Monday, November 23, 2015

Obama AS Termasuk M'sia Komited Perangi Negara Islam -mStar.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengulangi komitmen negaranya untuk memerangi Negara Islam (IS) dan aktiviti keganasan. Obama menyifatkan IS sebagai organisasi kejam dan berkata AS dan rakan-rakan gabungannya termasuk Malaysia, tidak akan berhenti sehingga ia dihapuskan.
"Kami akan buru pemimpin mereka dan musnahkan rangkaian mereka," katanya pada sidang media di Ritz-Carlton Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Obama yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 berkata, dia dikritik kerana lawatannya ke Asia apabila sebuah akhbar menyifatkannya sebagai "gangguan Obama terhadap Asia".
"Rantau ini tidak diganggu," katanya.

Obama menegaskan bahawa keselamatan dan pertempuran global terhadap keganasan adalah agenda utama dalam perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin di rantau ini. Katanya, beliau menjemput semua 10 pemimpin Asean ke Washington tahun depan untuk meneruskan perbincangan mengenainya.

Jelas Obama kesemua pemimpin berkenaan telah menerima jemputannya (mStar)

Guan Eng Campur Tangan Dalam Bayangan Rampas Kuasa PKR P Pinang?

Yb Ong Chin Wen serta Ajk JKKK menyampaikan sumbangan kepada Isteri Mangsa Kebakaran kecil.
Pergeseran antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan lima ADUN PKR, yang tidak mahu menolak satu usul terhadap kerajaan negeri, semakin panas dengan Lim membayangkan rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.
Minggu lalu lima wakil rakyat PKR berkecuali daripada mengundi satu usul daripada ADUN Umno yang menggesa ketelusan berhubung projek penambakan laut.
Lebih menyulitkan, Lim kini membayangkan rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang diketuai ketua whip PKR di Dewan Undangan Negeri Ong Chin Wen.
Ketua menteri pulau mutiara itu mendakwa Ong mensasarkan jawatan timbalan ketua menteri yang kini dipegang oleh ADUN Pantai Jerejak Rashd Hasnon.
"Adakah Ong mahu menjadi timbalan ketua menteri yang baru? Adakah beliau mahu mencabar Rashid bagi jawatan itu? Kami tidak dimaklumkan," kata Lim di sambutan rumah terbuka Deepavali Air Putih malam ini.
"Kami hanya mengetahui Rashid, dan ini adalah pendirian kami, kerana kami cukap jelas mengenainya.
"Kami tidak boleh ada dua harimau atas bukit yang sama - seorang Rahid, seorang lagi Ong (Chin Wen). Saya bersama 'harimau' Rashid, bukan Ong," kata Lim.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ong enggan mengulas mengenainya. (MK)

AMK Pulau Pinang Desak Guan Eng Mohon Maaf. Berlakon Kuuttt..



GEORGE TOWN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AMK di sini hari ini tuduhan itu tidak berasas dan tidak sepatutnya dikeluarkan seorang ketua kerajaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang amat kecewa terhadap tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa lima Adun Keadilan memihak kepada Umno adalah tidak wajar.

"Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang-wenangnya menuduh Adun Keadilan memihak kepada Umno," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata lima Adun itu mempunyai pandangan berbeza dan mengambil pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan pada sesi perbahasan usul yang dikemukakan seorang Adun daripada Barisan Nasional (BN) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas (20 November).

Katanya, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya lebih memandang serius terhadap Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang secara terang-terangan menyokong usul berkenaan dan memihak kepada Umno sebelum membuat tuduhan dengan melabel Adun Keadilan memihak kepada Umno.

Semalam, Lim berkata PKR mesti menilai dengan teliti keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang pada sidang DUN, Jumaat lepas.

Lim berkata berdasarkan pendirian itu, lima wakil rakyat PKR itu disifatkan 'bersama Umno'.

Pada Jumaat lepas, sidang DUN Pulau Pinang menolak usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali.

Usul itu juga disokong anggota DAP Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah).

Lima Adun yang berkecuali ialah Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Bagaimanapun, Teh memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media selepas persidangan dewan undangan negeri.
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Berlakon kuutt..

DAP Jaja Nama Anwar Tiada Bukti - PAS S'gor


Post Pic

SHAH ALAM: DAP perlu membuktikan dakwaan kononnya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merestui pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan DAP yang menjaja nama bekas ketua pembangkang itu turut dilihat hanya mahu menimbulkan provokasi.
"Cuma alasan-alasan yang mengatakan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP dalam satu gabungan, dia (DAP) perlu buktikan perkara itu, kita (PAS) tidak pula dengar perkara itu," katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas dakwaan bahawa Anwar menyokong PKR dan Amanah bekerjasama tanpa PAS walaupun berada dalam penjara.
Teo berkata, keyakinannya itu kerana PAS sudah pun memungkiri janji dan membelakangkan polisi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dahulu.
Beliau mendakwa kononnya DAP tidak mahu mencampuri urusan masalah dalaman PAS tetapi mendakwa PAS sendiri yang merosakkan hubungannya dengan PKR dan DAP.
Bahkan Teo berkata, PH bukanlah tempat untuk pemimpin yang hipokrit.
Susulan kenyataan Teo yang dilihat ekstrem itu, Khairuddin meminta supaya DAP tidak terlampau celupar dengan kenyataan yang tidak berasas itu.
"Kalau DAP hendak main tuduh-menuduh, kita juga boleh mengatakan bahawa DAP ada juga perkara yang dimungkiri, ada yang telah dimungkiri oleh DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Tetapi kalau alasan itu hendak dijustifikasikan dan tendang PAS keluar, kita tahu pendirian DAP daripada awal lagi daripada awal pun memang tidak sukakan kita dan rakyat boleh menilai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairuddin juga turut meminta supaya DAP berhenti menuduh mana-mana individu yang dilihat tidak menyebelahi mereka.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan lima ADUN PKR yang mengambil sikap berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang di DUN Pulau Pinang.
"Saya melihat DAP ini tidak mahu menyelesaikan masalah.
"Dia hendak memanjangkan cerita dan rakyat akan muak dengan tindakan ini dan yang terbaru dalam ucapan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, tetapi apa yang dilaporkan oleh media, seolah-olah apa yang dilaporkan kalau tidak menyokong DAP itu sudah jadi Umno sudah..
"Lima ADUN PKR dan satu ADUN DAP tidak menyokong usul tersebut," kata Khairuddin.
Bahkan Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata, bukan sahaja PKR terkena tempias DAP yang suka label-melabel, bahkan PAS yang sudah tidak bersama parti itu juga mengalami nasib yang sama.
"Sebab itu saya kata DAP ini dia hendak main label-melabelkan orang maknanya. Dia hendak semua orang supaya tunduk kepada dia sedangkan dia mengakui dalam kerjasama tahalul siyasi dan kerjasama parti politik.
"Tidak sokong dia sahaja sudah label sebagai Umno, tidak boleh ditegur. Kita yang di Selangor ini pun menyokong calon Senator DAP di Selangor, PAS menyokong sepenuhnya 100 peratus kita sokong pun, kita dilabel sebagai orang jahat," katanya lagi.
(Dicatat oleh 

Ini, Ratu Cantik Penjaga Gol Negara Umat Islam M'sia, Wajarkah?



SUKAN





 Ini, ratu cantik menjadi penjaga gol terbaik di negara umat Islam Malaysia. Wajarkah? Bagaimana hukum dalam Islam?

Sunday, November 22, 2015

Cara Kanak-kanak 7 Tahun Ini Lawan Teroris..

Masjid di AS ini diserang, dan ini yang dilakukan oleh kanak-kanak 7 Tahun membalas balik serangan itu..
 Jack Swanson

JOM KREATIF

SEBUAH masjid yang dikendalikan oleh Islamic Center of Pflugerville (ICP), Travis County, Texas, Amerika Syarikat menjadi mangsa vandalisme yang meningkat berikutan keganasan serangan di Paris beberapa hari lalu.

Seorang ahli ICP semasa melawat masjid di Isnin pagi mencari kotoran tercicir di depan masjid. Sementara di dalam masjid, beberapa Al-Quran dirobek oleh pelaku teroris.

Kejadian ini membuat hati seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, Jack Swanson tergerak. Setelah berbincang dengan ibunya atas apa yang berlaku di masjid itu, Jack memutuskan mendapatkan 20 dolar AS, dan menyumbangkan untuk pembaikan masjid, seperti dilapor Kxan.com.

Ibu Jack, Laura, berkata dia dan anaknya berbincang tentang vandalisme. Keduanya bersepahaman vandalisme merupakan tindakan yang mengerikan jika dilakukan. Dalam perbincangan itu, Laura mengibaratkan masjid sebagai gereja. 

Dengan andaian itu, Laura membantu Jack memahami betapa pentingnya sebuah tempat ibadah dalam peribadi setiap orang.

"Kami terlibat perbualan mengenai untuk apa gereja dan bagaimana setiap orang memandang gereja itu penting," kata Laura.

Ahli takmir masjid, Faisal Naeem, berkata sumbangan ini memberikan harapan.

"Ini 20 dolar, tapi dari Jack yang mengumpul setiap syiling sehingga setara dengan 20 juta dolar bagi saya dan komuniti kami. Sumbangan ini memberi saya harapan kerana ini bermakna bukan antara satu orang melawan yang lain," kata Naeem.

Kebaikan Jack mendapat sanjungan di media sosial. Bercakap mengenai vandalisme yang berlaku, Naeem mengatakan tidak pernah membayangkan sebelumnya dan cukup membuat terkejut.

Pihak polis tempatan setelah melakukan penyidikan, menyatakan kes ini sebagai jenayah atas dasar kebencian. Sejak keganasan Paris berlaku pada Jumaat minggu lalu yang mengorbankan 129 orang, banyak serangan berlaku di masjid-masjid di negara yang berbeza.

"Ini menjadi begitu umum apabila terdapat hal yang keliru di satu tempat dan orang-orang kemudian ingin menyalahkan semua muslim. Jika ada, bermakna tuduhan tersebut adalah berdasarkan logik yang salah dalam cara berfikir masyarakat kita," kata Naeem.

(Sumber: IH/independent.co.uk)

Sila  lihat lagi.. 
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Wow, Pramugari Cantik, Bertudung, Asal Malaysia Ini Jadi Sensasi..

radiah2
RIYADH, Radiah Binti Sarip, mungkin ramai yang tidak kenal, namun kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan sensasi pengguna media sosial.
Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.
Graduan dari Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya tersebut.
radiah1
Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup wajib seharian.
Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya masih jelita waima dalam usaha memakai busana patuh Syariah.
Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial yang patuh Syariah selain Royal Brunei Airlines, Iran Air serta paling baharu, Rayani Air Malaysia.
Bila lagi syarikat penerbangan di Malaysia, negara umat Islam, ingin mengikut jejak-jejak murni tersebut, supaya dunia tahu, pakaian berasaskan Islam, tetap sesuai di segenap masa, suasana dan tempat. Hanya puak-puak bengong agama, otak dijajah saja yang masih tidak mahu faham keindahan Islam!  (IH) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails