Monday, March 14, 2016

PKR Ikut DAP, Sedia Kerjasama Dengan Najib?


BUKIT MERTAJAM – PKR bersedia bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyelamatkan Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu menggesa semua pihak untuk mengetepikan konflik demi menyelamatkan negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menegaskan kerjasama dengan Najib perlu dibentuk dengan terma dan syarat-syarat yang membolehkan negara ini demi mencapai kemajuan.

“Kami tidak boleh bekerjasama jika berbuat perkara yang akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia,” ujar Wan Azizah memetik laporan portal The Sun sebentar tadi.

Terdahulu, Lim Kit Siang menjelaskan menerusi blognya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pimpinan di Malaysia, termasuk Najib.

Walaupun begitu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggariskan beberapa syarat sebelum bekerjasama, termasuk membebaskan Anwar dari penjara dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarat-syarat lain termasuk menarik balik pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara.

Beliau juga menggesa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan digantung, mengurangkan separuh saiz Kabinet dan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kesihatan, perumahan dan pendidikan.-SuaraTV
Gambar ini tersebar dalam internet

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 12 Mac 2016 Pasar Selayang Jaya



Mereka yang meninggalkan PAS sentiasa memfitnah seolah PAS tak ambil berat sampaikan dakwah pada Non-Muslim.. Mungkin mereka keliru dengan peranan mereka antara "dakwah" dan "didakwah". Tahniah PAS masih utuh menyampaikan Dakwah.















Ini, Husam Tawar Jalan Penyelesaian PAN-PAS Di K'tan?

AIDCNews – 14/3/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Salor, Datuk Husam Musa memberi syarat Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan bertanding di Kelantan sekiranya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah digugurkan daripada Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri.
“Jadi kalau Nik Amar tidak ada, PAS Kelantan boleh dibaiki semula. Lepas itu Amanah (PAN) pun kita kata tak usah lah kacau (bertanding) lah di Kelantan ini.
“Nak (bertanding) satu atau dua (kerusi) tak apa lah,”kata Husam ketika berceramah di Bandar Satelit, Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kelantan, 10 Mac.
Walaupun secara rasmi PAS memutuskan hubungan dengan PAN, namun Husam selaku Yang Dipertua PAS Kubang Kerian menjemput dua pimpinan PAN pusat hadir berceramah sepentas dengan beliau.
Dua pimpinan utama PAN itu adalah Mohamad Sabu (Presiden PAN) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN).
Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Ustaz Baihaki Atiqullah juga turut duduk sepentas dengan Husam dalam ceramah itu.
Ustaz Baihaki juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kubang Kerian.
“Masalah PAS Kelantan ini kerana Nik Amar. Bercakap sombong. Bercakap menyakitkan hati orang.
“Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Penghulu. Yang tak lantik penghulu (DUN Salor) Nik Amar. Sebab apa ? Sebab tak ada sebab. Tiada sebab hingga akhirnya..,”kata Husam lagi

10 GRO: Masih Lagi Maksiat Bertopeng Dibalik Pusat Hiburan.


GEORGE TOWN – Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) serta tujuh pekerja lelaki rakyat Bangladesh ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi 12.05 tengah malam itu, polis turut menahan seorang lelaki Bangladesh berumur 38 tahun yang mempunyai status Pemastautin Tetap, dipercayai pengurus premis berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat wanita Nepal dan enam wanita Bangladesh. Tujuh lelaki Bangladesh yang ditahan itu pula merupakan pekerja pusat hiburan itu.
“Kesemua wanita warga asing itu berumur 23 hingga 30 tahun. Mereka tiada permit kerja dan hanya mempunyai pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.
Mior Faridalatrash berkata beberapa pelanggan tempatan dan asing turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk membantu siasatan.
Katanya lesen premis berkenaan dimiliki seorang warga tempatan dan pihaknya akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa pelesenan untuk menarik balik lesen yang diberikan bagi mengelak masalah sosial.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di Jalan Perak dan Persiaran Paya Terubong 2, polis menahan 35 warga asing atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.
Mior Faridalatrash berkata dalam Op Rantau itu, mereka yang ditahan di Jalan Perak terdiri daripada empat wanita warga Indonesia serta dua lelaki Bangladesh.
Dalam operasi di Persiaran Paya Terubong 2, dua lelaki dan enam wanita warga Indonesia, 14 lelaki Myanmar, lima lelaki Bangladesh serta dua lelaki Nepal ditahan, katanya.
Beliau berkata kesemua warga asing yang ditahan itu berumur antara 20 dan 40 tahun.
Operasi 9 malam itu disertai tiga pegawai dan 11 anggota polis, empat pegawai dan 28 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan PDRM serta masing-masing empat anggota Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi kerajaan Malaysia akan menghapuskan kegiatan maksiat yang bertopengkan pusat hiburan? Pusat hiburan sepatutnya benar-benar dijadikan pusat untuk mencari ketenangan dan berhibur, bukan tempat berjudi, minum arak, pelacuran, GRO dan segala macam maksiat lain-lain.

Sunday, March 13, 2016

PAS Kurung Wanita, Guan Eng Biadap Keterlaluan.. -Ibnu Hasyim.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah amat keterlaluan dan biadap apabila dia menyifatkan, PAS sebuah parti politik yang akan mengurung kaum wanita Malaysia di rumah jika rakyat memilih parti itu memerintah negara. 

Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim. 

Menurut Blog MYNEWSHUB.CC, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, fahaman parti PAS mengenai wanita berbeza dengan DAP yang berpandangan golongan itu setaraf dengan lelaki dalam semua aspek.

“Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata wajar institusi keluarga dipulihkan dengan memberi ruang kepada golongan isteri melaksanakan fungsi sebenar mereka di rumah sebagai isteri dan ibu.

"Kenyataan itu sangat keterlaluan, seksis, feudal dan mengenepikan peranan wanita dengan menafikan hak asasi dan sama rata untuk mencapai potensi yang kehendaki mereka sebagai manusia,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng berkata, golongan wanita tidak sepatutnya hanya menjadi suri rumah dan ibu semata-mata, sebaliknya berhak untuk menceburi bidang pekerjaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.


Justeru dalam sektor pekerjaan di negara ini bagi memacu Malaysia ke arah negarau, kata beliau, adalah penting untuk meningkatkan peratusan penglibatan wanita berpendapatan tinggi.


“Untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, adalah amat membantu sekiranya penglibatan wanita dalam sektor pekerja ditingkatkan kepada lebih 65 peratus,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bagi menolak pandangan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat tersebut.


Beliau turut mendesak Abdul Hadi supaya mengesahkan bahawa peranan lelaki dan wanita sama penting untuk pembangunan negara ini.

Kata editor weblog Hj Mohd Hasyim lagi, "Dalam hal ini, menghina PAS sama dengan menghina Islam, apakah puak-puak Islam penyokong DAP tidak sedar? Sanggup mereka duduk tunduk bersama pemimpin yang hina agama Islam yang tinggi mulia?" (IH)



Walaupun Bogel, Ini Tidak Lucah, Wakili Negara Umat Islam..

SUKAN  

Siri Terjun Dunia: Pandelela-Mun Yee Sumbang Gangsa

KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform wanita seirama Siri Terjun Dunia di Beijing, Jumaat. 

Pandelela, yang berganding dengan Mun Yee untuk kali pertama sejak Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Jun lepas mengumpulkan 311.70 mata untuk mengatasi Meaghan Benfeito-Roseline Filion dari Kanada untuk kedudukan podium dalam acara akhir yang disertai enam gandigan itu.

Pasangan dari Britain, Tonia Couch-Lois Toulson memperoleh perak dengan 317.46 mata manakala emas milik Si Yajie-Liu Huixia dari China yang mengumpulkan 334.68 mata.



Kejohanan di Beijing adalah yang pertama dalam siri itu yang akan diikuti siri seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (17-19 Mac); Windsor, Kanada (15-17 April); dan Kazan, Rusia (22-24 April).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun berpakaian seperti di atas, bogel atau 1/2 bogel, ianya tetap dibanggakan kerana mereka adalah 'penerjun elit negara'. 'Islam agama bagi Persekutuan', pada mereka persetankan, konon menghambat kemajuan?

Jilat Anggota Seks, Bincang Bersama Dr Yusuf Al-Qardhawi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails