu, kasihanilah kami penduduk kampung Batu Ferringhi. ” katanya dengan penuh sebak.

Menurut Latipah mereka akan mempertahankan kampung berkenaan sehingga ke titisana darah yang terakhir.






“Seandainya kampung ini dirobohkan (esok) kami akan lawan sehabis-habisan sehingga ke darah yang terakhir (kerana) kami tidak akan berganjak walau setapak sekalipun.

“Kami tetap akan berjuang dan pertahankan Kampung Batu Ferringhi kepada para dermawan bantulah kami dan anak-anak kecil ini, kemanakah mereka akan bersekolah sekiranya rumah mereka dirobohkan inilah permintaan dari kaum wanita di kampung Batu Ferringhi” ujarnya lagi.

Kampung tersebut terletak berhampiran lokasi pelancongan wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Sementara itu seorang lagi wakil penduduk, Ishamudin Saaid ketika ditemui menyelar tindakan pemilik tanah yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian.


“Malam ini kami (penduduk kampung) mengadakan perhimpunan bagi menyatakan rasa tidak puas hati kami terhadap tuan tanah yang tidak berperikemanusian dan kami akan berhimpun untuk mempertahankan kampung kampung kami.

“Walau apapun yang terjadi kami tidak akan berundur dan akan berjuang sehabis-habisan. Hidup (kampung Melayu) Batu Ferringhi biar putih mata jangan putih tulang, lawan tetap lawan” jeritnya sambil diikuti dengan para penduduk kampung yang lain.

Selain itu mereka turut mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan
. – Siakapkeli.my

Video: Mereka Halau Kami Macam Anjing'

Penyanyi Stacy Asal Sabah Peluk Islam, Al-hamdulillah.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.

Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian. Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)

Labah-labah: Dalam Racun Ada Ubat, Tapi.. Gadis Jangan Baca Ini?


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung.
WAJARKAH anak gadis jangan baca ini? 
Siapa sangka racun labah-labah yang dikenali berbahaya bagi haiwan dan manusia menyimpan manfaat yang diidam-idamkan oleh ramai lelaki. Terutama bagi mereka yang bermasalah di katil, bagaimana boleh?

Saintis dari Universiti Minas berjaya melakukan penyelidikan terhadap racun labah-labah Phoneutria nigriventer asal Brazil dan menyatakan bila racun tersebut dapat dimanfaatkan sebagai viagra alias ubat untuk membantu lelaki 'alat sulit'nya menjadi tegang.

Berdasarkan kajian tersebut, racun labah-labah itu mengandungi kompaun bernama PnPP-19 dengan fungsi serupa viagra. Kompaun itu boleh membuat darah terperangkap di zakar dan membuatnya tegang dalam waktu lama.

Hebatnya, kompaun tersebut tidak berbahaya dan tidak menimbulkan kesan sampingan apapun. Walaupun labah-labah Phoneutria nigriventer juga terkenal sebagai salah satu haiwan paling mematikan di dunia.

"Penemuan ini menjadi 'calon' yang sesuai untuk ubat baru bagi pesakit mati pucuk," ujar saintis Universiti Minas, Daily Mail (23/08).
Sebelum ini, di awal tahun 2015 ini, ahli sains lain juga sempat meneliti kompaun PnTx2-6 yang ada di racun labah-labah itu dengan tujuan yang sama. Namun, kompaun itu ternyata hanya mampu menimbulkan tegang kira-kira 20 minit dan menimbulkan kesan sampingan terhadap kerja jantung serta rasa sakit.

Di sisi lain, kompaun PnPP-19 yang ditemui di labah-labah Phoneutria nigriventer sudah teruji tidak menimbulkan kesan sampingan atau kerosakan terhadap organ tubuh mana pun. (IH)

Lihat juga..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Monday, August 24, 2015

Roket vs Bulan: Penyebab Saya Keluar DAP - Lim Han Long


Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
3. Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS ...

4. Selami Pemikiran Seorang Bekas Pemimpin DAP Shen Y...
lim kit siang marah
Warkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long Untuk DAP, 
Diterjemah dari Sin Chew.

Saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari DAP. Kandungan surat saya ini telah dihantar melalui e-mel kepada DAP namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dari mereka yang lebih tinggi di dalam parti untuk membaca pandangan saya ini maka saya telah memutuskan untuk menerbitkan surat ini.

Saya pada mulanya tertarik dengan ucapan politik Tony Pua lalu menyertai DAP. Malah pada pilihan raya umum “505” yang lalu, saya telah menawarkan diri untuk menjadi penyelia PACABA.

Pada masa itu saya merasakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP adalah hebat, ideologi parti itu boleh terpakai untuk memerintah negara ini lalu saya memberikan sokongan penuh saya.

Selepas kontroversi roket vs. bulan, saya mula kecewa dengan kebijakan politik DAP. Ianya bukan lagi seperti parti yang saya dokongi sewaktu awal-awal dahulu. Bukan semua orang adalah seperti Tony Pua yang saya hormati dan kagumi.
dap-roket-patah
Sebab saya keluar dari parti adalah seperti berikut:

1. Imej Politik Yang Buruk

Saya tidak menolak hakikat bahawa laporan media sememangnya berat sebelah. Namun demikian pemimpin tertinggi seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga telah menjadi semakin angkuh. Hakikat ini bukanlah tanpa asasnya.

Sebagai contohnya dalam kes untuk berpisah dari PAS baru-baru ini, saya tidak bersetuju dengan pendirian DAP yang sebenarnya menambah lebih banyak minyak ke dalam api. Bekerjasama dan berpisah adalah sesuatu yang lazim dalam politik. Kesatuan Pakatan Rakyat yang mengutamakan kebijakan politik untuk menjadikan Malaysia lebih berintegrasi sepatutnya menjadi satu keutamaan.

Malangnya pada masa-masa kritikal seperti ini, tanpa mengambil kira prestasi pemimpin DAP dari Malaysia Timur atau Malaysia Barat, apa yang saya lihat hanyalah lautan api dan bukannya ketelitian pertimbangan yang dibuat secara matang. Bagaimanakah pemimpin seperti itu kelak memerintah negara?

2. EQ Politik yang Lemah

Hadi Awang berkata ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri. Ini adalah sesuatu yang masyarakat sedia maklum sebenarnya. Objektif umum Pakatan Rakyat adalah untuk menentang hegemoni dan rasuah. Cadangan PAS agar mencari titik persamaan dalam perbezaan sebenarnya adalah platform yang terbaik. 

Namun DAP terus mengambil sikap “sama ada anda rakan saya atau musuh saya” di atas perbezaan impian di antara parti lalu memilih untuk menyerang PAS sebelum muktamar. Tindakan untuk bermusuhan dan bersengketa bolehlah disamakan dengan tindakan untuk memutuskan kerjasama. Sekiranya kumpulan konservatif di dalam muktamar PAS hanya menerima penghinaan itu tanpa sebarang tindakbalas maka pastilah mereka ini adalah golongan yang tidak berguna. 

Maka terjadilah pengumuman PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Seseorang tidak boleh terus menerus berlagak seperti Lone Ranger. Sesungguhnya apa yang berlangsung ketika ini tidaklah berlaku dalam sekelip mata. DAP bertanggungjawab kerana menyebabkan Pakatan Rakyat runtuh.

Jadi bagaimanakah pihak itu menangani isu-isu nasional yang lebih besar dan konflik pada masa akan datang?

3. Keupayaan Politik Yang Rendah

Saya bersetuju dengan bantahan kuat DAP terhadap pelaksanaan undang-undang hudud. Tetapi selepas membantah, apakah wujud rundingan, penerimaan dan pemahaman? Sebelum kerjasama Pakatan Rakyat wujud, semua orang jelas tentang agenda PAS. Ini adalah bom masa yang cuma menunggu untuk meletup. Sekarang bom ini telah meletup. DAP tidak pula mencari penyelesaian alternatif. 

Maka bolehlah saya andaikan bahawa:
  1. DAP telah mengetahuinya sejak dari mula lagi tetapi tetap meneruskan kerjasama untuk memancing undi.
  2. Saya kecewa dengan keupayaan politik DAP. Tidak disangkal bahawa Hadi dan Umno saling mengintai peluang kerjasama di antara satu sama lain. Di dalam suasana hubungan yang tegang, DAP terus mencadangkan konsep baru Pakatan Rakyat. Ianya bukan sahaja menamatkan harapan dan masa depan Pakatan Rakyat, malah memungkinkan penggabungan Umno dan PAS. Saya sama sekali tidak menyangka bahawa pimpinan tertinggi DAP sebegitu pendek akal.

4. Budaya Politik Yang Buruk

Budaya berseteru dengan menggunakan kritikan-kritikan keras dan membuat kenyataan melulu sudah berakar umbi di kalangan pemimpin kanan DAP. Ianya seperti menggalakkan penyokong DAP untuk bersikap seperti perusuh politik di ruang siber, menghentam sesiapa sahaja yang mengkritik DAP. Jika anda duduk di kedai-kedai kopi di bandar-bandar kecil maka anda akan bertemu dengan golongan tua yang amat tidak berpuas hati dengan gelagat pemimpin-pemimpin DAP. 

Saya berpendapat pemimpin-pemimpin DAP di barisan hadapan tidak mempunyai model budaya politik yang baik dan ada pula pemimpin parti dan ahli-ahli yang angkuh dan bersikap buruk. Mengambil pepatah terkenal MCA: kepala ikan sudah busuk. Maka di manakah jalan untuk menukar kerajaan?

Dengan momentum 505 yang telah pudar maka itulah cabaran sebenar kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap apabila anda memadamkan nama saya daripada senarai ahli, anda akan mengambil perhatian serius terhadap empat komen khusus yang telah saya bangkitkan.

Terima Kasih
Lim Han Long
Warkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long
BY  · FRIDAY, JUNE 26, 2015 -06-26 12:00:44'
Weblog Ibnu Hasyim: Kita lihat lagi jalan fikiran pemimpin-pemimpin hebat DAP yang keluar parti demi mempertahankan pendirian mereka. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails