Monday, December 28, 2015

Ketua Wanita Amanah Dr Mariah Pegang Tangan 'lelaki' Pula..

Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.
Dalam gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota Raja itu dengan berkata:
"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH) tolong jawab jap".
Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.
Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.
"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi. Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.
Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim". (MK)

Betul Ke.. PAN Buat Demo Bantah Tukar Nama Tol Saja?



MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... PAN BUAT DEMO BANTAH TUKAR NAMA TOL PLAZA DAN BUKANNYA HAPUSKAN TOL.  (Diangkat dari Omakkau!!!!)
Aduhhhh!!!! ingatkan berdemo nak hapuskan tol sebab itu adalah janji Lim Guan Eng jika Pakatan Harapan dapat tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti ... ini berdemo sekadar nama Tol Plaza ditukarkan dari Tol Plaza Tanjung Malim ke Plaza Tol Hulu Bernam. 

Apalah sangat ada pada nama .... ini dinamakan memperjuangkan isu picisan dan remeh ... kalau tukar nama apa nama sekali pun rakyat tetapi dikenakan tol .. lainlah kalau berjuang nak hapuskan tol. 

Penduduk dan beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggarkan seramai 50 orang mengadakan demonstrasi aman di Plaza Tol Tanjung Malim pada Ahad, bagi menuntut penukaran nama plaza tol. Mereka mendesak Plaza Tol Tanjung Malim ditukarkan nama kepada Plaza Tol Hulu Bernam memandangkan kawasan itu masih berada dalam negeri Selangor. 

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, B Raj Kumar berkata, nama Plaza Tol Hulu Bernam mampu menarik pelabur luar datang ke kawasan sempadan Perak-Selangor itu. 

“Kita buat tuntutan kerana ingin mengekalkan imej Selangor selain menjadikan kawasan sempadan ini lokasi strategik bagi pelabur luar. 
“Permohonan sudah dibuat pada November lalu kepada PLUS dan pejabat Menteri Besar Selangor malah maklum balas positif diterima. 
“Bagaimanapun, PLUS memaklumkan kelulusan dan persetujuan tertakluk di bawah kerajaan pusat melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kebakaran Hutan, Lebih 100 Rumah Hangus Di Australia Tiada Rakyat Malaysia Terlibat.

Kebakaran hutan yg melanda wilayah Australia bagian selatan masih selalu berusaha dipadamkan. Sejauh ini, telah lebih dari 100 rumah warga ...

Editor IH
MELBOURNE – Kebakaran hutan, lebih 100 rumah hangus di Australia, tiada rakyat Malaysia terlibat. Lebih 100 rumah dijilat api di sebuah kawasan pelancongan terkemuka di Australia akibat kebakaran hutan yang merebak dengan pantas ekoran musim panas sekarang ini.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 150 orang ahli bomba terpaksa melupakan sambutan Krismas kelmarin bagi memadamkan kebakaran di kawasan tumpuan pelancong di Great Ocean Road, Victoria.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan negeri memberi­tahu, 85 buah rumah disahkan terbakar di Sungai Wye dan 18 lagi berdekatan Separation Creek dengan jumlah keseluruhan sebanyak 103 di kedua-dua perkampungan yang terletak 120 kilometer dari Melbourne.
Pihak berkuasa memberikan amaran bahawa keadaan ke­ring akan menyebabkan lebih banyak kebakaran di kawasan Great Ocean Road dan seluruh Victoria.
“Kebakaran ini akan berte­rusan sehingga Januari dan Februari depan. Kita akan berdepan dengan cuaca panas, berangin pada Januari dan lebih banyak kawasan akan terbakar,” ujar Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan, Craig Lapsley.
Walaupun amaran pemindahan telah ditarik balik di bandar tumpuan pelancong, Lorne, selain keadaan hujan pada sebelah malam yang membantu operasi pasukan bomba, pihak berkuasa memberitahu bahawa kebakaran itu terlalu besar.
Kebakaran dipercayai bermula dengan sambaran kilat pada 19 Disember lepas dan bantuan tiupan angin menyebabkan api merebak sehingga memusnahkan lebih 2,000 hektar hutan. 
Menurut wakil Weblog Ibnu Hasyim di Melboune, melaporkan tiada pelancong-pelancong atau pekerja-pekerja dari Malaysia turut terlibat dalam kebakaran tersebut. Pihak kedutaan masih belum mengeluarkan apa-apa makluman.  (IH)

Lihat.. 
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Esok Presiden PAS Berucap Di Tehran. -Lapor Dr Mohd Khairuddin

Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ummah di Tehran; Menggarap Krisis Semasa Dunia Islam
Antara ucapan Rasulullah saw di Arafah ketika Haji Wida' yang bermaksud:
"Maka sesungguhnya darah-darah (nyawa), harta benda dan maruah kehormatan (sesama) kamu adalah haram dicerobohi oleh kamu sebagaimana haramnya pencerobohan terhadap kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) di bulan kamu ini (Zulhijjah) di bumi kamu ini".
(Hadis Bukhari dan Muslim)
Ia satu penegasan dan deklarasi kemanusiaan tentang kemuliaan dan kehormatan nyawa, harta benda dan maruah manusia yang mesti dipertahankan daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Namun, hari ini umat Islam khususnya di Timur Tengah sedang berhadapan dengan kemelut dan krisis politik yang menatijahkan pertumpahan darah ratusan ribu umat Islam serta menuntut satu formula penyelesaian.
Antaranya, masa depan Palestin yang masih dijajah oleh Yahudi yang mendapat dokongan kuasa besar barat dan sokongan moral sebahagian pemimpin yang mengaku muslim.
Juga pertumpahan darah di Iraq yang masih belum berakhir sejak Saddam ditumbangkan.
Seterusnya politik Libya yang belum stabil pasca pembunuhan Muammar Ghadaffi.
Pasca kudeta terhadap Dr Morsi oleh al-Sisi menyaksikan Mesir terus bergolak.
Di Syria pula perang saudara dicipta oleh tangan-tangan ghaib lalu diambil kesempatan oleh ISIS tajaan barat yang merosakkan nama Islam dan menatijahkan jutaan pelarian.
Terkini, Yaman pula bergolak disebabkan pemberontakan.
Dalam semua kemelut dan krisis ini, di sebahagian negara, perbezaan antara kelompok dan aliran aqidah Islam dicanang pula oleh sebahagian sebagai antara sebab dan punca yang meluaskan lagi jurang perpaduan ummah menangani krisis.
Inilah krisis politik semasa umat Islam yang menjadi topik perbincangan Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ummah Kali ke 29 yang berlangsung di Tehran bermula hari ini 27hb Dis sehingga 29hb Dis 2015 anjuran kerajaan Republik Islam Iran yang menghimpunkan para ulamak daripada aliran Sunni dan Syiah atas nama kesatuan ummah.
Tuan Guru Presiden PAS dijadualkan berucap esok dengan tajuk ; "Krisis Asia Barat dan Permainan Masyarakat Dunia"
Adakah mungkin satu kesatuan politik umat Islam menjadi formula penyelesaian setelah beberapa dekad mereka hanya disatukan atas nama kesatuan kebajikan dan ekonomi semata-mata?
Atau persoalan lebih utama; adakah kesatuan politik menghampiri model Khilafah Uthmaniyyah, Abbasiyyah dan Umawiyah antara negara umat Islam boleh menjadi kenyataan dan formula penyelesaian?
Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang saat persoalan ini dilontarkan?
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Hotel Istiqlal, Tehran, Iran.
27 Dis 2015 / 15 Rabi'ul Awal 1437 H

DAP Iktiraf Israel Jika Perintah M'sia? Apa Sikap PAN..



Sokong DAP bermakna sokong Israel laknatullah.. Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan tentang parti cap roket yang kini ghairah mahu 'menjajah' Tanah Melayu melalui pentas politik.

Perbuatan wakil DAP yang marah apabila Malaysia yang ditadbir oleh kerajaan BN, tidak membenarkan pemain luncur angin Israel bertanding dinegara ini, jelas menunjukkan bahawa DAP memang menyokong regim Israel.

Sudah lama rasanya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel baik dari segi perdagangan mahupun kejohanan sukan. Takkan DAP dan wakil-wakil cinanya tak tahu mengenai ketetapan yang digunapakai oleh Malaysia?

Malaysia menolak sebarang hubungan dengan Israel adalah kerana mengecam perbuatan regim zionis yang membunuh rakyat Palestin secara sewenang-wenangnya. Regim zionis Israel juga secara terbuka bermusuh dengan umat Islam sambil menjajah bumi Palestin.

Perbuatan zalim dan tak bertamadun Israel ini bukan sahaja ditentang oleh Umat Islam di Malaysia, tetapi ia juga ditolak oleh semua umat Islam di dunia.

Jadi mengapakah parti DAP yang di dominasi oleh keturunan pendatang ini berkeras mahu Malaysia membenarkan dua pemain Israel masuk ke negara ini? Mengapa DAP mahu Malaysia mengiktiraf dua warga Israel dan membenarkan mereka 'bersuka ria' di Tanah Melayu?

Ini membuktikan bahawa wakil-wakil DAP langsung tak peduli dengan sensitiviti Umat Islam dan langsung tak kisah dengan dasar diplomatik Malaysia sebagai sebuah negara Islam terhadap Israel laknatullah yang anti Islam.

Cuba bayangkan jika DAP bersama gerombolan Pakatan ditakdirkan memerintah Malaysia, sudah pasti negara ini akan mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan zionis Israel dan segala sekatan dasar diplomasi negara dengan Israel akan dihapuskan.

Inikah yang umat Islam mahukan? Inilah agenda jahat DAP yang mahu menjahanamkan Umat Islam dan bangsa melayu dengan fahaman sekular mereka. DAP sokong Israel.. Siapa berani nafikan kenyataan tersebut? - Big B/Utaranews.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap PAN (Parti Amanah)?

Sunday, December 27, 2015

Pemain Muslim Ini Jadi Kunci Kejayaan Leicester City

Riyad Mahrez, Pemain Muslim Leicester City berbangsa Algeria. 

SUKAN

Leicester City jadi pasukan yang paling mengejutkan musim ini di Liga Perdana Inggeris. Hingga minggu ke-17, Leicester mampu menggusur nama-nama kelab yang kerap menjadi langganan juara Liga Inggiris seperti, MU, Arsenal, Liverpool, MC mahupun Chelsea.

Kesuskesan Leicester tahun ini tidak lepas dari apiknya penampilan penyerang mereka Jamie Vardy yang namanya mencuat musim ini seiring dengan pencapaian beliau dalam urusan mencetak gol. Golnya ke gawang Manchester United (MU) akhir November lalu menandakan kegemilangan Vardy sebagai pemilik rekod baru dalam urusan mencetak gol.

Bukan itu saja, Vardy juga mampu memecahkan rekod menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris yang selama ini dipegang Ruud van Nistelrooy (membuat gol dalam 10 perlawanan berturut-turut) yang sudah berlangsung selama 12 tahun. Sosok striker asal Inggeris ini pun melonjak dan mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Namun ada fakta lain di sebalik kejayaan kelab asuhan pelatih Claudio Ranieri, terutama bila berbicara statistik perlawanan. Ternyata ada nama lain yang lebih mentereng dibanding Vardy. Dia adalah sejajar Vardy di lini depanThe Foxes, Riyad Mahrez. Sebagaimana yang dilaporkan oleh republika.co.id yang mengutip dari pusat statistik sepak bola dunia, whoscored.com, striker muslim kelahiran Algeria ini mempunyai rekod yang mengungguli Vardy.

Cuba tengok sahaja statistik yang sudah di torehkan Riyad ini, kamu pasti bersetuju bahawa pahlawan sesungguhnya The Foxes adalah pemain kelahiran Algeria ini.

Walau Mahrez kalah dua gol lebih sedikit dalam urusan membuat gol dibanding Vardy musim ini, iaitu di semua ajang Mahrez sudah membuat 13 gol dan Vardy 15 gol, tetapi ternyata Mahrez mempunyai koleksi umpan lebih banyak dibanding rakannya tersebut. Saat Vardy baru membuat tiga umpan, Mahrez sudah melesat dua kali ganda lebih, yakni tujuh.

Fakta lain adalah Mahrez ternyata juga lebih piawai diletakkan sebagai pemain di luar posisi striker dibanding Vardy. Catatan 13 golnya pun ia persembahakan dari ragam kedudukan. Butirannya, di pos penyerang lubang kanan 11 gol dan 5 umpan, di pos pemain tengah serang satu umpan, lalu di pos penyerang lubang kiri dua gol plus satu umpan.

Alhasil, penyerang 24 tahun ini mengumpulkan tersebut sebanyak 8.37 hasil berlaga sebanyak 15 perlawanan di semua kejohanan. Jumlah tersebut ini lebih besar dibanding Vardy yang hanya mencapai 7,79 dalam 17 penampilan di semua ajang.

Menarik melihat sepak terajang Mahrez yang saat ini namanya berada di bawah bayang-bayang Vardy. Setakat ini, persaingan sihat keduanya sanggup mengantarkan Leicester City sebagai pemuncak dalam Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016.

Bila mengutip dari pernyataan pelatih Leicester City Claudio Ranieri, Mahrez masih akan terus berkembang daripada parti ke parti yang pasukannya jalani musim ini.

"Dia akan lebih baik lagi dan lagi. Dia adalah raja di sini, "kata Ranieri dikutip dari BBC, Rabu (23/12/15).

Pada awal-awal musim ini, Mahrez sempat menjadi penjaring gol terbanyak Liga Inggeris dan mendapat pujian yang terlalu tinggi dari Ranieri.

"Maklum-umpannya bagus, tendangannya bagus dan idea-idea beliau juga bagus - itu merupakan perkara penting untuk pasukan ini," lanjut Ranieri, yang dikenali sebagai The Thinkerman.

"Namun saya ini adalah seorang pengurus Itali dan saya juga tertarik dengan bagaimana dia bertahan, dan dia semakin membaik.

"Dia akan semakin berkembang dan pada akhirnya dia boleh menjadi pemain yang sangat, sangat komplet." Ungkap Ranieri dikutip dari goal.com Khamis (24/12/15). (IH)

DAP Marah Sekat Atlet Israel Bersukan Di M'sia. Apa Sikap PAN?

DAP Perak menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, esok. Apa sikap PAN?
SUKAN
Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.
"Sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chong mengulas laporan menyebut pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) itu.
Khairy dilaporkan memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel. Chong mendakwa, Malaysia sebelum ini telah membuat pengecualian berkaitan atas semangat kesukanan.
"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.
"Lebih-lebih lagi kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
"Perkara ini tidak boleh diterima dalam mana-mana acara sukan," kata Chong.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia akan memboikot Sukan Olimpik sekiranya dianjurkan oleh Israel.
Selain visa dinafikan, The Malay Mail Online melaporkan bahawa Malaysia telah mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel itu.
Antaranya ialah sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol. Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.
Lima puluh negara dilaporkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis. 
DAP memang tidak sensitif terhadap Islam yang dianuti golongan majoriti negara ini. Apa sikap Parti Amanah Nasional (PAN), bertembungkah dengan DAP?

Sementara itu, di Shah Alam Pemuda AMANAH menyambut baik tindakan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata sekatan itu perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu dilakukan pada setiap perkara dan bukan hanya sukan semata-mata. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails