Sunday, January 24, 2016

Tokoh Liberal Serang M'sia Guna Dana Institusi Barat..

Muslim Liberal, Ke Mana ‘Kiblatmu’ ?
Dr Khalif Muammar – Ramai tokoh-tokoh liberal dari serata dunia telah diundang ke Malaysia, dengan menggunakan dana daripada institusi-institusi Barat, dan mereka ini kemudiannya dijulang sebagai reformis dan pejuang kebebasan oleh segolongan orang Islam yang keliru.
Realitinya seseorang akan dapat mencipta nama besar di media Barat apabila ia menulis perkara yang melawan arus perdana di kalangan umat Islam, keberaniannya mempersoalkan dan mengkritik autoriti agama dan kesepakatan para ulama’ (Ijma’) akan melayakkannya dipanggil sebagai ‘moderate’, ‘progresif’, pembaharu dan ‘Martin Luther of Islam’.
Kerana itu, mereka ini tidak akan segan-segan menghalalkan yang haram, melakukan ijtihad meskipun tidak memiliki kelayakan untuk berijtihad, seperti menghalalkan gay dan lesbian, membenarkan orang Islam meminum arak, berkhalwat, murtad atas alasan kebebasan individu.
Bagi mereka Islam akan dilihat kolot dan jumud jika Islam tidak menerima konsep kebebasan dan hak asasi manusia yang lahir dari rahim peradaban Barat yang sekular dan liberal ini.
Perubahan (liberalisasi dan sekularisasi) ini penting bagi mereka agar umat Islam tidak ketinggalan zaman.
Jadi, bukannya al-Qur’an dan al-Sunnah yang mereka jadikan panduan dan ikutan tetapi prinsip-prinsip yang digariskan oleh para pemikir sekular dan liberal.
Kita hidup di zaman munculnya segolongan orang Islam yang berlumba-lumba masuk ke lubang biawak, akibat kekeliruan yang mereka deritai, sehingga sanggup melakukan pembaharuan (perubahan) terhadap Shari’ah Islam untuk mendapat pujian dan sanjungan oleh media liberal dan sekular.
akyol
akyol1
akyol2
dr khalif
dr khalif1

Bangsa Aceh Di M'sia, Ini Peluang Kerja Kosong... -Presiden PKBAM

BANGSA berturunann Aceh di Malaysia dipelawa mengisi peluang kerja kosong yang ada di luar negara. Demikian diumumkan oleh Tgk Mansur Din, Presiden Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM) (gambar). 


"Orang berketurunan Aceh yang ada di Malaysia juga mempunyai kepelbagaian masalah, seperti pengangguran, tiada kerja yang sesuai dan lain-lain, terutamanya kepada generasi mudanya. Maka PKBAM mengambil inisiatif membantu mereka." ujar Tgk Mansur Din.

"Persatuan telah berunding dengan beberapa syarikat pengurusan ladang di Australia, dan mereka sanggup membantu memenuhi permintaan kami yang mahu anak-anak kami berkerja di sana. Al-hamdulllah.

"Persatuan nak sumbangkan kebajikan dalam bentuk pemberian mata kail, ahlinya boleh ambil dan pergilah memancing.. kuat kerja, banyaklah dapat hasil." Sewaktu ditemui wakil Weblog Ibnu Hasyim di pelabuhan Hutan Melintang Perak, beberapa hari lalu.

Tgk Mansur memperkenalkan.. 

Program PKBAM Peluang Bekerja Di Luar Negara
Tgk Ibnu Hasyim
Antara tujuan-tujuannya: 
  1. Mengatasi masalah pengangguran di kalangan keluarga ahli warga keturunan Aceh di Malaysia.
  2. Menumpukan kepada kegiatan kebajikan ahli dan orang ramai di Malaysia.
  3. Menghubungi dan berkerjasama antara orang-orang Aceh di luar negara seperti Indonesia, Australia, Eropah, Saudi, Amerika Selatan dan lain-lain.
Kini sedang dalam proses menunggu pelancaran ini.. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi..

Tgk Mansur Din.
01123832209 (KL)
atau
Tgk Ibnu Hasyim
0166836676 (KL) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Mat Sabu Tak Jamah Pun Jamuan Anjuran 'DAP Cakap Jawa (Sekinchan)'. Mengapa?


MAKA berkatalah Blog http://omakkau.blogspot.my/..

Malam tadi Presiden PAN Rahmatan Lil ' Alamin telah mencemar diri hadir di jamuan makan malam anjuran DAP Sekinchan malam tadi. 

Mengikut maklumat kehadiran malam tadi boleh tahan juga sambutan .. yang rasa sugul sikit apabila pemberi maklumat memberitahu Mat Sabu langsung tidak jamah juadah yang dihidangkan malam tadi .... 

alasannya tidaklah diketahui ... mungkin beliau sangsi dan was-was akan taraf halalnya kot sebab yang hadir jamuan malam tadi hampir 100 peratus masyarakat Tionghua.

Lihat gambar-gambarnya semua di sini..

(IH/omakkau.blogspot.my)

Rumah Teres Dieja Teroris, Kanak-kanak Muslim Ini Ditahan..


Dilaporkan, Satu kem latihan pengganas IS dikhususkan untuk kanak-kanak Asia Tenggara dan kanak-kanak Malaysia mungkin turut berada di sana, kata pihak polis.
LONDON – Anggota keluarga seorang kanak-kanak lelaki Muslim tempatan; yang hanya baharu berusia 10 tahun, kini mendesak pihak polis Britain supaya membuat pernyataan rasmi meminta maaf.

Ini susulan kes budak itu disoal siasat – semata-mata kerana tersilap eja dia tinggal di rumah terrorist atau pengganas, dan bukan terraced atau rumah teres seperti yang mahu dimaksudkannya.

Polis dilaporkan menyoal siasat budak itu di rumahnya di Lancashire, England pada 7 Disember lalu dan memeriksa komputer milik keluarganya setelah dia menulis ejaan salah itu dalam kelas Bahasa Inggerisnya.

Menurut stesen tempatan BBC, sejak Julai tahun lalu, undang-undang Britain menghendaki guru-guru sekolah untuk melaporkan sebarang kelakuan murid mereka yang dikesan sebagai mencurigakan.

“Anda boleh bayangkan ini berlaku kepada seorang lelaki berusia 30 tahun yang menjadi guru, tetapi tidak kepada seorang anak kecil yang menetap di Accrington,” kata sepupu budak lelaki itu kepada BBC.

Contoh model rumeh teres di Britain. – Gambar hiasan

“Guru itu sepatutnya prihatin dengan masalah ejaannya. Tetapi dia nampaknya takut keterlaluan waima dengan tulisan salah eja, dan terlalu banyak fikirkan benda yang bukan-bukan,” tambahnya lagi.

Miqdaad Versi, penolong setiausaha agung Majlis Muslim Britain; kumpulan terbesar bagi pelbagai pertubuhan Islam di Britain, menyalahkan program ‘pencegahan’ negara itu bertujuan mengekang radikalisme.

“Terdapat keprihatinan bahawa individu yang setakat menjalani kehidupan harian mereka, dipantau pasukan keselamatan dan dianggap sebagai individu yang berpotensi menjadi pengganas, bukan pelajar,” katanya.
“Inilah yang akan terjadi akibat program pencegahan itu dilanjutkan pula kepada pengurusan sekolah-sekolah,” tambah Miqdad merujuk kes tersebut yang telah dikendalikan oleh pihak polis Lancashire.

Isu itu dikendalikan dengan kunjungan bersama konstabel polis tempatan dan agensi khidmat sosial sebelum memutuskan kes tersebut ditutup ekoran kesilapan ejaan berkenaan. – Agensi

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Demo Bantah TPPA, Tian Chua Kena ‘Boo’, Mat Sabu Tak ‘berani’ Masuki Padang..


KUALA LUMPUR – Walaupun cuaca baik tanpa diselubungi jerebu, dianggarkan hanya 3,000 orang peserta sahaja yang sanggup datang menyertai perhimpunan Bantah TPPA di Padang Merbok di sini pada Sabtu.


Perhimpunan anjuran PAS dan pelbagai organisasi bukan kerajaan yang bertemakan warna hijau itu sekadar menyaksikan penglibatan kecil beberapa pemimpin pembangkang tanpa kehadiran ‘nama besar’ DAP atau PKR.
Rata-rata yang terlibat dalam perhimpunan kecil ini datang dengan satu misi dan visi sama, iaitu konon ingin memastikan pihak kerajaan Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Perhimpunan dianggarkan bermula selepas pukul 2 petang dengan ratusan peserta terlibat tegar berkumpul dari pelbagai lokasi di ibu negara antaranya Masjid Negara, kompleks Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek.
Cuti panjang hujung minggu sempena Thaipusam masih gagal menarik ramai hadir bahkan para peniaga Bantah TPPA terpaksa ‘rayu’ peserta beli baju-T yang tidak habis dijual sehingga mencetuskan perasaan kurang selesa.
Para peserta yang terlibat kemudiannya berarak beramai-ramai menuju ke lokasi terakhir mereka berkumpul iaitu di Padang Merbok berdekatan Taman Tasik Perdana berbanding rancangan asalnya ‘menawan’ Dataran Merdeka.
Melaungkan slogan sama “Bantah TPPA”, peserta terlibat juga dilihat tidak peka apabila ada sebahagian daripada mereka datang dengan membawa anak-anak kecil sekali gus menyalahi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dari segi keselamatan pula, perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan rusuhan apabila setiap gerak geri peserta diawasi dengan baik oleh Pihak Polis Diraja Malaysia yang telah membuat persiapan awal.
Tiada langsung kehadiran anggota Pasukan Simpanan Persekutuan apatah lagi trak meriam air bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku kerana perhimpunan itu nyata langsung hambar dan ibarat pesta mini fun fair.
Antara yang tampil ‘berani’ berucap di pentas di hadapan padang itu ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen PAS Temerloh, Datuk Nasruddin Hassan dan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.
Manakala ucapan ‘panas’ Naib Pengerusi PKR, Tian Chua dilaporkan telah disambut ‘boo‘ oleh ribuan peserta apabila beliau tanpa malu dakwa semua parti pembangkang termasuk musuh ketat PAS iaitu PAN menolak TPPA.
Lebih memalukan Ahli Parlimen PKR Batu itu apabila ramai peserta majoriti besarnya penyokong PAS melaungkan “Tolak Amanah” yang merujuk kepada PAN ketika Tian Chua dengan angkuh menjerit “Tolak TPPA”.
Presiden PAN, Mohamad Sabu turut dilaporkan menyertai perhimpunan itu namun tidak ‘berani’ memasuki Padang Merbok apatah lagi naik ke pentas disediakan demi mengelak jadi mangsa ‘boo‘ sebagaimana Tian Chua.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru ahli-ahlinya datang bagaimanapun tidak muncul selepas dakwaan beliau bahawa DAP secara ‘rahsia’ sokong TPPA menyebabkan dirinya teruk dihentam DAP.
Parti cauvinis Cina itu malah gelar Ahli Parlimen Marang itu sebagai dangkal apabila menafikan tohmahan Abdul Hadi konon DAP ‘restui’ TPPA kerana ia beri banyak kelebihan kepada kaum Cina dalam bidang ekonomi. – MYNEWSHUB.CC

30,000 Hadir Bantah TPPA Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, Sabtu – Sambutan terhadap perhimpunan membantah hasrat kerajaan menandatangani Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 30,000 peserta hadir di Padang Merbok di ibu negara, petang tadi.
Gelombang laungan bantah TPPA bergema sebagai tanda mendesak kerajaan supaya membatalkan hasrat menandatangani perjanjian itu.
Perhimpunan itu bermula seawal jam 2 petang, di mana peserta mula berhimpun di setiap empat perhentian yang disarankan penganjur iaitu Masjid Jamek, Masjid India, Masjid Negara dan Dataran Sogo sebelum menuju ke Padang Merbok.
Sekitar jam 3.15 petang, jumlah peserta yang berkumpul di Padang Merbok semakin bertambah sehingga hampir memenuhi kawasan padang itu bagi mendengar ucapan daripada penganjur, pemimpin parti, wakil NGO dan ahli Parlimen.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, rakyat tidak mahu negara ini menjadi sebuah negara yang tidak bertanggungjawab kepada mereka dengan menandatangani TPPA.
Ini kerana, jelasnya sejarah Amerika menghancurkan dunia Arab dengan menjajah atas nama perpaduan dan pendamaian.
“Kononnya hendak bebaskan negara tetapi kuasai dan rampas segala kekayaan di negara Arab. Amerika jadikan Malaysia dan negara-negara lain untuk jadikan alat bagi selamatkan enonominya,” ujarnya ketika berucap pada himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, di sini petang ini.
Beliau mengingatkan pemimpin kerajaan bahawa Malaysia adalah bumi bebas dan merdeka dan jangan sekali-kali menjadikan negara ini dijajah dengan sistem penjajahan baru iaitu bermula dengan ekonomi.
“Adakah kita nak serahkan negara kita ke Amerika? Jika kita serah kita akan tahu nasib kita, sukar untuk bangkit ekonomi kita.
“Kita akan jadi negara ketiga sampai bila-bila. Kita mesti bebaskan ekonomi kita daripada cengkaman musuh-musuh ekonomi dunia,” kata beliau di hadapan hampir 30,000 peserta. (IH/.ismaweb.net)

Dedah Lagi! Guan Eng Klien Pengurus Dana Berpengaruh Di Hong Kong?

lim korupApakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.
Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.
Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah dedah WakeUp Malaya yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.

lim-cheahLim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?
“Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?
“Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,” soal WakeUp Malaya.
Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.
Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.
Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.
“Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.
“Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,”lapornya.
Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.
Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.
Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.
“Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.
“Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.
“Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.
“Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.
betty

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails