Sunday, December 06, 2015
Gemparkah? Parti Baru PAP Ditubuhkan, Pecahan DAP Yang Terpesong..
Rahmad Isahak (bertanda bulat), Setiausaha Organisasi Nasional PAP
Zulkifli Noor (bertanda bulat), Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP)
Parti Alternatif Rakyat (PAP) ditubuhkan kerana DAP telah terpesong daripada landasan sebenar perjuangannya, kata Rahmad Isahak, Setiausaha Organisasi Nasional parti itu.
Zulkifli Noor (bertanda bulat), Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP)
Parti Alternatif Rakyat (PAP) ditubuhkan kerana DAP telah terpesong daripada landasan sebenar perjuangannya, kata Rahmad Isahak, Setiausaha Organisasi Nasional parti itu.
Menurutnya, kemenangan ‘besar’ DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkan berlaku krisis dalaman parti menyebabkan Naib Presiden DAP Zulkifli Mohd Nor meletak jawatan.
Zulkifli, kemudiannya mengambil inisiatif menubuhkan dan menerajui parti baharu, PAP yang dilancarkan pada hari ini, Sabtu, di Ground Floor, Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
“Veteran DAP menubuhkan parti baharu kerana terlalu kecewa dengan krisis dalaman, kepimpinan dan prinsip DAP yang pada asalnya sosial demokratik namun berubah kepada kapitalis apabila memegang ‘sedikit’ kuasa pada tsunami 2008, Zulkifli meletakkan semua jawatan dalam parti dan peringkat negeri.
“Antara jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP negeri dan Pengarah Penang Global Tourism,” jelas Rahmad dalam satu kenyataan kepada media.
Rahmad turut menukilkan luahan hati Zulkifli sebagai bekas Naib Presiden DAP seperti berikut :
“DAP sudah lain sejak menang pada PRU 2008 dan 2013. Sudah bongkak. Daripada demokratik dan sosial, sudah jadi parti kapitalis. Dari makan di gerai-gerai kecil, kini sudah pandai menjamu selera di hotel-hotel lima tujuh bintang.
“Daripada gelaran ‘saudara’ sesama sendiri, kini haruslah dipanggil Yang Berhormat.
“Tangisan si miskin sudah tidak didengar, yang kedengaran hanyalah gelak ketawa si kaya raya.
“Ini adalah DAP sekarang. Ini bukanlah parti yang pernah saya bersama selama 26 tahun.
“Kekecewaan inilah yang menyebabkan saya jauh hati, saya sakit hati sehingga tidak mahu menjawat apa-apa dalam parti.
“Bukannya suara veteran dan Melayu seperti saya didengari pun. Jawatan hanya untuk mengaburi mata dan hati umum.” (AIDCNews – 5/12/15 )
Gemparkah?
Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
1. Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?
2. Jika Tidak Kerana PAS, DAP Tidak Boleh Jejak Kaki ...
UMNO Tipu PAS -Husam.. Lagi Bukti UMNO Tolak Hudud.
Husam Musa
KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.
“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.
“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.
Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.
“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,
“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya.
Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.
Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. (SH)
Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) Boleh Sertai PAN... -Dr Dzulkifli Ahmad
Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan.
“Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” kata Dr Dzul ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Jelasnya lagi, pendekatan yang dilakukan tiada kaitan kesederhanaan dan liberalism sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
“Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” katanya.
Jelas Dr Dzulkifli lagi beliau yakin pendirian PAN akan diterima parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR. (IH)
Saturday, December 05, 2015
P'cis Akan Tutup 160 Buah Masjid, Cabar Umat Islam?
PARIS – Kerajaan Perancis mungkin menutup sehingga 160 buah masjid dalam masa beberapa bulan ini, sebagai sebahagian daripada operasi polis di negara yang diletakkan dalam keadaan darurat itu.
Menurut laporan media tempatan pada Sabtu, di bawah keadaan darurat, pihak berkuasa Perancis dibenarkan untuk bertindak tegas menutup tempat-tempat ibadah yang menggalakkan fahaman radikal.
Seorang ketua imam di Perancis, Hassan El Alaoui memberitahu stesen Al Jazeera, beliau menerajui usaha mencalonkan imam-imam di negara itu serta mengadakan rundingan antara imam dan pegawai penjara.
Sebanyak tiga buah masjid di negara itu sudah pun ditutup sejak siri serangan berdarah di Paris pada 13 November lalu – dan menurut Hassan, lebih banyak lagi masjid lain yang akan ditutup.
“Menurut perangkaan rasmi serta perbincangan kami dengan kementerian dalam negeri, antara 100 hingga 160 masjid akan ditutup kerana dikendali tanpa lesen dan menggalakkan kebencian,” katanya kepada Al Jazeera.
Pihak masjid terlibat dengan penutupan itu turut dikesan gemar menggunakan cara percakapan takfiri iaitu perbuatan menyifatkan seseorang dengan kekafiran, atau menuduhnya dengan hukum kafir.
“Percakapan seperti ini tidak harus dibenarkan di negara-negara Islam, apatah lagi negara maju seperti Perancis,” kata Hassan, yang menjadi Muslim pertama dilantik ketua imam bagi jabatan penjara pada 2005.
Perancis mahu cabar umatIslam lagi? Kalau berlaku lagi jangan salahkan Islam..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
Serangan Satu 'Perangkap', Tempat Kena Bom Di Syiria Akan Jatuh Ke ISIS. -Kata Jurnalis Bekas Tawanan ISIS
Nicolas Hénin, seorang jurnalis yang ditahan oleh ISIS selama 10 bulan berkata serangan terhadap Syria adalah satu 'perangkap'.
Menurut Henin di dalam satu video kempen untuk Syria, menggugurkan bom di Syria bukan jawapan untuk menamatkan ISIS malah menguatkan lagi ISIS.
Henin berkata tindakan tersebut akan menyebabkan tempat yang terkena bom itu jatuh ke tangan ISIS.
"Kenapa kita membuat banyak kesilapan di kawasan itu? Kita sedang memenangkan lawan kita", katanya.
Henin menjelaskan pengikut ISIS melihat dunia ini sebagai dunia parallel. Salah seorang militan menyifatkan dirinya baru sahaja dibebaskan dari 'The Matrix". Mereka percaya dunia ini sedang menuju ke arah "konfrontasi global" dimana 80 gabungan tentera akan menyerang satu tentera umat Islam.
"Mereka mengikuti berita dengan cukup rapat. Setiap perkara yang terjadi di dunia - mereka akan melihatnya sebagai satu pengesahan kepada kepercayaan mereka", kata Henin. -
Selain itu Henin juga percaya Isis tidak suka melihat pelarian Syria diterima oleh barat kerana itu merosakkan mesej propaganda mereka.
"Selepas melarikan diri dari Syria untuk ke tanah 'unbelievers. Kita menyaksikan pelarian-pelarian ini diterima dengan baik dan kata-kata tentang kebencian barat terhadap Muslim adalah satu penipuan.
"Dan ini sebabnya mengapa mereka cuba memanipulasi orang awam ketika serangan Perancis. Untuk membuatkan kita menutup sempadan kita, dan mungkin lebih penting, menutup minda kita.
"Serangan terhadap ISIS adalah satu perangkap. Pemenang peranng ini bukannya pihak yang mempunyai senjata terkini, mahal dan canggih, tapi pihak yang berjaya memenagi hati penduduk", kata Henin (IH)
PAS Mahu Kaji Semua Teguran Husam Musa. OK Letak Senjata?
Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.
Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.
Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.
"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.
Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.
Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN.
Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan.
"Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya.
Lepas tegur, tak jadi
Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti.
"Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah.
"Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh.
"Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali.
"Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen.
"Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik," jelasnya.
Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan. (MK)
OK. Lihat, bagaimana PAS selesaikan masalah berbanding DAP selesaikan masalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)