Monday, August 31, 2015

500,000 Hadiri BERSIH 4 -Maria Chin Abdullah.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.
"Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.
"Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5," katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.
"Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Maria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam perhimpun itu malam tadi.
Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.
Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.
Khalayak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah orang ramai turut melaungkan "Bersih, Bersih" dan mencipta suasana meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.
Pada awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. (MK)

Mohd Sabu Isytihar Hari Ini 3 Ptg Akan Lahir Parti Baru.


MALAM tadi jam 11.57pm, bekas pemimpin PAS Mohamad Sabu mengumumkan esok pukul 3 petang akan lahir parti baru. Menurutnya, 'kami' akan bekerjasama dengan parti politik pembangkang dan seluruh NGO di Malaysia.

"Bersih 1, 2, kita boleh celup dakwat. Bersih 3 kita boleh Akta Perhimpunan Aman. Bersih 4 kita dapat apa? Barisan Nasional tumbang. Semua yang melawan British, melawan kemerdekaan. Esok pukul 3 petang akan lahir parti baru. Kami akan bekerjasama dengan parti politik pembangkang dan seluruh NGO di Malaysia. "

Kata Mohamad Sabu mengakhiri majlis Bersih 4 pada jam 12.03am, pada pagi 31 Ogos hari ini.: Laungan Merdeka dan Negaraku akhiri perhimpunan tengah malam tadi.  (IH/TMI)

Mereka yang hadir Bersih 4..
 Ustaz Azhar Idrus
 Ustaz Ahmad Awang
 Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Ghani Shamsuddin.
Dato' Wan Rahim Kelantan.
Mohamad Sabu di tengah-tengah muslimah.
Mohamad Sabu sebagai imam solat..

Gambar Mat Sabu Dengan Amoi Pula, Sekadar Bergambar. Jadi Apa Ada Hal?

Gambar seorang gadis Cina berselfie dengan Mohamad Sabu viral di media sosial. Ramai yang mengutuk Mat Sabu.

Apa yang GB lihat, gadis Cina tersebut adalah seorang "peminat" Mat Sabu. Sekadar bergambar. Jadi apa ada hal?

Cuma yang anti Mat Sabu dan anti parti baharunya akan menjadikan itu sebagai satu isu. Dalam simpanan GB ada banyak gambar pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO yang bergambar dengan gadis-gadis jelita tak tutup aurat, tapi GB tak mahu siarkan untuk tidak mengaibkan sdra. seIslam...


(Disedut dari sebuah blog (http://greenboc.blogspot.com/2015/08/video-gambar-live-bersih-40-masuk-hari.html) yang dikatakan penyokong kuat Mat Sabu.
Ini tidak semestinya pandangan Weblog Ibnu Hasyim)

Sunday, August 30, 2015

Gambar Abdul Hadi Dipijak, Hina Pendemo, Kreatif.. Apa Pandangan Anda?

GAMBAR ini tersebar dalam internet. Gambar presiden PAS, presiden Parti Islam Se Malaysia, satu-satunya parti Islam yang berdaftar, yang ramai pemimpin-pemimpin GHB masih jadi ahlinya, dipijak secara hina dan biadap.

Apa pandangan anda, wahai orang Islam atau Melayu, atau bukan Islam dan bukan Melayu? 

Sila beri pendapat anda.. 

Satu lagi gambar yang dianggap menghina orang Islam..


Ini komen yang dianggap menghina Islam..

[Walaupun penyertaan bangsa melayu di demonstrasi haram Bersih4 hanyalah sekitar 10 peratus, ianya sudah cukup membuktikan bahawa melayu-melayu yang hadir tersebut tak ubah seperti pencacai kepada cina DAP..
Mana tidaknya, mereka dipaksa tidur atas jalanraya manakala cina-cina DAP bersedap disponsor tidur di hotel..  Siapa yang bodoh dan juga bangsat disitu? Bukankah melayu-melayu pencacai DAP yang masih tak sedar diri dipergunakan oleh kafir?]

Sila beri komen yang bukan perkauman.. 


terjun2

Dua penerjun udara membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas. - Sedutan daripada YouTube


Demo Lain Dari Yang Lain.
Ini, gambar demo berkreatif, lain dari yang lain. Ketika ribuan orang menyertai himpunan Bersih 4 dengan berarak ke Dataran Merdeka, seorang rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat menggunakan cara unik untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Bersih 4. 

Lelaki itu menzahirkan sokongannya kepada Bersih 4 melalui aktiviti payung terjun bersama rakannya, dengan membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas. Rakaman video lebih tiga minit itu dimuat naik Teo Kwang Peng ke laman YouTube, bagi menunjukkan sokongan kepada himpunan Bersih 4 yang berlangsung di Malaysia serta beberapa lokasi di negara lain.

Juga, sila beri komen.
(IH)

Bersih 4: Tunggu Dulu, Bayangkan Kalau Pendemo Begini?

Restoran yang baru diresmikan ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.
Sekumpulan pelayan berbikini semasa peresmian restoran di Shenyang, China (28/8/2015).

Restoran Ini Gunakan Seks Tarik Pengunjung. Macam K'jaan M'sia...

UNTUK tarik pengunjung, restoran ini gunakan wanita berbikini sebagai pelayan. Restoran yang baru dirasmikan ini, menggunakan pelbagai peng'halal'an cara, demi ekonomi dan wang.  Sama seperti pendirian negara-negara asobiyah secular, atau sosialis komunis, walaupun negara tersebut masih disebut sebagai negara umat Islam seperti Malaysia, Indoneia dan lain-lain. Tiada kaitan agama macam-macam boleh jadi..

Restoran yang baru diresmikan ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.
Pelayan berbikini semasa mengantar makanan ke salah satu meja pengunjung di sebuah restoran di Shenyang, China (28/8).

Restoran yang baru diresmikan ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.
Selain wanita, pelayan lelaki di restoran ini juga hanya memakai seluar pendek tak berbaju..

Restoran yang baru diresmikan ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.
Seorang pelayan berbikini semasa mengantarmakanan ke salah satu meja pengunjung di sebuah restoran di Shenyang, China (28/8). Pengelola restoran ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.

Restoran yang baru diresmikan ini sengaja menggunakan wanita berbikini sebagai pelayan untuk menarik minat pengunjung.
Seorang pelayan berbikini saat melayani pengunjung di sebuah restoran di Shenyang, China (28/8).

Bayangkan, kalau pakaian pendemo begini. Mungkinkah jadi begini kalau pendemo tiada disertai kumpulan Islam pada masa akan datang?
(IH)

BERSIH 4 Cina 90%, Bersih 1 Melayu 80%.. Mengapa?

Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 walaupun antara tuntutan dibuat ialah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara. Aktivis, Boon Kia Meng juga mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.
Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.
Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH kali ini juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno seperti MyKmu.net yang menerbitkan artikel bertajuk Cina DAP Dominasi Himpunan Bersih 4.
Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4. (MK)


Hasil Kajian: Bersih 4 Gagal Tarik Melayu. Kesan GHB-PR?

BUAT julung kali dalam sejarah, perhimpunan haram Bersih 4.0 dilaporkan gagal menarik sokongan masyarakat Melayu hasil kajian dibuat sebuah agensi bancian bebas yang selama ini mesra pembangkang, Merdeka Center.
Menerusi pungutan persepsi dilakukan oleh agensi itu, 70 peratus responden Melayu membantah penganjuran demonstrasi jalanan tanpa permit tersebut yang konon untuk menuntut perjalanan pilihan raya bersih dan adil.
Hasil bancian telus Merdeka Center jauh berbeza daripada tinjauan sebuah portal propembangkang terkenal apabila mendakwa kaum Melayu amat menyokong Bersih 4.0 dengan unjuran yang bersetuju lebih 50 peratus.
Ironi, artikel tinjauan berkenaan kemudian dilaporkan ‘ghaib’ selepas laporan kajian Merdeka Center mula disiarkan oleh semua portal berita tempatan pada petang Jumaat dengan melibatkan lebih 1,000 responden.
Kajian agensi bertaraf antrabangsa itu sebaliknya menunjukkan 81 peratus kaum Cina tegar menyokong acara himpunan haram tersebut manakala kaum India mencatatkan cuma 51 peratus sokongan terhadap Bersih 4.0.

Komen Weblog IbnuHasyim: Kesan daripada dan kepada GHB dan PR? (Lihat gambar di bawah..)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails