Sunday, February 07, 2016

DAP Pecah Lagi. Sim & Goh Digantung, Ini Rahsianya.

dap-melaka-coverPenggantungan keahlian DAP selama setahun terhadap Sim Tong Him dan Goh Leong San yang diumumkan oleh Setiausaha jawatankuasa tatatertib parti pusat, Tai Xing Piao semalam adalah salah usaha untuk menamatkan kemelut dalaman parti yang berlarutan sejak dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Sim, Ahli Parlimen Kota Melaka boleh disifatkan mentor DAP negeri, manakala Goh yang juga ADUN Duyong merupakan bekas Pengerusi DAP negeri.
Dalam bahasa ringkas Goh merupakan anak buah kepada Sim.
Ketika dihubungi NST, Sim berkata beliau tidak tahu menahu dirinya telah digantung keahlian parti kecuali selepas dihubungi media.
“Apabila saya memeriksa e-mel, saya melihat mesej daripada Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Tai Xing Piao yang menyebut Goh dan saya telah digantung keahliannya selama tahun bermula hari ini (semalam),”katanya.
Sim melahirkan rasa kecewa dengan penggantungan itu yang disifatkan sebagai terlalu cepat kerana ia dilakukan hanya dua hari sebelum tahun Baru Cina.
“Kadang-kadang, kami tidak menghadapi halangan dari luar, tetapi dari dalam.
“Saya tidak akan merayu dan saya hanya akan membuat kenyataan rasmi apabila saya mendapat surat rasmi penggantungan saya,”katanya lagi.
Digantung sebab kritik parti
Tai, Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP dalam satu kenyataan berkata Sim dan Goh digantung keahlian mereka kerana berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.
“Sim dan Goh, sebagai pemimpin kanan parti, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, terutamanya pada masa rakyat perlu DAP untuk menyediakan kepimpinan.
“Tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian, mereka juga telah membuat tuduhan palsu terhadap kepimpinan parti di media dan di majlis-majlis awam,” kata Tai.
trio-dap melaka
Tindakan tatatertib dikenakan terhadap Sim dan Goh berpunca dari pertikaian undang-undang mereka dengan Pengerusi Cawangan DAP Bukit Palah, Dr Wong Fort Ping.
Tai berkata, selepas kedua-duanya kalah dalam pertikaian undang-undang terhadap Wong pada 15 September tahun lepas, Sim dan Goh telah mengkritik kepimpinan DAP pusat dan mendakwa kepimpinan tertinggi parti membalas dendam terhadap mereka.
Beliau berkata ekoran kejadian ini, Sim dan Goh membentuk kumpulan yang digelar ‘Justice League’ dan pada 1 November tahun tersebut, mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk bayaran guaman mereka, di mana seorang bekas ahli parti telah dijemput untuk berucap dan mengecam DAP.
“Dalam pendengaran tatatertib pada 18 Disember tahun lalu, mereka diminta untuk menjelaskan tindakan mereka tetapi kedua-duanya gagal memberi jawapan yang memuaskan,” katanya.
Penubuhan kumpulan anti Guan Eng itu pernah didedahkan dalam artikel bertajuk “Tunggu Saat Kejatuhan Dinasti Lim, Dr Boo Bentuk Pakatan Selatan”
Kes mahkamah Wong vs Sim dan Goh
Wong telah mengemukakan saman fitnah terhadap Sim dan Goh pada Mei 2014 kerana kedua-dua tokoh politik DAP Melaka itu menuduh beliau sebagai tidak bermoral.
Goh ketika itu Pengerusi DAP Melaka bersama mentornya, Sim telah menuduh Wong sebagai seorang doktor yang mempunyai naluri seks yang tidak normal, mencabul kehormatan pesakitnya dan juga menuduh adiknya terlibat dalam aktiviti haram.
Wong berkata, beliau telah membuat beberapa percubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik di luar mahkamah, namun Sim dan Goh enggan bekerjasama dan mempertahankan kenyataan awal mereka kepada media.
Pada 17 September 2015, Mahkamah Sesyen Melaka memutuskan Sim dan Goh bersalah memfitnah Wong dan mereka diperintahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Wong.
Sebab isu moral Wong dibangkitkan
Isu moral Wong dibangkitkan oleh kedua-dua orang kuat DAP Melaka itu disebabkan faktor kerusi DUN Kota Laksamana, Melaka yang dikosongkan oleh Betty Chew Gek Cheng pada PRU 13.
Betty Chew adalah isteri Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Setelah Betty Chew enggan mempertahankan jawatannya sebagai ADUN Kota Laksamana, Goh sebagai Pengerusi negeri enggan mencalonkan Wong sebagai ADUN di DUN itu.
betty-dap melaka
Sedangkan nama Wong dicalonkan oleh Betty Chew sendiri kerana Wong merupakan pembantu peribadi beliau yang menjaga DUN Kota Laksamana ketika beliau berulang alik dari Melaka ke Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2013.
Marah dengan keenganan DAP Melaka pimpinan Goh menerima pencalonan Wong sebagai calon DUN Kota Laksamana, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencalonkan kroninya, Lai Kuen Ban sebagai calon pengganti.
dinasti lim
Sim tidak bersetuju dengan tindakan DAP pusat mencalonkan Lai sebagai ADUN Kota Laksamana kerana dia merupakan musuh politik lamanya.
Justeru itu pada PRU 13, Sim bertanding di Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP dan bertanding di DUN Kota Laksamana sebagai calon bebas.
“Ia adalah pelik! poster Sim masih membawa lambang roket dan namanya dipaparkan dalam senarai penceramah bagi perhimpunan DAP.
“Pengerusi DAP Melaka, Goh menegaskan bahawa ia adalah keputusan jawatankuasa negeri supaya Sim bertanding kerusi DUN itu. Dalam ceramah itu, Goh meminta semua orang untuk menyokong Sim,”ulas Joceline Tan.
Guan Eng marah dengan tindakan Sim bertanding sebagai ADUN bebas Kota Laksamana itu dan menghantar bapanya, Lim Kit Siang berunding dengan tokoh politik veteran Melaka itu.
“Jika saya tahu yang Sim sebenarnya mahu bertanding di Kota Laksamana sebagai calon bebas saya tidak akan tandatangan watikah tersebut sebagai Setiausaha Agung dan melantik Sim menjadi calon DAP di kerusi Parlimen Kota Melaka.
“Sim juga begitu bongkak dalam ceramahnya di ibu pejabat DAP Melaka di Lorong Pandan semalam (20 April 2013) dengan slogannya untuk PRU kali ini iaitu Sim=DAP dan DAP=Sim.
“Saya memberi amaran kepada Sim bahawa tiada sesiapa yang lebih besar daripada parti. Saya sendiri pun, sebagai Setiausaha Agung DAP tidak pernah mengatakan bahawa Lim Guan Eng = DAP dan DAP = Lim Guan Eng.
“Malah sekarang Sim bukannya ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, badan tertinggi yang membuat keputusan parti.
“Kepentingan parti mesti sentiasa diletakkan mendahului kepentingan peribadi. Kesilapan besar bagi Sim ialah menyangkakan bahawa beliau adalah lebih besar daripada DAP,”kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
sim-lim
Selepas berunding dengan Kit Siang, Sim menarik diri sebagai calon bebas Kota Laksamana pada 22 April 2013.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilapor berkata calon yang memutuskan menarik diri selepas hari penamaan calon, kekal dianggap bertanding dan nama calon itu tetap dicetak pada kertas undi.
Sebab Betty Chew tidak mahu dicalonkan sebagai ADUN
Betty Chew mengalami suasana yang sukar sebagai ADUN Kota Laksamana dari tahun 2008 -2013 kerana beliau terpaksa berulang alik ke Pulau Pinang bagi menemani suaminya yang menjadi Ketua Menteri.
Dalam masa sama, Betty Chew sebagai ADUN Kota Laksamana terpaksa kembali semula ke Melaka untuk mengikuti persidangan DUN.
Pada tahun 2012, persidangan DUN Melaka menjadi panas apabila ADUN MCA Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanyakan soalan kepada Betty Chew sama ada mengenali seorang wanita bernama Ng Phaik Kheng.
lim2
Ng merupakan seorang kakitangan wnita di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Guan Eng.
Wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Guan Eng itu kemudiannya dipindahkan tempat kerja dari pejabat Ketua Menteri ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang.
lim3
Gan menyoal Betty sama ada mengenali Ng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang tertampal plaster di dahi.
Walaupun Betty mengelak daripada mengulas tuduhan itu, rakannya, Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Gan mengulangi soalan berkenaan di luar dewan sehingga berlaku cabar mencabar antara wakil DAP dengan penyokong kerajaan.
limTidak cukup dengan itu, keesokannya lima ADUN DAP termasuk Betty bertindak keluar dewan ketika persidangan baru bermula kerana membantah gambarnya disiarkan akhbar berhubung isu berkenaan.
Mereka turut mempertikaikan tindakan Speaker, Datuk Othman Mohamad membenarkan jurugambar mengambil gambar sewaktu berlaku kekecohan ketika Gan membangkitkan isu Ng.
Walaupun Guan Eng menafikan mempunyai hubungan sulit dengan Ng serta menolak dakwaan kononnya Betty pernah menyerang dirinya atau sesiapapun, namun cara DAP menangani isu itu lebih menimbulkan tanda tanya daripada meredakannya.
Apatah lagi, Guan Eng memilih pendekatan menyerang semula pimpinan MCA yang dikaitkan dengan skandal seks.
Krisis Lim vs Sim & Goh berlarutan selepas PRU 13
Walaupun Sim akur dengan kehendak Kit Siang menarik diri sebagai calon bebas di DUN Kota Laksamana, namun krisis kepimpinan DAP Melaka terus berlanjutan hingga parti berpecah kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pro DAP pusat dan kumpulan pro DAP negeri pimpinan Goh.
Pada Oktober 2013, Goh telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Melaka.
Goh meletak jawatan selepas dikritik oleh ADUN pro DAP pusat, Lai (Kota Laksamana) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) kerana beliau memuji Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Keputusan Goh meletak jawatan atas alasan “terlalu banyak campurtangan DAP pusat”.
Tindakan Goh itu memberi kesan pada pemilihan DAP negeri pada 2015 kerana DAP berpecah kepada dua kumpulan.
Kumpulan pro Goh adalah Sim; Lim Jack Wong (Timbalan Pengerusi/ADUN Bachang,); Chin Choong Seong (Bendahari/ADUN Kesidang) dan Yeo Shen Li (Setiausaha).
Manakala kumpulan pro DAP pusat adalah Lai (ADUN Kota Laksamana), Khoo (ADUN Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (ADUN Bandar Hilir).
Pada Disember 2015, ketika pemilihan DAP negeri diadakan kumpulan pro DAP pusat yang dketuai Tey memenangi lebih ramai daripada kumpulan Goh dalam 15 jawatan Ahli Jawatankuasa Negeri.
Tey dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri yang baharu bagi menggantikan Goh.
Walaupun Goh, Sim dan beberapa sekutunya yang lain masih dipilih, namun mereka hanya dilantik AJK biasa sahaja.
Kesemua jawatan penting dalam kepimpinan negeri dibolot oleh kumpulan Tey. (AIDCNews) 

Rafizi Jawab TH & Tidak Tunai Haji, Simpanan Ratusan Ribu..

SEBUAH blog Mynewshub.cc melaporkan...
KL: Pakar propaganda, Rafizi Ramli berang kerana jumlah wang simpanan beliau dalam Tabung Haji (TH) sebanyak RM464,372 terdedah di media sosial.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menghasut umat Islam Malaysia supaya mengeluarkan wang simpanan daripada TH dengan mendakwa agensi itu diambang kemusnahan.
“Laman-laman UMNO sedang galak menghentam saya kononnya memfitnah Lembaga TH. Saya akan terbitkan analisa kewangan TH satu persatu untuk rakyat hakimi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi turut berang apabila pengguna media sosial mempersoalkan mengapa beliau tidak menunaikan haji walaupun mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit dalam TH.
Beliau mendakwa pernah menunaikan ibadah haji pada tahun 2013 tetapi ia konon tidak didedahkan menerusi media sosial.
“Nasihat saya kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai memfitnah,” kata Rafizi yang sering melemparkan pelbagai tuduhan tidak benar ke atas pemimpin negara selama ini. – Mynewshub.cc

TH Muflis, Tapi Dalam Akaun Ada RM464,372. Rafizi/PKR, Sila Jawab..

Auta Rafizi Konon TH Muflis, Tapi Dalam Akaun Ada RM464,372

BAGI sesiapa yang perasan, sesuatu aneh cuba disembunyikan malah disenyapkan ramai pemimpin pembangkang ialah kisah kejayaan Tabung Haji (TH) mampu mengumumkan bonus pada 4 Februari tanpa apa-apa masalah.


Bayangkanlah sebelum tarikh itu, pihak pembangkang dengan angkuh hebat menyeru umat Islam di negara ini yang menyimpan di institusi tersebut segera mengeluarkan simpanan mereka konon TH bakal hancur muflis.
Begitulah hebat jentera siber mereka aktif menyebarkan dakyah jahat dan maklumat palsu mengenai keupayaan sebenar TH menyebabkan ramai orang tua di kampung dlaporkan sanggup menutup akaun masing-masing.
Sebenarnya isu ini sudah bermula awal tahun lalu apabila ada pegawai TH yang tidak amanah mendedahkan rancangan agensi itu membeli hartanah di Tun Razak Exchange yang bernilai RM177 juta terus daripada 1MDB.
Sebenarnya pembelian itu lebih bersifat strategi perniagaan bahkan segala transaksi dibuat cukup telus, patuh syariah dan beraudit, namun kerana ia melibatkan 1MDB yang dimomok bermasalah, maka TH dituduh GILA!
Ketika itu pemimpin terkenal PKR, Rafizi Ramli jadi juara rakyat sehinggakan segala pencerahan diberi Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim dianggap sebagai tipu, temberang, bodoh, tiada otak dan apa sahaja yang buruk.
Rafizi malah dengan bongkak pada 21 Mei 2015 berkata dia akan saman TH kerana cuba gadai deposit penyimpan dan menjadikan duit simpanan ‘orang miskin’ berbilion ringgit itu sebagai cagaran untuk menyelamatkan 1MDB.
Terbaharu bulan lalu, pemimpin DAP, Nga Kor Ming dedah konon satu surat rahsia Bank Negara Malaysia kepada TH menyatakan rizab institusi itu sudah sifar dan dipercayai jutaan umat Islam khasnya yang tegar antikerajaan.
Malang sungguh apabila propaganda fitnah pembangkang menyaksikan semua pejabat TH di seluruh negara diserbu umat Islam yang marah dengan kerajaan dan segera mengeluarkan simpanan mereka tanpa fikir panjang.
th-tanah
Ada buat kempen menerusi media sosial selain pasang sepanduk kecam TH atau bergambar depan pejabat TH beramai-ramai menunjukkan isyarat ibu jari terbalik sebagai tanda mereka hilang kepercayaan kepada agensi itu.
Maka gembiralah pembangkang yang memang diketahui ada agenda tersirat mahu tutup institusi ternama umat Islam dengan cara pembunuhan karakter melalui pelbagai label jahat secara berterusan tanpa henti 24 jam sehari.
Ironi, rancangan busuk pembangkang akhirnya terbukti tidak benar, bukan kerana pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada 3 Februari yang tidak dilaporkan secara luas oleh portal propembangkang.
Sebaliknya keesokan hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bonus sebanyak lapan peratus hasil perolehan tertinggi dicatatkan dalam tempoh 52 tahun TH ditubuhkan.
Siapakah yang untung? Untuk rekod, berdasarkan akuan bersumpah Rafizi pada 10 Mei 2015, beliau memang menyimpan RM464,372 dalam akaun TH miliknya sendiri sekali gus memperoleh dividen berjumlah RM23,690.
Sekali lagi, mana pemimpin pembangkang yang selama ini beria-ia benar dakwa TH akan muflis? Sanggupkah mereka pergi berdiri di depan pejabat TH berkempen: “Ayuh Tutup Akaun Anda – TH Bakal Hancur Bankrap!
Apa yang pasti, kisah TH memberi pengajaran kepada ramai pentaksub pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja waima tindakan mereka sebenarnya bakal menjahanamkan diri sendiri dan menguntungkan musuh Islam.
Sekadar renungan, Rafizi pernah disaman banyak pihak kerana fitnah dan tentu ramai masih ingat apa jawapan selamba beliau apabila diberitahu dakwaan dalam kes cincin isteri Perdana Menteri itu adalah nyata tidak benar.
Tanpa rasa malu dan bersalah, Rafizi hanya berkata: “Saya hanya bergurau” dan kini mungkin kita dapat agak apakah jawapan tipikal beliau sekali lagi dalam isu TH: “Saya pun hanya bergurau”. – Mynewshub.cc/HAA


Isu Kewangan Tabung Haji, Ini Sikap PAS

KUALA LUMPUR – PAS menerima penjelasan yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) mengenai isu kewangan organisasi terpenting umat Islam Malaysia tersebut dengan baik.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tun Man berkata, penjelasan itu diperoleh PAS melalui satu pertemuan dan perbincangan yang diadakan dengan wakil TH semalam.


“Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam itu sangat bermanafaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan TH menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan.
“Kunjungan oleh PAS Pusat berlangsung dengan baik. Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak TH,” katanya dalam satu kenyataan media.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebelum ini menuduh kononnya TH tidak lagi mampu bayar dividen dan bonus kepada para pencarumnya kerana berlaku penyelewengan dalam badan tersebut.

Tuan Ibrahim menjelaskan, PAS mengadakan pertemuan dengan TH kerana parti itu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam.
tabunghaj
Justeru, katanya. PAS berharap pihak TH dapat memberi penjelasan yang sama kepada orang ramai mengenai isu yang sengaja dibangkitkan oleh PKR tersebut berdasarkan maklumat yang benar dan tepat.

“Secara keseluruhannya penjelasan pihak TH telah kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami harap TH dapat beri penjelasan yang baik kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang menyelubungi,” katanya.

Beliau dalam nada yang menyindir Rafizi menyatakan harapan supaya TH selaku institusi terbesar dan terpenting bagi umat Islam Malaysia berusaha menangani perkara-perkara yang boleh merosakkan reputasi dan prestasi organisasi umat Islam tersebut.

Pada pertemuan semalam, PAS diwakili Tuan Ibrahim; Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan beberapa lagi pemimpin PAS.

Manakala, TH diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan, Tan Sri Ismee Haji Ismail dan beberapa pegawai kanan TH yang lain. – mynewhub.cc

DAP Lagakan Abdul Aziz Rampas Kerusi PKR S'wak?

AIDCNews- 06/2/16 –DAP Sarawak dijangkakan memperlagakan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April ini.
Abdul Aziz Isa dijangka akan dicalonkan sebagai calon DAP di DUN Batu Kitang bagi melawan calon yang diumumkan PKR, Voon Shiak Ni.
Voon merupakan Naib Ketua Wanita PKR Sarawak, manakala Abdul Aziz pula merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
dun batu kitang
“Wong King Wei, Violet Yong dan Christina Chiew Wang See masing-masing akan mempertahankan DUN Padungan, DUN Pending dan DUN Batu Kawah.
“Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat-saat akhir sama ada siapa akan bertanding di DUN Batu Kitang dan DUN Kota Sentosa,” kata Abdul Aziz dalamFacebooknya.
DAP berminat dengan DUN Batu Kitang kerana kawasan itu majoriti pengundinya adalah dari kaum Cina.
Pada PRN 2011, PKR bertanding di DUN itu, namun tewas.
yb see pkrSatu lagi DUN yang mempunyai ramai pengundi Cina adalah DUN Batu Lintang yang dimenangi oleh calon PKR, See Chee How pada PRN yang lalu.
Pada PRN 2011, DAP telah merampas DUN Padungan yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR.
Abdul Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan DAP akan merampas kerusi-kerusi yang pernah ditandingi PKR sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.
“Dulu DAP target kerusi majoriti Cina, maka PKR kata mereka sanggup mengambil selebih 49 kerusi memandangkan DAP enggan bertanding di kawasan luar bandar. Sekarang DAP sanggup bertanding di kerusi luar bandar, kenapa PKR tuduh DAP perampas? Kita hendak bantu menangkan kerusi yang kalah dan meringankan beban kewangan PKR.
“Satu soalan saya, calon PKR bertanding atas sebab menentang BN atau hendak ambil duit kempen? Berapa ramai calon PKR hantar laporan kewangan PENUH selepas kempen?
“Sejak bila kerusi-kerusi di negeri Sarawak ini milik PKR? Ianya milik rakyat, bukan PKR. PKR anggap kerusi ini macam mak bapa meraka yang punya. Bagi bila mahu, rampas bila mahu. Tiada soal ambil atau rampas, ianya adalah PERSAINGAN!.
“Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa?
“Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR?
“Kalau masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana,”katanya.
dap 211

'tak dengar Guan Eng bercakap tak dapat RM300'. Pemandu Teksi PP Dibeli?


Lim Guan Eng Beli Pemandu Teksi Pulau Pinang Dengan Harga RM300

AIDCNews- 06/2/16 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat membeli pemandu-pemandu teksi Pulau Pinang dengan harga RM300 untuk jangka masa satu penggal (5 tahun). Namun begitu, wang sebanyak RM300 itu hanya diberi kepada pemandu-pemandu teksi yang mendengar ceramah beliau sahaja.

Pemberian RM300 kepada tuan-tuan semua adalah tidak ikhlas daripada kerajaan negeri. Sebab apa ? (hanya) sesiapa yang dengar Guan Eng bercakap sahaja yang akan dapat RM300.

“Sesiapa yang tak dengar Guan Eng bercakap tak dapat RM300. Ini adalah proses pemaksaan. Pemaksaan orang Pulau Pinang untuk dengar Guan Eng bercakap dan dibayar dengan harga RM300,” kata pemandu teksi yang memberi penerangan kepada rakan-rakannya yang lain.

Salah seorang rakan pemandu lain mencelah sesiapa yang masih tidak dapat duit RM300 pada Khamis, masih berpeluang mendapat duit tersebut, tetapi haruslah menelefon pegawai yang kerajaan negeri untuk membuat pengesahan.

“Nombor telefon ini, bercakap dengan orang ini, (bertanya) keputusan untuk mendapat RM300, sama ada akan dibuat sekali lagi ataupun tidak ada.
“Bagi saya senang sahaja, kita pemandu teksi, kita ada maruah. Kita boleh dapat lebih daripada RM300 yang Lim Guan Eng bayar.
“Kita bukan hamba dia, tadi saya dah bagitahu, kami bukan pengemis, kami dijemput. Nak bagi (duit) bagi. Tak mahu bagi (duit) sudah. Habis cerita,” kata pemandu teksi itu.






Lim Guan Eng Bodoh !’ Boo Pemandu Teksi Pulau Pinang

'Dream Girls For You' .. Bantu Edar Rocket & Kalendar DAP?

PRN Sarawak : Pemuda PAN Bantu Kempen Edar Akhbar Rocket & Kalendar DAP

AIDCNews- 05/2/16 –Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak membantu mengedarkan akhbar Rocket dan kalendar DAP kepada pengundi sebagai salah satu strategi kempen Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, April ini.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petra Jaya, Abdul Aziz Isa ketika mengadakan program berjumpa pengundi di DUN Batu Kitang.aziz
“Semangat Pakatan Harapan yang erat antara DAP dan Amanah. Didatangi Ketua Pemuda Amanah Sarawak, Mohamad Fadillah Sabali, sewaktu mengadakan walkabout di 3rd Mile Market.
“Beliau meluangkan masa lebih sejam bersama mengedarkan akhbar Roket dan kalender.
“Saya mewakili Pemuda DAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,”katanya dalam Facebook.
Akhbar Rocket merupakan akhbar rasmi DAP, manakala kalendar 2016 memaparkan wajah-wajah Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak dan wakil rakyat DAP negeri yang majoritinya dari kaum Cina.
kalendar
Berbeza dengan pujian kepada PAN, Abdul Aziz yang juga merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengecam PKR sebagai parti yang mementingkan diri sendiri dan bekerja secara bersendirian.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Beliau melontarkan kritikan keras itu kerana PKR mengumumkan calon-calon mereka tanpa berunding dengan DAP.
Aziz yang dilantik sebagai Penyelaras DAP DUN Tupong dikatakan berminat bertanding di salah satu DUN sama ada di DUN Tupong, Satok dan Batu Kitang, namun PKR telah mengumumkan calon-calon mereka di ketiga-tiga kawasan itu.
PKR telah mencalonkan Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok) dan Voon Shiak Ni (Batu Kitang).
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog siemens-melayumaju.
Sementara itu, satu risalah telah disebar yang menggambarkan Aziz sebagai ‘bapa ayam’ yang membekalkan gadis-gadis seperti di bawah.
“Baru admin faham mengapa politikus muda, Abdul Aziz Isa, dari parti DAP Sarawak mendapat jolokan ‘Anwar Ibrahim junior’.
“Pihak lawan mungkin merasakan mereka tidak akan mampu menyaingi kredibiliti mahupun kepetahan bercakap Abdul Aziz hingga terpaksa menggunakan taktik kotor untuk bersaing.
“Terbaru, iklan ‘comfort girls’ yang kononnya dijalankan oleh Abdul Aziz mula tersebar.Juga disertakan dengan nombor telefon Abdul Aziz.
“Jawapan dari Abdul Aziz bila dihubungi admin sambil ketawa ‘No retreat,no surrender.Biarlah mereka guna taktik murah.Saya tidak akan jadi semurah mereka dengan mengikut cara mereka’
“Tabik penuh hormat dari admin untuk Anwar Ibrahim junior.Anda akan jadi seorang YB yang sangat bagus,” dedah penyokong Aziz, ‘Harapkan Songkok Jer Tinggi Tapi IQ Rendah
Aziz berkata risalah itu sengaja dikeluarkan untuk memburuk-burukkan dirinya selepas beliau bekerja keras berkempen di DUN Batu Kitang.
“Muka hensem macam ini kamu fitnah sebagai ‘bapa ayam’? Hanya kerana saya aktif di Batu Kitang dan membongkar isu rasuah, pihak lawan mula menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah lucah terhadap saya.
“Saya difitnah sebagai ‘sugar daddy’ atau ‘bapa ayam’.
“Terima kasih kepada admin group ini yang membantu saya membersihkan nama saya. Esok saya akan buat laporan polis.
“Ingat, jangan main politik kotor dengan orang Melanau. Kalau tidak puas hati dengan saya, sila bersemuka dengan saya secara jantan,”katanya. (AIDCNews)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails