Monday, September 28, 2015

Aurat: Putera Johor Pertahan Adiknya. Kesian, Mana Ulama Pembimbing Umarak?

Gambar Tunku Aminah dan Tunku Ismail yang diambil daripada Instagram milik putera Johor itu. 

JOHOR BARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya. 

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat. 

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris. 

Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung. Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. 

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris. 

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya. Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. 

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris. -mstar-

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesihan, kepada mereka yang masih tercari-cari pengertian aurat dan pakaian dalam Islam. Mana ulama-ulama kerajaan pembimbing umah, apa lagi dalam membina tarbiah keluarga pemimpin-pmimpin negara ini.. Ulama dan umarak perlu berganding sama-sama..

Sunday, September 27, 2015

Siapa Menangkan PAS Di Kawasan Separa Bandar?


DIBUKA untuk perbincangan...

Assalamualaikum,,

Ada orang bukan Islam yang bercakap pasal orang Islam lagi walaupun kali ini lebih tertumpu kepada pengundi melayu Islam di kawasan separa bandar.Orang DAP katanya pakar strategi dan bercakap macam dia mahir tentang Islam apabila berkata kemenangan PAS sukar dicapai di kawasan separa bandar kalau tidak kerana kumpulan progresif yang ada di dalamnya? 


Apa  ker benda kumpulan progresif? Oh ya! kumpulan yang sudah keluar PAS, yang langgar bai'ah, yang tubuh PAN, inilah yang dikatakan kumpulan progresif Islam yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar.
Petah bercakap semacam dia mahir dalam bab pembahagian Islam.Siapa yang bagi hak kepadanya bercakap pasal Islam? DAP memang dikenali merupakan parti yang sukakan liberal termasuk Islam liberal yang kalau boleh mereka mahu terlibat sama menjadi penunjuk arah kepada Islam liberal.

Itu yang kita semua ketahui tentang DAP, yang sebelum ini dituduh perkauman, bukan! DAP bukan parti perkauman tapi parti liberal yang berjuang untuk Malaysia Malaysian, termasuk juga dalam hal berugama, mereka lebih suka liberal menjadi amalan.

Jadi apakah maksud progresif itu sebenarnya liberal? atau kumpulan yang bergerak untuk meliberalkan Islam? Dan apakah benar kumpulan ini yang memenangkan PAS di kawasan separa bandar? menurut pakar strategi DAP itu lagi, PAS akan sukar menang di kawasan ini tanpa mereka, kumpulan progresif. Satu analisa yang menunjukkan ramai pengundi melayu Islam lebih suka mengubah Islam kepada liberal.Benarkah begitu? 

Rasanya lebih ramai melayu yang sukakan Islam yang dilampirkan bersama melayu dan Islam begini ialah Islam yang lebih menumpukan kepada ibadat khusus sahaja sambil urusan dunia yang lain tak perlu diikat dengan Islam, atau namanya sekular.Sekular yang dianuti ramai melayu separa bandar tidak melibatkan meliberalsasi ajaran Islam yang cuba dibuat oleh DAP.

Anutan sekular melayu Islam tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan geraja, tidak membenarkan LGBT, tidak menyokong perhimpunan I want to touch the dog(sekarang jadi anjing gila),mengutuk amalan sunnah yang diubah kepada makan setalam antara lelaki perempuan bukan mahram, tetapi kesemuanya ini akan dibenarkan oleh Islam progresif.

Pakar strategi itu berkata lagi kalau berlaku perubahan atau tsunami di kalangan orang melayu terutama orang muda di kawasan separa bandar, UMNO boleh kojol!Cukup untuk UMNO tewas 40 kerusi marginal di kawasan separa bandar untuk kojol.Dia sebenarnya meramalkan akan berlaku anjakan dalam pegangan sekular orang melayu Islam separa bandar.

Ia itu beralih dari sekular kepada liberal dengan dorongan kumpulan Islam progresif PAN.Dia tidak melihat kemungkinan peralihan ini  ialah kepada Islam yang syumul yang  sebenarnya tidak akan memberi apa apa nilai tambah kepada PH atau PAN.Kesedaran untuk kembali kepada Islam seluruhnyya tidak akan difahami sampai bila bila oleh pakar strategi DAP ini kerana dia sendiri bukan seorang Islam yang ada ilmu dan faham bagaimana Islam diamalkan.

Cuma agak malang kerana ada juga orang Islam yang sepertinya menyebabkan dia merasakan dia tahu serba serbi pasal Islam sama seperti LGE dan LKS.


Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh:
 senik

(Diangkat dari TKO)

DAP Tentang Islam, Ini Bukti?


Buktikan DAP menentang Islam?
Bukti 1, dlm Perlembagaan DAP itu, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Dalam Perlembagaan Malaysia tidak ada disebut sekular. Ini bercanggah dgn Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama bagi negara.
Bukti 2, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dgn Perkara 3, yg memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati sultan/YDPA sebagai ketua agama. Bebas beragama dan bebas tanpa .kawalan agama adalah dua perkara yang bercanggah,
Bukti 3, siri-siri  penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk laksana EJKS II, sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dlm titah Baginda d DUN Kelantan Mac 2015… dalam hal ini ramai saksi hidup yg sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup DAP di mana ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dgn EJKS II
Bukti 4, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dgn prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dgn hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dgn Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.


Dia Ini Pula Ingin Jadi Presiden Muslim Pertama AS

Kanak-kanak ini ingin jadi presiden muslim pertama AS Yusuf Dayur.

YUSUF Dayur, kanak-kanak lelaki 12 tahun asal Eden Prairie, Negara Bahagian Minnesota, Amerika Syarikat, merasa kesal dengan bakal calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republik Ben Carson. Pasalnya bakal calon berkulit hitam itu tidak menyokong seorang muslim untuk jadi presiden Negeri Paman Sam.

Stesen televisyen ABC News melaporkan, Sabtu (26/9), dalam sebuah video yang dimuat naik oleh ibunya, Shukri Abukar, ke Facebook dan YouTube, Dayur mengatakan dia punya mesej buat Ben Carson.

"Saya akan jadi presiden muslim pertama," kata dia. "Dan anda (Ben Carson) akan lihat jika saya jadi presiden maka saya akan menghormati seluruh agama, kepercayaan dan warna kulit."

Ayah kanak-kanak itu, Hassan Muhammad, mengatakan kepada stesen televisyen ABC News, anak lelakinya sangat tidak setuju dengan pandangan Carson yang meremehkan orang muslim.

Sebelum ini dalam wawancara dengan stesen televisyen NBC, Carson mengatakan dia tidak setuju jika seorang muslim jadi presiden Amerika.
Dalam video Dayur, kanak-kanak itu melontarkan pelbagai soalan kepada Carson.

"Tuan Carson, bagaimana jika ada orang mengatakan anda tidak boleh jadi presiden kerana warna kulit anda hitam? Bagaimana jika orang mengatakan anda tidak boleh jadi presiden kerana bangsa anda begitu? Bagaimana jika orang mengatakan anda tidak boleh jadi presiden kerana agama anda? Begitulah yang anda lakukan kepada saya.

Dayur juga menuturkan perkataan Carson yang mengatakan tidak mungkin seorang muslim jadi presiden Amerika itu telah menghancurkan impiannya.

"Orang bilang orang kulit hitam tidak boleh jadi presiden," kata Dayur. "Tetapi lihat, saya berkulit hitam dan saya muslim. Saya akan patahkan pandangan seperti itu. Saya akan jadi presiden muslim pertama."

Ayah kanak-kanak itu berkata putera itu serius dengan ucapannya dan dia akan memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi presiden di Sekolah Menengah Atas nya.

Berikut video ketika Yusuf Dayur mengatakan dia akan jadi presiden muslim pertama Amerika Syarikat.

Kanye West Mahu Jadi Presiden AS


HALAMAN HIBURAN
WASHINGTON: Penyanyi rap dan pereka fesyen, Kanye West (gambar atas)mengesahkan akan menyertai dunia politik den–gan menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya tahun 2020.
 
Dia menegaskan bahawa hasrat itu yang di–sebutnya semasa ditemu bual pada majlis Anugerah Video Music MTV bulan lalu bukan suatu jenaka.
 
"Saya mempunyai masa lima tahun bagi menguruskan pejabat, melakukan penyelidikan dan bersiap sedia. Rancangan itu akan berjalan pada 2020," ujar West.
Pidato yang diberikan Kanye West semasa tampil di MTV Video Music Awards 2015 memang mengejutkan. Kanye tiba-tiba mengumumkan sebagai calon presiden AS 2020.
 
Dia berkata demikian kepada akhbar Vanity Fair selepas pertunjukan Minggu Fesyen New York minggu lalu. West turut menyifatkan ahli politik kulit hitam, Ben Carson dari Parti Republikan yang mengumumkan untuk bertanding bagi presiden AS tahun 2016 sebagai seorang yang amat bijak.
 
"Saya telah mencuba selama tiga minggu menghubungi beliau melalui telefon," katanya yang mengakui peminat kepada pemimpin itu.
 
Dalam pada itu, West turut menunjukkan sokongannya kepada Hillary Clinton dan pernah menghadiri salah satu acara mengumpul dana dan merakamkan sekeping gambar selfie bersama calon Parti Demokrat tersebut.
 
West bagaimanapun berkata, keutamaannya pada masa kini ialah kepada anaknya, North serta isteri yang juga merupakan personaliti televisyen, Kim Kardashian yang kini mengandung anak kedua sebelum diikuti dengan bidang muzik dan kerjaya fesyen. – AGENSI

Seks: Putera Raja Arab Saudi Ditahan Di AS. Pembesar Islam Tak Mampu Kawal Keluarganya.



LOS ANGELES – Seorang Putera Raja Arab Saudi ditahan pihak berkuasa di Los Angeles kerana didakwa memaksa seorang wanita melakukan seks oral ke atasnya di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

Putera Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan pada Rabu, kata Pegawai Polis Los Angeles Drake Madison.

Menurutnya, kerabat Diraja Arab berusia 28 tahun itu telah ditahan selama satu malam dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$300,000 (268,000 euro).

Saksi mendakwa ternampak seorang  wanita dalam keadaan berdarah  menjerit meminta pertolongan disebalik tembok rumah agam berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Putera Raja bermasalah itu sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan jenayah lain.

Jika disabit kesalahan, Majed  boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda AS$10,000. – mstar

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kisah sedih, pembesar-pembesar negara umat Islam di dunia tidak mampu mendisiplinkan keluarganya, termasuk yang di Malaysia juga. Di manakah salahnya? Tiada tarbiah agama di kalangan keluarga dan pemimpin-pemimpin negara umat Islam?

Cerita Ambiga Memenuhi Ruang Whatsapp




Pagi ini ruang whatsapp di beberapa groups yang saya hadir telah dipenuhi dengan cerita Ambiga. Parti-Parti Politik dan NGO telah dijemput untuk Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire, Subang. Malangnya PSM tidak pula diundang (sila baca di sini) atas sebab yang hanya boleh dijawab oleh mereka yang menjadi perancang Pakatan Baru nak ganti pakatan lama.

Dikatakan Ambiga mempersoalkan persidangan meja bulat ini kerana wujudnya 'hidden' agenda disebalik persidangan tersebut. Ambiga mempersoalkan kenapa NGO dijemput sedangkan penubuhan PAKATAN HARAPAN telah pun dibuat sebelum itu.
Saya difahamkan bahawa kenyataan Ambiga ini adalah merujuk kepada pertemuan sebahagian pimpinan PKR, DAP dan serpihan PAS.


Pakatan Harapan sebenarnya telah dirancang awal. Anda boleh baca artikel Malaysiakini bertajuk"Pakatan leaders informally discuss Pakatan 2.0?" Jadi bagi Ambiga apa guna panggil NGO? Atau NGO sekadar alat sahaja untuk politik murahan ini?


Ambiga juga mempersoalkan kenapa persidangan ini bersifat tergesa-gesa seolah-olah sengaja untuk menepikan PAS. Kenyataan dikuatkan apabila PAS berkata tidak akan sertai terus AMANAH menunjukkan sikap sebenarnya yang memang tidak mahu PAS.


Bagi Ambiga, PAS adalah parti pembangkang yang kuat dan tulang belakang kepada Melayu perlu ada dalam barisan Pembangkang untuk politik Malaysia. Malah bukan sahaja Ambiga Tian Chua pun pernah membuat kenyataan seperti ini di akhbar berbahasa Cina. 

Without PAS , Pakatan Rakyat cannot topple BN

Ambiga dikatakan keluar dalam majlis persidangan meja bulat setelah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah serta Rafizi Ramli. Malah bukan Ambiga, Maria Chin turut keluar majlis lebih awal.

Saya sangat setuju dengan tulisan Zasyaf Ishak di The Malaysian Insider ‘Pakatan Harapan’ suatu permulaan yang longlai.

Kesimpulan tulisan Timmy Say dalam portal yang sama juga boleh diambil renungan

"Hanya mereka yang mempunyai ego yang tinggi sahaja masih cuba menanam idea bahawa situasi ini menguntungkan pembangkang. Berhati-hatilah dengan idea yang ditanam para 'political animal', takut-takut yang digali rakyat ialah bom yang diceritakan sebagai ubi."


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails