Wednesday, September 02, 2015

Bersih 4 Bukti PAS Parti Pembangkang Terbesar. -Tuan Ibrahim


Kekurangan penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 membuktikan parti Islam itu terus kekal sebagai pembangkang terbesar di negara ini, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Timbalan presiden PAS itu berkata, parti Islam itu hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lepas dan kali ini ia tidak mengerahkan ahlinya.

Tuan Ibrahim berkata, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.

"Ini sekali gus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar dalam arus perdana politik negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kekurangan penyertaan orang Melayu diakui pelbagai pihak termasuk kumpulan pecahan daripada parti itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini sedang membentuk parti mereka sendiri Parti Amanah Negara (Amanah).


DAP juga mengakui kenyataan ini dan meminta semua pihak memberi peluang kepada parti baharu itu dibentuk dengan rasminya. Menurut Tuan Ibrahim, PAS menyokong tuntutan Bersih untuk pilihan raya yang bersih, dan kehadiran Naib Presiden Idris Ahmad merupakan buktinya ..

"PAS tidak melarang ahlinya menyertai perhimpunan kali ini.
"Yang berbeza - cuma PAS tidak kolar ahli kerana sudah ada banyak program parti yang diaturkan terlebih dahulu. Ahli boleh memilih sama ada pergi atau tidak, tanpa sebarang kongkongan," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, impak terbesar perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ialah bermulanya era penerimaan demonstrasi aman sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi negara kita.

"Rakyat Malaysia membuktikan demonstrasi boleh dibuat secara aman, pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) pula menunjukkan mereka boleh mengawal demonstrasi dengan baik," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim tindakan berlembut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas memberi amaran keras untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menggunakan t-shirt Bersih 4.

"Apakah beliau sedang menyiapkan dirinya untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?" soal beliau.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim kesal dengan persepsi negatif dan fitnah yang sengaja dibina terhadap mereka terutamanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sehingga wujudnya insiden-insiden tidak beradab dan melampaui batas seperti memijak gambarnya.

"PAS ingin melahirkan dukacita dan kekesalan yang amat sangat dengan insiden tidak bertamadun ini. Insiden-insiden penghinaan sebegitu, walaupun terpencil oleh para provokasi, sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan yang tidak perlu. Ini membuktikan keputusan PAS adalah tepat kali ini untuk tidak mengerahkan ahlinya, "katanya merujuk kepada insiden segelintir peserta Bersih 4 yang memijak gambar Hadi yang dipotret berpeluk dengan Najib.

Bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, perjuangan PAS menuntut perubahan bersama rakyat Malaysia akan diteruskan melalui pendekatan lain seperti Kongres Rakyat yang bakal diadakan 12 September ini.

"Semua yang berminat melihat kejatuhan Umno-BN dialu-alukan menyertai Kongres Rakyat," katanya merujuk kepada kongres dianjurkan oleh PAS menjelang pelancaran rasmi Amanah pertengahan bulan ini.

Kongres Rakyat akan dianjurkan 12 September di Shah Alam manakala pelancaran Amanah dilakukan pada 16 September. - 2 September, 2015.

Kumpulan Jaringan 'Serigala Perak' Pula Terlibat Bom Bangkok..

BEBERAPA pegawai tentera mengiringi seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan letupan bom di Bangkok selepas berjaya menahannya di pusat pemeriksaan Sa Kaeo berhampiran sempadan Thailand-Kemboja semalam
KL (IH): Perkembangan kes letupan bom di Kuil Erawan, Ibu Kota Bangkok, Thailand, pada 17 Ogos lalu menukik tak terduga. Tiba-tiba saja, dalam 48 jam terakhir beberapa orang Turki ditangkap polis Negeri Gajah Putih. Mereka dianggap rangkaian yang merancang aksi keganasan itu.

Pelaku semula dituduh berasal dari kumpulan anti-kerajaan, alias penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera. Spekulasi ini dilontarkan secara langsung oleh Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha tanpa ragu-ragu di hadapan wartawan, sehari selepas insiden meragut nyawa 20 orang itu, termasuk seorang WNI, serta mencederakan 125 warga lain.

Kelmarin (1/9), Prayuth - bekas jeneral tentera itu - meralat teorinya sendiri. Dia mengatakan otak utama letupan bom Kuil Erawan adalah warga Turki. Sosok tak disebut identitinya ini ditangkap petugas imigresen dan polis ketika hendak menyeberang ke Kemboja dari kawasan Sa Kaeo.

"Kami masih terus menyoal. Dia adalah suspek utama," kata PM Thailand, seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.

Juru cakap Polis Thailand, Prawut Thavornsiri, secara terbuka menyatakan organisasi keganasan yang mereka kejar berasal dari Turki. Ada data imigresen menunjukkan 15 hari sebelum letupan di pusat perniagaan Bangkok itu, 20 warga negara Turki datang serentak ke negara majoriti Buddha tersebut.

"Kemungkinan rombongan orang Turki yang datang di tarikh yang sama sebelum insiden lebih dari (20)," ungkap Prawut.

Lembaga Kajian Keganasan IHS-Jane, Anthony Davies, mengaku belum sepenuhnya yakin letupan di Bangkok, termasuk usaha membaling bom tangan sehari selepas insiden di dekat sungai Chao Praya, dilakukan rangkaian Turki. Tapi seandainya memang warga Turki menjadi puncanya, maka mereka kemungkinan kumpulan 'Serigala Perak'.

Organisasi keganasan ini berfahaman ultranasionalis, menyokong perjuangan etnik Turkistan di seluruh dunia. Ertinya, menurut Davies, keganasan di Kuil Erawan memang balas dendam atas keputusan Thailand mengusir 109 pendatang Uighur pada dua bulan lalu ke China.

'Serigala Perak' dikatakan selama ini menyokong pembebasan etnik Turkistan. (IH)

Militan 'Negara Tukistan Timur' Jadi Dalang Bom Di Bangkok?

Jaringan Serigala Perak Turki jadi kambing hitam bom Bangkok Benarkah Kumpulan 'Rangkaian Serigala Perak Turki'  menjadi kambing hitam bom di Bangkok. Suspek utama bom Bangkok (bertopi) ditangkap berhampiran sempadan Kemboja. © Reuters

KERANA ditindas, baik itu warga Uighur di China ataupun minoriti di Chechnya. Di Wilayah Xinjiang, China, beberapa kumpulan Uighur mengisytiharkan penubuhan 'Negara Turkistan Timur', kegiatan yang mengundang campur tangan tentera dari Beijing.

Sebelum menangkap 'suspek' utama di sempadan Kemboja, polis Thailand sudah menangkap lelaki bernama Adem Karadag pada Sabtu (29/8) lalu. Adem tidak jelas status warga negaranya, kerana punya lebih dari lima pasport ketika ditahan di salah satu pangsapuri Daerah Nong Chok, Ibu Kota Bangkok.

Belakangan, polis Negara Gajah Putih menambah suspek baru, yakni perempuan bernama Wanna Suansan. Wanita asli Thailand beragama muslim itu dituduh membantu komplot Turki menjalankan aksinya. Wanna menikahi warga negara Turki dan kini tinggal di sana.

Perempuan 26 tahun asal Desa Phang-nga, Thailand ini menafikan terlibat keganasan. Kepada surat khabar the New York Times, dia mengaku siap pulang ke tanah airnya untuk membuktikan bahawa dirinya tak bersalah.

"Surat perintah penahanan itu jelas sebuah kesalahan," kata Wanna dalam keterangan bertulis. (MC)

Sementara itu menurut AFP  Antara punca yang disyaki motif penyerang terma­suk perbalahan politik teruk di Thailand, kumpulan jenayah terancang, militan Islam, pemberontak di selatan negara ini dan penyokong pelarian minoriti Uighur dari China.

Thailand menghantar pulang 109 pelarian Uighur ke China pada Julai lalu sehingga menimbulkan kemarahan penyokong etnik minoriti tersebut yang mendakwa mereka berdepan seksaan dan penindasan di tanah air sendiri.

Seorang warga asing ditahan Sabtu lalu di sebuah pangsapuri di pinggir Bangkok dan didakwa memiliki bahan-bahan membuat bom selain memiliki berpuluh-puluh pasport palsu Turki. Suspek pertama itu kini dalam tahanan tentera tetapi identitinya belum didedahkan kepada umum. (IH)

Bekas Ahli PAS Wakil Rakyat Kena Letak Jawatan -SU PAS

SHAH ALAM - Bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.

“Mana-mana ahli Pas yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket Pas tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh mereka.
"Bai’ah ialah satu dokumen ‘Akujanji’ oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili Pas supaya setia dengan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Walaupun dari segi undang-undang bekas ahli parti itu masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing, menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana mereka telah menandatangani bai’ah tersebut.

Katanya, individu ini perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah satu tanggungjawab moral.

“Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi, sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.
“Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Beliau berkata, ia berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli Pas adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

“Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli Pas,” katanya. (SH)

Tuesday, September 01, 2015

Pijak Gambar Presiden PAS, 'Kami lapor polis jika tidak minta maaf' -K/Pemuda PAS‎


SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎semasa perhimpunan Bersih 4.0, Sabtu lalu‎ oleh beberapa individu perhimpunan tersebut.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ‎sekiranya tiada pihak dari Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden‎ ‎itu disiasat.

‎"Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.

‎"...dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda Pas dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

‎Minggu lalu, gambar yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan itu menjadi viral. (SH)

500,000 Bersih4. Mana Melayunya? -Nordin Ali



Mencari Wajah Melayu Dalam Bersih 4 
Maria Chin Abdullah kata Bersih 4 dihadiri kia-kira 500,000 orang. Kalau dia ni UMNO rasanya dah berasap kena hentam oleh blogger, tapi kerana dia geng PR semua blogger dan pembaca telan apa sahaja.

Tak kiralah berapa yang hadir. Orang kata Bersih 4 ini dihadiri oleh 10% Melayu dan 90% bangsa lain. Kalau 10% maknanya kira-kira 50,000 orang Melayu yang hadir. Betul ke?
Kehadiran Melayu telah menepati sasaran kajian Merdeka Center iaitu 10% sahaja berbanding bangsa lain dimana dulu melayu boleh hadir sehingga 80%.


Ambil mudah tak payah guna kajian, lihat sahaja pada setiap gambar satu persatu buat lakaran dan guna bilangan yang ada untuk cari paratus macam kita buat di sekolah zaman dulu.
Saya cuba melihat gambar satu persatu untuk mencari wajah Melayu pada Bersih 4. Saya fokus kepada 18 GHB yang kalah pada Muktamar PAS dengan harapan mereka ini datang dengan gerombangan pengikut Melayu yang ramai. (Mana tahu kena serbu oleh peminat ada yang tolong pertahan supaya tak bersalam dengan bukan mahram)



Mungkin saya tidak cermat tak jumpa gambar pimpinan GHB yang ada pengikut Melayu begitu ramai bersama mereka. Pembaca boleh hantar kepada saya untuk saya tambahkan dalam nota tulisan saya ini.

Mudah cakap GHB tak ke mana, tidak dapat menarik Melayu untuk menyokong mereka. Melayu Islam tahu mereka sekadar boneka DAP yang boleh dicucuk hidung tanpa prinsip Islam yang tegas.

Bersih 4 sebenarnya telah memberikan kita satu signal mudah bahawa GHB atau parti baru mereka AMANAH tak ada apa-apa kekuatan untuk dibanggakan.

Sejarah akan mencatat bahawa mereka adalah proxy UMNO (suka atau tak suka, sedar atau tak sedar) untuk menjatuhkan PAS.

Seiapa ada bantahan?

Nordin Bin Ali


Monday, August 31, 2015

Pelancaran Parti Amanah Negara, Ini AJKnya. Pengerusi Hj Mohamad Sabu.

 
PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur. 

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan. 

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambil alih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi. 

Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini. 
Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB. 

Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. 

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara 

Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang 

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu 
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub 

Naib Pengerusi : 
Dato' Dr Mujahid Yusof 
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud 
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan 
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir 
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus 
Bendahari : Hj Asmuni Awi 
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat 

Ahli Jawatankuasa : 

Dr Mohd Hatta Ramli 
Ir Khalid Samad 
Ir Izham Jashim 
Hj Adly Zahari 
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi 
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin 
Mazlan Aliman 
Aminolhuda Hassan 
Mohd Hanipa Maidin 
Dato' Fakhrulrazi Zawawi 
Saari Sungib 
Zulkifli Mohd Omar 
Hu Pang Chaw 
Dato Wan Abd Rahim Abdullah 
Hasnul Baharuddin
 (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails